مدخل إلى الفقه RKF0434A الفصل الثاتي،2020/2021 by SITI HAWA AHMAD

توصيف المادة

فقه العبادات

فقه الجنايات

قراءة مهمة:
Qawl Mu'tamad: Satu Perbincangan

Di Malaysia, aplikasi qawl mu'tamad dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri. Contohnya, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan:

Seksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti.

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.

(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.

Semua negeri (kecuali Perlis) juga memperuntukkan seksyen yang sama berkenaan qawl mu'tamad mazhab dalam keputusan fatwa di negeri-negeri. Sebagai syarahan kepada akta/enakmen/ordinan fatwa berkenaan dengan qawl mu'tamad, satu "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Malaysia" telah disediakan hasil kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2017.

Dalam Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Malaysia (disemak oleh Dar al-Ifta', Mesir) ini, telah diperincikan sedikit apa definisi qawl mu'tamad dan kitab-kitab mu'tamad yang menjadi rujukan dalam setiap mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Shafi’i dan Hanbali).

Secara rigkasnya, qawl mu'tamad mengikut mazhab yang empat ialah seperti berikut:

1. Shafi’i

Qawl muktamad mazhab Syafi’i ialah pandangan rajih yang dipegang dalam mazhab Syafi‘i yang telah ditetapkan melalui kaedah-kaedah tertentu. Lebih tepat lagi ialah pendapat yang disepakati oleh Imam al-Rafi'iyy (623H) dan Imam al-Nawawiyy (676H).

2. Hanafi

Qawl Muktamad mazhab Hanafi ialah qawl zahir al-riwayah iaitu pendapat yang rajih lagi kuat di sisi tiga imam mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Hanifah (150H), Imam Abu Yusuf Yacqub bin Ibrahim (182H) dan Imam Muhammad bin al-Hasan al-Shaybaniyy (189H).

3. Maliki

Qawl muktamad mazhab Maliki ialah pandangan yang dipegang dalam mazhab Maliki (yang difatwakan dengannya) yang telah ditetapkan melalui kaedah-kaedah mazhab Maliki. Ia adalah pendapat Imam Malik dan ashab yang sama manhaj dengannya berdasarkan kaedah dan usul mazhab Maliki. Yang utamanya ialah pendapat Imam Malik yang diriwayatkan oleh Ibn Qasim dalam kitab al-Mudawwanah.

4. Hanbali

Qawl muktamad mazhab Hanbali ialah pandangan yang dipegang berdasarkan kaedah-kaedah tertentu mazhab Hanbali. Ia adalah pendapat yang disepakati oleh imam Musa bin Ahmad al-Maqdisiyy al-Hijawiyy (968H) dalam kitabnya al-Iqna' dan imam Taqiyy al-Din Ibn al-Najjar al-Futuhiyy (972H) dalam kitabnya Muntaha al-Iradat fi al-Jam' Bayna al-Muqni' wa al-Tanqih wa al-Ziyadat.

Mengenai qawl mu'tamad dalam mazhab Al-Shafi’i, imam Ibnu Hajar al-Haytami berkata dalam kitab Tuhfat al-Muhtaj:

وَهَكَذَا أَنَّ الْمُعْتَمَدَ مَا اتَّفَقَا عَلَيْهِ أَيْ مَا لَمْ يُجْمِعْ مُتَعَقِّبُو كَلَامِهِمَا عَلَى أَنَّهُ سَهْوٌ وَأَنَّى بِهِ .... فإن اختلفا فالمصنف (النووي)، فإن وجد للرافعي ترجيح دونه فهو

Maksudnya, "Begitulah, pendapat mu'tamad (dalam mazhab al-Shafi’i) ialah pendapat yang disepakati mereka berdua (al-Rafi'i dan al-Nawawi), yakni selagi mana pengkaji pendapat mereka berdua tidak berijmak bahawa pendapat mereka berdua ditolak. Bagaimana boleh ia berlaku. Sekiranya mereka berdua berselisih pandangan. maka yang mu'tamad ialah pendapat penulis kitab ini (al-Minhaj = iaitu al-Nawawi). Sekiranya didapati adanya pentarjihan pendapat al-Rafi'i selain pandangan al-Nawawi, maka pendapat al-Rafi'i lah yang mu'tamad".

Sebenarnya lama sebelum zaman imam al-Rafi’i dan imam al-Nawawi, telah ramai fuqaha mazhab Shafi’i yang melakukan pemurnian dan pengharmonian terhadap pendapat-pendapat imam al-Shafi’i. Antaranya imam al-Muzani (264H), Abu Hamid al-Marwazi (326H), al-Isfarayini (406H), al-Qaffal al-Saghir (417H), al-Juwayni (478H) dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Jika dilihat jarak antara imam al-Shafi’i serta imam al-Rafi’i dan imam al-Nawawi ialah sekitar 500 tahun lebih. Mereka berdua dan terutamanya imam al-Nawawi melakukan proses pemurnian dan pengharmonian terhadap pendapat-pendapat imam al-Shafi’i kerana mazhab Shafi’i terkenal dengan qawl qadim dan qawl jadid. Atas usaha itulah, para muta’akhirin Shafi’iyyah mengiktiraf bahawa selepas zaman imam al-Shafi’i, pendapat imam al-Rafi’i dan imam al-Nawawi lah yang dianggap sebagai pendapat muktamad mazhab Syafi’i.

Persoalan dan perbincangan yang ingin diutarakan, adakah qawl mu’tamad mazhab khususnya mazhab Shafi’i akan kekal mu’tamad selamanya hingga ke hari kiamat?

Amalan kebanyakan asatizah dan jawatankuasa fatwa negeri di Malayia akan mengambil qawl mu’tamad mazhab Shafi’i dalam penghujahan mereka. Ia kelihatan selari dengan akta/enakmen/ordinan fatwa yang berkuatkuasa di Malaysia. Namun jika difahami akta/enakmen/ordinan fatwa ini, ia sebenarnya bukan hanya mengiktiraf qawl mu’tamad mazhab Shafi’i sahaja, bahkan ia mengiktiraf qawl-qawl mu’tamad 3 mazhab lain juga untuk dijadikan asas fatwa.

Malah, peringkat ketiga proses penfatwaan di Malayisa juga mengiktiraf ijtihad yang tidak bersandarkan kepada mana-mana qawl-qawl mu’tamad mazhab sekiranya jawatankuasa fatwa negeri berpandangan ada keperluan sebegitu. Banyak aplikasi kontemporari yang memperlihatkan jawatankuasa fatwa negeri, sama ada merujuk pendapat mazhab lain atau mereka berijtihad secara jama’i.

Secara tidak langsung, “qawl mu’tamad” (jika kita ingin istilahkan demikian) pada zaman ini tidak semestinya yang diputuskan mu’tamad oleh imam al-Rafi’i dan imam al-Nawawi ataupun fuqaha muta’akhirin Shafi’iyyah selepas mereka berdua seperti imam Ibn Hajar al-Haytamiyy, imam Shams al-Din al-Ramliyy, imam Zakariyya al-Ansari, imam al-Sharbini dan lain-lain.

Maksud qawl mu’tamad pada zaman kini bukan lagi seperti yang difahami dalam kitab-kitab fiqh klasik. Ia lebih kepada keputusan akhir yang diputuskan oleh sesebuah jawatankuasa fatwa negeri terhadap sesuatu isu fiqh. Bahkan terkadang qawl mu’tamad dalam kitab turath fiqh Shafi’i tidak diamalkan, malah jawatankuasa fatwa memilih pandangan marjuh mazhab Shafi’i atau pandangan mazhab selain Shafi’i dalam sesuatu isu.

Contohnya dalam zakat fitrah, menurut imam al-Nawawi seperti yang dinyatakan dalam kitab Rawdat al-Talibin:

أصحها عند الجمهور غالب قوت البلد

Maksudnya, “pendapat yang paling sahih menurut jumhur ialah kebiasaan makanan asasi sesebuah negara”.

Amalan jawatankuasa fatwa negeri di Malaysia mengenai zakat fitrah ialah dengan nilai wang yang berbeza jumlahnya mengikut setiap negeri. Ia selari dengan pandangan mazhab Hanafi seperti yang dinyatakan oleh imam al-Sarakhsi dalam kitab al-Mabsut.

Tidak bermaksud, qawl mu’tamad tarjihan imam al-Rafi’i dan imam al-Nawawi tidak lagi sesuai pada zaman sekarang. Ia bergantung kepada penelitian jawatankuasa fatwa negeri di Malaysia terhadap sesuatu isu. Isu terbaharu yang diputuskan yang ialah ujian swab test Nasopharynx yang melepasi rongga hidung.

Menurut mazhab Shafi’i, apa sahaja yang melepasi rongga terbuka boleh membatalkan puasa seseorang (rujuk perincian dalam kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab). Namun ujian swab COVID-19 telah diberi pandangan dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan dan mereka semua bersetuju bahawa kaedah ujian swab yang digunakan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) adalah tidak membatalkan puasa” (Bernama).

Penentuan sesuatu keputusan sama ada mengekalkan qawl mu’tamad klasik mazhab Shafi’i yang ditarjihkan oleh imam al-Rafi’i dan imam al-Nawawi atau tidak bergantung kepada pentarjihan jawatankuasa fatwa negeri. Asatizah di luar jawatankuasa ini boleh berbahas berdasarkan ilmu yang mereka ada. Namun, bagi jawatankuasa fatwa negeri sebagai pemutus keputusan, mereka akan memutuskan keputusan berdasarkan ilmu juga dan ia ditimbangtara dengan pelbagai faktor sehingga mereka sampai kepada keputusan yang diyakini. Maka ia adalah “qawl mu’tamad” yang perlu dihormati dan diikuti.

Rujukan

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Bernama.com. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1835688

Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Malaysia. JAKIM.

Ibnu Hajar al-Haytami, Shihab al-Din Ahmad.Tuhfat al-Muhtaj Bi Sharh al-Minhaj.

Jaghim, Nu’man. Madkhal ila al-Madhhab al-Shafi’i.

Muhammad, Ali Jumu’ah. Al-Madkal Ila Dirasah Al-Madhahib Al-Fiqhiyyah.

Al-Nawawi. Rawdat al-Talibin.

al-Sarakhsi. al-Mabsut.

Al-Sayyid Alawi bin Ahmad bin Abd al-Rahman al-Saqqaf. Al-Fawa’id al-Makkiyyah Fi Ma Yahtajuhu Talabat al-Shafi’iyyah.

فقه المناكحات قسم الأول