SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 4 MENGENALI TAMADUN by

Salam sejahtera kepada semua murid !

Pada umumnya, tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang. Antaranya termasuklah kegiatan pertanian dan perdagangan, sistem pemerintahan, pembentukan bandar, pengkhususan pekerjaan, teknologi, organisasi sosial, agama dan kepercayaan, tulisan dan penyimpanan rekod, serta kesenian dan kesusasteraan. Perubahan kehidupan manusia ini didorong oleh daya inovasi sesuatu masyarakat.

Mengenai konsep tamadun, terdapat dua sudut dari segi Islam dan Barat yang mempunyai pandangan yang berbeza. Konsep tamadun Islam dibina atas kerangka Islam sebagai al-Din (cara hidup)

serta merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Terdapat dua tokoh yang telah membicarakan tentang konsep tamadun Islam, iaitu Ibn Khaldun dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Ibn Khaldun telah memperkenalkan konsep tamadun, iaitu "umran" dan "hadharah" yang digunakan dalam bukunya yang bertajuk Muqqadimah. Tokoh Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula berpendapat bahawa tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Konsep tamadun Barat pula merujuk kepada pembangunan lahiriah terutamanya dalam bidang kebudayaan seperti kesenian, penulisan, undang-undang dan perbandaran. Dalam tradisi Barat, istilah "civilisation" digunakan bagi menggambarkan tahap sesuatu masyarakat atau budaya yang kompleks. Tokoh Arnold J. Toynbee menjelaskan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan kebudayaan.

Pembelajaran dan pengajaran dalam subtopik ini telah mengandungi beberapa elemen merentas kurkulum (EMK). Antaranya ialah :

Bahasa

Nilai murni

Sains dan teknologi

Patriotisme

Kemahiran Berfikir

Kreativiti dan Inovasi