KUMPULAN 3 :KES BUANG BAYI by Nurul Shafiah

Lee Kai Qi
Salah satu puncanya ialah kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa.Dalam dunia masa kini , setiap manusia sibuk mengejar kemewahan, ramai ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Kesan daripada itu ialah mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Akibat daripada kesibukan mereka,mereka lepas tangan terhadap anak-anak mereka dan menaruh kepercayaan terhadap anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu atau mengambil apa-apa keputusan ..Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka.Anak-anak rasa seolah-seolah diabai dan tertekan dengan keadaan mereka.Akibatnya,mereka mencari jalan keluar  dan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Mereka tercari-cari orang yang dapat memberi kasih sayang kepada mereka.
Selain itu,kekurangan didikan agama juga menjadi punca utama berlakunya gejala pembuangan bayi.Seseorang yang mengamalkan ajaran agama sebagai pedoman hidup tidak akan melakukan perkara yang tidak bermoral ini.Semua agama menyuruh penganutnya berbuat baik dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak bermoral.Ibu bapa yang terlalu sibuk juga terlupa tanggungjawab mereka untuk menerapkan ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
Tambahan pula,pengaruh media massa juga menjadi punca berlakunya gejala tersebut.Remaja mudah terjebak dengan laman web pornografi yang dapat meracuni fikiran remaja.Stesen televisyen pun seringkali menayangkan filem-filem barat yang mendapat sambutan daripada penonton.Lazimnya,budaya barat selalu bertentangan dengan amalan budaya Timur.Filem-filem barat selalunya memaparkan unsur-unsur cinta dan seksual yang terlampau.Filem-filem tersebut meracuni fikiran penonton-penonton yang tidak matang.Remaja yang bersifat suka meniru apa sahaja yang dipaparkan kepada mereka mudah terpengaruh dengan  mencontohi aksi filem tersebut.

SEOW MEI KEI
Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi

Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan..