Lead/lede - Narrative by SUNARTI MATAHA BA20160898

"Manis senyumnya, ramah orangnya". Hassika binti Hasrudin, merupakan anak kelahiran Disember iaitu pada 31 Disember 2000 dengan  tinggi 159, asalnya dari Sandakan, Sabah. kenal dalam media sosial , bersama - sama meneruskan pengajian dalam kursus yang sama iaitu program komunikasi . Dengan pendirian seorang anak, seorang pelajar dan berdikari adalah sebati dalam dirinya.
Memanggilnya dengan gelaran sicka untuk singkatan namanya itu lebih memudahkan komunikasi antara kami walaupun hanya secara maya. Dengan hobi menyanyi juga selfie itu menjadikannya lebih mudah untuk menjadikan dirinya lebih santai. Setiap individu ada caranya untuk menghadapi cabaran dalam hidupnya . Menjadi diri sendiri itu akan membuatkannya dapat menghadapi setiap halangan yang ditempuhi.

Rumah api teguh di tanjung,
Jadi panduan kapal di laut,
Dua hati kukuh disambung,
Persahabatan kita moga kekal berpaut.
Itulah harapan saya bila mengenali sahabat seperjuangan saya yang juga  berada di puncak gading. Nama diberi ialah Sunarti Binti Mataha, berasal dari Sabah di mana dia menetap di Kampung Musinggapu, Paitan. Gadis berketurunan sungai ini memiliki wajah yang cantik bak namanya, rambut ikal mayang dan mempunyai senyuman yang manis bak gula.

Sahabat maya saya ini mempunyai perwatakan yang membuat saya makin akrab di mana dia bersifat terbuka dalam memberikan pandangan dan berkongsi pendapat jika berbincang tentang assignment, forum dan kerja toturial  yang diberikan. Gadis yang cantik ini juga merupakan individu yang memiliki perwatakan yang hampir sama dengan saya . Mungkin disebabkan itu hubungan persahabatan yang dijalinkan makin erat . Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Gadis yang nampak lemah lembut dan pemalu ini memilik hobi yang diluar jangkaan saya di mana dia suka menyanyi dan mengambil gambar.

Walaupun mengenalinya secara maya selama setahun, namun kami berdua sering berkongsi suka dan duka melalui perbualan atas talian. Dengan harapan yang tinggi. saya berharap dapat berjumpa dengannya secara bersua muka.

Sampai ketemu sahabat mayaku !