My harmonious wall by Nor farhani bt pahroradzi

CRITICAL THINKING AND PROBLEM SOLVING
1) APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH?

2) STRATEGI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
- Dalam kehidupan manusia tidak lari dari cengkaman masalah. Jadi sebagai kita haruslah mengambil tahu apakah strategi-strategu dalam menyelesaikan masalah.
A)  mengenalpasti masalah.
Perkara pertama perlu dilakukan dalam      menyelesaikan masalah ialah dengan menyatakan masalah tersebut.

- Ini merupakan tahap kritikal dalam penyelesaian masalah dan mengambil masa serta perbincangan kumpulan mungkin diperlukan. Masalah yang dihadapi akan berasa ringan sedikit apabila berbincang bersama dengan rakan mahupun keluarga kerana jika kita pendamkan seorang diri, masalah itu akan terus membelenggu diri kita.

B) menganalisa sebab-sebab terjadi masalah
Sebaik sahaja masalah dikenalpasti, seterusnya perlu menganalisa penyebabnya.

Pertimbangan persoalan di bawah:

·         Apakah sebab atau sebab-sebab kepada permasalahan tersebut? Adakah kerana faktor sekeliling dan lain-lain lagi.

C) senaraikan penyelesaian dan memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan berkesan.
Pertimbangan persoalan di bawah:

·         Adakah kelebihan dan kekurangan setiap penyelesaian dikenalasti?. Hal ini akan membuat kita lebih fokus dalam apa yang kita hendak lakukan seterusnya.

·         Adakah setiap penyelesaian telah dikaji berdasarkan kesan ia akan memberikan kepada keseluruhan masalah.  Sebagai contoh dalam organisasi, kumpulan atau jabatan. Kita harus berfikir dari seluruh aspek supaya penyelesaian masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

D) Menilai kesan sesuatu penyelesaian
Kita harus memikir lebih luas dengan menilai kesan-kesan yang akan terjadi daripada sesuatu penyelesaian masalah. Kesannya mungkin terjadi kepada individu atau orang lain.

E) kembali kepada pencipta Yang Maha Agung
Kita tidak seharusnya membelakangi tuhan dalam semua perkara. Justeru, setiap masalah yang dihadapi hendaklah berserah dan berdoa agar dipermudahkan.

KREATIVITI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
- Video di bawah merupakan contoh kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Terdapat berbagai cara, ia bergantung kepada tahap pemikiran seseorang itu.
Disini saya akan senaraikan ciri-ciri yang boleh kita kenalpasti sesorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Antara ciri kreativiti yang dimaksudkan ialah
1) bersifat fleksibel.
Seseorang kreatif akan berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain keyakinan optimis

2) sensitif dan peka
Individu yang mempunyai sensiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut dan turut sensitif menggunakan deria.

3) idea yang asli dan tulin
Seseorang itu akan mengeluarkan idea yang bernas dan dan tulen tanpa mencuri idea orang lain. Selalunya, Idea mereka ini menarik dan berbeza daripada yang lain.

4) bersifat terbuka.
Mereka ini mempunyai sifat berlapang dada dalam menerima pendapat orang lain tanpa ada unsur tidak puas hati. Mereka bersifat bebas dan demokratik.

5) logik
Orang yang berfikir secara logik secara langsung akan dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Mereka juga matang dalam membuat keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan muslihat tidak baik.

6) berfikiran bebas
Golongan kreatif ini tidak terikat pada satu perkara sahaja, sebaliknya mereka bijak merancang sesuatu yang luar biasa. Kebiasaannya, Golongan ini sentiasa berhati-hati dan bijak membuat sebarang keputusan

KARAKTER KREATIVITI DAN LITERASI PENYELESAIAN MASALAH
1)karakter kreativiti bermaksud ciri-ciri orang yang kreatif. Ia boleh digambarkan melalui penulisan mahupun gambar.

Ia merupakan suatu perkara subjektif yang mana setiap individu mempunyai daya kreativiti yang berlainan . Hal ini akan membezakan antara satu sama lain.

2) literasi sendiri bermaksud kemampuan seseorang dalam mengolah dan memahami informasi saat melakukan proses menulis dan membaca. Oleh itu, dapaf kita fahami literasi penyelesaian masalah merupakan tahap kemampuan seseorang itu mampu menyelesaikan masalah dengan baik. Bagi sesiapa yang berfikiran jauh dan matang, Sudah semestinya cara beliau menyelesaikan masalah adalah dengan cara yang matang, Mereka tahu baik dan buruk penyelesaian tersebut. Apakah ia memberi kesan kepada sesuatu kumpulan, Organisasi atau orang awam.
Video dibawah adalah salah satu contoh Cara penyesaian memerlukan fikiran yang kreatif serta mengetahui strategi dalam menyelesaikan masalah.

PENYELESAIAN MASALAH MENGIKUT AGAMA ISLAM
setiap manusia akan menerima ujian. Sama ada ujian dari segi kewangan, hubungan dan sebagainya. Kita sebagai umat islam harus akur dan redha apa yang dikurniakan Allah. Kita juga dianjurkan untuk mecari jalan keluar bagi masalah yang kita hadapi.
Sebagai manusia kita harus ingat, setiap masalah atau dugaan yang datang adalah tidak akan melebihi daripada kemampuan kita. Ini berdasarkan ayat Al-quran yang menerangkan bahawa setiap masalah adalah setara dengan kemampuan seseorang itu. Seperti mana dalam surah Al-baqarah:286 yang bermaksud " allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya". Begitu la janji Al-khaliq kepada hambanya.

Selain itu, Kita haruslah bersabar. Bersabar ini adalah tanda kekuatan seseorang muslim itu. Sabar juga akan menjadikan Seseorang itu lebih kuat dan cekal Dalam menghadapi masalah. Seperti dalam hadith, Nabi saw bersabda yang bermaksud "sabar itu separuh daripada iman". Sabar dalam menghadapi masalah akan mendorong kita berfikiran dengan lebih tenang dan logik.
3)perlahan dan tidak tergesa-gesa

4)berbaik sangka dengan perancangan Allah

5)tidak menghebohkan masalah yang kita hadapi kerana dtakuti mengundang fitnah.

6) mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik

7) kita dianjurkan untuk banyakkan istighfar

8) kita tawakal dan serahkan semuanya kepada Allah.

Dibawah adalah video yang menceritakan keajaiban doa. Semoga ia bermanfaat untuk semua, kerana yang pasti setiap manusia akan ditimpakan musibah, ujian, dugaan, masalah, maka kita kembali kepada Allah moga-moga Allah permudahkan segalanya.