My bold padlet by HAZIRAH IYAZI BINTI HAJEMAT BA20110246

Group 6
Cadangan saya untuk penilaian projek individu atau berkumpulan adalah dengan menghasilkan sebuah video yang dapat meningkatkan keyakinan diri individu untuk berkomunikasi dengan orang lain. Melalui penghasilan sebuah video pelajar komunikasi dapat menunjukkan kreativiti dan inovasi mereka dalam menyampaikan maklumat menggunakan teknologi baharu seiring dengan arus pemodenan masa kini. Hal ini akan memberi impak yang positif dalam diri pelajar mahupun pandangan masyarakat tentang maklumat yang disampaikan dengan idea yang kreatif dan bernas. Aktiviti yang dirakamkan untuk menghasilkan sebuah video mestilah menumpukan kepada komunikasi yang berkesan seperti aktiviti perbincangan dan pembentangan dengan ahli kumpulan agar pelajar dapat bekerjasama untuk mewujudkan suasana komunikasi yang menarik.

Dalam video ini menunjukkan kreativiti dan inovasi pelajar komunikasi menggunakan alat teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat pemudah cara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini demikian lebih memudahkan pelajar untuk memahami maklumat yang ingin di sampaikan dengan lebih jelas. Melalui teknologi maklumat juga pembelajaran akan lebih menarik dengan adanya video serta penerangan info yang menarik menjadikan pelajar mudah untuk memahami maklumat yang disampaikan oleh pengajar. Setiap individu yang  menyampaikan ilmu dengan konsep yang berbeza menjadikan pelajar mahupun masyarakat mendapat pengetahuan secara kreatif dan inovasi. Oleh itu, dengan adanya kemajuan alatan teknologi dan komunikasi ini dapat membantu ramai pelajar untuk menyerlahkan idea-idea mereka yang menarik dan disampaikan melalui alat tekonolgi tersebut untuk menyampaikan maklumat.