18 Puasa Di Kampong Pisang by Shauqee Junaide

Pensyarah Subjek

Ahli-Ahli Kumpulan
MUHAMMAD HAZIQ BIN MAZLAN
(01DKB18F2030)

SHARMENDRAN A/L LETCHUMANAN
(01DKB18F2016)

MUHAMMAD SHAUQEE BIN JUNAIDE
(01DKB18F2002)

MUHAMMAD AIMAN BIN SABRI
(01DKB18F2024)

Ahli kumpulan saya memilih filem yang bertajuk 18 Puasa Di Kampong Pisang ini kerana ianya mempunyai banyak pengajaran. Sebagai contoh, umat islam diwajibkan berpuasa penuh di dalam bulan Ramadhan kerana berpuasa di bulan Ramadhan ialah salah satu rukun Islam yang wajib kita patuhi.

Saya dan ahli kumpulan yang lain memilih filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kerana filem ini menyampaikan mesej yang positif kepada penonton tentang menitik beratkan amalan akhirat dan jangan memfokuskan kepada dunia semata-mata kerana kehidupan di dunia hanyalah sementara dan akhirat adalah selama-lamanya.

Kami sekumpulan memilih filem 18 Puasa Di Kampong Pisang  adalah kerana filem ini mempunyai mesej dakwah melalui bentuk komedi dan sangat kreatif untuk disampaikan kepada penonton supaya lebih mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan Tuhan untuk menjadi umat Islam yang beriman dan bertakwa. Filem ini juga mengajak penonton untuk lebih menghayati konsep ibadah puasa dan zakat yang perlu dititikberatkan dalam masyarakat umat Islam.

Potongan Skrin 1
Pada minit ke 4:06, Pak Din menasihati Pak Karim yang berfikiran kotor supaya berkelakuan lebih baik sebelum menjelang bulan puasa. Pak Din juga menasihati orang kampung yang berada di situ agar lebih serius dalam beribadah semasa bulan puasa dan mencari jalan ke syurga dengan memperbanyakkan ibadah dan meninggalkan perbuatan yang mungkar yang mereka lakukan pada tahun yang lalu. Hal ini menunjukkan pengarah filem ini memasukkan unsur pendidikan yang baik mengenai ibadah puasa dan konsep berdakwah dengan mencegah kemungkaran melalui perbualan di gerai nasi lemak. Oleh itu, penerapan konsep berpuasa dan melakukan kebaikan di bulan puasa di dalam filem ini menepati etika penyiaran dalam Islam supaya penonton dapat mengambil pengajaran untuk lebih menghayati ibadah puasa pada bulan Ramadhan.

Potongan Skrin 2
Barkoba menunjukkan nilai tolong-menolong pada babak 1:26:23. Watak utama cuba menolong seorang budak yang meminta tolong membawa ibunya yang sakit ke hospital untuk menjalani rawatan. Selepas Barkoba diberi peluang bertaubat atas dosa-dosanya yang lalu, dia terus menolong budak tersebut tanpa memberi alasan seperti dahulu. Hal ini membuktikan pengarah filem ini cuba memasukkan unsur tolong-menolong yang dapat mengajar penonton agar menolong orang yang sangat memerlukan pertolongan tidak kira pada bulan puasa atau bulan yang lain. Oleh itu, amalan tolong-menolong dapat menjadi pengajaran kepada penonton apabila menonton filem ini kerana ianya perlu diterapkan dalam amalan masyarakat dan merupakan tuntutan di dalam agama Islam yang terdapat dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim Jilid 3 yang bernombor 1713 dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika kami sedang dalam perjalanan bersama-sama dengan Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang lelaki mengenderai kenderaannya, sambil ia menoleh ke kanan dan ke kiri. Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang mempunyai kelebihan tempat di kenderaannya, hendaklah dia memberikannya kepada orang yang tidak punya tempat. Dan siapa yang mempunyai kelebihan perbekalan, hendaklah dia memberikannya kepada orang yang tidak punya perbekalan.". Hadis ini sebenarnya memberikan peringatan kepada kita supaya jangan kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan. Kita mestilah percaya bahawa setiap kebaikan yang dilakukan itu pasti akan kembali kepada mereka yang melakukannya.

Rujukan hadis di atas: https://sigir.uitm.edu.my/webhadis/dapatQH.php?brt=0&bukhari=&muslim=1&termizi=&majjah=&nasai=&daud=&thes=&akar=kenderaan%20yang%20melebihi&sp=&mula=1&pmula=1

Potongan Skrin 1
Pada minit ke 26:35, pengarah filem menggunakan konsep kematian dan penyesalan dalam menyampaikan mesej dan dakwahnya kepada penonton. Babak ini menunjukkan Barkoba yang merupakan watak utama telah meninggal dunia dan dapat melihat jasadnya sendiri selepas terhempap buah durian di kepalanya. Sebelum Barkoba meninggal, dia membatalkan puasanya dengan cuba makan di dalam kebun miliknya dan tercekik semasa makan lalu dia cuba mencari air tetapi tidak menjumpainya. Dia terus berjalan dalam keadaan tercekik dan apabila dia tiba pada suatu kawasan di bawah pokok, durian menimpa kepalanya dan terus pengsan di kawasan tersebut. Selepas terjaga dari pengsan, Barkoba melihat ada seorang watak yang bertanduk, berjubah hitam dan memegang tongkat berada di hadapannya. Barkoba cuba bertanya kepada insan tersebut mengenai identitinya dan insan tersebut menyatakan dia seekor syaitan yang akan membawa Barkoba ke neraka dan menziarahi semula untuk melihat dosa-dosa lampau Barkoba sebelum menuju ke neraka. Barkoba sangat terkejut dengan kenyataan ini dan mendapati dirinya sudah meninggal dan sangat menyesal kerana melakukan dosa sebelum dia meninggal dunia. Hal ini dapat dilihat oleh penonton bahawa pengarah filem ini cuba mengajak penonton menyedari kesalahan-kesalahan yang lalu untuk bertaubat sebelum kematian datang menjemput kita supaya kita tidak menyesal pada waktu tersebut. Oleh itu, pengarah filem menggunakan cara yang berkesan untuk berdakwah melalui filem ini dan menepati etika penyiaran dalam Islam dengan mengajak penonton bertaubat dan insaf sebelum menyesal dengan perbuatan-perbuatan dosa pada masa yang lalu.

Potongan Skrin 2
Filem ini menggunakan gambaran neraka pada jam ke 1:18:18 untuk menyedarkan penonton sebagai salah satu cara berdakwah yang berkesan untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu dosa di dalam kehidupan kita. Babak ini menunjukkan seorang watak yang baik di dalam filem ini iaitu Pak Din yang diikat di neraka atas kesalahannya memukul kucing sehingga mati. Si Syaitan memaksa Pak Din mengakui kesalahannya walaupun kebaikan yang dibuat oleh Pak Din begitu banyak tetapi akibat membunuh binatang yang tiada kesalahan, Pak Din tetap dihukum di neraka atas kesalahannya tersebut. Hal ini dapat menunjukkan bahawa pengarah filem ini menggunakan kaedah yang baik dalam menyampaikan mesejnya mengenai kesalahan yang dipandang kecil apabila dibuat dapat membuatkan seseorang itu juga menjadi ahli neraka. Oleh itu, babak ini sangat menepati etika penyiaran dalam Islam kerana ia mempunyai unsur yang mengajak penonton untuk bermuhasabah diri dengan dosa-dosa yang dilakukan dan menyeru penonton untuk bertaubat supaya menjadi hamba Tuhan yang lebih taat kepada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Kami sekumpulan memilih filem 18 Puasa di Kampong Pisang adalah kerana filem ini menunjukkan kepada manusia bahawa semua perkara yang kita lakukan di dalam kehidupan kita tentu ada hikmahnya tidak kira sama ada perkara itu baik atau buruk dan ianya mesti mempunyai balasan yang setimpal.

Selain itu, filem ini juga memberi pengajaran kepada manusia yang kita boleh sentiasa ingat bahawa tiada siapa yang akan tahu semasa kita melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, tetapi kita perlu ingat bahawa malaikat sentiasa berada disisi kita dan mencatatkan semua perkara yang kita lakukan selama kita hidup di dalam dunia ini. Sejurus kita meninggal dunia, kita perlu jawab semua persoalan yang akan ditanya di alam barzakh dan di akhirat kelak.

Potongan Skrin 1
Pada minit ke 35:39, si Syaitan cuba memberitahu hikmah berpuasa di bulan Ramadhan kepada Barkoba. Si Syaitan menjelaskan kepada Barkoba mengenai sebab umat Islam dituntut berpuasa adalah kerana badan kita memerlukan rehat dan ibadah puasa juga merupakan perintah Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Si Syaitan meneruskan penerangannya kepada Barkoba dengan menjelaskan semula tentang badan kita yang memerlukan rehat semasa bulan puasa untuk mengelakkan pelbagai penyakit datang menyerang tubuh kita seperti diabetes, darah tinggi dan gout. Seterusnya, si Syaitan memberi tamsilan kepada badan manusia yang tidak berehat dengan menggunakan sebuah kereta sebagai contoh yang tidak pernah berhenti bergerak dan boleh mengakibatkan kerosakan pada enjinnya. Oleh itu, penerangan si Syaitan adalah benar dari sudut agama dan saintifik mengenai hikmah menjalani ibadah puasa yang menjadikan babak ini menepati etika penyiaran dalam Islam dan bermanfaat kepada penonton kerana mempunyai pengisian maklumat yang benar walaupun ianya disampaikan melalui bentuk komedi.

Potongan Skrin 2
Si Syaitan menjelaskan kepada Barkoba pada minit ke 42:47 tentang aliran wang zakat yang dibayar oleh umat Islam pada setiap tahun. Si Syaitan menyatakan duit zakat yang dibayar telah diserahkan kepada Baitulmal dan sebahagian daripada duit tersebut adalah hak anak yatim. Tambahan lagi, si Syaitan juga mengatakan ibadah puasa dapat menahan dan mengawal diri kita untuk memenuhi keperluan orang yang memerlukan serta orang yang kurang bernasib baik. Hasil zakat yang dijelaskan oleh si Syaitan kepada Barkoba juga digunakan untuk kerja-kerja pembinaan masjid, sekolah-sekolah agama dan amal jariah sesama ummah. Hal ini terbukti bahawa pengarah filem ini telah membuat kajian tentang maklumat-maklumat yang penting berkaitan zakat untuk dikongsikan ke dalam filem supaya penonton beroleh manfaat apabila menonton filem ini. Oleh itu, maklumat mengenai zakat yang telah diselitkan di dalam babak ini sangat sesuai dan menepati etika penyiaran dalam Islam kerana maklumat tersebut benar dan dapat menambah pengetahuan penonton tentang zakat supaya ibadah zakat dapat dihayati dengan lebih mandalam dalam kalangan umat Islam.

Mapping Filem

Potongan Skrin 1
Pada minit 1:01, pengarah filem ini yang dikenali sebagai Mamat Khalid telah memberi peringatan kepada penonton bahawa filem ini hanya rekaan semata-mata dan tidak berkait dengan pihak-pihak yang lain. Mesej di awal filem ini jelas terbukti bahawa pengarah menitikberatkan bahawa aib seseorang adalah perlu ditutup dan tidak boleh sama sekali disiarkan di dalam filem. Oleh itu, filem ini sangat menepati etika penyiaran di dalam Islam kerana terdapat sikap tanggungjawab pengarah filem ini sendiri meletakkan mesej di awal permulaan filem untuk menunjukkan kepada penonton bahawa filem ini tidak mendedahkan aib individu atau pihak lain demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan penonton apabila menonton filem ini.

Potongan Skrin 2
Daud M (baju kemeja putih) menegur perangai penjual nasi lemak pada minit ke 3:53 yang berkata buruk kepada Kiambang kerana cuba meminta kebenaran menjual kuihnya di gerai nasi lemak tersebut. Penjual nasi lemak itu juga membuka aib arwah ibu Kiambang yang merupakan seorang penari di kelab malam pada suatu ketika dahulu sehingga perkataannya didengari oleh kebanyakan orang yang berada di gerai tersebut. Tindakan ini sudah semestinya buruk lalu menyebabkan Daud M dan Pak Din terus menegur perbuatan penjual nasi lemak tersebut agar menghentikan perbuatan mengumpat terhadap Kiambang yang telah beredar daripada gerai tersebut. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengarah video ini cuba menyampaikan mesej yang menunjukkan amalan mengumpat dalam masyarakat perlu dihentikan melalui teguran kerana mengumpat dapat mendedahkan aib seseorang dan dapat merosakkan hubungan silaturrahim di dalam masyarakat.

Potongan Skrin 3
Pada minit ke 47:56, si Syaitan memperingati Barkoba mengenai rukun Islam yang perlu difahami oleh setiap umat Islam. Si Syaitan menyuruh Barkoba menyebut satu per satu 5 rukun Islam tetapi Barkoba terlupa rukun yang keempat iaitu membayar zakat. Si Syaitan lalu mengutuk Barkoba kerana kealpaan tersebut. Dia kemudian menjelaskan kepada Barkoba bahawa Barkoba telah terkeluar daripada rukun keempat ini kerana Barkoba tidak membayar zakat semasa dia masih hidup. Konsep yang cuba diketengahkan oleh pengarah pada babak ini ialah kepentingan memperingati rukun Islam supaya kehidupan kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Rukun Islam sangat penting kepada umat Islam kerana ia melambangkan tanda kepatuhan kita kepada Allah dalam mentaati perintah-Nya dengan menjalankan ibadah yang telah disyariaatkan oleh Allah yang terdapat di dalam lima rukun Islam. Oleh itu, babak ini menepati kriteria bagi etika penyiaran dalam Islam iaitu mempunyai pendidikan yang baik dengan memperingati lima rukun Islam kepada penonton. Dengan berbuat demikian, penonton akan lebih menghayati lima rukun Islam yang mengandungi ke semua ibadah wajib terutamanya ibadah membayar zakat yang selalu diabaikan oleh orang kita pada zaman ini. Pengarah video cuba menyelitkan mesej berbentuk dakwah untuk menyeru penonton supaya menitikberatkan amalan membayar zakat ketika di bulan Ramadhan dan selalu memeriksa diri kita supaya memenuhi tuntutan Allah melalui lima rukun Islam tersebut supaya hidup kita diredhai dan dirahmati Allah.

Refleksi: MUHAMMAD SHAUQEE BIN JUNAIDE

Kesimpulan
Kesimpulannya, filem ini menepati kriteria etika penyiaran di dalam Islam. Filem ini cuba memberi kesedaran kepada penonton terutamanya pada umat Islam untuk lebih menghayati ibadah puasa yang terkandung di dalam rukun Islam yang ketiga.

Di samping itu, filem ini juga menekankan konsep zakat yang juga merupakan ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang memerlukan umat Islam membayar dengan duit untuk menyumbangkan kepada golongan atau pihak yang lebih memerlukan.

Seterusnya, pengajaran yang boleh diambil daripada filem ini adalah mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada diri kita dan tidak membandingkan nikmat yang dikurniakan kepada orang lain. Hal ini kerana di dalam kehidupan kita pasti akan ada orang yang menghadapi ujian yang lebih berat daripada kita dan kita perlu bersabar dengan ujian yang kita hadapi kerana setiap kali ujian yang hadir, pasti ada nikmatnya.

Akhir kata, filem ini sememangnya kreatif untuk dijadikan medium penyampaian dakwah. Hal ini kerana setiap babak yang terdapat dalam filem ini mengandungi nasihat yang sangat bermanfaat untuk penonton ambil dan hayati. Sebagai contoh, nasihat mengenai ibadah seperti puasa dan zakat yang difokuskan oleh pengarah filem ini untuk disampaikan kepada penonton supaya memahami konsep sebenar ibadah di bulan Ramadhan melalui unsur komedi yang merupakan kaedah yang sesuai digunakan untuk berdakwah pada zaman ini.

Trailer Filem

Sinopsis
Filem 18 Puasa di Kampung Pisang arahan Mamat Khalid mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang yang masih lagi tidak meninggalkan dan melakukan kemungkaran pada Allah walaupun sudah berada di bulan Ramadhan. Kisah 18 Puasa di Kampung Pisang terjadi apabila seorang penduduk Kampong Pisang yang bernama Barkoba telah dirasuk syaitan semasa dia sedang ponteng puasa pada siang hari. Ianya terjadi apabila sebiji buah durian telah menghempap kepalanya yang menyebabkan Barkoba pengsan. Kemudian, Barkoba telah terserempak dengan syaitan yang ingin mengheretnya ke neraka jahanam di atas perbuatanya. Disebabkan itu, Barkoba beria-ia menafikan kesalahan yang pernah dia lakukan dan menidakkan dirinya sebagai penghuni neraka. Oleh hal yang demikian, syaitan itu telah membawa Barkoba ke masa lampaunya bagi menyaksikan sendiri segala dosa yang telah dilakukan oleh Barkoba sewaktu hidupnya di dunia.

Potongan Skrin 3
Pada babak yang berdurasi 01:24:43, pengarah filem menunjukkan bahawa malaikat memberi satu peluang kepada Barkoba kerana dia menyesal dan insaf semasa Barkoba dihukum dan setelah Barkoba melihat dosa yang dia lakukan sepanjang dia hidup di dalam dunia ini. Barkoba merasa malu terhadap dirinya bahawa dosa yang telah dilakukannya adalah dengan sengaja dan memberi kesan kepada orang yang berada di sekelilingnya. Setelah Barkoba mendapat peluang untuk hidup kembali, Barkoba menjadi seorang insan yang baik dan menolong Kiambang yang sakit dengan membeli ubat untuk Kiambang pulih dari penyakitnya. Barkoba menemani Kiambang dan anaknya menjaga keluarganya dan tolong membelikan barang keperluan untuk keluarga kiambang. Selain itu, terdapat juga masyarakat Kampong Pisang menghulurkan bantuan dari sumbangan masjid bagi keluarga Kiambang. Konsep yang cuba diketengahkan oleh pengarah filem ialah konsep prihatin kepada masyarakat yang susah. Pengarah cuba menggambarkan masyarakat pada zaman sekarang yang alpa dan sering mengabaikan golongan yang kurang berkemampuan di dalam komuniti mereka sendiri. Mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah filem kepada penonton adalah sentiasa mengambil berat terhadap orang yang berada di sekeliling kita terutamanya orang yang susah supaya mereka tidak diabaikan dan kehidupan mereka lebih terjamin. Oleh itu, babak ini telah menepati etika penyiaran di dalam Islam iaitu pengarah filem berjaya menyampaikan mesejnya menggunakan cara yang bijaksana supaya penonton sentiasa berfikir dan peduli tentang keadaan atau nasib orang susah yang berada di sekeliling kita.

Potongan Skrin 3
Pada minit ke 52.15 si ketua syaitan bertanyakan kepada pekerjanya tentang salah seorang ahli neraka 'ada atau tidak' pada ketika itu.Oleh itu, konsep yang hendak diketengahkan ialah menutup aib pihak yang menjadi bualan ramai supaya mereka tidak mendapat malu pada ketika itu.Kesimpulannya,pengarah filem berjaya membuat filem yang baik serta berkaitan dengan etika penyiaran islam agar penonton dapat menyemai nilai-nilai yang terkandung dalam filem ini.

Refleksi: SHARMENDRAN A/L LETCHUMANAN

Refleksi: MUHAMMAD AIMAN BIN SABRI

Refleksi: MUHAMMAD HAZIQ BIN MAZLAN

Potongan Skrin 3
Pada minit ke 1:07:06, si syaitan membawa Barkoba  untuk melawat Kiambang yang sedang sakit dan nazak. Anak kepada Kiambang sudah berusaha untuk meminta tolong orang Kampong Pisang. Barkoba ditemukan dengan anak Kiambang iaitu Kamal untuk meminta tolong dan meminjam telefon untuk menghubungi ambulan kerana Kiambang sakit tenat. Tetapi Barkoba mengabaikan permintaan Kamal kerana Barkoba hanya memikirkan nafsu makan dan kelaparan pada siang hari. Disebabkan sikap mementingkan diri Barkoba pada masa itu, Kiambang meninggal dunia kerana tidak dihantarkan ke hospital. Konsep yang cuba diketengahkan oleh pengarah filem adalah supaya tidak mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana, masyarakat zaman sekarang sering mementingkan diri sendiri dan tidak menolong orang yang memerlukan bantuan. Oleh itu, babak ini sangat menepati etika penyiaran dalam Islam iaitu pengarah filem telah menyampaikan maklumat yang benar melalui senario yang sering terjadi di dalam kehidupan sebenar di mana pengabaian golongan yang kurang berkemampuan di dalam masyarakat kita.