التعلم الانعكاسي 1
(What were your most interesting discoveries about property?)
Alhamdulillah sepanjang mengikuti kelas IIP2002 Fiqh Muamalat, saya telah memperoleh pelbagai ilmu berkaitan konsep harta dan pemilikan menurut perspektif hukum syarak serta pandangan para fuqaha yang mahir dalam bidang ini. Pembelajaran ini telah menimbulkan minat mendalam dalam diri saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan harta dalam kehidupan serta pengurusannya menurut Islam. Terima kasih juga kepada penerangan doktor dan pembentangan di kelas tutorial, saya juga dapat menambah ilmu ini.
Salah satu penemuan yang paling menarik bagi saya ialah hakikat bahawa konsep harta dalam Islam tidak terhad kepada wang atau tanah semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi segala sesuatu yang boleh dimiliki dan dimanfaatkan oleh manusia secara sah menurut syarak.
Menurut hukum syarak, harta boleh dikategorikan kepada beberapa jenis utama. Antaranya ialah:
·       Harta tidak alih (المال العقار) seperti tanah dan bangunan.
·       Harta alih (المال المنقول) seperti kenderaan dan barangan.
·       Harta misli (مثلي) iaitu barang yang boleh diganti dengan yang seumpamanya.
·       Harta qimi (قيمي) iaitu barang yang tidak boleh diganti secara serupa sepenuhnya.
·       Harta yang boleh dilindungi (متقوم) iaitu harta yang diiktiraf syarak.
·       Harta yang tidak boleh dilindungi (غير متقوم) seperti arak atau babi yang tidak sah dimiliki dalam Islam.
Pembahagian ini bukan sahaja penting dari sudut teoritikal, tetapi juga memainkan peranan besar dalam aplikasi fiqh seperti dalam hukum wakaf, syuf‘ah (hak jiran), akad muamalat, dan tanggungan (ḍhamān). Setiap kategori harta mempunyai hukum dan implikasi tersendiri dalam kontrak dan urusan muamalat harian.
Antara topik yang paling menarik perhatian saya ialah tajuk “Menghidupkan Tanah yang Mati” (إحياء الموات). Saya tertarik dengan konsep bahawa tanah yang tidak dimiliki atau tidak diusahakan boleh menjadi milik seseorang jika dia menghidupkannya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Ilmu ini memberi kesedaran kepada saya bahawa terdapat peluang dan kelebihan dari sudut syarak untuk memanfaatkan tanah tersebut secara sah.
Dengan ilmu yang diperoleh melalui kuliah ini, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengurusan harta secara syarie kepada masyarakat di sekeliling saya, agar mereka juga memahami kaedah yang betul untuk memanfaatkan harta, khususnya tanah, mengikut prinsip Islam.
التعلم الانعكاسي 2
Bincangkan bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap syarat-syarat
pihak yang berkontrak.
Perbincangan tentang ahliyyah dalam Fiqh Muamalat memberi nilai tambah yang sangat besar kepada kefahaman saya terhadap syarat-syarat sah bagi pihak yang berkontrak. Ahliyyah merujuk kepada kelayakan atau keupayaan seseorang untuk memiliki hak dan menunaikan tanggungjawab yang dikenakan ke atasnya. Dalam konteks hukum syarak, konsep ini penting untuk menentukan seseorang itu layak atau tidak untuk menjalankan akad secara sah.
Dari sudut fiqh, ahliyyah terbahagi kepada dua jenis utama:
Ahliyyah al-Wujub (أهلية الوجوب) – iaitu kelayakan seseorang untuk memiliki hak dan dikenakan kewajipan. Ahliyyah jenis ini diberikan kepada setiap manusia yang masih hidup, tanpa mengira umur atau kemampuan akal.
Ahliyyah al-Ada (أهلية الأداء) – iaitu keupayaan untuk melaksanakan atau melunaskan hak dan kewajipan tersebut. Untuk mencapai ahliyyah al-ada secara sempurna, seseorang mestilah berakal dan mencapai tahap mumayyiz.
Halangan-halangan keahlian (عوارض الأهلية) pula menghalang seseorang daripada memiliki atau melaksanakan hak dengan sempurna. Halangan ini terbahagi kepada dua:
Awaridh Samawiyyah (عوارض سماوية) – iaitu halangan yang berlaku secara semula jadi dan di luar kawalan manusia, seperti, sakit berat, gila, pengsan, ataupun tidur.
Awaridh Muktasabah (عوارض مكتسبة) – iaitu halangan yang berpunca daripada tindakan manusia sendiri, seperti boros (safih) dalam pengurusan harta atau seseorang yang muflis.
Melalui perbincangan ini, saya memahami bahawa ahliyyah merupakan salah satu syarat utama yang mesti dipenuhi bagi memastikan kesahihan akad dalam Islam. Sekiranya seseorang tidak memenuhi syarat ahliyyah, akad yang dilakukannya boleh menjadi tidak sah, fasid (rosak), atau tidak mempunyai kesan hukum. Contohnya, seseorang yang hilang akal tidak boleh menjadi pihak dalam akad, kerana dia tidak mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang sah menurut syarak.
Wali ataupun penjaga juga boleh membuat keputusan mewakili kanak-kanak yang belum mencapai tahap ahliyyah al-ada dalam akad muamalat, sama ada meneruskan atau membatalkan akad yang dibuat oleh kanak-kanak tersebut.
Kesimpulannya, pemahaman tentang ahliyyah sangatlah penting bagi memastikan tanggungjawab dilaksanakan oleh pihak yang layak, dan mencegah ketidakadilan dalam urusan muamalat.
التعلم الانعكاسي 3
Bincangkan bagaimana perbincangan kecacatan dalam kontrak memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap sighah kontrak.
Sighah ialah lafaz ijab dan qabul yang menzahirkan kehendak pihak berakad. Ia mesti dilafazkan dengan jelas dan sempurna agar akad sah menurut syarak. Perbincangan tentang kecacatan kontrak memberi saya kefahaman mendalam bahawa lafaz akad bukan hanya soal ucapan, tetapi juga perlu bebas daripada unsur yang boleh menjejaskannya.
Antara kecacatan yang saya pelajari ialah:
Al-Ghalat (kesilapan) – kesalahan dalam subjek atau sifat akad. Jika dizahirkan dalam lafaz (ghalat zahiri), akad boleh terbatal.
Al-Ghabn (penipuan nilai) – pertukaran yang tidak adil. Jika terlalu berat (ghabn fahisy), boleh menyebabkan pembatalan akad.
At-Taghrir (penipuan) – memperdaya pihak lain secara ucapan atau perbuatan, menjejaskan keredaan dan boleh membatalkan akad.
Al-Ikrah (paksaan) – memaksa seseorang menerima akad tanpa kerelaan. Paksaan berat seperti ugutan boleh membatalkan akad.
Kesimpulannya, memahami kecacatan kontrak membantu saya melihat bahawa sighah bukan sekadar lafaz, tetapi mesti datang daripada kehendak yang benar-benar bebas, jelas, dan adil.
Nama diberi Saeid bin Khalil. Berumur 20 tahun dan berasal dari Johor Darul Ta'zim. Nombor matriks 23000433/2 . Saya merupakan pelajar Tahun 1 dalam bidang Syariah dan Undang-Undang di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Saya sentiasa percaya bahawa “Setiap usaha yang ikhlas pasti ada hasilnya, walaupun bukan sekarang.” Kata-kata ini mengajar nilai kesungguhan dan kesabaran amat penting dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Kekuatan saya ialah saya mudah bekerjasama dalam kumpulan dan suka membantu rakan. Nilai kerjasama ini memudahkan saya bergaul dan menyumbang dalam tugasan berkumpulan.
Kelemahan saya ialah saya kadangkala menangguhkan kerja apabila terlalu banyak tugasan. Saya sedang belajar untuk lebih konsisten dan mengutamakan kerja yang penting.
انعكاس تجربة التعليم
Dalam proses menyiapkan tugasan e-portfolio ini, saya berpeluang mendalami tajuk-tajuk dalam silibus Fiqh Muamalat dengan lebih terperinci. Tugasan ini menuntut kefahaman yang mendalam, sekaligus membantu saya memperkukuh penguasaan terhadap konsep-konsep penting dalam subjek ini.
Saya juga mendapati bahawa penyusunan maklumat dalam bentuk visual seperti peta minda sangat membantu dalam memahami dan mengingat topik-topik yang telah dipelajari. Bentuk pembentangan ini menjadikan nota lebih tersusun, mudah dirujuk dan sesuai untuk ulang kaji.
Kesimpulannya, tugasan e-portfolio ini memberikan banyak manfaat dalam proses pembelajaran saya. Ia bukan sahaja mencabar pemikiran dan kefahaman, malah mengasah kreativiti dalam menghasilkan nota dan bahan pembelajaran. Saya berharap tugasan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu pendekatan pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan.