Batu Bersurat Terengganu by Priscilla Hong

Hubung Kait dengan Undang-Undang Syariah Islam
Tarikh 4 Rejab 1439 Hijrah bersamaan 22 Mac lalu, ialah tarikh ulang tahun bersejarah terpahatnya prasasti Batu Bersurat Terengganu yang signifikan dengan bukti penyebaran Islam di kepulauan Melayu, khususnya Terengganu.

Prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah piagam undang-undang bertulis yang menjadi bukti pengamalan sistem perundangan Islam dan sebagai sumber sejarah Islam dalam pensejarahan Melayu.

Empat ciri penting membuktikan batu bersurat menerima pengaruh Islam ialah tulisan jawi, bahasa, ilmu falak (astronomi) dan isi kandungan yang begitu istimewa bagi penelitian sumber sejarah, terutama dalam kajian epigrafi.

Dari sudut bahasa, istilah dalam Batu Bersurat Terengganu meliputi tiga istilah, iaitu Melayu, Arab dan Sanskrit. Walaupun jumlah istilah Sanskrit lebih banyak berbanding ungkapan Melayu dan Arab, perlu ditekankan kewujudan istilah Sanskrit ini tidak mencerminkan pandangan alam atau konsep pemikiran masyarakat Melayu Terengganu kerana sudah berlaku proses Islamisasi terhadap istilah berkenaan.

Sejarah Perkembangan Islam Nusantara
Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka menghadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut, Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Malabar Coast di Kerala India, Srivijaya dan Palembang. Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

Hubungan dan Jalinan Diplomatik dengan Negara Sekitar
Dalam sejarah juga membuktikan Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan negara luar. Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.