FORUM 3 (Noraini Idris Bab 8) by Roslinda Rosli
CHAN CHING PENG (P99518)
Walaupun kemahiran berfikir kerap ditekankan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan sukatan pelajaran, tahap kemahiran berfikir para pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan apabila dilihat pada keputusan TIMSS dan PISA. Menurut Noraini (2005, hlm. 137), guru lebih tertumpu kepada pengajaran yang melibatkan penghafalan dan mengimbas kembali konsep yang dipelajari. Sebagai akibatnya, kebanyakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah berpusatkan guru. Saiz kelas yang besar turut menyumbang kepada kegagalan dalam mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar (Norfariza & Nur Fadhillah 2018). Kekurangan bilik darjah di sekolah menyebabkan ramai pelajar ditempatkan dalam satu kelas. Kesesakan dalam kelas menjadikan tempat tersebut kurang kondusif dan guru tidak dapat memantau setiap pelajar. Tambahan pula, kekangan masa untuk setiap mata pelajaran menyebabkan tugasan yang diberi lebih berbentuk soalan atau latihan yang hanya memerlukan pelajar mengimbas kembali konsep yang dipelajari.
Selain itu, sesetengah pelajar didapati menonjolkan simptom-simptom kebimbangan Matematik seperti berpeluh, peningkatan denyutan jantung dan berasa takut apabila berhadapan dengan soalan melibatkan ayat Matematik (Puteh & Khalin 2016). Golongan pelajar ini tidak dapat memproses soalan penyelesaian masalah dengan baik menyebabkan mereka mengaplikasikan teknik menjawab teringkas dan terpantas. Secara tidak langsung, kemahiran berfikir secara penyelesaian masalah, terutamanya soalan yang melibatkan ayat Matematik, kurang diperkembangkan. Pelajar mengelakkan sesetengah langkah yang dinyatakan dalam buku Noraini (2005, hlm. 141) dengan persepsi bahawa mereka telah menyelesaikan latihan yang diberi dan tidak perlu menyemak semula teknik menjawab yang digunakan.
Keberkesanan penerapan kemahiran berfikir bukan sahaja bergantung kepada perancangan rapi oleh guru tetapi faktor seperti latar belakang, minat dan motivasi pelajar serta persepsi masyarakat terhadap Matematik turut memainkan peranan.
Rujukan:
Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Norfariza Mohd Radzi & Nur Fadhillah Muzammil. 2018. Tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah kebangsaan daerah Sepang, Selangor. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 6(4): 12-28.
Puteh, M. & Khalin, S. Z. 2016. Mathematics anxiety and its relationship with the achievement of secondary students in Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 6(2): 119.
KONG SUIK FERN (P99986)
Isu atau masalah kemahiran berfikir yang dibincangkan di dalam Bab 8 sukar untuk dielakkan kerana kemahiran berfikir merupakan satu aspek yang penting dalam mempelajari subjek Matematik. Berfikir adalah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Noraini Idris, 2005). Terdapat pelbagai klasifikasi kemahiran berfikir antaranya ialah kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara penyelesaian masalah.
Di samping itu, Tanujaya et al. (2017) menjalankan kajian mengenai hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan tahap pencapaian pelajar bagi subjek Matematik. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan instrumen yang dalam format ujian untuk pengukuran HOTS iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Pelajar yang terlibat akan diminta untuk menjawab soalan KBAT dan semakan jawapan pelajar adalah menggunakan rubrik yang holistik bagi menilai kemahiran berfikir pelajar. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif mempunyai nilai korelasi yang tinggi. Perkara ini turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara KBAT dan pencapaian akademik pelajar.
Rujukan:
Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
-          Muka surat 136 bagi definisi kemahiran berfikir.
-           Muka surat 139 dan 140 bagi klasifikasi kemahiran berfikir.
Tanujaya, B., Mumu, J. & Margono, G. 2017. The Relationship between Higher Order Thinking Skills and Academic Performance of Student in Mathematics Instruction. International Education Studies 10(11): 78. doi:10.5539/ies.v10n11p78
MD SALEH OSMAN (P99528)
Kemahiran berfikir merupakan antara aspek penting yang ditekankan oleh pihak KPM terutama apabila negara mula melibatkan diri dalam penilaian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa pelajar negara kita masih lemah dalam soalan-soalan yang berkaitan dengan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Ini seterusnya menimbulkan persoalan terhadap tahap kemahiran berfikir yang diterapakn dalam PdPc di dalam kelas dimana penghafalan dan latih tubi masih menjadi amalan oleh guru.
Terdapat kekangan yang utama dalam pemupukan kemahiran berfikir di dalam kelas di mana keutamaan diberikan untuk menghabiskan silibus dan memberi latih tubi bagi mempersiapkan pelajar kepada peperiksaan pusat yang bakal dihadapi oleh pelajar. Ini menyebabkan guru mengambil peranan bagi menunjukkan contoh kepada penyelesaian masalah dimana pelajar hanya mengikut contoh tersebut bagi menyelesaikan masalah lain yang diberikan.
Kemahiran berfikir memerlukan perancangan yang tersusun dari segi masalah yang diutarakan, penyoalan dan perbincangan di dalam kelas. Ini bermakna masa yang lama perlu diluangkan bagi memastikan pelajar dapat berfikir serta menyelesaikan masalah yang diutarakan kepada mereka. Disebabkan para guru masih dibebankan dengan kerja pengkeranian serta sistem online yang tidak efisyen, banyak masa yang diperlukan terhadap perkara tersebut. Jesteru masalah atau isu berkaitan dengan kemahiran berfikir sukar dielakkan dalam sistem pendidikan di negara kita
LIEW PEI HONG
(P99987)
Isu kemahiran berfikir memang tidak dapat dielakkan kerana sistem pendidikan Malaysia yang menilai berpandukan keputusan peperiksaan. Sistem berorientasikan peperiksaan telah membataskan pemikiran kanak-kanak supaya berfikir dengan lebih kreatif. Mereka perlu menghafal semua yang telah dipelajari dengan ingatan kembali pelbagai konsep, teorem, dan formula tanpa memahami apa fungsi kegunaan setiap yang telah dibelajari. Hal ini demikian menyebabkan mereka dibebani dengan silibus yang banyak sehingga melampaui pemikiran mereka.
Kanak-kanak membelajari dengan hafal sehaja tanpa menggunakan kemahiran berfikir. Ini akan menyebabkan mereka hanya boleh pengingatan secara jangka pendek sahaja. Mereka mengalami kesukaran mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam hidupan harian.
Peranan guru amat penting untuk menggalakkan kemahiran berfikir terutama dalam mata pelajaran matematik (m/s 145). Guru harus merancangkan pendekatan pengajaran yang dipilihi bergantung dengan matlamat yang ditetapkan. Matematik adalah saling berkaitan dalam kehidupan seseorang individu. Guru boleh mengadakan aktivti jualan untuk merangsangkan minda pelajar berkaitan topik operasi asas aritmetik. Hal ini demikian pelajar dapat mengetahui kenapa perlu belajari operasi tambahm, tolak, darab dan bahagi. Guru perlu peka dengan menyatakan kegunaan Matematik sebelum mendedahkan formula kepada pelajar. soalan yang diberikan lebih penekanan kepada soalan matematik yang berkaitan dengan kehidupan harian.
AZRIANA ABDUL AZIS (P99517)
Isu dan masalah kemahiran berfikir yang dibincangkan dalam Bab 8 sukar untuk dielakkan salah satunya kerana amalan dan sikap guru sendiri. Kadangkala guru tidak memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir yang lebih tinggi dalam menyelesaikan sesuatu soalan, aktiviti mahupun tugasan. Sebagai contoh, guru hanya memberikan soalan-soalan aras rendah kepada pelajar tanya melihat sejauh mana kemampuan sebenar pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dan kejutan apabila diberi tugasan dan aktiviti yang lebih sukar. Hal ini terbukti berdasarkan analisis keputusan TIMSS 2015 bagi subjek matematik di mana peratus kecenderungan  pelajar menyelesaikan soalan aras tinggi masih berada pada tahap yang rendah.
Selain itu, Noraini Idris ada menyatakan dalam Bab 8 muka surat 148 dimana guru kadangkala tidak melatih pelajar untuk bersikap indipenden dalam membuat tugasan. Misalnya guru cenderung memberikan terus contoh jalan  penyelesaian kepada soalan yang diberikan. Hal ini menyebabkan pelajar mengamalkan pembelajaran berbentuk hafalan tanpa mampu meneroka cara penyelesaian masalah yang lebih pelbagai. Ia akhirnya membentuk pelajar yang berfikiran konvergen sahaja dan tidak kreatif.
Rujukan:
Noraini Idris, Bab 8, ms. 148
ER XIAO HUI (P99521)
Isu/ masalah kemahiran berfikir yang dibincangkan di dalam Bab 8 sukar untuk dielakkan kerana masih terdapat kebanyakan guru mengamalkan pengajaran konvensional dan tidak sedar terhadap tahap kemahiran berfikir yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik serta tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar (Noraini 2005). Pembelajaran hafalan dan ingatan tentang konsep Matematik akan membawa kesan negatif seperti kebimbangan terhadap Matematik, menjauhi diri daripada subjek Matematik dan sebagainya (Yahya & Amir 2018). Sebenarnya,  guru seharusnya memberi tumpuan kepada perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang diperlukan bagi memahami dan menyelesaikan masalah dalam Matematik serta boleh membuat keputusan dengan bijak dan cekap.  Menurut  Kusaeri (2019), kemahiran berfikir perlulah diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti- aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang boleh mendorong ke arah meningkatkan kemahiran berfikir. Kita tahu bahawa penyelesaian masalah ialah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Penyelesaian Masalah akan menunjukkan perhubungan antara konsep, teorem ataupun fakta dalam Matematik; algoritma dan masalah dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kemahiran menyelesaikan masalah dalam Matematik memang penting dan harus dipupuk di kalangan pelajar supaya pelajar boleh berfikir secara mantik dan berfungsi dalam kehidupan seharian dengan bertanggungjawab dan berkesan.
Buku Pedagogi dalam pendidikan Matematik( Noraini Idris 2005)
(m/s 137,138,145,148,165, 171,172)
Rujukan:
Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Kusaeri, K., Hamdani, A.S. and Suprananto, S. 2019. Student readiness and challenge in completing higher order thinking skill test type for mathematics. Infinity Journal 8(1):75-86.
Yahya, S.Z. and Amir, R. 2018. Kebimbangan Matematik Dan Pencapaian Matematik Tambahan [Mathematics Anxiety And Additional Mathematics Performance]. Journal of Nusantara Studies (JONUS) 3(2): 124-133.
CHENG JIA WEI (P99519)
Isu/masalah kemahiran berfikir yang dibincangkan di dalam Bab 8 sukar untuk dielakkan kerana kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam matematik dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar (ms 137). Mereka lebih fokus kepada penghafalan dan ingatan kembali pelbagai konsep dan ilmu. Penghafalan dan ingatan kembali tidak sesuai lagi dengan pengajaran abab ke-21 kerana ia hanya melibatkan ingatan jangka masa pendek. Oleh itu, para pendidik juga harus menekankan perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif agar dapat memenuhi keperluan semasa pendidikan abab baru.
Rujukan:
Noraini Idris, Bab 8, ms. 137
JANET LAU SIEW CHEE (P99524)
Kemahiran berfikir dalam Matematik bukanlah satu perkara yang baru kerana ia sudah lama digunakan dalam PdPc Matematik. Namun begitu, kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam Matematik dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar. Mereka memberi tumpuan kepada penghafalan dan ingatan kembali pelbagai konsep, teorem dan formula dalam Matematik. Mereka juga memberi tumpuan kepada hasil yang tepat dalam menyelesaikan masalah Matematik. Masalah-masalah yang dinyatakan sukar dielakkan kerana guru-guru sering menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah tertentu dan murid hanya melibatkan diri dalam proses hafalan. Mereka akan menghadapi kesukaran apabila dikehendaki menyelesaikan masalah baru atau masalah yang tidak ditunjukkan oleh guru. Selain itu, pelajar juga tidak faham tentang sesuatu masalah dan tidak tahu apa yang perlu dicari semasa menyelesaikan masalah. Contohnya, mereka tidak tahu bagaimana bermula untuk menyelesaikan masalah dan tidak dapat melihat pertalian antara maklumat yang diberi serta pertalian antara maklumat dengan apa yang dikehendaki.
Rujukan:
Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Muka surat: 137, 148, 154
NG WEN YEE (P99531)
Kemahiran berfikir memainkan peranan yang penting dalam PdPc kelas. Penggunaan soalan di dalam kelas merupakan salah satu cara guru menyampaikan pengajaran yang mudah untuk guru dapat mencungkil pengetahuan pelajar dan mengukuhkan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Namun begitu, isu masih tertimbul guru matematik lebih berfokus kepada jawapan tepat untuk menyelesaikan masalah serta kaedah penghafalan rumus dan sebagainya.  (m/s 137)
Situasi ini berlaku kadang-kadang disebabkan peruntukan masa yang terhad dan guru dibebani dengan kepelbagaian tugas lain sehinggakan guru kekurangan
masa untuk menghayati dan mengakplikasikan soalan yang beraras tinggi dalam kalangan murid. Soalan yang berjenis bertutup dan terus memberikan jawapan sesuatu masalah matematik tanpa menekankan kepelbagaian kemahiran berfikir dalam kalangan murid. (m/s 140)
Selain itu, murid dapat
mengukuhkan pengetahuan dan membina pemahaman yang baru, mengaplikasikan dan menyesuaikan pengetahuan dan strategi, memantau dan membuat refleksi ke atas proses berfikir, menanamkan sifat ingin tahu, keyakinan, ketabahan, ketekunan dan kreatif melalui kemahiran penyelesaian masalah seperti yang dinyatakan dalam kajian Norazlin dan Mohd Uzi (2018). Oleh itu, guru harus mengukuhkan kemahiran berfikir sambil menerapkan dalam kalangan murid untuk meningkatkan aras pemikiran murid.
Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Norazlin, M.R. & Mohd Uzi, D. 2018. Keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 8(2) :74-85.
SITI AZIRA BINTI JOSE P99544
Kemahiran berfikir dalam pendidikan matematik adalah amat penting dan berkait rapat dengan penyelesaian masalah matematik. Namun begitu, terdapat beberapa isu dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pendidikan matematik yang tidak dapat dielakkan.
Antara isu-isu tersebut ialah segelintir guru masih berada di takuk yang yang lama. Hal ini bermaksud terdapat guru yang mempunyai ‘mindset’ bahawa matematik merupakan subjek yang lebih kepada penghafalan & mengingat kembali konsep, teorem, formula dan lain-lain. Aktiviti ini merujuk kepada aras taksonomi Bloom yang paling rendah. Salah satu faktornya ialah guru cenderung menurunkan gaya pembelajarannya semasa bersekolah dahulu kepada para pelajarnya.
Selain itu, sesetengah guru lebih mementingkan hasil akhir pembelajaran berbanding proses pembelajaran yang menitikberatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di mana ia melibatkan pengendalian operasi mental yang penting iaitu operasi kognitif dan operasi metakognitif.
Di samping itu, kadang-kadang soalan yang diajukan oleh guru kepada pelajar tidak sesuai dengan tahap kognitif pelajar (aras soalan agak tinggi atau terlalu rendah ). Justeru, pelajar kurang berupaya mengembangkan kemahiran berfikir kerana tidak mempunyai pengetahuan sedia ada ataupun terlalu mudah untuk diselesaikan.
Tidak dapat dielakkan bahawa setiap individu mempunyai interpretasi yang berbeza terhadap sesuatu soalan/ latihan/masalah. Maka, proses berfikir tidak berlaku dengan seragam seterusnya menghasilkan hasil pembelajaran yang pelbagai. Pelajar juga mungkin menghadapi masalah dalam kemahiran berfikir akibat tidak menghayati proses yang berstruktur dalam penyelesaian masalah. Jadi, mereka kurang pasti akan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila menghadapi soalan penyelesaian masalah. Seterusnya, guru tidak menghubungkait pembelajaran dengan kehidupan seharian. Ini menyebabkan pelajar berasa bahawa perkara yang dipelajari tidak berguna bagi mereka.
SEBESTIAN KALANG WILLIAM (P99541)
Tetamu jemputan dalam salah sebuah episod pementasan yang terkenal iaitu TEDx telah membincangkan mengenai pemikiran kreatif seseorang individu. Kajian longitudinal telah dijalankan menggunakan 1600 kanak-kanak yang sama sebagai sampel kajian sehingga mereka berumur 15 tahun. Menurut tetamu jemputan itu, kajian mendapati semasa mereka mencapai umur 15 tahun, aktiviti neuron yang menunjukkan kreativiti di minda sampel kajian ini semakin menurun jika dibandingkan pada mula-mula sampel kajian diuji dengan menggunkan ujian kreativiti. Sememangnya terdapat pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan yang menumbang kepada isu ini. Walaupun kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan boleh diragui, namun idea akan isu ini sudah cukup menggerunkan dan merisaukan terutama pihak yang bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang mampu membina pemikiran kreatif seseorang pelajar.
Noraini (2005) mengklasifikasikan pemikiran kreatif merupakan salah satu daripada kemahiran berfikir di antara yang lain termasuklah pemikiran kritis, membuat keputusan, konvergen, divergen dan induktif (hlm. 139 - 142). Sudah semestinya idea yang telah dinyatakan oleh tetamu TEDx itu tadi mempersoalkan tanggungjawab institusi pendidikan terutama pada peringkat sekolah menengah dan rendah yang menjalani pendidikan matematik kerana pendidikan matematik mampu menghasilkan kemahiran berfikir pelajar (Noraini 2005; Polya 2004).
Hal ini disebabkan terdapat beberapa masalah kemahiran berfikir yang sukar dielakkan. Seseorang itu menguasai kemahiran berfikir sekiranya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan jayanya (Noraini 2005, hlm. 143). Bagi menggalakkan kemahiran ini, ransangan diperlukan iaitu masalah untuk diselesaikan dan di sekolah perkara ini sememangnya menjadi tanggungjawab guru. Sekiranya guru menyediakan masalah yang tidak menimbulkan minat pelajar untuk menyelesaikannya, maka kemahiran berfikir tidak akan berlaku (Noraini 2005, hlm. 144). Erti kata lain, masalah yang disediakan oleh guru seharusnya setara dengan tahap kebolehan pelajar agar kemahiran berfikir pelajar berjaya dibentuk kerana minat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, kelemahan guru tidak dapat membezakan di antara soalan, latihan dengan penyelesaian masalah juga menjadi punca kemahiran berfikir pelajar sukar dibina secara maksimum (Noraini 2005, hlm. 144). Kemahiran berfikir pelajar tidak dapat dirangsang sepenuhnya dengan sekadar menanyakan soalan yang memerlukan pelajar mengingat semula dan latih tubi, tetapi bukan penyelesaian masalah yang mana merujuk kepada kekeliruan guru terhadap perbezaan antara ketiga-tiga ini.
Seterusnya, masalah kemahiran berfikir sukar dielakkan kerana pengajaran guru di dalam kelas tidak menjurus kepada ciri-ciri seorang penyelesai masalah yang baik (Noraini 2005, hlm. 147). Noraini (2005) turut menyatakan guru perlu  sentiasa menyatakan kegunaan dan kaitan matematik dalam kehidupan seharian untuk memupuk kemahiran berfikir pelajar. Jika pengajaran guru di dalam kelas tidak menuju ke arah ciri-ciri penyelesai yang baik dan makna pembelajaran matematik berterusan tidak diterangkan, kemahiran berfikir tidak dapat dipupuk dengan sepenuhnya.
Kesemua punca-punca yang telah diterangkan di atas tertumpu kepada satu perkara iaitu peranan guru dalam menyediakan persekitaran yang mampu memupuk kemahiran berfikir di antara pelajar. Kemahiran berfikir ini dapat dipupuk dan diajar berdasarkan strategi penyelesaian masalah yang terkemuka melalui kajian Polya, Schoenfeld dan lain-lain maka ini menjadi tanggungjawab guru untuk memupuk kemahiran ini di sekolah. Sememangnya masalah kemahiran berfikir ini sukar dielakkan sekiranya guru di sekolah gagal menyediakan persekitaran yang menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah untuk memupuk kemahiran berfikir pelajar. Oleh yang demikian, guru haruslah memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kemahiran berfikir dan mengelakkan situasi seperti yang telah diceritakan oleh tetamu TEDx di perenggan pertama penulisan ini.
Sekian,
Sebestian Kalang William
P99541
Norfadilah Mat (P99534)
Kelemahan dalam strategi penyoalan dalam bilik darjah boleh menyebabkan isu kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar menjadi rendah. Peranan guru dalam membantu pelajar memahami soalan yang sukar kepada pecahan-pecahan soalan yang mudah difahami. Contohnya topik ungkapan algebra yang melibatkan operasi asas aritmetik.
Guru memberikan soalan :
Permudahkan ungkapan algebra 5mn+8m-9mn+2n. Murid akan berasa kekok apabila melihat gabungan sebutan serupa dan sebutan tidak serupa. Guru berperanan untuk membantu pelajar dengan teknik penyoalan yang betul. Seperti menyoal "Bolehkah anda menyusun semula ungkapan algebra tersebut mengikut sebutan yang sama?" Apabila perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Maka guru boleh meningkatkan kepada soalan yang lebih mencabar yang melibatkan situasi berayat.
Soalan yang diberi guru merupakan satu alat diagnostik dalam pengajaran yang dapat mengukur kemajuan akademik dan pemahaman pelajar. Interaksi soal jawab antara guru dan pelajar mampu meningkat tahap kendiri dan mengalakkkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Jika teknik penyoalan yang dipilih tidak bersesuaian serta tidak disampaikan dengan betul ia boleh memberi kesan yang negatif dalam proses pembelajaran pelajar. Justeru itu, soalan-soalan yang dikemukan harus memupuk pemikiran secara kritis dan kreatif dalam matematik (McCarthy et al. 2016).
Rujukan :
Noraini Idris. 2005. Pedagogi
Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. (Halaman 113 & halaman 170)
McCarthy, P. et al. 2016. Teacher Questioning Strategies in Mathematical Classroom Discourse: A Case Study of Two Grade Eight Teachers in Tennessee, USA. Journal of Education and Practice, 7(21), 80–89.
Terima Kasih
SUHANIZ FAZLIN BINTI MAT P99548
Isu kemahiran berfikir dalam matematik wujud dan masih tidak dapat dielakkan diatas beberapa factor. Menurut Noraini Idris (2005), kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam matematik dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan intelek pelajar. Mereka hanya memberi tumpuan kepada hasil yang dicapai oleh pelajar. Aktiviti pengajaran guru hanya tertumpu kepada penghafalan dan mengingat kembali pelbagai konsep, teorem, dan formula dalam Matematik.
Dalam Matematik, kemahiran berfikir sangat penting untuk penyelesaian masalah. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pelajar bukan sahaja perlu tahu cara-cara penyelesaian masalah tetapi pembelajaran strategi secara umum dalam penyelesaian masalah bagi membolehkan pelajar menyelesaikan masalah baru. Tetapi, pelajar hanya boleh menyelesaikan masalah dengan mengikut contoh sebelumnya dan hanya melibatkan hafalan sahaja.Jika begitu, pelajar akan terus menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah baru atau masalah yang tidak ditunjukkan oleh guru (Noraini, 2005)
Rujukan :
Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Muka surat: 137, 148, 149
NUR IZZATI BINTI AHMAD FUAD (P99536)
Antara faktor yang menyumbang kepada isu kemahiran berfikir ialah kompetensi guru. Menurut Noraini Idris (2005), ramai guru yang tidak jelas dengan kemahiran berfikir dalam matematik dan mengabaikan perkembangan intelek murid. Guru lebih cenderung dengan gaya pembelajaran yang lama iaitu hafalan dan ingat kembali. Selain itu, guru juga lebih tertumpu untuk memastikan murid mendapat jawapan yang betul.
Ramai guru yang cuba mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih efektif. Namun begitu wujud kekangan dan cabaran seperti KPI dari pentadbiran sekolah untuk memastikan murid lulus, perkara sebegini menjadikan pembelajaran lebih exam-oriented dan tidak menggalakkan guru untuk lebih bebas mengajar. Akhirnya guru akan memilih kaedah pembelajaran yang lama iaitu latih tubi dan hafalan.
PEARL KEK JING WEN (P99540)
Isu/masalah kemahiran berfikir yang dibincangkan di dalam Bab 8 sukar untuk dielakkan kerana masih terdapat guru yang masih lagi menekan pendekatan tradisional seperti bersyarah untuk memberi maklumat dan berpusatkan kepada guru (Zamri Mahamod & Nor Razah Lim, 2011). Selain itu, kaedah yang berfokuskan penumpuan kepada format soalan peperiksaan awam di Malaysia sehingga kaedaan ini meminggirkan keperluan untuk pelajar mengaplikasi ilmu yang diperolehi di dalam konteks yang sebenar (Zabani, 2012).
Tambahan pula,  Kelemahan di dalam persediaan juga akan memberi kesan kepada perancangan terhadap persediaan guru untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Krealif (KBKK). Seterusnya menyebabkan guru tidak dapat mengambil pertimbangan dari kepelbagaian pelajar, aktiviti yang sesuai dengan kebolehan pelajar dan gaya pembelajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Sharifah, 2012). Selain itu, sesetengah guru juga kurang melaksanakan unsur-unsur kemahiran berfikir KBAT menerusi aktiviti-aktiviti penyoalan, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan aktiviti-aktiviti PdP.
ms 138,140
RUJUKAN
Mahamod, Z., & Lim, N. R. 2011. Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu: kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 1(1), 51-65.
Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zabani bin Darus. 2012. Status pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA: satu refleksi. Kementerian Pendidikan Malaysia.
SITI NUR-SYAFIZA BINTI AHMAD SAIFI (P99545)
Kemahiran berfikir dalam kelas matematik adalah amat penting kerana ia merupakan tunjang utama dalam proses menyelesaikan masalah matematik. Namun, isu  dan permasalah dalam menguasai kemahiran berfikir masih lagi berlaku kerana kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam matematik dan tidak memberi tumpuan yang lebih perkembangan intelek pelajar. Ini disebabkan oleh aktiviti matematik di dalam kelas masih lagi menggunakan dan tertumpu kepada penghafalan dan ingatan kembali pelbagai konsep, teorem, dan formula dalam matematik itu sendiri. Selain itum para guru juga memberi lebih tumpuan kepada hasil akhir iaitu jawapan yang tepat daripada para pelajar.  (Noraini Idris, ms 137).
Selain itu juga, permasalah kemahiran fikir berlaku dalam kelas matematik adalah disebabkan oleh para pelajar hanya menyelesaikan masalah matematik tertentu selepas guru menunjukkan caranya, jadi para pelajar tidak dapat berfikir tetapi mendapat jawapan hanya menggunakan contoh yang telah diberi. Maka, pelajar hanya melibatkan diri dalam pembelajaran hafalan sahaja dan tidak mempelajari strategi umum penyelesaian masalah tersebut. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah selain daripada yang ditunjukkan oleh guru. Mereka sukar untuk menjawab soalan selain daripada soalan biasa (ms 148-149).
Rujukan :
Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
THIAN JIA LING (P99549)
Menurut Noraini Idris (2005),  kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam matematik dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar. Mereka lebih memfokuskan strategi penghafalan dan mengingat kembali pelbagai konsep, teorem dan formula matematik sehingga mengabaikan perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang diperlukan untuk memahami dan menyelesaikan masalah matematik. Kesemua isu yang disebut di atas sukar untuk dielakkan disebabkan oleh kesediaan guru yang tidak atau kurang mencukupi dari segi ilmu pedagogi serta kemahiran untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) matematik.
Pertama sekali, Taksonomi Bloom Semakan Semula oleh Anderson dan Krathwohl (2001) merupakan model pemikiran yang berbentuk hierarki yang diguna pakai dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan program i-THINK. Pengetahuan dan kefahaman guru terhadap taksonomi ini adalah penting untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam aspek pelaksanaan PdPc. Namun, dapatan kajian Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria (2015) menunjukkan bahawa guru kurang jelas tentang aplikasi taksonomi ini di dalam pengajaran matematik. Tambahan lagi,  kursus yang dihadiri oleh guru kurang memberi penekanan kepada aplikasi Taksonomi Bloom Semakan Semula. Perkara-perkara tersebut menyebabkan guru matematik tidak bersedia dan kurang mahir untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran matematik bersesuaian dengan Taksonomi Bloom Semakan Semula. Selain itu, kursus yang dihadiri oleh guru juga terhad kepada lapan peta pemikiran dan teknik penyoalan (Nooriza Kassim & Effandi Zakaria 2015). Kesannya, guru menghadapi kesukaran untuk membimbing dan mendorong pelajar menggunakan kemahiran berfikir semasa mempelajari matematik.
Menurut Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan dan Nur Aida Abd Hamid (2015), motivasi dan minat murid perlu dikekalkan oleh guru dengan menggunakan pelbagai pendekatan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Sehubungan dengan itu, guru perlu senantiasa mengemaskini strategi pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri  dalam PdPc, seterusnya memotivasikan pelajar agar aktif berfikir bagi membina dan menguasai suatu konsep matematik yang dipelajari.  Sebagai contoh, guru boleh menyediakan kesempatan kepada para pelajar untuk mengadakan perbincangan kelas secara ‘open-ended’ dan menjalankan eksperimen berorientasikan inkuiri. Secara tidak langsung, kepelbagaian strategi pengajaran juga memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan keupayaan pemikiran kritikal atau pemikiran aras tinggi (Nooriza Kassim & Effandi Zakaria 2015).
Akhir kata, guru matematik hendaklah bersedia sama ada dalam aspek teori mahupun praktikal supaya dapat mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam matematik dengan licin dan berkesan dalam pelaksanaan aktiviti PdPc. Di samping itu, pihak berkuasa perlu membekalkan bengkel dan latihan khusus bagi memastikan guru dapat memperoleh ilmu mengenai cara merancang dan melaksanakan aktiviti PdPc matamatik yang boleh merangsang pelajar untuk berfikir.
Rujukan:
Anderson, L.W. & Krathwohl, D. R. 2001. A taxonomy for learning, teaching and assessing: A revision of Bloom’s Taxonomy. New York: Longman Publishing.
Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. 2015. Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru. Jurnal Pendidikan Matematik. 3(1): 1-12.
Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.
(Muka surat 137)
Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan & Nur Aida Abd Hamid. 2015. Matematik dan kemahiran abad ke-21: Perspektif pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik. 3 (1): 24-36.
SEBAB ISU/MASALAH KEMAHIRAN BERFIKIR SUKAR DIELAKKAN:
Isu kemahiran berfikir semakin ditekankan dalam kurikulum Malaysia kerana ia merupakan agenda utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Akan tetapi, masalah yang timbul dalam pengajaran yang berunsurkan kemahiran berfikir sukar dielakkan kerana guru yang berpegang teguh kepada pengajaran konvensional, iaitu guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan pelajar berfungsi sebagai penerima maklumat (Chew 2017). Guru yang mempunyai pengalaman mengajar lama telah fasih dengan setiap kandungan topik pelajaran, maka guru akan terus memindahkan isi pelajaran yang ada dalam buku teks untuk disampaikan kepada murid-murid tanpa berfikir. Akibatkanya, pengajaran tradisional yang berpusatkan guru akan menyebabkan pelajar menjadi seorang yang pasif dan tidak mempunyai motivasi untuk menjana pemikiran yang mendalam.
Selain itu, kekurangan pendedahan kepada kemahiran berfikir mengakibatkan guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam untuk menjalankan pengajaran yang menerapkan kemahiran berfikir (Mohd Nazri Hassan et al. 2017). Walaupun segelintir guru menyedari keperluan dan kepentingan menerapkan kemahiran berfikir dalam pelajaran, namun kekurangan pengetahuan akan menyukarkan pengajaran yang berunsur kemahiran berfikir diimplementasikan dengan lancar. Guru yang tidak menguasai teknik penyoalan juga akan menyekat pelajar untuk berfikir secara atas tinggi.
Kini, KPM telah memansuhkan peperiksaan bagi murid-murid tahap satu dan menggantikan sistem peperiksaan dengan pentaksiran bilik darjah. Maka, guru boleh menjalankan pentaksiran dengan pelbagai strategi seperti pembelajaran berasaskan kontekstual, pembelajaran berasaskan projek, inkuiri dan kajian masa depan dengan tujuan untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang membolehkan pelajar berfikir. Akan tetapi, kebanyakan guru akan menjalankan penilaian sumatif dalam bentuk kertas ujian dengan membina soalan yang mempunyai tahap pemikiran rendah, iaitu mengingati dan memahami. Guru yang beban dengan tugas masing-masing dan sibuk mengejar sukatan pelajaran beranggapan tiada masa untuk mengemukakan soalan yang beraras tinggi dan betul-betul dapat merangsang pemikiran pelajar (Matinah et al. 2019).
Rujukan:
Chew Bee Gek. 2017. Pengetahuan dan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru teknik dan vokasional. Laporan projek. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Mohd Nazri Hassan, Ramlee Mustapha, Nik Azimah Nik Yusuff & Rosnidar Mansor. 2017. Pembangunan modul kemahiran berfikir aras tinggi di dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah: Analisis keperluan guru. Sains Humanika 9: 1-5.
Matinah Mupin. Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, Anuar Ahmad & Shakila Che Dhalan. 2019. The mastery of HOTS of History learning amongst pupils in rural area. Social Sciences, Education and Humanities 2: 114-119.
EMILY WONG WUAN ZIN (P99520)
Noor Khairunnisa binti Hasmuddin (P99532)
ISU
Isu kemahiran berfikir sememangnya sukar dielakkan. Pelajar dikategorikan menguasai sekiranya dapat menjawab dengan betul dalam penilaian formatif atau sumatif. Sedangkan terdapat pelajar yang menguasai kemahiran tetapi berlaku kecuaian semasa menjawab soalan. Pelajar cenderung dapat menjawab sekiranya soalan yang lebih kurang sama dikeluarkan semasa penilaian dibuat sebaliknya mereka gagal menggunakan kemahiran berfikir apabila soalan diubah. Ini kerana terdapat pelajar yang memfokuskan kepada teknik hafalan berbanding menguasai kemahiran matematik. PBD yang dijalankan juga hanya mengukur pelajar sewaktu pdp berlangsung. Ia tidak menjamin bahawa pelajar sebenarnya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menyelesaikan pembelajaran pada situasi baharu.
Amalan PdP dalam bilik darjah perlu diubah ke arah menekankan kemahiran berfikir. Dalam matematik, kemahiran berfikir sering dikaitkan dengan penyelesaian masalah. Pelajar perlu didedahken dengan pelbagai strategi penyelesaian masalah seperti menerangkan tujuan masalah, menterjemahkan, membuat anggaran,melukis rajah, membuat jadual, mengecam perhubungan dan pelbagai lagi. Seringkali di dalam kelas, pelajar mesti digalakkan untuk cuba jaya supaya pelajar dapat membanding dan mengubahsuai jawapan mereka sendiri. Pelajar perlu diberi peluang untuk meneroka dan membuat keputusan sendiri sebelum guru bertindak memberi tunjuk ajar apabila diperlukan melalui teknik-teknik penyoalan yang baik. Ini akan dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan pelbagai bentuk soalan matematik.
Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd (m/s 137, 157-170)
NUR AAINAAA BINTI MUHAMMAD (P99535)
Merujuk Noraini Idris, kemahiran berfikir merupakan proses yang kompleks berlaku dalam minda seseorang apabila seseorang itu memikir tentang sesuatu. Dalam konteks pembelajaran Matematik pula, kemahiran berfikir diperlukan dalam memahami bentuk pengetahuan Matematik iaitu pengetahuan prosedur dan kefahaman konsep.
Dalam isu yang diketengahkan dalam bab 8 ini, kebanyakan guru tidak memberi tumpuan akan kemahiran berfikir dalam pembelajaran Matematik. Ini adalah kerana, mereka beranggapan melatih murid untuk berfikir ini adalah suatu yang agak sukar dipraktikkan. Jadi mereka lebih gemar mengambil jalan mudah dengan memberi tumpuan kepada penghafalan dan ingatan kembali.
Seperti mana dapat diperhalusi dalam bab 8 ini, bagi memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan murid, guru perlu menggalas tugas yang besar. Guru perlu bijak melaksanakan Pdp dan menerapkan aplikasi dalam kehidupan seharian supaya murid dapat menggambarkan dan memahami prosesnya. Pengintegrasian pengajaran Matematik dengan kehidupan seharian akan memudahkan guru untuk melatih murid dalam kemahiran berfikir kerana situasi kehidupan seharian ini, mereka melaluinya dan merasainya.
AZIZI SUBELI (P99516)
Isu kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar di Malaysia bukanlah isu yang terlalu baru tetapi isu tersebut merupakan isu yang masih hangat untuk dibincangkan. Hal ini kerana, selagi Malaysia tidak berada di dalam kelompok teratas dalam penilaian TIMSS dan PISA, selagi itulah isu ini tidak akan basi. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk melaburkan banyak wang dalam memastikan isu kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ini dapat diatasi sepenuhnya.
Antara faktor yang menyebabkan isu kemahiran berfikir ini timbul adalah disebabkan sistem pendidikan di Malaysia yang sebelum ini terlalu berorientasikan peperiksaaan. Bukan sahaja murid, malah prestasi guru dan prestasi  sekolah juga dinilai berdasarkan berapa banyak "A" yang dihasilkan. Kesannya PdP guru memfokus kepada persediaan murid dalam menghadapi peperiksaan sahaja. Murid hanya didedahkan kepada strategi berpusatkan guru dan teknik hafalan dan petua mengahadapi peperiksaan menjadi keutamaan dalam PdP termasuk program-program yang dijalankan di sekolah. Walau bagaimanapun, senario tersebut telah beransur berubah setelah perlaksanaan PBS dan PT3 diperkenalkan. Diharap, pada masa akan datang keadaan tersebut akan menjadi lebih baik.
Dalam memastikan kemahiran berfikir ini sentiasa menjadi budaya dan amalan pelajar, guru perlu memainkan peranan yang amat besar. Guru perlu bijak merancang PdP yang lebih memberi penekanan kepada kemahiran berfikir. Kegagalan guru dalam membuat perancangan sudah pasti akan membawa kepada kegagalan penguasaan kemahiran berfikir murid. Guru perlu berubah dari segi sikap dan kebiasaaan sebelum ini dengan hanya memfokus kepada peperiksaan. Sebaliknya guru patut juga memfokus kepada proses bagaimana pelajar belajar dan bukannya memberi penekanan kepada hasil penilaian semata-mata.
NGIEN HOCK WUONG (P99990)
Matlamat utama pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang berfikir secara kritis dan kreatif. Ianya boleh dilakukan melalui penyoalan guru yang berkesan di dalam bilik darjah (Noraini, 2005). Bentuk soalan yang diutarakan perlulah mampu merangsang minda pelajar untuk memberikan idea penyelesaian dalam usaha meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Memang tidak dinafikan bahawa banyak isu / cabaran yang tidak dapat dielakkan dan ia akan mempengaruhi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dalam mata pelajaran matematik.  Isu tersebut tidak dapat dielakkan sebab isu tersebut melibatkan banyak pihak yang bertanggungjawab seperti pihak guru,  murid, aspek kurikulum dari pihak KPM dan faktor luaran yang lain seperti ibubpa dan komuniti tempatan. Dari segi aspek guru, kekurangan ilmu pengetahuan guru dalam kemahiran berfikir akan mengganggu kesediaan guru dalam menjayakan agenda ini (Rosnani Hashim & Suhailah Hamzah, 2003), dan persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir juga akan mempengaruhi amalan dalam pengajaran matematik.  Dari segi kurikulum, Kementerian Pendidikan ada menawarkan penyelesaian seperti inisiatif Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Malang sekali usaha-usaha ini terhad kepada langkah-langkah yang bersifat tokok tambah, seperti penambahan beberapa soalan sains dan matematik yang lebih sukar sedikit daripada biasa di dalam buku-buku teks. Dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 seseorang boleh memiliki pelbagai kemahiran dan ilmu tetapi tanpa kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang tinggi, segala ilmu dan kemahiran yang ada akan gagal digunakan secara optimum. Maka, faktor luaran seperti komuniti tempatan dan ibu bapa perlu berubah fikiran yang lama bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hanya tertumpu kepada hafalan fakta, rumus dan ilmu daripada guru secara konvensional. Mereka perlu sentiasa memberi nasihat dan sokongan kepada anak mereka agar rajin berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
Rujukan :Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Muka surat: 137 - 171
NORAIDA MD IDRUS (P99533)
Isu kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar perlu direfleks kepada strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran guru semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Kemahiran berfikir ini perlu diterapkan dan dipupuk sedari usia awal persekolahan lagi. Strategi PdP secara tradisional yang berpusatkan guru terutamanya "spoonfeed" pelajar perlu dielakkan sama sekali. Dalam era pendidikan yang menuju kepada revolusi industri ke-4, guru perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan kandungan mata pelajaran, malahan kemahiran dan nilai yang diperlukan. Dalam PdP matematik yang sinonim dengan teknik hafalan dan latih tubi, guru sepatutnya menjadi agen perubahan kepada sesi PdP yang menekankan aktiviti penerokaan dan penyiasatan dalam membina sesuatu konsep matematik. Pembelajaran kontekstual dan prosedural yang menekankan kemahiran berfikir diterapkan mengikut objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Kerangka KSSM Matematik termasuk juga kemahiran berfikir aras tinggi menuntut pelajar untuk menguasainya. Tiga aspek dalam menentukan aras kesukaran sesuatu item/soalan iaitu tahap pengetahuan/kemahiran, kelaziman dan kerencaman perlu diambil perhatian oleh guru bagi menggalakkan kemahiran berfikir. Aktiviti PdP yang dirancang hendaklah berjaya menarik minat murid untuk melibatkan diri dan seterusnya menjana minda murid untuk berfikir. Proses matematik iaitu penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan, perkaitan dan komunikasi dalam matematik dilaksanakan secara optimum bagi meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam matematik. Rutin normal guru yang sering mengejar silibus untuk dihabiskan menjadi salah satu faktor mengapa kemahiran berfikir tidak diterapkan secara optimum kerana guru hanya mengajar konsep dan kandungan tanpa memberi peluang kepada pelajar membuat penerokaan walaupun telah dituntut dalam DSKP. Untuk meningkatkan tahap berfikir pelajar, guru perlu membuat refleksi kendiri bagi meningkatkan tahap kompetensi dan profesionalisme guru. Sikap guru yang selalu mementingkan jawapan akhir berbanding proses yang berlaku sepanjang mendapat jawapan perlu diubah segera.
AMRIT KAUR (P99515)
Isu
Kemahiran berfikir sangat penting dan diperlukan dalam proses menyelesaikan masalah Matematik. Oleh itu, penegasan perlu diberi untuk mengembangkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Namun, kebanyakan guru tidak sedar tentang kepentingannya dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek murid. Hal ini demikian kerana mereka hanya memberikan tumpuan kepada hasil yang dicapai oleh murid. Oleh itu, mereka hanya berfokus terhadap teknik penghafalan dan ingatan kembali pelbagai konsep, teorem dan formula dalam Matematik. Walaupun kemahiran penghafalan dan ingatan kembali juga penting, tetapi kemahiran berfikir juga harus dipupuk oleh murid-murid supaya mereka dapat berfikir secara rasional, kritis dan kreatif semasa menyelesaikan sesuatu soalan Matematik. Maka, sikap guru merupakan salah satu isu dalam kemahiran berfikir dan seterusnya guru-guru perlulah menyedarkan kepentingan kemahiran berfikir dan menggunakan beberapa strategi untuk membantu memperkembangkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid. Antara strategi yang dicadangakan ialah teknik penyoalan, penggunaan kerja rumah, mengadakan aktiviti perbincangan, pembelajaran secara kumpulan koperatif dan membuat aktiviti projek.
Rujukan :
Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. (ms137, 170, 171)
SIM SZE HUI (P99543)
Menurut Noraini Idris (2005), budaya berfikir dalam kelas Matematik merupakan satu fenomena yang wajar dipraktikkan terutama dalam proses menyelesaikan masalah Matematik. Berfikir merupakan proses menggunakan minda, sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah. Namun begitu, kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam Matematik dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar. Malah, guru diperlihat lebih memberi fokus kepada penghafalan dan ingatan kembali pelbagai konsep, teorem dan formula dalam Matematik. Dalam pada itu, objektif pembelajaran ditumpu kepada hasil penilaian iaitu skor pencapaian murid semata-mata, dan bukannya kepada perkembangan proses kognitif iaitu perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang sepatutnya diperlukan untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah dalam Matematik. Polya (1973) dalam bukunya How to Solve It: A New Aspect of Mathematical Method turut menyarankan bahawa dalam proses penyelesaian masalah Matematik, pelajar harus mampu berfikir untuk memahami masalah, merancangkan penyelesaian, menyelesaikan dan mengaitkan masalah yang sedang dialami dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah dilalui sebelumnya. Tanpa dinafikan, senario ini adalah bertentangan dengan tumpuan pengajaran guru mengikut pandangan Noraini Idris (2005), di mana guru dinyatakan hanya memfokus kepada hasil yang dicapai oleh pelajar iaitu jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah Matematik. Guru juga diperlihat lebih menerapkan pengajaran berpusatkan guru yang lebih bersifat tradisional, di mana struktur pembelajarannya bersifat kaku dan tidak fleksibel sehingga menyekat perkembangan kemahiran berfikir murid. Dalam pendekatan pengajaran berpusatkan guru, paparan pengetahuan dan kemahiran guru dikatakan tidak menunjuk kepada murid proses pemikiran tersirat yang menghasilkan sesuatu jawapan (Bergil & Ercevik 2019). Hal ini sekaligus mengehadkan perkembangan pemikiran mantik, analitik, sistematik, kritis serta kreatif dalam kalangan murid yang kini berada dalam trend Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
Rujukan:
Bergil, A. S., & Ercevik, A. 2019. The prospective EFL teachers' impressions towards teaching styles: Foresights for their professions. Journal of Language and Linguistic Studies 15(4): 1236-1251.
Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
(muka surat 136, 137, 165)
Polya, G. 1973. How to Solve It: A New Aspect of Mathematical Method. Edisi ke-2. New Jersey: Princeton University.
Wong Wan Ting (P99550)
Terdapat enam aspirasi negara yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendididikan Malaysia (PPPM). Keenam-enam aspirasi tersebut perlu diterapkan pada setiap orang murid bagi menyediakan mereka menghadapi persaingan di peringkat global. Aspiras-aspirasi tersebut adalah mempunyai kemahiran memimpin, identiti sosial, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, pengetahuan dan kemahiran berfikir (KPM, 2013). Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi negara dalam PPPM. Kemhairan berfikir kemahiran berfikir merupakan kecekapan menggunakan akal atau minda menjalankan proses pemikiran. Proses pemikiran pula bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif. Pada dasarnya, Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) ditekankan dalam kurikulum Malaysia mulai tahun 1994. Bermula pada tahun 2011, KSSR telah diperkenalkan dan memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan PPPM 2013-2025 sebagai langkah pertama dalam mentrasnformasikan sistem pendidikan negara. Namun demikian, penerapan elemen KBAT masih menjadi satu isu / masalah dalam proses PdPc. Guru-guru masih menghadapi kekangan dan cabaran yang mempengaruhi pelaksanaan KBAT di dalam kelas. Menurut Rosnani Hashim dan Suhailah Hamzah (2003), kekurangan ilmu pengetahuan ini akan menganggu kesediaan guru dalam menjayakan agenda ini. Pengetahuan guru di negara kita mengenai strategi pengintegrasian KBAT di dalam kelas hanyalah terhad kepada lapan peta pemikiran dan teknik penyoalan (Nooriza Kassim & Effandi Zakaria, 2015). Selain itu, pengetahuan dari segi pentaksiran dan pembinaan item KBAT juga merupakan cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam pelaksanaan KBAT. peruntukan waktu mengajar dan penyusunan jadual waktu mengajar juga merupakan satu cabaran kepada guru ketika melaksanakan pengintegrasian KBAT dalam PdPc. Guru memerlukan masa yang lebih panjang dan lama untuk membiasakan pelajarnya mengaplikasikan KBAT dalam menjawab tugasan yang diberikan. Namun, silibus kini hanya semata-matanya untuk tujuan peperiksaan. Kebanyakan guru terpaksa mengejar silibus supaya menyediakan pelajarnya dengan pelbagai pengetahuan untuk menduduki peperiksaan awam mahupun peperiksaan peringkat sekolah. Golongan pelajar ini didedahkan dengan teknik pembelajaran yang menjurus kepada penghafalan fakta dan bukannya melatih pelajar berfikir. Di samping itu, pelajar lebih suka aktiviti dan tugasan dengan soalan yang memerlukan jawapan mudah, tetap dan berfakta. Pelajar takut membuat jawapan yang luar biasa dan takut melakukan kesilapan. Mereka tidak diajar dan dibekalkan situasi yang mempraktikkan penggunaan KBAT dalam pembelajaran. Ini seumpama hasil dapatan kajian Coffman (2013) iaitu kesukaran guru dalam menggunakan KBAT di dalam kelas adalah dipengaruhi oleh faktor keengganan pelajar.  Hal ini kerana tahap pemikiran pelajar masih berada pada tahap yang rendah dan mereka tidak dibimbing untuk berfikir dengan cara yang betul.
Untuk mengatasi cabaran tersebut, guru seharusnya didedahkan dengan pelbagai Latihan dalam perkhidmatan (LDP), bengkel atau kursus profesionalisme terutamanya mengenai penerapan elemen KBAT dalam PdPc. Selain itu, guru hendaklah berubah strategi pengajaran dan melatih pelajar berfikir di luar kotak. Tugasan yang dirancang sepatutnya mengandungi unsur KBAT agar pelajar boleh membiasakan diri dengan penyelesaian masalah yang berbagai. Hal ini penting untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dalam Wawasan 2020 dan wawasan pendidikan (Noraini Idris, 2005)
Rujukan:
Coffman, D. M. (2013). Thinking about thinking: An exploration of preservice teachers' views about higher order thinking skills. Diperoleh daripada http://search.proquest.com/ docview/1420345095?accountid=27931
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.
Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik:
Analisis keperluan guru. Prosiding Seminar Education Graduate Regional
Conference, 60-67.
SHOBASINI SANGARAM (P99542)
Pemikiran ialah proses mengunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.”
Setiap murid perlu menguasai kemahiran berfikir dalam usaha melahirkan generasi yang mampu mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi yang baharu. Pendedahan kepada pembelajaran berasaskan projek yang melibatkan situasi sebenar memberi peluang kepada murid untuk membuat keputusan yang bijak dan melihat perkaitan ilmu yang dipelajari merentas kurikulum.  Kemahiran berfikir perlu didasarkan kepada nilai yang ada pada murid itu sendiri bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang sewajarnya. Murid yang mengamalkan nilai secara mampan mampu mempamerkan perwatakan yang mulia, berkeperibadian yang tinggi dan melaksanakan tanggungjawab serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Nilai tersebut merangkumi kerohanian, berperikemanusiaan, bersemangat patriotik, berintegriti, bertanggungjawab dan bersatu padu
Kartini Wan Mat (P99985)
Negara yang maju adalah negara yang boleh melahirkan masyarakat yang mahir dalam kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis diterapkan dalam proses pembelajaran bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan boleh menghasilkan idea-idea yang baru (Peng & Nadaraja 2014). Menurut Noraini Idris (2005), kemahiran berfikir ialah proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang individu. Kemahiran berfikir ini juga sering dikaitkan dengan operasi kognitif. Pelajar yang menguasai kemahiran berfikir ini kebiasanya mampu dalam meluahkan idea-idea yang bernas dan pandangan yang mempunyai tujuan mengikut objektif yang ingini. Hal ini sedikit sebanyak akan melahirkan masyarakat yang bijak dan kuat dalam menghadapi rintang dalam kehidupan mereka. Dalam bidang pendidikan matematik, kemahiran berfikir ini sangat diperlukan untuk membantu pelajar dalam mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah matematik.
Namun penerapan kemahiran berfikir ini menjadi sukar untuk diterapkan kerana kebanyakan pelajar masih lagi kurang bersedia dalam menerima pembelajaran yang mengasah kemahiran berfikir. Menurut Noraini Idris (2005) menyatakan bahawa kebanyakan guru masih lagi tidak sedar akan kepentingan kemahiran ini terutamanya dalam bidang pendidikan matematik. Tambahan pelajar lebih selesa dengan pembelajaran yang memerlukan mereka menghafal daripada pembelajaran yang memerlukan mereka berfikir. Hal ini disebabkan oleh pelajar masih lagi kekurangan ilmu pengetahuan tentang konsep matematik dan mereka juga kurang minat dalam bidang matematik.
Rujukan
Idris, N. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Peng, C. F. & Nadaraja, S. 2014. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4: 10–24.