TUGASAN INDIVIDU (GB03338) by Nur Najihah

SIDDIQ
Seorang mu'min perlu adanya sifat siddiq yang bermaksud benar. Berlaku jujur dalam setiap urusan dalam kehidupan amatlah di galakkan.  Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

HADIS

DariAbdullah bin Masud, Nabi S.A.W.  bersabda bermaksud :

"Sesungguhnya siddiq (benar) itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan,dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta."

(Hadis Riwayat Bukhari)

AL-QURAN

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama)Allah, Allah menyediakan untuk mereka ampunan dan ganjaran yang besar."(Surahal-Ahzab ayat 35).

Nabi Muhammad SAW di gelar sebagai "Al-Amin" kerana baginda seorang yang dipercayai tidak pernah berbohong.. Allah SWT juga berfirman bahawasanya Nabi Muhammad SAW mempunyai akhlak yang mulia.

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ

«Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia» (Al-Qalam : 4)

AMANAH
Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

HADIS

من ابن عمر رضي الله عنه ، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم. قال: "كل واحد منكما راعٍ وسيسأل كل واحد منكم عن رعايته ، والقائد راعٍ وسيسأل عن رعايته ، والرجل راعٍ في عائلته وسيتم سؤاله عن رعايته الرعوية. عندما سئلت عن تراثها الرعوي ، فإن العمل هو راعي في ملكية صاحب عملها وسيسأل عن رعايتها ، لذلك كل واحد منكم جميعًا هو راع وسيسأل عن رعايتها ".

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

AL-QURAN

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

Firman Allah SWT yang bermaksud   "Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya" (Surah Al-Mu'minun ayat 8)

Rasulullah SAW mempunyai ramai isteri, baginda tidak pernah rasa terbeban malah mengambilnya ia sebagai amanah dari Allah SWT. Setiap isteri Rasulullah SAW mempunyai pernanan yang tersendiri.

sebagai contoh, isteri Rasulullah SAW yang bernama Safiyyah bt Huyyay merupakan amanah yang Rasulullah SAW perlu menitikberatkan kerana Safiyyah merupakan tawanan Perang Khaibar.

رواه أنس بن مالك: "وصلنا إلى خيبر ، وعندما ساعد الله رسوله على فتح المدينة ، ذكرت ابنة صفية ، هياي بن أخاتق ، التي قُتل زوجها عندما كانت لا تزال عروس ، أن ذكره النبي صلى الله عليه وسلم ، واختار له لنفسه ، و ذهب معه وعندما وصلنا إلى المكان الذي يُطلق عليه اسم صدق السبح
، أصبحت صفية نظيفة من الحيض ، ثم تزوجه رسول الله (ص)
تم إعداد حيس
(نوع من الطعام العربي) على قطعة من الجلد. "لذلك كانت مأدبة الرسول والصافية ، وذهبنا إلى المدينة المنورة ، ورأيت أن النبي صلى على ظهره بقماشه (على جمله) ، وجلس على جمله ووضعت ركبتيه على صفية ليضع ساقيه لثني (الجمل) ". [9]

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik:"Kami tiba di Khaibar, dan apabila Allah membantu Rasul-Nya untuk membuka kota, kecantikan Safiyah binti Huyai bin Akhtaq yang suaminya terbunuh apabila beliau masih lagi pengantin, telah disebut oleh Rasulullah . Baginda memilihnya untuk diri baginda, dan berangkat bersama beliau dan ketika kami sampai di tempat yang dipanggil Sidd-as-Sahba, Safiyah menjadi bersih dari haidnya, lalu Rasulullah  menikahi beliau. Hais (sejenis makanan Arab) disediakan di atas sehelai lapik kulit. Lalu baginda berkata kepadaku, "Undanglah orang-orang di sekitarmu." Maka, itulah jamuan pernikahan Nabi dan Safiyah. Lalu kami terus menuju ke Madinah. Dan saya melihat Nabi telah membuat sejenis kusyen dengan kain baginda di belakang baginda (di atas unta baginda). Baginda kemudian duduk di atas unta baginda dan lutut baginda diletakkan untuk Safiyah meletakkan kaki beliau, untuk mengenderai (unta itu)".[9]

TABLIGH
Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud : ”Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. ”

HADIS

النبي صلى الله عليه وسلم قوله: "من بينكم يرى الشر ، فعليه أن يتغير بيديه ؛ إذا كان غير قادر على فعل ذلك ، فدعه يغيره بلسانه ؛ وإذا كان لا يستطيع حتى ، بقلبه ، أن يكون أضعف الإيمان ". (حديث رواه مسلم)
الدعاء إلى الله هو ممارسة الخير أمرت أن خادمه دائما نصلي من أجل متعة الله.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan diperintahkan supaya hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah.

قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم): "كل من يدعو إلى الإرشاد ، فسوف يحصل على مكافأة مثل من فعل ذلك ، والله لا يقلل من أي أجر. ومن أخطأ ، فسوف يكون مذنباً بذنب الشخص الذي يفعله ، والله لن يقلل من الخطية منه. "(حديث رواه مسلم)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

FATANAH
Fatanah yang bermaksud kebijaksanaan yang cergas. Sifat Fatanah ini akan menyempurnakan sifat Tabligh. Seseorang yang sudah berkahwin, pasti akan memikirkan hala tuju perkahwinan tersebut mahupun dari sudut kehidupan ataupun kewangan.

Kebiasaannya para suami yang akan mengaturkan hala tuju rumah tangga, kerana kaum ini di ciptakan oleh Allah SWT sebagai ketua.

Satu aspek sangat baik dicontohi daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian suami isteri, sumbang mahram serta penderaan. Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh ikutan terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan. Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah (r.a) meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)

Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah (r.a) yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas (r.a) pernah mengatakan bahawa Baginda SAW akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta. Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata. Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah (r.a) yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu.