Aliran Pemikiran Akidah: Syiah by khairul naim

Sejarah & Faktor Perkembangan
Muncul di akhir pemerintahan 'Uthman dan berkembang di era 'Ali.

Propagandis Syiah mengeksploitasi kekaguman terhadap 'Ali untuk menyebarkan pemikiran mereka.

Rasa cinta dan fanatisme mula muncul selepas penentangan yang dilakukan terhadap keluarga 'Ali di era Umayyah.

Faham ini pertama kalinya berkembang di Mesir dan seterusnya tersebar ke Iraq yang kemudiannya menjadi markaz mereka.

Mengapa Iraq?
1. 'Ali menjadikannya sebagai kediaman dan pusat pemerintahan sewaktu dilantik khalifah.
2. Penduduk Iraq ialah kelompok pertama yang melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan Umayyah.
3. Iraq merupakan tempat pertemuan peradaban kuno. Pelbagai pengetahuan falsafah Parsi, Kaldan, Yunani dan Hindu saling bercampur.
4. Ia menjadi tempat munculnya pelbagai golongan dalam Islam khususnya yang berkait dengan falsafah. Kerana itu Syiah banyak dipengaruhi pemikiran falsafah yang beradaptasi dengan dunia pemikiran di Iraq.
5. Di ambang dan selepas kedatangan awal Islam, penduduk Iraq terdiri dari penganut pelbagai agama sama ada Mani (dualisme), Mazdak dan lain-lain. Justeru, Syiah lahir dalam lingkungan kepelbagai aliran pemikiran dan akidah tersebut.

Kepentingan imamah:
Ibn Khaldun ketika membahaskan justifikasi prinsip Syiah:
"Masalah Imamah bukan bahagian dari kemaslahatan umum yang dapat diserahkan kepada pendapat umat untuk menentukan siapa yang akan menjawatnya. Imamah merupakan sendi agama dan prinsip Islam. Seorang Nabi tidak boleh melalaikan dan menyerahkannya kepada umat, tetapi wajib menentukan imam untuk mereka, sedangkan imam itu sendiri bersifat ma'sum (terpelihara) dari dosa-dosa besar mahupun kecil."

Definisi
Bahasa:  Syiah : “Pengikut dan pembela seseorang.

Istilah:
"Golongan yang berpendapat bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan."

Al-Syahrastani: "Sekumpulan umat Islam yang mengikut 'Ali secara khusus dengan anggapan beliau mempunyai keistimewaan dalam hal imamah dan khilafah."

Penggunaan dalam al-Qur'an:

1. Al-Qasas: 15
وَدَخَلَ ٱلْمَدِينَةَ عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَٰذَا مِن شِيعَتِهِۦ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِۦ ۖ فَٱسْتَغَٰثَهُ ٱلَّذِى مِن شِيعَتِهِۦ عَلَى ٱلَّذِى مِنْ عَدُوِّهِۦ فَوَكَزَهُۥ مُوسَىٰ فَقَضَىٰ عَلَيْهِ ۖ
"Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. "

2. al- Saffat: 83
وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبْرَٰهِيمَ
"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (Nuh)."

3. al-Qasas: 4
اِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِى الۡاَرۡضِ وَجَعَلَ اَهۡلَهَا شِيَـعًا يَّسۡتَضۡعِفُ طَآئِفَةً مِّنۡهُمۡ يُذَبِّحُ اَبۡنَآءَهُمۡ وَيَسۡتَحۡىٖ نِسَآءَهُمۡ​ ؕ اِنَّهٗ كَانَ مِنَ الۡمُفۡسِدِيۡنَ‏
"Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak."

Prinsip
1. Kedudukan 'Ali dalam hal khilafah dan imamah berdasarkan nas syara' dan wasiat yang berlaku secara terang atau tersembunyi.

2. Imamah tidak boleh terkeluar dari keluarga 'Ali. Khalifah yang menjawat jawatan tersebut mengambilnya secara zalim atau 'Ali bertaqiyyah dalam membai'ahnya.

3. Isu Imamah bukan isu kepentingan umum yang melibatkan pemilihan oleh orang ramai sebaliknya perkara pokok yang menjadi sendi pada agama.

4. Para Rasul tidak harus melupakan Imamah serta sama sekali tidak harus menyerahkan soal kepimpinan kepada orang awam.

5. Para Nabi dan Imam wajib bersifat ma'sum dari sebarang perbuatan dosa sama ada kecil atau besar.

Aliran
5 kumpulan terbesar:
1. Kaisaniyyah
2. Zaidiyyah
3. Imamiyyah
4. Ghulat
5. Ismailiyyah

Sebahagian mirip dengan Mu'tazilah, yang lain mendekati Ahli Sunnah dan ada yang mendekati mirip Musyabbihah.

Kedudukan semasa

Pengaruh
Pengaruh Parsi
Sebahagian sarjana Eropah berpandangan aliran ini berasal dari Parsi. Budaya dan keagamaan orang Parsi mengikut raja dan dengan cara pewarisan, berbeza dengan budaya orang Arab.

Kerana itu, tiga khalifah awal dilihat merampas hak 'Ali yang sepatutnya berhak menerima jawatan tersebut, selaku ahli keluarga yang paling dekat dengan Nabi s.a.w.

Dalam tradisi Parsi, raja memiliki kesucian. Pandangan terhadap 'Ali dan keluarganya juga sedemikian. Ketaatan kepada mereka pula adalah wajib dan merupakan juga ketaatan kepada Allah.

Pengaruh Yahudi
Sebahagian melihat ada pengaruh Yahudi terhadap aliran ini.

Alasannya, seorang Yahudi yang menganut Islam iaitu 'Abd Allah ibn Saba' merupakan orang pertama yang mengembangkan faham kesucian 'Ali.

Ibn Hazm al-Andalusi mengatakan orang Syiah mengikut jejak Yahudi yang mengakui Ilyas dan Fanhas ibn Azar (orang suci Yahudi) masih hidup sehingga kini.

Rumusan
Pemikiran Parsi berkait aspek kerajaan dan pewarisan telah mempengaruhi pemikiran Syiah.

Majoriti penduduk Parsi (Iran dan daerah berdekatan) adalah penganut Syiah, bahkan generasi pertama penganut adalah berasal dari Parsi.

Berkenaan pengaruh Yahudi pula, jika ada pemikiran tersebut yang sama dengan pemikiran mereka maka ia berlaku kerana falsafah Syiah berasal dari pelbagai sumber yang secara umumnya digali dari bangsa Parsi walaupun mereka mengaitkannya dengan ungkapan keislaman.

Pengaruh Parsi

Aliran: Kaisaniyyah
Pengikut al-Mukhtar ibn 'Ubaid al-Tsaqafi. Awalnya beliau mendokong Khawarij kemudian keluar dan menyokong 'Ali.

Kaisaniyyah:
1. berasal dari Kaisan iaitu nama lain Mukhtar.
2. nama mawla (orang yang dimerdekakan) 'Ali
3. Nama murid kepada anak 'Ali iaitu Muhammad ibn al-Hanafiyyah

Al-Mukhtar menggelarkan Muhammad sebagai al-Mahdi al-Wasi. Beliau menggunakan nama Muhammad kerana kedudukannya sebagai saudara terdekat Husayn, miliki pengaruh, serta ilmu yang luas.

Muhammad al-Hanafiyyah lahir di Madinah di era Khalifah 'Umar. Ibunya Khawlah bint Ja'afar dari suku al-Hanafiyyah dari Yamamah yang kemudian dinikahi 'Ali.

Doktrin:
1. Imam adalah peribadi suci dan wajib dipatuhi.
2. Imam punyai pengetahuan sempurna kerana mereka merupakan simbol ilmu Ilahi.
3. Imam terpelihara dari dosa.
4. Muhammad Ibn al-Hanafiyyah selaku Imam ke-4 akan kembali ke dunia. Sebahagian meyakini beliau tidak mati dan masih hidup di gunung Rawdha yang dikelilingi madu dan air.
5. Meyakini al-Bada' iaitu keyakinan Allah mengubah kehendak-Nya sejalan dengan perubahan ilmunya, dapat perintahkan sesuatu kemudian boleh memerintahkan sebaliknya.
6. Meyakini tanasukh, keluarnya ruh dari jasad dan mengambil tempat di jasad lain pula. Ia dibataskan pada Imam sahaja. Turut meyakini al-Hulul dan al-Raj'ah.
7. Setiap sesuatu punyai sisi zahir dan batin, semua wahyu ada ta'wilnya serta semua hukum dan rahsia terkumpul dalam diri seseorang. Dalam konteks ini ialah Muhammad ibn al-Hanafiyyah.

Cabang aliran Syiah

Aliran: Zaidiyyah
Pengikut Zayd bin 'Ali bin al-Husayn bin 'Ali bin Abu Talib.

Doktrin:
1. Imam tidak ditentukan nama oleh Rasul tetapi hanya sifat-sifatnya sahaja. Dan sifat tersebut ada pada diri 'Ali.
2. Sifat: Bani Hasyim, wara', bertaqwa, baik, bergaul dengan masyarakat.
3. Imam selepas 'Ali disyaratkan berasal dari keturunan Fatimah.
4. Pelantikan imam yang mafzul (kurang baik) adalah harus walaupun ada imam yang fadzil (baik). Ia dikaitkan dengan perlantikan khalifah lain sebelum 'Ali.
5. Sekiranya seorang telah dilantik menjadi imam tetapi tidak menepati sifat yang disyaratkan dan ia telah dibai'ah, maka imamahnya sah dan rakyat wajib taatinya.
6. Dibolehkan membai'ah dua imam dalam dua daerah kekuasaan berbeza.
7. Pelaku dosa besar kekal dalam neraka sekiranya tidak bertaubat sebelum mati.

Aliran: Imamiyyah

Aliran: Imamiyyah
Doktrin:
1. Imam diketahui melalui penunjukan (nas) secara langsung dan terang oleh Nabi dan seterusnya oleh Imam selepas itu. Justeru ada Wasi dan ada al-Awsiya'.

Hujahan:
a) Hadis Ghadir Khum:
من كنت مولاه فعلي مولاه
اللهم وال من والاه و عاد من عاداه
(Sayangilah orang yang menyayanginya dan bencilah orang yang yang membencinya).
Ia didahului oleh ayat:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغْ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Maaidah 5:67)
Dan;
Al-Maaidah: 3:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلٰمَ دِينًا

b)  Hadis-hadis keutamaan 'Ali.
c) Penentuan secara kiasan: berkenaan surah al-Baraah, serta kedudukan 'Ali yang sentiasa diangkat sebagai pemimpin dalam pelbagai deligasi, berbeza dengan sahabat yang lain.

Aliran: Imamiyyah
Doktrin:

2. Perkara paling penting dalam agama ialah penentuan Imamah. - Nabi diutus untuk menghilangkan perbezaan pendapat dan mencipta kesatuan, justeru baginda tidak akan meninggalkan dunia ini tanpa pedoman- iaitu pengganti baginda yang akan menyambung tanggungjawab menyatukan ummah.

3. Nabi wajib menentukan seseorang yang menjadi rujukan, pedoman dan pegangan.

4. Al-Awsiya' selepas 'Ali adalah keturunan Fatimah iaitu al-Hasan dan al-Husayn, namun mereka berbeza pendapat tentang imam selepas itu.

Imamiyyah: Kedudukan Imam
1. Imam miliki kuasa penuh membentuk undang-undang, setiap ucapannya syariat dan ia tidak mungkin bertentangan dengan nas. Ucapan imam setaraf sabdaan Nabi kerana ia merupakan titipan Nabi kepada mereka.
2. Nabi tinggalkan rahsia syariat untuk dititipkan kepada para imam yang merupakan penerima wasiat.  Nabi hanya menerangkan sebahagian hukum yang sesuai dengan zaman baginda, manakala bahagian lain ditinggalkan kepada imam sesuai dengan tempoh mereka.
3. Imam miliki hak takhsis terhadap nas umum dan taqyid terhadap nas mutlak. Ia menguasai semua pengetahuan berkenaan syariat, sedia lengkap dan bukan dalam bentuk potensi.
4. Imam adalah ma'sum dari kesalahan, lupa dan kemaksiatan. Ia zahir dan batin, serta sebelum dan selepas dilantik Imam.
5. Membenarkan mu'jizat atau hal luar biasa terjadi kepada imam, bahkan ia oleh menjadi bukti sekiranya tiada nas tentang imamahnya.

Rumusan: kedudukan imam mendekati kedudukan Nabi, yang membezakan adalah Imam tidak diberi wahyu.

Aliran: Isma'iliyyah
Mengithbatkan imamah kepada Ismail bin Ja'afar al-Sadiq namun mati sebelum bapanya, dalam masa yang sama ia telah diwasiatkan.

Prinsip: mengamalkan nas lebih baik dari meninggalkannya. Ini kerana ucapan imam adalah nas syara' yang wajib dilaksanakan.

Gelaran: Batiniyyah, Qaramitah, Muzdakiyyah, al-Ta'limiyyah, al-Mulhidah.

Kedudukan Ismail:
1. Telah mati tetapi tujuan wasiat supaya dipindahkan imamah kepada anaknya seperti Musa wasiatkan kepada Harun walau Harun wafat terlebih dahulu..
2. Ismail tidak mati tetapi berpura-pura supaya tidak dibunuh.
3. Imam selepas Ismail ialah Muhammad bin Ismail iaitu imam ketujuh dan penamat. Selepas itu imam bersembunyi secara rahsia, sehinggalah datangnya al-Mahdi.

Doktrin:
1. Orang yang mati tanpa mengetahui imam pada zamannya dikira mati jahiliyyah, begitu juga bagi sesiapa yang tidak membaiahnya..
2. Imam tersembunyi, syariat bersifat zahir dan batin, al-Quran dita'wil dengat ta'wilan yang sangat jauh.
3. Limpahan cahaya ilahi (al-Faidh al-Ilahi) dalam bentuk pengetahuan yang dilimpahkan Allah kepada para imam.
4. Imam tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun, semua perbuatan mereka mengandungi kebaikan.

Aliran lain (terkeluar dari Islam):
1. Saba'iyyah
2. Ghurabiyyah
3. Hakimiyyah
4um. Druz

Definisi
Bahasa:  Syiah : “Pengikut dan pembela seseorang.

Istilah:
"Golongan yang berpendapat bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan."

Al-Syahrastani: "Sekumpulan umat Islam yang mengikut 'Ali secara khusus dengan anggapan beliau mempunyai keistimewaan dalam hal imamah dan khilafah."

Penggunaan dalam al-Qur'an:

1. Al-Qasas: 15
وَدَخَلَ ٱلْمَدِينَةَ عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَٰذَا مِن شِيعَتِهِۦ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِۦ ۖ فَٱسْتَغَٰثَهُ ٱلَّذِى مِن شِيعَتِهِۦ عَلَى ٱلَّذِى مِنْ عَدُوِّهِۦ فَوَكَزَهُۥ مُوسَىٰ فَقَضَىٰ عَلَيْهِ ۖ
"Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. "

2. al- Saffat: 83
وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبْرَٰهِيمَ
"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (Nuh)."

3. al-Qasas: 4
اِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِى الۡاَرۡضِ وَجَعَلَ اَهۡلَهَا شِيَـعًا يَّسۡتَضۡعِفُ طَآئِفَةً مِّنۡهُمۡ يُذَبِّحُ اَبۡنَآءَهُمۡ وَيَسۡتَحۡىٖ نِسَآءَهُمۡ​ ؕ اِنَّهٗ كَانَ مِنَ الۡمُفۡسِدِيۡنَ‏
"Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak."