Batu Bersurat Terengganu by sarah syamimi

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.

Prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah piagam undang-undang bertulis yang menjadi bukti pengamalan sistem perundangan Islam dan sebagai sumber sejarah Islam dalam pensejarahan Melayu. Ia menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Batu Bersurat Terengganu dapat dikaitkan dengan sejarah perkembangan Islam di Nusantara. Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303
dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Nusantara kerana tiada jawapan yang tepat tentang cara penyebarannya.

Terdapat tiga teori kedatangan Islam iaitu dari Tanah Arab, Cina dan India.

Terdapat juga beberapa faktor yang dikatakan menjadi punca perkembangan Islam di Nusantara. Antaranya termasuklah perdagangan,perkahwinan,perluasan kuasa dan faktor politik,ajaran islam yang mudah/ideologi islam itu sendiri,faktor kesusteraan dan peranan ahli tasawuf,sufi serta pendakwah.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan negeri Melaka. Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China. Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Hubungan ini menyebabkan kerajaan Siam dan Srivijaya tidak berani mengugat Melaka. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Melayu yang tidak dapat digugatkan oleh Majapahit dan Ayutthiya.

Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.

Pada tahun 1414, Parameswara mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahkota Iskandar Syah. Hubungan China-Melaka terus terjalin apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak maharaja China dan bermulalah kehadiran masyarakat imigran di Semenanjung Tanah Melayu.Persahabatan Melaka-China bertambah erat,tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan Siam di Muar dan di Batu Pahat tanpa bantuan dari Kerajaan China. Hubungan Melaka dan China terus renggang apabila Kerajaan China mengamalkan dasar tutup pintu pada abad ke 15.