REFLEKSI PI 2 by NUR NADIYATUL HUSNA BINTI MOHD SUFIAN IPG-Pelajar

NUR ATHIRAH BINTI MOHD DALI
Sepanjang pembelajaran pengantar ulum Al-Quran dan hadis, banyak input yang saya peroleh melalui pembelajaran ini. Saya dapat mengetahui bagaimana cara Al-Quran diturunkan dan pembahagian hadis secara mendalam. Bukan sahaja itu, saya juga dapat mengenali beberapa tokoh hadis dengan meneliti biodata tokoh. Melalui pembelajaran berkaitan ilmu ini, saya dapat membezakan tingkatan bagi setiap hadis sama ada sahih, hasan atau dhaif. Tambahan lagi, saya dapat mengetahui maksud dan pembahagian bagi nasikh dan mansukh. Pelbagai aktiviti yang dijalankan serta cara pengajaran yang dibawa adalah sangat berkesan sehingga saya dapat memahami setiap maklumat dan ilmu dengan sangat baik. Kesimpulannya, dengan ilmu yang diterima, saya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya supaya saya dapat berkongsi kepada masyarakat kerana ilmu berkenaan Al-Quran dan hadis sukar untuk dipelajari di luar.

NUR FATIN IRDINA BINTI MOHAMAD FAUZI
Pada pandangan saya, sepanjang pembelajaran subjek pengantar Ulum al-Quran dan hadis ini, saya mendapat pelbagai ilmu atau input baharu yang diberikan oleh ustaz Fuad. Setiap pembelajaran yang diberikan sangat mudah difahami dan boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian serta dikongsikan bersama orang sekeliling. Sebagai contohnya, ilmu berkaitan hadis dhaif yang boleh digunakan bagi mengelakkan daripada terjebak dengan penggunaan hadis dhaif di dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih lanjut berkaitan kehebatan al-Quran iaitu kemukjizatan al-Quran seperti tidak boleh ditiru oleh orang kafir yang cuba untuk menjatuhkan umat Islam walau satu ayat daripada al-Quran. Mereka tidak akan pernah dapat dalam mendatangkan satu perkara yang sama dengan al-Quran. Secara keseluruhannya, pembelajaran yang disampaikan oleh ustaz Fuad sangat baik dan disampaikan dengan cara yag mudah difahami menggunakan pelbagai analogi yang menarik.

BALQIS BINTI ZULHELMI
Dalam kursus Pengantar Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis PIMK1104 ini, saya dapat belajar lebih mendalami lagi tentang Al-Quran dan Al-Hadis. Dalam Ulum Al-Quran, saya telah mempelajari tentang takrif, sejarah dan metodologi Al-Quran. Dalam bidang Ulum Hadis pula, saya telah mempelajari terminologi, pembahagian hadis sama ada pada segi kuantiti seperti hadis mutawatir dan hadis ahad manakala dari segi kualiti terbahagi kepada sahih, hasan dan dhaif. Hal ini menyedarkan saya bahawa pentingnya pengetahuan tentang ilmu hadis dan tidak boleh sewenang-wenangnya menyebarkan hadis tanpa dikaji atau diusul periksa terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, sewaktu kursus ini juga pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan bagi membantu saya menambah lagi pengetahuan tentang ilmu Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis ini. Antaranya ialah lawatan ke USIM. Hal ini secara tidak langsung mendedahkan saya lebih banyak lagi ilmu tentang bidang ini sekaligus membantu saya dala menyelesaikan pentaksiran berterusan dengan lebih baik lagi. Mempelajari Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith menjadikan saya lebih memahami dan menghayati ajaran Islam. Semoga dengan pemahaman yang baik ini, saya dapat menyebarkan nilai-nilai kebaikan tentang Islam dalam kehidupan seharian.

IZZATUL AFIFAH BINTI MOHD ROSLI
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah saya, ustaz fuad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk saya menjayakan kursus ini dengan jayanya. Banyak ilmu yang saya peroleh daripada kursus ini. Melalui kursus ini, saya dapat memahami Sejarah Al-Quran iaitu bagaimana Al-Quran itu diturunkan, ditulis dan dibukukan. Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan klasifikasi hadis dari segi jumlah bilangan perawi dan sifat perawi. Saya juga berpeluang mengetahui dan mengenali biodata tokoh-tokoh muhadith seperti Imam Bukhari. Bukan itu sahaja, saya dan rakan-rakan turut berpeluang untuk menyertai Program Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang dilaksanakan di USIM yang banyak membuat pengkajian dalam bidang Al-Quran dan Hadis. Akhir sekali, melalui kursus ini, banyak ilmu-ilmu baru yang saya peroleh yang dapat membantu saya memahami Al-Quran dan Hadis dengan lebih mendalam.

NUR AMNI ADILAH BINTI MUHAMAD
Melalui pembelajaran kursus Pengantar Ulum Al-Quran dan Ulum al-Hadis PIMK1104, saya diberi peluang belajar dan meningkatkan pemahaman saya dalam ilmu asas berkaitan al-Quran dan al-Hadis yang merupakan sumber rujukan utama dalam kehidupan seharian kita. Saya telah mempelajari ulum al-Quran dari aspek definisi al-Quran dan nama lain baginya serta sejarah penulisan dan pembukuan kalamullah. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan kemukjizatan al-Quran yang sangat luar biasa  jelas sekali membuktikan bahawa al-Quran adalah benar-benar wahyu Allah, bukan malaikat Jibril dan bukan tulisan Nabi Muhammad SAW. Dalam ulum al-Hadis pula saya diberi kesempatan untuk mempelajari berkaitan klasfikasi hadis seperti hadis sahih, hadis hasan dan hadis dhaif. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui ciri-ciri hadis maudhu dan aplikasi menyemak hadis seperti semakhadis.com agar lebih berhati-hati dengan hadis yang tersebar dalam dunia moden kini.  Kesimpulannya, pembelajaran kursus ini sangat menarik dan cara penyampaian maklumat oleh ustaz jelas sekali serta mudah difahami

NUR DAMIA SAFIYYAH BINTI MOHD RAOHAN
Dengan menyertai kursus Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis, saya telah belajar tentang al-Quran dari segi definisinya, sejarah penurunan dan pembukuan serta kemukjizatan al-Quran. Saya juga telah mempelajari  mengenai hadis tentang pengertian, pembahagian hadis, sejarah perkembangannya dan komponen perkataan yang digunakan. Berdasarkan pengetahuan ini, saya berpeluang untuk mengetahui perbezaan antara jenis dan pembahagian hadis serta membuat perkaitan dengan analisis oleh ulama'-ulama' hadis. Selain itu, saya didedahkan dengan pelbagai medium yang boleh digunakan untuk mengidentifikasi klasifikasi hadis serta kesahihannya seperti semak hadis dan dorar. Di samping itu, saya dapat mengetahui tentang kewujudan golongan anti hadis dan kesannya kepada masyarakat.

NUR ADRIANA ALYA BINTI MOHD FATHIR
Melalui subjek Pengantar Ulum al-Quran dan As-Sunnah, saya mendapati bahawa disiplin ilmu ini membuka pintu kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang sumber utama ajaran Islam. Pengajian ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan saya mengenai sejarah, metodologi, dan tafsiran al-Quran dan hadis, tetapi juga membimbing saya untuk mengaplikasikan ajaran-ajaran ini dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan. Saya belajar untuk menghargai kepentingan sanad dan matan dalam menilai keaslian hadis, serta memahami konteks penurunan ayat-ayat al-Quran, yang membantu saya mengelakkan salah tafsir dan memastikan amalan saya selaras dengan syariat. Selain itu, subjek ini dapat membentuk keperibadian yang lebih berakhlak dan beretika, serta memberi motivasi untuk terus menuntut ilmu sebagai satu ibadah.

NURUL HIKMAH HIDAYAH BINTI ABD GHANI
Subjek Pengantar Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis ini memberikan saya pemahaman mendalam mengenai kedua-dua sumber utama Islam. Dalam pengenalan ulum al-Quran, saya didedahkan tentang asal usul, penurunan, serta pengumpulan al-Quran dan diberikan gambaran jelas berkaitan bagaimana wahyu Allah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kemudian disusun menjadi sebuah kitab suci yang sempurna. Perbincangan mengenai nasikh dan mansukh pula memberikan saya pengetahuan tentang ayat-ayat al-Quran yang dinasakhkan oleh ayat lain yang diturunkan kemudian. Selain itu, pengenalan ulum al-Hadis pula dapat memberikan  gambaran menyeluruh mengenai hadis sebagai sumber rujukan kedua dalam Islam. Saya dapat mempelajari mengenai kategori-kategori hadis, cara pengumpulannya, serta kedudukannya dalam hukum Islam. Secara keseluruhannya, subjek ini memberikan pendedahan yang sangat luas berkaitan ilmu Islam dan dapat memberikan pengetahuan yang baharu kepada saya sepanjang semester ini berlangsung.

AIDA FATINI BINTI SALLEH
Subjek Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis berjaya menambah pemahaman yang lebih mendalam kepada saya. Melalui pembelajaran ini, saya telah memahami pelbagai jenis hadis, istilah-istilah khusus dalam ulum hadis, dan mengenali tokoh-tokoh muhaddith yang luar biasa. Saya juga dapat merasai pengalaman berharga melalui program KPPB ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Melalui program ini saya mendapat peluang untuk mempelajari ilmu dalam konteks yang lebih luas daripada pensyarah di sana. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Mohd Fu'ad bin Mohamad Seleh atas bimbingan penuh yang telah beliau berikan kepada saya dan rakan-rakan. Semua ilmu dan pengalaman yang telah saya peroleh ini diharapkan dapat menjadi panduan dalam kehidupan dan pembelajaran saya di masa hadapan.

ANIS BASHIRAH BINTI BADRUL HISYAM
Sepanjang saya mempelajari subjek ulum al-quran dan ulum al-hadis ini, saya memperolehi banyak manfaat dan penambahan ilmu yang saya ada daripada sebelum ini. Sebagai contoh, saya dapat mengetahui pengertian al-quran secara lebih mendalam, mukjizat-mukjizatnya di mana tidak semua orang dapat mempelajari ilmu ini secara terperinci. Dari aspek ulum al hadis pula, saya dapat mengetahui pembahagian hadis sama ada dari segi kuantiti atau kualiti seperti hadis mutawattir, hadis sahih dan sebagainya. saya juga dapat mengetahui proses bagaimana tokoh-tokoh hadis terdahulu dan kini menyemak status sesebuah hadis tersebut sama ada sahih, hasan atau dhaif dari segi sanad dan matannya. Saya turut mengetahui tokoh-tokoh hadis lelaki dan wanita yang tersohor seperti saidatina aisyah, imam bukhari, imam muslim dan lain-lain yang memberikan saya inspirasi untuk terus menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Di samping itu juga, saya juga mengetahui cara-cara mengenali hadis palsu dan juga saya dapat meneroka aplikasi-aplikasi teknologi digital hadis yang berauthoriti seperti sunnah.com, semak hadis dan sebagainya yang banyak membantu saya dalam menyemak status sesuatu hadis tersebut. Akhir sekali, saya juga mengetahui cara-cara untuk menepis hujah golongan anti hadis yang mana golongan anti hadis adalah sangat berbahaya kerana mereka akan membawa dakyah tertentu yang meracuni pemikiran masyarakat pada masa kini. Kursus ini sangatlah bermanfaat untuk saya kerana banyak ilmu tambahan yang saya dapat daripada kursus ini. Tambahan pula Ustaz Fuad juga sangat banyak ilmunya, jadi apabila kami bertanyakan soalan yang berkaitan kursus ini, ustaz Fuad dapat menjawabnya dengan jelas dan terperinci membuatkan kami lebih faham dan seronok untuk mempelajari subjek ulum al-quran dan ulum al-hadis ini. Saya berharap saya dapat mengamalkan segala ilmu yang saya dapati daripada kursus ini dan juga saya dapat berkongsi ilmu yang sangat berharga ini kepada ramai orang diluar sana supaya mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan mereka tentang ilmu al-quran dan hadis.

NAJLA BISYARAH BINTI RASZALI
Dalam kursus Pengantar Ulum al Quran dan Ulum Hadis (PIMK1104),saya dapat mempelajari dan menghayati ilmu hadis dan al-Quran dengan lebih mendalam.Saya mendapati bahawa saya telah mempelajari perbezaan antara pelbagai terminologi hadis serta sejarah tentang penulisan dan pembukuannya.Berkaitan dengan itu,ia adalah sangat penting kerana pada zaman yang serba moden ini,amat mudah untuk berlaku penyebaran hadis palsu yang mungkin boleh menyebabkan masyarakat mengikuti ajaran yang salah.Kemudian,mempelajari ulum al-Quran sebagai rujukan utama orang Islam dan pedoman kepada setiap muslim serta kitab Allah yang sentiasa terpelihara daripada apa-apa sahaja perkara.Selain itu,bagi kursus ini juga ,saya amat menghargai peluang mengikuti program KPPB dimana kami berkesempatan ke USIM bagi mendengar dan membincangkan tentang topik mukjizat al-Quran dan penerangan yang jelas tentang hadis maudhu' dan hadis dhaif .Justeru,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Fuad kerana mengusahakan lawatan sambil belajar unit Pendidikan Islam ke USIM sebagai inisiatif bagi guru pelatih menerima pendekatan yang lebih luas tentang topik yang terkandung di dalam ulum al-Quran dan ulum hadis .Di samping itu,cara pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah juga sangat membantu dimana banyak perkongsian dan perkaitan ilmu dan situasi dijadikan contoh dan dikaitkan dengan topik ulum hadis sekaligus memudahkan kefahaman pelajar di dalam kelas.Berkaitan dengan itu,saya dapat mendalami dan memahami nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan dalam diri dan diamalkan dalam kehidupan.

NUR NADIYATUL HUSNA BINTI MOHD SUFIAN
Sepanjang saya mengikuti kursus Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadis, saya dapat mempelajari banyak pengetahuan baharu dan memperkukuhkan lagi akidah Islam saya dengan kekuatan bukti al-Quran dan al-Hadis. Selain itu, pemahaman saya mengenai kandungan al-Hadis juga lebih cerah dan jelas. Hal ini kerana ternyata pembahagian hadis terbahagi kepada lebih banyak cabang berbanding apa yang saya tahu sebelum ini. Tidak lupa juga dengan pengertian al-Quran, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Fuad dan barisan pensyarah JaPIM yang lain iaitu terlibat secara langsung mahupun tidak sepanjang lawatan kami ke USIM. Berdasarkan lawatan tersebut, is dapat membuka mata saya tentang pemahaman terhadap al-Quran dengan lebih mendalam. Semoga kursus ini dapat membantu lebih ramai lagi pelajar bagi meningkatkan pengetahuan mereka terutama dalam bidang ulum al-quran dan al-hadis.

NUR ILI NABILAH BINTI NOZULAN
Sepanjang pembelajaran Subjek Ulum Al-Quran dan Hadith, saya telah memperoleh banyak ilmu dan manfaat yang tidak hanya tertakluk kepada mata pelajaran ini sahaja, tetapi merentas mata pelajaran lain dengan bantuan Ustaz Fuad. Saya dapat mengenali dengan lebih terperinci maksud al-quran, jenis-jenis nama pembahagian hadith secara mendalam serta sejarah perkembangan penulisan dan pembukuan hadith. Selain itu, subjek ini membantu saya membezakan jenis jenis hadith qudsi dan nabawi, lafzi dan maknawi dan jenis-jenis hadith sahih, hasan, dhaif atau palsu. Pengenalan enjin carian bagi mencari hadith dengan sumber yang berautoriti juga telah diperkenalkan seperti sunnah. com, dorar.net dan lain-lain. Melalui pembelajaran bersama Ustaz Fuad, saya dapat merungkai banyak ilmu pengetahuan dalam keadaan yang santai dan selesa disebabkan gaya pembelajaran dan bantuan alat berfikir yang menarik. Juga tidak dilupakan pengalaman dibawa lawatan ke USIM bagi program KPPB yang sememangnya menarik minat dan menimba pengalaman yang menarik bagi saya.

NUR LIYANA NABILAH BINTI MOHD ZULKIFLEE
Dengan mempelajari Pengantar Ulum Hadith dan Ulum Al-Quran ini, telah membuka mata saya tentang kepentingan sumber utama ajaran Islam. Ulum Hadith menekankan peranan hadith sebagai panduan praktikal dan kepentingan membezakan antara hadith sahih dan daif. Proses pengumpulan hadith yang ketat menyemai nilai ketelitian. Ulum Al-Quran memberi kefahaman yang mendalam tentang struktur, tafsir dan ilmu berkaitan Al-Quran. Kesannya, ia dapat memperkayakan ilmu dan membantu saya dalam mengamalkan ajaran Islam dengan lebih tepat. Sebagai bakal pendidik, saya rasa lebih bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang sahih dan berlandaskan sumber yang boleh dipercayai demi kemaslahatan masyarakat.

SHAMIRA INSYIRA BINTI SHAMSUNIZAM
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Fu'ad atas tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan sepanjang kursus ini dijalankan. Mengikuti kursus Pengantar Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis telah memberikan saya pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai Al-Quran dan Hadis. Kursus ini memperkenalkan konsep asas dan metodologi dalam Al-Quran dan Hadis, serta menggariskan kepentingan kedua-duanya dalam kehidupan seorang Muslim.

Pada kursus ini, saya mendapati bahawa pengenalan tentang Ulum Al-Quran sangat membuka mata saya, terutamanya mengenai bagaimana Al-Quran diturunkan, dikumpulkan, dan disusun. Saya belajar tentang sejarah pengumpulan Al-Quran, sebab-sebab penurunan ayat serta Ijaz Al-Quran. Ilmu berkaitan Al-Quran ini menjadikan saya lebih menghargai keindahan kitab suci ini.

Pada bahagian Ulum Hadis, saya teruja dengan proses verifikasi dan penilaian keaslian hadis. Pengetahuan tentang sanad dan matan serta metodologi yang digunakan oleh ulama hadis untuk memastikan kesahihan hadis memberikan saya keyakinan terhadap sumber-sumber hukum dalam Islam. Saya juga belajar tentang perbezaan antara hadis sahih, hasan, dan dhaif dalam mengaplikasikan hadis dalam kehidupan harian.

Kursus ini juga mengasah kemahiran kritis dan analitis saya. Dalam mempelajari kedua-dua Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis, saya digalakkan untuk berfikir secara mendalam dan kritis, tidak hanya menerima maklumat secara pasif tetapi juga untuk memahami sejarah di sebalik Al-Quran dan Hadis.

Secara keseluruhannya, kursus ini tidak hanya membantu dalam memperkaya pengetahuan saya tentang ilmu Al-Quran dan Hadis, tetapi juga menguatkan iman dan kesedaran saya terhadap kepentingan kedua-dua ini dalam kehidupan seorang Muslim. Ilmu yang telah diberikan telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus mendalami ilmu ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

SITI WAJIHAH BINTI NOOR AZNI
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz Fuad kerana telah banyak mendidik dan mengajar kami khususnya bagi kursus pengantar al-quran dan al-hadith. Sepanjang saya belajar kursus ini, saya telah banyak mendapat maklumat yang penting. Antaranya berkenaan kemukjizatan al-quran. Bukan itu sahaja, saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan hadis-hadis yang ada. Antaranya hadis maudhu ataupun dikenali sebagai hadis palsu. Dan saya juga dapat mempelajari golongan-golongan antihadis dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya, dengan mempelajari ilmu al-quran dan al-sunnah ini, saya dapat menerapkan dan menguatkan laki pegangan akidah saya.

ANA A'LIAH INSYIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR
Melalui pembelajaran kursus Pengantar Ulum Al-Quran dan Ulum al-Hadis PIMK1104, saya dapat meningkatkan pemahaman saya dalam ilmu al-Quran dan al-Hadis yang merupakan sumber rujukan utama dalam kehidupan seorang muslim. Saya telah mempelajari ulum al-Quran dari segi definisi dan nama lain al-Quran serta sejarah penulisan dan pembukuannya. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan kemukjizatan al-Quran yang membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu Allah. Manakala Ulum al-Hadis pula saya diberi kesempatan untuk mempelajari berkaitan klasfikasi hadis. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui ciri-ciri hadis maudhu dan aplikasi menyemak hadis seperti semakhadis.com agar lebih berhati-hati dengan hadis yang tersebar. Kesimpulannya, pembelajaran kursus ini sangat menarik dan cara penyampaian maklumat oleh ustaz jelas serta mudah difahami.

NURUL BALQIS BINTI MOHAMAD AZMAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz Fuad yang telah mencurahkan ilmu selama 1 semester tanpa penat dan lelah. Selama pembelajaran Ulum Al-Quran dan Hadis ini saya sangat seronok dan gembira kerana kaedah pembelajaran ustaz yang menarik dan menggembirakan. Dalam subjek ini sendiri, ia telah memberi pelbagai pengetahuan kepada saya dalam topik topik yang dibincangkan sebagai contoh topik kemukjizatan Al-Quran yang mana ia membincangkan dengan lebih mendalam lagi tentang kemukjizatan Al-Quran ini berbeza dengan ketika di sekolah menengah. Topik-topik yang lain juga telah memberikan kepada saya pelbagai ilmu tambahan yang tidak diajarkan ketika sekolah menengah dahulu. Oleh itu, kursus ini memberikan impak yang besar kepada saya dalam perjalanan menuntut ilmu ini. Sebagai penutup, saya ingin ucapkan terima kasih sekali lagi kepada ustaz Fuad.

SYIMAH SYAHIDAH BINTI SAIDIN
Sepanjang saya mengikuti kursus Pengantar Ulum Quran dan Ulum Hadis, banyak ilmu yang saya pelajari yang membuka luas mata saya terhadap ilmu Quran dan Hadis. Sejujurnya, pada awalnya, ilmu saya mengenai Al-Quran dan Hadis hanyalah sedikit. Namun, setelah mengikuti Kursus ini, dengan bimbingan penuh dari Ustaz Fuad yang berdedikasi terhadap kerjanya, ilmu mengenai Al-Quran dan Hadis semakin bertambah dari semasa ke semasa dan ia juga menambahkan semangat pembelajaran sepanjang hayat. Antara yang saya pelajari sepanjang mengikuti kursus ini ialah pengenalan ulum Quran iaitu dari segi makna, hikmah, kemukjizatannya dan sejarah asal usul penurunannya. Subtopik ini memberi penjelasan yang sangat jelas bahawa Al-Quran adalah wahyu Allah yang suci dan tulen yang diturunkan kepada nabi Muhammad Saw sebagai bukti keesaan Allah dan bukti ajaran yang dibawa. Nasikh dan Mansukh pula meberikan pengetahuan tentang ayat-ayat Al-Quran yang dinasakhkan oleh ayat yang datang kemudian darinya. Bagi ulum Hadis pula, saya belajar tentang jenis-jenis hadis. Ia memberikan saya pengetahuan dalam membezakan hadis dan juga mengenali hadis-hadis palsu. Segala ilmu yang dipelajari sememangnya memberi impak yang sangat berkesan kepada kehidupan saya dalam usaha mencari keredaan dan keberkatan Allah SWT. Program yang dilaksanakan sepanjang kursus ini seperti KPPB di Usim membantu saya dalam mendalami dengan lebih mendalam lagi ilmu ulum Al-Quran dan ulum Hadis. Tidak lupa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Fuad diatas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya mengikuti kursus ini.

FATIN NABILA BINTI NAZARUDIN
Setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Fuad atas didikan dan bimbingan untuk kami. Subjek Ulum Al-Quran dan Ulum Hadis ini memberi banyak pengetahuan yang mendalam kepada saya tentang sejarah penurunan alquran, jenis-jenis hadis dan memberi pendedahan kepada saya untuk membezakan dan mengambil hadis-hadis yang diyakini sahaja. Saya juga mendapat input yang meluas tentang penggunaan hadis dhoif dikalangan masyarakat islam. Saya juga dapat input input lain yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang muslim.