BUDAYA DAN BAHASA by Cikgu Erna

Bahasa Melambangkan Bangsa, Tanpa Bahasa Tiada Budaya, Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa
1) Bahasa Melambangkan Bangsa,

2) Tanpa Bahasa Tiada Budaya,

3) Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

(10 markah)

Nur Hasanah Bte Abdul Rahman
1 ) Bahasa melambangkan bangsa

→ Bahasa merupakan simbol setiap bangsa. Setiap bangsa mempunyai bahasa-bahasa yang tertentu. Sebagai contoh, bangsa Melayu menggunakan bahasa melayu, bangsa Cina menggunakan bahasa mandarin. Bahasa sesuatu yang berlainan di setiap peluru dunia. Dalam setiap bahasa juga mempunyai pelbagai cara penyampaiannya dengan loghat-loghat yang berbeza. Dalam bahasa melayu sendiri, terdapat loghat-loghat yang berlainan seperti Kelantan, Terengganu dan yang lain. Bahasa merupakan simbol yang sangat unik disebabkan ucapannya, cara penulisannya dan pemahamannya yang berbeza. Oleh demikianlah, dengan dunia ini yang berpelbagai bangsa, bahasa itu yang membezakan manusia dari yang lain. Dengan bahasa, terjadilah bangsa. Tanpanya, bangsa tidak mempunyai keunikannya yang tersendiri.

2 ) Tanpa bahasa tiada budaya

→ Budaya dalam setiap bangsa berlainan. Budaya Melayu, yang menyambut hari raya berbeza daripada budaya India yang menyambut hari Deepavali. Bahasa memainkan peranan yang besar dan penting dalam membentuk setiap budaya. Budaya tidak sahaja menumpukan kepada perbuatan tetapi juga percakapan. Budaya sesuatu yang diperlukan untuk menguatkan silaturrahim di antara orang-orang di suatu bangsa. Komunikasi ialah caranya untuk menguatkan lagi hubungan dengan manusia lain di setiap bangsa. Oleh itu, bahasa datang memainkan peranannya yang penting. Tanpa bahasa, bagaimanakah jadinya komunikasi? Dengan bahasa, manusia dapat berkumpul bersama untuk meraikan budaya mereka dengan menggunakan komunikasi. Sebagai contoh, dalam budaya Melayu, mengucapkan salam itu dan bertanya khabar merupakan sesuatu yang melambangkan hormat terhadap orang lain. Tanpa bahasa, bagaimanakah budaya ini? Dengan bahasa, dapatlah orang Melayu melestarikan budaya ini dengan sering bertegur sapa sesama orang lain.

3 ) Kehilangan budaya hancurlah bangsa

→ Budaya membentukkan suatu bangsa. Tanpanya, musnahlah ertinya bangsa. Suatu bangsa memerlukan kepada budaya. Tanpa budaya, akan berlakunya kekecohan dan ketidaksamaan di antara orang-orang yang berbangsa yang sama. Dalam suatu bangsa, budaya itulah yang mengadakan hubungan dan silaturrahim di antara manusia kerana orang-orang yang sama bangsa dapat kaitkan diri mereka dengan orang lain kerana mempunyai budaya yang sama. Tambahan pula, budaya ialah suatu simbol yang melambangkan setiap bangsa. Misalnya, seorang singh boleh diketahui dengan melihat kepada topi yang dipakai mereka. Budaya juga dipengaruhi banyak oleh agama. Dengan pengaruh agama, dapatlah budaya dibentuk dengan baik. Tanpa budaya, bangsa pasti akan hancur kerana setiap orang tidak mempunyai persamaan yang dapat dikaitkan dengan orang lain. Hubungan antara orang akan hancur dan musnah jikalau bangsa tiada. Oleh itu, melestarikan budaya itu penting kerana ia melambangkan diri kita sebagai satu bangsa. Budaya itu khas bagi setiap bangsa, maka apa gunanya berbangsa jikalau tidak amalkan budaya. Oleh demikian, tanpa budaya, pasti bangsa adalah yang pertama untuk menghancur dan memusnah.

hannah hadhirah
1) bahasa melambangkan bangsa

- manusia berbicara dengan bahasa bangsanya. dengan menggunakan bahasa bangsa kita, ia menunjukkan bahawa kita menghormati dan menyayangi bangsa ini. dari kecil lagi manusia telah diajar untuk berbicara dengan bahasa bangsanya, dengan itu haruslah kita menggunakan bahasa itu untuk menunjukkan bahawa kita bangga untuk menjadi salah satu daripada golongan bangsa tersebut.

2) tanpa bahasa tiada budaya

- jika seseorang itu tidak menggunakan bahasanya, maka ia tidak mencerminkan budayanya. budaya merupakan sesuatu perkara yang harus dilestarikan dari dulu hingga sekarang, maka haruslah seseorang itu ada pada dirinya bahasa bangsanya untuk mengerjakan budaya-budaya bangsanya.

3) kehilangan budaya hancurlah bangsa

- budaya merupakan adab dan tamadun sebuah bangsa, maka jika hilang budaya, hancurlah bangsanya kerana jika adab tidak dijaga dan tidak dikerjakan, maka ia tidak menunjukkan keaslian sebuah bangsa.

Airis
1) Bahasa melambangkan bangsa:

Seperti kata pepatah, “bahasa jiwa bangsa”. Cara kita bertutur dan berkomunikasi merupakan sesuatu yang sangat penting, kerana tiapkali kita bercakap, ia seperti kita ‘mewakili’ bangsa kita sendiri. Dengan kita menjadi wakil, cara kita bertutur dan berkomunikasi akan membentukkan persepsi orang lain terhadap kita, dan juga bangsa kita.

Selain itu, dengan mengikut penjelasan bagi ayat-ayat               yang seterusnya, ‘bahasa melambangkan bangsa’ juga              kerana bahasa penting bagi pembentukan budaya, dan             budaya pula penting bagi bangsa. Bahasa bagi budaya        seperti batu bata bagi sebuah bangunan

2)  Tanpa bahasa tiada budaya:

Bahasa ialah cara untuk seseorang itu berkomunikasi. Dengan itu, jika bahasa tidak wujud, maka tidak wujudlah budaya, kerana semua perkara yang dipraktikkan tidak dapat diajar kepada golongan umur yang seterusnya, disebabkan tiada bahasa. Selain itu, tanpa bahasa, satu masyarakat itu takkan bersatu-padu, akibat salah faham dan cara berkomunikasi yang sangat lain, maka masyarakatnya juga akan tergendala daripada kemajuan dan mengekalkan tradisi-tradisi dan budaya mereka.

3) Tiada budaya hancurlah bangsa:

Sebuah bangsa tidak boleh wujud tanpa budaya kerana budaya adalah pengumpulan norma, tingkah laku, dan amalan yang menentukan bagaimana masyarakat berfungsi dalam kehidupan seharian. Dengan ketiadaan budaya, bangsa akan runtuh kerana kehilangan permara asas bagi pembentukan dan sifat bersatu-padu di dalam bangsa tersebut.

Amelie Solha
Bahasa melambangkan bangsa, tanpa bahasa tiada budaya, kehilangan budaya, hancurlah bahasa.

Pertama, bahasa dan budaya bergantung antara satu sama lain untuk berwujud. Bahasa ialah sesuatu simbol bagi budaya kerana ia merupakan bahagian yang besar pada identiti budaya tersebut. Pada masa lalu, sebelum bahas Inggeris dijadikan bahasa utama SG, setiap kaum atau golongan etnik berbual dalam bahasa/dialek mereka sendiri.

Kedua, bahasa amat penting untuk mengekspresikan tradisi, nilai, cita-cita dan adat resam budaya. Dengan penggunaan bahasa nenek moyang kita, kita dapat berkomunikasi bersama orang yang berkongsi kepercayaan yang sama seperti kita. Kita juga dapat mengajar orang yang berbudaya lain tentang budaya kita dengan senang.

Budaya mengingati kita tentang sejarah, idea dan tradisi nenek moyang kita, dan bagaimana ia telah berkembang pada masa kini. Bahasa ialah bahagian daripada sejarah dan warisan. Ia tidak wujud tanpa budaya.

Ketiga, kehilangan budaya akan menyebabkan kehilangan bangsa. Contohnya, jika dua orang ibu bapa memilih untuk membesarkan anak mereka tanpa mengikuti ajaran budaya, anak mereka akan dididik dengan sifat-sifat yang buruk, seperti meminum arak dan merokok. Anak mereka akan berkahwin dengan orang yang juga bersifat buruk, dan akan mendidik anak-anaknya tanpa adat, adab dan kesantunan yang diajar oleh budaya.

Kehilangan budaya akan merujuk kepada kehilangan adab. Ia akan menyebabkan kitaran generasi keturunan yang menyimpang dari perjalanan yang betul. Justeru itu, kita harus memahami bahasa, supaya dapat memahami budaya dan ajaran bangsa, supaya dapat berjaya dari segi spiritual.

Sharifah Husnaa
Bahasa Melambangkan Bangsa

Setiap bangsa mempunyai bahasa yang unik, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Mandarin. Bahasa ini menjadi simbol identiti terhadap masyaraktnya. Sebagai contoh, bahasa melayu di Malaysia mencerminkan sejarah bangsa dan budaya Melayu.

Tanpa Bahasa Tiada Budaya

Banyak bentuk seni dan tradisi, seperti lagu, puisi, dan teater, bergantung kepada bahasa untuk menyampaikan makna dan emosi. Bahasa juga adalah alat utama untuk menyampaikan ilmu dan tradisi. Tanpa bahasa, generasi akan kehilangan cara untuk belajar tentang sejarah dan adat resam, yang sangat penting untuk mengingati budaya.

Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

Apabila sesebuah bangsa kehilangan bahasa dan budayanya, mereka boleh kehilangan identiti bangsa mereka. Contohnya, masyarakat asli di beberapa negara telah kehilangan bahasa mereka akibat pengaruh budaya luar, dan ini menyebabkan tradisi dan nilai mereka hilang dan kehancuran bangsa mereka.

‘Adelyaa Nazneen
1)  Dalam kehidupan harian,kita akan berkomunikasi dengan orang lain dengan bercakap, apabila bercakap kita harus bercakap dalam bahasa. Menggunakan bahasa ibunda,adalah penting supaya kita tidak akan melupakan dari bangsa mana kita dilahirkan. Jika seorang melayu bercakap dalam bahasa Inggeris dan sungguh fasih dalamnya hingga dia terlupa bagaimana untuk tutur dalam bahasa melayu. Ini boleh merosakkan masyarakat dan perlakuan ini boleh berterusan. Dengan itu,saya bukan tidak digalakkan untuk bertutur bahasa lain tetapi jangan lupa bahasa ibunda yang telah melambangkan bangsa.

2) Bahasa adalah sangat penting dalam komunikasi. Orang akan menggunakan bahasa yang difahami dalam perbualan. Untuk orang bisu atau pekak mereka akan memikir dalam segi  bahasa bukan dalam segi perlakuan. Untuk kongsi tentang budaya kita,bende yang pertama yang dikongsikan dan harus diketahui adalah bahasa,dari mana,bagaimana,cara penulissan dan lain lain lagi. Bagaimana kita mahu kongsi budaya kita jika tidak menggunakan bahasa. Gini,kita harus mengetahui bahasa kita dan cara menggunakannya supaya budaya kita akan tetap kekal.

3) Budaya harus diamalkan bukan hanya pada hari rasional harmoni tetapi setiap hari.  Budaya boleh dalam segi pakaian,makanan dan lain lain lagi. Sebagai contoh jika kita berhenti makan makanan melayu dan mula makan makanan budaya lain,generasi yang akan datang akan terjejas kerana tidak didedahkan kepada makanan melayu. Mereka akan tahu makanan mahir sahaja seperti nasi lemak tetapi mereka tidak tahu jenis jenis lauk dan bagaimana untuk masaknya. Jika ini berlaku,mereka tidak akan memasak makanana melayu kerana tidak diajar dan diketahui nama,cara masakan dan rasanya. Hari yang akan tiba,kita tidak akan nampak lagi makanan tradisional yang selalu dijamah dahulu. Dengan itu jika tidak mengamalkan budaya kita setiap hari ini boleh merosakkan bangsa.

Saidah Zawiah Bte Suhaini
Bahasa melambangkan bangsa

Bahasa adalah satu perlambangan bangsa kerana bangsa yang lain ada bahasa yang lain. Contohnya, orang yang berbangsa melayu berbicara dalam bahasa melayu. Orang yang berbangsa Cina berbicara dalam bahasa Cina dan sebagainya. Bahasa juga adalah budaya percakapan kita dan ilmu yang diajar secara turun-temurun. Ia melambangkan keunikan dan kecantikan sebuah bangsa.

Tanpa bahasa tiada budaya.

Jika bangsa adalah orangnya dan bahasa ialah percakapannya, maka budaya itu perbuatannya. Budaya adalah cara seorang berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Bahasa adalah aspek yang penting dalam budaya kerana ia salah satu dar kelakuan sebuah bangsa. Jika tidak wujudnya bahasa, maka tidak lengkaplah budaya.

Kehilangan budaya hancurlah bangsa

Budaya juga adalah aspek penting dalam bangsa. Ini kerana budaya adalah satu aspek yang membuat sebuah bangsa itu unik. Jika budaya itu tidak diikuti, atau remaja-remaja mahu mengikut bangsa dan tradisi lain, ia boleh membawa kepada kehilangan bangsa kita kerana budayanya tidak dipelajari, dipraktikkan dan diajar oleh orang-orang muda zaman kini

Rifa
Bahasa Melambangkan Bangsa, Tanpa Bahasa Tiada Budaya, Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

Saya bersetuju sepenuhnya. Bahasa melambangkan bahasa, tanpa bahasa tiada budaya dan kehilangan budaya hancurlah bangsa.

Pertama sekali, bahasa melambangkan bangsa. Dalam setiap bangsa, ada bahasa khas yang dituturkan oleh orangnya. India bahasanya Tamil, Sanskrit dan lain-lain dan Cina bahasanya Mandarin, Hokkien dan lain-lain dan Melayu bahasanya Melayu. Apabila dilahir, kami diajarkan bahasa ibunda kami yang berkaitan dengan bangsa kami. Kami bercakap dengan bahasa kami. Kami menulis dengan bahasa kami. Kami berbaca dengan bahasa kami. Bahasa itu penting, unik pada bangsa masing-masing. Ia melambangkan orang, tarikh mereka dan ada ceritanya sendiri. Semua bahasa ada ceritanya, cara ia dikatakan, cara ia diperbuat. Bahasa itu melambangkan bangsa. Dengan itu, bahasa melambangkan bahasa.

Kedua, dalam bangsa masing-masing wujudlah budaya dan tradisi. Tanpa bahasa tiadalah budaya. Bahasa merupai cara berkomunikasi. Jika tidak, bagaimanakah akan kami melakukan budaya kami? Tanpa bahasa kami telah menghilangkan identiti kami sebagai orang India, Cina ataupun Melayu. Kalau tidak bercakap dengan Bahasa Ibunda, apakah caranya untuk melakukan tradisi kami? Tradisi-tradisi ialah perkara yang dilakukan oleh nenek moyang kami pada masa dahulu secara berulang-ulang. Mereka berbual dengan Bahasa Ibunda apabila melakukannya maka haruslah kami melakukannya dengan menggunakan bahasa tersebut dan mempelajari tentang bahasanya. Oleh itu, tanpa bahasa tiada budaya.

Akhirnya, kehilangan budaya hancurlah bangsa. Tanpa budaya, tiadalah perbuatan-perbuatan khusus untuk setiap bangsa masing-masing pun hilang. Bangsa masing-masing ada tradisi khusus untuk mereka. Sebagai contoh, orang India menyambutkan Holi dengan warna-warni dan orang Cina menyambutkan Tahun Baru Cina dengan 'ang bao' supaya mendapatkan kemakmuran. Kalau budaya ini semua hilang, maka bangsa itu pun hilang. Tanpa perlakuan yang membuat setiap dari kami unik dengan bangsa kami, kami hanyalah orang yang sama. Tiada identiti yang menjadikan kami Arab, Perancis dan lain-lain. Ini seperti mengatakan bahawa tiada bangsa. Dengan itu, kehilangan budaya hancurlah bangsa.

Nur Nadia
Bahasa melambangkan bangsa

Bahasa adalah cerminan budaya dan tradisi sesebuah masyarakat. Melalui bahasa, ia akan menunjuk nilai-nilai, kepercayaan, dan cara hidup suatu bangsa. Sebagai contoh, peribahasa dan frasa-frasa yang akan mencantikkan sesuatu ayat. Dengan menggunakan peribahasa, peribahasa adalah tulisan yang lebih cantik untuk sesuatu ayat. Ini menunjukkan kecantikan bangsa yang terdapat di dalam bahasa. Ada juga nama-nama tempat di Singapura yang bernama dalam bahasa melayu, dan setiap nama yang diberi pasti ada makna yang mendalam, dan cerita-ceritanya sendiri. Dengan adanya bahasa, ia dapat membezakan bangsa seseorang itu dari bangsa lain. Setiap bangsa ada bahasa mereka sendiri, seperti cina, india dan lain-lain. Bahasa  mereka inilah, dan bagaimana mereka menggunakan bahasa tersebut, akan melambangkan bangsa.

2.  Tanpa bahasa tiada budaya

Bahasa itu penting untuk membentuk dan menyampaikan budaya. Budaya melayu kebanyakannya dalam segi bahasa dan kata-kata. Sebagai contoh, puisi, peribahasa dan lagu menggunakan bahasa. Tanpa adanya bahasa, budaya tidak dapat disampaikan dan diajar kepada generasi-generasi baharu. Ada saja budaya-budaya melayu lain yang tidak menggunakan sangat bahasa, tetapi, bahasalah yang paling penting untuk tetap mewujudkan budaya. Bahasa dapat digunakan untuk menyampai amalan dan kepercayaan budaya tersebut kepada generasi baru dan muda.

3.  Kehilangan budaya hancurlah bangsa

Budaya adalah satu-satunya yang menunjukkan bahawa bangsa melayu ini masih lagi wujud. Bukan sahaja untuk bangsa melayu, tetapi juga untuk bangsa-bangsa lain seperti cina dan india. Contohnya, budaya melayu, permainan tradisional melambangkan satu-satunya budaya melayu, dan juga puisi dan lain-lain. Jikalau tradisi-tradisi ini tidak dikekalkan dalam diri-diri orang pada zaman ini, atau ibu-bapa yang tidak mengajar anak-anak mereka tentang budaya melayu, nereka akan gerak membarat, dan melupakan budaya bangsa mereka sendiri. Jika banyak dari ibu-bapa atau orang yang tidak menyampaikan budaya bangsa sendiri, dengan perlahan budaya akan hilang, maka hancurlah bangsa.

Hawla Khalissa
Bahasa Melambangkan Bangsa, Tanpa Bahasa Tiada Budaya, Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

﻿﻿﻿Bahasa Melambangkan Bangsa,

﻿﻿﻿Tanpa Bahasa Tiada Budaya,

﻿﻿﻿Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

(10 markah)

Bahasa Melambangkan Bangsa

Bahasa merupakan tanda yang menyatakan sesuatu bangsa. Ia mencerminkan setiap bangsa yang berbeza yang ada keunikan tersendiri. Tanpa bahasa, susah untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi. Bahasa setiap bangsa yang  berbeza adalah penting supaya mereka boleh mengekalkan keistimewaannya dan membezakan dirinya daripada bangsa lain. Dengan itu, bahasa melambangkan bangsa.

Tanpa Bahasa Tiada Budaya

Tanpa bahasa, tidak wujud budaya. Bahasa adalah perkara  utama dan asas untuk menyampaikan tradisi, nilai, dan pengetahuan budaya daripada satu generasi ke generasi yang lain. Jika bahasa hilang atau pupus, lama kelamaan budaya bahasa yang pupus itu juga akan hilang di muka dunia. Dengan itu, tanpa bahasa, tiada budaya.

Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

Kehilangan budaya akan menyebabkan kehancuran sesebuah bangsa. Apabila sesebuah bangsa kehilangan warisan budayanya, bangsa itu turut kehilangan sebahagian daripada identitinya. Ini boleh menyebabkan kehancuran masyarakat. Dengan itu, kehilangan budaya, hancurlah bangsa.

Qaireen
Bahasa melambangkan bangsa

Bahasa adalah asas kepada sebuah bangsa. Ia boleh dilengkapkan dengan sejarah, nilai dan pengalaman seseorang. Bahasa bukan sahaja sesuatu perkara yang digunakan untuk komunikasi tetapi ia boleh menjadi satu cara untuk melambangkan identiti bangsa yang kuat.

Tanpa bahasa tiada budaya

Bahasa boleh mencerminkan budaya, nilai, dan warisan sekaligus. Tanpa bahasa, amalan budaya dan tradisi berjuang untuk bertahan. Tanpa bahasa, budaya tidak boleh difahami kerana ia bergantung pada komunikasi. Disebabkan itu, budaya tidak dapat berkembang dengan ketiadaan bahasa.

Kehilangan budaya hancurlah bangsa

Kehilangan budaya boleh mengurangkan ciri-ciri unik daripada sebuah bangsa. Selain itu, kehilangan budaya juga boleh menjejaskan kesatuan terdapat antara rakyatnya. Jika ketiadaannya, kekayaan budaya akan hancur dan meninggalkan komuniti yang terputus dari akar mereka. Oleh itu, budaya adalah penting bukan sahaja untuk keunikan seseorang, tetapi ia juga untuk memelihara kesatuan bangsa itu sendiri.

Iffah Aishah
Bahasa melambangkan bangsa

Bahasa dituturkan dan ditulis. Bangsa bergantung kepada bahasa kita. Apabila kita bertutur atau menulis dengan sesuatu bahasa, bangsa kita akan sekaligus diketahui. Sebagai contoh, apabila kita bertutur dengan bahasa Melayu, orang sudah mengetahui bahawa kita berbangsa Melayu. Sama juga seperti bahasa cina yang digunakan oleh bangsa cina dan lain lagi. Kita perlu menjaga bahasa kita apabila bertutur kerana jika ia tidak baik, maka kita sedang memburuk-burukkan bangsa kita juga. Maka, bahasa melambangkan bangsa.

Tanpa bahasa tiada budaya

Budaya juga bergantung kepada bahasa. Jika kita tidak mempunyai bahasa, yakni tidak bertutur dengan sopan atau menulis menggunakan perkataan yang tidak sesuai, budaya kita boleh hilang dan tidak diketahui. Kita perlukan bahasa untuk menyampaikan budaya kita kepada generasi selepas kita. Tanpa bahasa, budaya tidak dapat disampaikan maka ia akan hilang ditelan zaman.

Kehilangan budaya, hancurlah bangsa

Budaya merupakan satu aspek dari bangsa. Budaya melambangkan sebuah bangsa. Apabila budaya tidak dilestarikan, ia akan dilupakan maka bangsa sudah tidak dikenali ataupun diketahui. Budaya perlu ada dalam sesebuah bangsa agar bangsa itu dapat kekal dan diingati oleh generasi yang akan datang.

Nur Sara Hifza
1) Bahasa melambangkan bangsa

Bahasa melambangkan bangsa adalah penting dalam masyarakat. Dengan bangsa, ia boleh melambangkan diri kita sebenarnya. Melalui bahasa, kita boleh tahu asal usul seseorang dan kepercayaannya. Setiap bahasa mempunyai  keistimewaannya yang mencerminkan masyarakat yang menggunakannya. Sebagai contoh, bahasa Melayu bukan hanya alat untuk berkomunikasi di Malaysia; ia membawa sejarah dan semangat perpaduan orang Melayu.

2) Tanpa bahasa tiada budaya

Bahasa dan budaya mempunyai kaitan yang kuat. Melalui bahasa, kita boleh meluahkan tradisi-tradisi tradisional seperti cerita rakyat, lagu tradisional, dan banyak lagi. Bahasa adalah sesuatu yang membolehkan kita teruskan budaya daripada generasi ke generasi. Kalau kita hilang bahasa, kita juga hilang budaya. Sebagai contoh, pantun tradisional yang dimulai dalam bahasa asalnya, bahasa Melayu. Kalau bahasa ini dilupakan, budaya kita mungkin akan pudar dan sukar untuk dipertahankan.

3) Kehilangan budaya hancurlah bangsa

Budaya mempunyai kaitan bagi semua bangsa. Bangsa penting kerana kalau budaya hilang, kita akan hilang identiti. Lama kelamaan, bangsa itu mungkin akan terikut-ikut dan akhirnya hilang keunikan yang asal. Jikalau kita mengabaikan bahasa sendiri dan tidak menghargai bahasa sendiri, identiti bangsa boleh hilang. Contohnya, semakin ramai anak muda sekarang lebih bercakap dalam bahasa Inggeris dan tidak lagi menghargai bahasa Melayu. Lama-lama, bahasa dan budaya Melayu mungkin akan dilupakan dan bangsa kita akan hilang arah.

Sarah Alisya
1) Bahasa melambangkan bangsa

Susunan kata seperti peribahasa, pantun mencerminkan nilai, norma dan identiti bangsa melayu. Contohnya, pantun melayu. Ia adalah tradisi lisan yang sangat bernilai dan berharga sebagai salah satu lambang keintelektualan bangsa.

2) Tanpa bahasa tiada budaya

Bahasa adalah alat komunikasi yang penting. Tanpa bahasa, kita tidak dapat menyampaikan perasaan, pemikiran, dan informasi. Tanpa bahasa, sukar untuk kami memahami dan memelihara budaya, kerana banyak aspek budaya disampaikan melalui cerita, lagu dan ritual yang menggunakan bahasa sebagai perantara.

3) Kehilangan budaya hancurlah bangsa

Apabila budaya hilang, kita bukan sahaja kehilangan tradisi dan nilai yang membentuk identiti, tetapi juga kekuatan untuk menghadapi cabaran bersama. Budaya juga berfungsi sebagai penghubung antara generasi. Tanpa pemeliharaan, pengetahuan dan warisan yang kaya akan hilang, meninggalkan generasi akan datang tanpa apa-apa untuk dipegang. Oleh itu, ia adalah penting bagi kita untuk mengekalkan dan meraikan kepelbagaian budaya, dan menggalakkan pendidikan yang menghormati warisan budaya. Pemeliharaan budaya adalah kunci untuk mengekalkan integriti dan kemerdekaan sesebuah bangsa.

Khadijah
1)Bahasa melambangkan bangsa

Saya setuju dengang penyataan ini. Bahasa bukan hanya alat komunikasi, tetapi juga cerminan budaya, sejarah, dan identiti seorang dalam bangsa. Melalui bahasa, nilai-nilai, tradisi, dan cara berpikir antara masyarakat-masyarakat yang dapat diwariskan dari generasi kepada generasi yang lain. Selain itu, perbedaan bahasa sering kali menciptakan rasa kebersamaan di antara kaum yang memiliki latar belakang budaya yang sama seperti kita.

2)Tanpa Bahasa tiada Budaya

Saya setuju.Jika tanpa bahasa,tentu budaya tidak ada.Bahasa adalah untuk menyampaikan sejarah, tradisi, dan pengetahuan dari generasi ke generasi. Cerita rakyat dan lagu-lagu tradisional biasanya disampaikan dalam bahasa tertentu, yang mengekalkan budaya tersebut.Dalam seni, bahasa berperan penting. Puisi, sastera, dan teater mencerminkan pandangan dan nilai budaya yang mendalam.Apabila suatu bahasa hilang, banyak aspek budaya yang juga boleh hilang.Dengan kata lain, bahasa bukan hanya alat komunikasi, tetapi juga jendela untuk memahami dan menghargai budaya yang berbeza.

3)Kehilangan budaya hancurlah bangsa

Benar, kehilangan budaya dapat membawa impak yang besar kepada sesebuah bangsa. Budaya adalah warisan yang membentuk cara hidup, nilai, dan tradisi masyarakat.Tanpa budaya, kami mungkin merasa kehilangan arah dan identiti.Tradisi dan amalan yang diturunkan dari generasi ke generasi mungkin tidak terlihat lagi, menyebabkan kehilangan cara hidup dan pengetahuan.Kehilangan budaya boleh menyebabkan perpecahan di antara generasi dan tidak terlihat, terutama jika nilai dan kepercayaan tidak lagi difahami Budaya yang hilang boleh digantikan dengan budaya luar yang mungkin tidak sesuai dengan nilai-nilai asal.

Fathima
1) Bahasa melambangkan Bangsa

Apabila seseorang berbual sesuatu bahasa, maka orang sekeliling akan anggap bahawa dia berbangsa tertentu keranaa perbualannya menggunakan bahasa itu. Misalnya, jika seseorang berbual bahasa Cina, maka orang akan terus anggap dia berbangsa Cina. Tambahan pula, perbualan dengan bahasa yang elok menunjukkan bahawa bangsa tersebut mementingkan keelokan dalam perkara-perkara yang lain yang dilakukan juga seperti apabila berinteraksi dengan orang lain, maka orang itu akan mementingkan akhlaknya.

2) Tanpa Bahasa tiada Budaya

Bahasa sangat penting dalam budaya. Tiada budaya yang boleh wujud tanpa suatu bahasa. Manusia akan bersusah untuk memahami suatu budaya tanpa bahasa. Sebagai contoh, seorang Cina hendak mempelajari tentang budaya orang Melayu tetapi tiada bahasa khas bagi budaya itu, maka orang akan kurang memahami tentang adat-adat atau tradisi-tradisi orang melayu. Tambahan pula, jika tiada peribahasa contohnya, maka budaya melayu akan kehilangan sesuatu yang dianggap istimewa bagi budaya tersebut.

3) Kehilangan Budaya hancurlah Bangsa

Budaya ialah seperti tradisi-tradisi khas, tarian, makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Jika tiada budaya, maka bangsa tersebut akan kehilangan banyak perkara-perkara yang penting bagi membezakan suatu budaya dengan budaya yang lain. Misalnya, wanita berbangsa India memakai ‘saree’ dan yang lelaki pula memakai ‘kurta’. Manakala, kedua-dua wanita dan lelaki berbangsa Melayu secara amnya memakai baju kurung.

najah
1)Bahasa melambangkan bahasa bermaksud dengan bangsa, bahasa boleh tercipta. Bahasa itu berasal dari bangsa. Tanpa bangsa, bahasa itu tidak akan wujud dan dicipta. Bangsalah yang membolehkan ciptaan bahasa.  Contohnya, bahasa orang melayu ialah bahasa melayu. Tanpa bangsa Melayu, tiadalah bahasa melayu.

2)Tanpa bahasa tiada budaya bermaksud jika tidak ada bahasa itu, budanyanya juga tidak akan ada kerana mengetahui sesuatu bahasa bermaksud mengenali budayanya dan jika kita tidak tahu bahasa ibunda kita sendiri, kita tidak akan mengenali budaya kita. Untuk mengenali dan mempelajari budaya kita, kita juga perlu tahu bahasa kita. Contohnya, salah satu budaya melayu adalah wayang kulit. Wayang kulit adalah sesuatu budaya yang dicipta oleh nenek moyang kita dan jika kita tidak tahu bahasa nenek moyang kita, kita tidak boleh mempelajari tentang wayang kulit.

3)Kehilangan budaya akan menghancurkan bangsa kerana bangsa-bangsa diciptakan kerana budayanya. Jika budaya bangsa itu hilang atau tidak diteruskan oleh generasi-generasi terkini, bangsanya akan perlahan-lahan hilang. Contohnya, jika orang melayu sekarang tidak amalkan budaya mereka dan tidak menyampaikannya kepada anak-anak mereka, bangsa mereka akan perlahan-lahan hilang.

Rifa
Bahasa Melambangkan Bangsa, Tanpa Bahasa Tiada Budaya, Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

Saya bersetuju sepenuhnya. Bahasa melambangkan bahasa, tanpa bahasa tiada budaya dan kehilangan budaya hancurlah bangsa.

Pertama sekali, bahasa melambangkan bangsa. Dalam setiap bangsa, ada bahasa khas yang dikatakan oleh orangnya. India bahasanya Tamil, Sanskrit dan lain-lain dan Cina bahasanya Mandarin, Hokkien dan lain-lain dan Melayu bahasanya Melayu. Apabila dilahir, kami diajarkan bahasa ibunda kami yang berkaitan dengan bangsa kami. Kami bercakap dengan bahasa kami. Kami menulis dengan bahasa kami. Kami berbaca dengan bahasa kami. Bahasa itu penting, unik pada bangsa masing-masing. Ia melambangkan orang, tarikh mereka dan ada ceritanya sendiri. Semua bahasa ada ceritanya, cara ia dikatakan, cara ia diperbuat. Bahasa itu melambangkan bangsa. Dengan itu, bahasa melambangkan bahasa.

Kedua, dalam bangsa masing-masing wujudlah budaya dan tradisi. Tanpa bahasa tiadalah budaya. Bahasa merupai cara berkomunikasi. Jika tidak, bagaimanakah akan kami melakukan budaya kami? Tanpa bahasa kami telah menghilangkan identiti kami sebagai orang India, Cina ataupun Melayu. Kalau tidak bercakap dengan Bahasa Ibunda, apakah caranya untuk melakukan tradisi kami? Tradisi-tradisi ialah perkara yang dilakukan oleh nenek moyang kami pada masa dahulu secara berulang-ulang. Mereka berbual dengan Bahasa Ibunda apabila melakukannya maka haruslah kami melakukannya dengan menggunakan bahasa tersebut dan mempelajari tentang bahasanya. Oleh itu, tanpa bahasa tiada budaya.

Akhirnya, kehilangan budaya hancurlah bangsa. Tanpa budaya, tiadalah perbuatan-perbuatan khusus untuk setiap bangsa masing-masing pun hilang. Bangsa masing-masing ada tradisi khusus untuk mereka. Sebagai contoh, orang India menyambutkan Holi dengan warna-warni dan orang Cina menyambutkan Tahun Baru Cina dengan 'ang bao' supaya mendapatkan kemakmuran. Kalau budaya ini semua hilang, maka bangsa itu pun hilang. Tanpa perlakuan yang membuat setiap dari kami unik dengan bangsa kami, kami hanyalah orang yang sama. Tiada identiti yang menjadikan kami Arab, Perancis dan lain-lain. Ini seperti mengatakan bahawa tiada bangsa. Dengan itu, kehilangan budaya hancurlah bangsa.

Qaisara Airene
1) Bahasa melambangkan bangsa kerana bangsa akan dinilai berdasarkan cara mereka berkomunikasi dan juga menunjukkan identiti. Bahasa adalah peranan yang perlu diambil oleh setiap orang secara menyeluruh. Bahasa sangat kaya dengan makna kerana ia menggambarkan budaya. Sebagai contoh, apabila seseorang menggunakan bahasa mereka dengan penuh hormat, ia akan menunjukkan imej bangsa mereka yang baik.

2) Tanpa bahasa, tidak akan ada budaya. Bahasa berasal dari budaya. Jika tiada bahasa, mustahil untuk mengekalkan budaya.  Seseorang haruslah menggunakan bahasa untuk berkomunikasi kerana ia mencerminkan budayanya.  Bahasa juga dapat menjadikan masyarakat bekerjasama dengan baik kerana bahasa yang digunakan dengan teliti dapat menghubungkan mereka. Dengan ini, bahasa dan budaya tidak boleh kehilangan satu sama lain.

3) Jika kehilangan bahasa, ia seperti kehilangan tradisi dan identiti yang tidak dapat dilestarikan. Apabila kita kehilangan bahasa kita kehilangan sejarah budaya kita. Sebagai contoh, masyarakat kehilangan bangsa kerana terdapat bahasa lain yang masuk dan mempengaruhi orang ramai untuk mengikutinya, mengakibatkan kehilangan bahasa mereka sendiri.

Iffah Aishah
Bahasa melambangkan bangsa

Bahasa dituturkan dan ditulis. Bangsa bergantung kepada bahasa kita. Apabila kita bertutur atau menulis dengan sesuatu bahasa, bangsa kita akan sekaligus diketahui. Sebagai contoh, apabila kita bertutur dengan bahasa Melayu, orang sudah mengetahui bahawa kita berbangsa Melayu. Sama juga seperti bahasa cina yang digunakan oleh bangsa cina dan lain-lain lagi. Kita perlu menjaga bahasa kita apabila bertutur kerana jika ia tidak digunakan dengan sebaiknya atau tidak sopan, maka kita akan memburuk-burukkan bangsa kita juga. Maka, bahasa melambangkan bangsa.

Tanpa bahasa tiada budaya

Budaya juga bergantung kepada bahasa. Jika kita tidak mempunyai bahasa, yakni tidak bertutur dengan sopan atau menulis menggunakan perkataan yang tidak sesuai, budaya kita boleh hilang dan tidak diketahui. Kita perlukan bahasa untuk menyampaikan budaya kita kepada generasi-generasi selepas kita. Tanpa bahasa, budaya tidak disampaikan dan tidak dapat dilestarikan, maka ia akan hilang ditelan zaman.

Kehilangan budaya, hancurlah bangsa

Budaya merupakan satu aspek dari bangsa. Budaya melambangkan sebuah bangsa. Apabila budaya tidak dilestarikan, ia akan dilupakan maka bangsa sudah tidak dikenali ataupun diketahui. Budaya perlu ada dalam sesebuah bangsa agar bangsa itu dapat kekal dan diingati oleh generasi yang akan datang.

Insyirah
1) Sebagai contoh, Bahasa Melayu adalah teras kepada identiti masyarakat Melayu dan berfungsi sebagai “medium” komunikasi dan ekspresi budaya. Penggunaan bahasa Melayu dalam seni, sastera dan muzik (seperti silat dan lain-lain) mempamerkan warisan unik masyarakat. Perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri disambut menggunakan bahasa dalam doa dan salam.

Dengan ini, bahasa memainkan peranan penting dalam mengekalkan hubungan dengan akar nenek moyang.

2) Bahasa adalah cara utama di mana orang berkomunikasi idea, kepercayaan, dan nilai. Ia membolehkan perkongsian pengalaman dan tradisi yang di mana membentukkan asas interaksi sosial. Bahasa itu juga penting untuk mewariskan ilmu, adat resam dan amalan dari satu generasi ke generasi yang lain. Tanpanya, amalan budaya dan naratif sejarah akan hilang. Ia bukan hanya alat untuk komunikasi tetapi, ia adalah cara untuk memelihara budaya kita. Tanpa bahasa, tradisi dan pengalaman kolektif yang membentuk identiti komuniti akan berjuang untuk wujud lama, menjadikannya penting untuk pemeliharaan dan evolusi budaya.

3) Budaya membentukkan identiti sebuah negara dan memberikan rasa kekitaan dan tujuan. Apabila unsur-unsur budaya hilang, orang akan mungkin berasa terputus hubungan daripada warisan mereka dan satu sama lain. Tambahan pula, kehilangannya boleh membawa kepada kepecahan, rasa identiti yang lemah, dan kemerosotan dalam nilai dan perpaduan sosial. Akhirnya, ia akan mengancam kestabilan dan gaya hidup negara. Melindungi dan memupuk warisan budaya adalah penting untuk memupuk daya tahan dan kesinambungan dalam sesebuah negara.

Nur Adlyn
1- Bahasa Melambangkan Bangsa

Bahasa menunjukkan identiti  bangsa, bahasa juga mampu menyatukan semua. Tanpa bahasa kita akan hidup berpecah-belah.Ia adalah cara kita berkomunikasi dengan satu sama lain. Setiap bangsa mempunyai  bahasa mereka tersendiri. Bahasa bukan sahaja bertujuan untuk mengekspresikan budaya tetapi juga kuasa besar yang menentukan semangat kebangsaan yang menjadi asas bahasa. Bahasa berfungsi untuk menurunkan konsep, tradisi, dan budaya dari generasi ke generasi mengikut pandangan dunia sesuatu bangsa.

2- Tanpa Bahasa Tiada Budaya

Bahasa adalah cara yang diperlukan untuk menyampaikan budaya, dan apabila itu diambil, ia menjadi lebih sukar untuk mengenali  identiti seseorang.Bahasa tidak hanya wujud secara bebas daripada masyarakat yang menggunakannya, maka ia mesti diguna di dalam budaya untuk terus hidup. Apabila anda mengalih keluar sambungan seseorang dengan bahasa mereka, jikalau akhirnya bahasa seseorang, ia memutuskan hubungan mereka dengan generasi sebelum mereka dan tradisi-tradisi. Maka itu , tanpa bahasa tiada budaya.

3-Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

Kehilangan budaya boleh melemahkan bangsa secara serius dengan melucutkan identiti dan rasa bangsanya . Apabila tradisi dan nilai pudar, orang ramai sering merasa kehilangan dan tidak pasti di mana mereka sesuai, dan akan mengakibatkan  kepada krisis identiti sesuatu bangsa. Pemutusan hubungan ini boleh menyebabkan perpecahan dalam bangsa , mencetuskan konflik dan bukannya menyatukan orang ramai. Selain itu, kehilangan warisan budaya bermakna kehilangan pelajaran berharga dari masa lalu, yang boleh membawa kepada mengulangi kesilapan. Akhirnya, apabila nilai bersama melemah, kepercayaan dan kerjasama berkurangan,menurun  kestabilan bangsa itu . Itulah sebabnya memelihara budaya adalah penting untuk membina masyarakat yang kuat.

nurwafa
Bahasa Melambangkan Bangsa

melambangkan : cermin

bangsa : jenis manusia daripada satu asal keturunan

Bahasa adalah cerminan budaya dan identiti setiap bangsa. Melalui bahasa, nilai, dan pemikiran, seseorang boleh dapat kenal tentang budaya dan bangsa itu. Sebagai contoh, bangsa cina berbahasa mandarin, bangsa melayu berbahasa melayu. Kita pun berbicara dengan orang lain dengan bahasa kita  tersendiri, yang selalunya daripada bangsa sendiri. Ini pun menjadikan bahasa sebagai aspek penting dalam pengenalan bangsa tersebut.

Tanpa Bahasa Tiada Budaya

Bahasa merupakan sebuah prioriti utama untuk mengekalkan dan menyampaikan budaya. Setiap budaya berlainan bangsa. Sebagai contoh, budaya melayu menyambut hari raya, ramadhan, eidul adha dan budaya cina menyambut tahun baru cina. Jika sesuatu bangsa kehilangan bahasanya, maka sukar untuk mengekalkan adat, tradisi, dan pengetahuan yang berkaitan dengan budayanya.

Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa

Budaya : tamadun / kemajuan fikiran, akal budi

Budaya adalah asas kepada kekuatan dan keberadaan sesebuah bangsa. Jika budaya musnah, bangsa tersebut akan kehilangan arah dan identiti, yang akhirnya boleh membawa kepada kehancuran atau kehilangan semangat kebangsaannya.

Aqilah
‘Bahasa Melambangkan Bangsa’

Bahasa mengandungi perincian yang khusus dan unik berbanding dengan bahasa-bahasa lain, contohnya peribahasa. Ada juga beberapa jenis bahasa yang digunakan seperti Bahasa Melayu yang digunakan pada masa sekarang, Bahasa Klasik yang digunakan untuk penulisan dan Bahasa Istana yang digunakan oleh ahli Kerajaan/Kesultanan pada masa dahulu. Ini semua melambangkan sejarah dan keunikan cara perbicaraan antara satu sama lain. Inilah yang juga melambangkan identiti bangsa dalam masyarakat.

‘Tanpa Bahasa Tiada Budaya’

Bahasa haruslah dilestarikan dalam kehidupan harian sejak muda lagi agar dapat membanggakan diri dengan budaya sendiri. Dengan melupakan bahasa ibunda dan menggunakan bahasa lain, ia dianggap bahawa seseorang itu tidak menghargai bahasa ibunda dan budaya sendiri.

‘Kehilangan Budaya Hancurlah Bangsa’

Tanpa budaya kita sendiri, orang akan melupakan asal usul mereka dan tidak dapat merasai keunikan dan kenikmatan tradisi budaya. Tradisi-tradisi yang diadakan dapat mengajarkan nilai-nilai peribadi yang penting untuk ada pada diri sendiri seperti saling menghormati, bergotong-royong dan lebih lagi. Tanpa nilai-nilai tersebut, orang tidak akan sempurna dalam masyarakat. Maka hancurlah bangsa di hadapan masyarakat umum.

Hannah Adelia
Bahasa melambangkan Bangsa

Setiap bangsa mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, dan ia merupakan identiti kebangsaan mereka. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan ia digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kita mengenali sesuatu bangsa menerusi bahasanya. Sebagai contoh, Bangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mereka, dan orang lain dapat tahu bahawa dia berbangsa Melayu disebabkan bahasa yang dituturkannya. Justeru, bahasa melambangkan bangsa.

Tanpa bahasa tiada budaya

Jika bahasa tidak dilestarikan, budaya sebuah bangsa akan pudar. Di zaman globalisasi ini, Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama yang digunakan seluruh dunia untuk berkomunikasi antara satu sama lain, dan ramai pemuda-pemuda sekarang yang jarang bertutur dalam bahasa Ibunda mereka. Jika bahasa tidak dilestarikan, lama-kelamaan, bahasa akan dilupakan dan ia tidak akan ditulis atau ditutur lagi, kerana ramai individu sekarang yang lebih gemar dan lebih fasih berbahasa Inggeris daripada bahasa Ibunda mereka. Jika bahasa dilupakan, budaya juga akan sekaligus dilupakan.

Kehilangan budaya hancurlah bangsa

Budaya adalah cara hidup yang berkembang dan dimiliki oleh seseorang atau sekelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Ia memegang peranan penting dalam sebuah bangsa. Tanpa adanya budaya, maka sebuah bangsa akan mengalami kehancuran. Sebuah bangsa itu tidak akan mempunyai nilai dan identiti kebangsaan tersendiri. Apa itu bangsa tanpa budaya? Bagaimanakah sebuah bangsa itu boleh kekal tanpa budaya? Mustahil bagi bangsa tersebut untuk kekal kerana budaya merupakan salah satu tiang bangsa yang amat penting. Justeru, tanpa budaya, maka hancurlah bangsa.