Kesaksian Trip Misi - Kasih Karunia untuk Dunia by Rhema Seng

"Tuhan, apa yang Engkau inginkan untuk pelayanan hari ini?"
Kami tiba di Kampung Orang Asli Chinggung pada kira-kira 11 pagi.

Sepanjang hari saya melihat satu per satu di antara kami menyediakan bahan untuk melayani hampir 30 orang kanak-kanak di sini, menjawab soalan mereka, menyediakan keperluan mereka dan mengajar Firman Allah kepada mereka.

Saya kira tugas kami selesai selepas 4 petang, sehabisnya pelayanan kanak-kanak itu tamat. Namun, kanak-kanak di sini sepertinya tidak penat bersama dengan kami dan tidak mau pulang ke rumah masing-masing. Malah, mereka tidak berhenti untuk dapatkan perhatian kami, seperti berjumpa dengan teman yang sudah lama.

2 jam kemudian, saya bermula rasa kesal. Kerana suara mereka sungguh nyaring dan kami tidak dapat rehat sedetik pun. Saya kasihan dengan ketua kumpulan kami, waktu tidur pun kanak-kanak mau bermain bersamanya.

Sebelum ibadah dewasa bermula, saya mulai usulkan cadangan kepada Lyoner, ketua Team A, "Apa kata kita suruh semua anak-anak pulang saja? Mereka seperti akan menggangu kita melayani orang dewasa nanti," Wajah Lyoner seperti susah mau lepaskan anak sendiri, dia cadangkan supaya kita berikan mereka sedikit aktiviti sewaktu ibadah dijalankan (kerana tiada ruang Children Church di sini) supaya tidak menggangu orang dewasa yang lain.

Oleh kerana tiada satu pun muda-mudi yang hadir bersama, saya juga terfikir apakah maknanya kita berada di sana?

Sewaktu ibadah dijalankan, kanak-kanak diberikan kertas untuk melukis atau mewarna. Ketika khutbah dijalankan, saya melihat Amos sedang mengira bilangan kami dengan teliti, dan mengira-ngira di atas kertasnya.

Kemudian Amos datang kepada saya dan menunjukkan lukisan yang bernama "Abang Kakak Gereja". Dengan terharunya saya menatap lukisan ini, sempat saya menangkap gambar moment Amos memegang lukisan ini. Ketika saya menatap semula ke wajah Amos, tetiba saya melihat ratusan anak muda yang ada di belakangnya dengan sinaran yang sangat kuat!

Saya amat terkejut, terharu, dan kagum sekaligus. Perasaannya seperti disambar petir, kerana kini baru saya dapati tujuan kita ke Kpg Chinggung ---- untuk melayani, dan menabur benih bagi masa depan kanak-kanak di tempat ini.

Saya mulai bernangis di sebelah laptop, kerana saya rasa bersalah, mengapa saya tidak mengenal isi hati Tuhan untuk kita di sini? "Tuhan, apa yang Engkau inginkan untuk pelayanan hari ini?" ini yang sepatutnya kutanyakan, tetapi bukan mengandalkan pengetahuan saya sendiri untuk menyangka siapa yang perlu dilayani.

Pada waktu yang sama, seluruh team dapat merasakan hati yang tergerak untuk berdoa bagi kanak-kanak. Saya bersyukur kerana Tuhan membuka mata saya untuk melihat. Asas music, lagu rohani, adab berbicara, Firman Tuhan tentang kasih karunia dan sebagainya...semua ini Tuhan hantar kami untuk menabur bagi masa depan yang luar biasa yang Tuhan telah tetapkan di sana.

Yoel (kesaksian)
Shalom, pertama sekali saya mahu mengucap syukur akan kebaikan Tuhan kita Yesus Kristus. Betapa besar dan luasnya kasih Tuhan bagi setiap kita. Dengan mengikuti trip misi ini saya dapat belajar tentang banyak hal, yang pertama adalah melayani Tuhan dengan penuh Kasih. Walaupun ini adalah pelayanan pertama saya didalam trip misi ke orang asli tetapi saya merasakan trip misi ini adalah sebuah pelayanan yang sangat indah dimana Tuhan mengajar saya supaya memiliki hati yang murni untuk melayani siapapun orang supaya mereka melihat bahwa Tuhan sangat mengasihi mereka.

Dalam pelayanan trip misi ini juga saya bersyukur kerna Tuhan mengizinkan kami melihat orang yang sakit disembuhkan, orang yang tidak punya harapan diperbaharuhi oleh Tuhan & orang yang keras hati menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Jadi hal ini mengingatkan saya tentang Firman Tuhan yang berbicara tentang “Ladang sudah siap dituai tetapi pekerjanya sedikit”. Tuhan sudah mempersiapkan ramai orang untuk mengalami Tuhan didalam hidupnya namun sedikit orang yang sudah percaya Tuhan mahu pergi untuk memberitakan Injil Tuhan. Hal ini juga menguatkan saya agar saya terus memberitakan Injil kepada semua orang.

Seterusnya dalam Trip misi ini, saya dapat belajar tentang memiliki Iman yang kukuh didalam Tuhan. Satu masa didalam team kami mengalami masalah iaitu kunci kereta van yang kami pakai hilang. Keadaan masa itu sangat emosi untuk mencari kunci itu kerna kebanyakkan kami letih. Jadi team leader membawa kami untuk berdoa sebelum meneruskan mencari kunci itu, dalam doa team leader kami berkata “Tuhan kami akan menemukan kunci itu dalam masa 5 minit” setelah kami selesai berdoa, dalam masa 2 minit kami sudah mencari dan mendapatkan kunci van itu. Jadi hal ini sangat membuktikan bahwa Kasih Tuhan itu sangat luar biasa. Dia Tuhan yang tidak pernah jauh dengan kita.

Yang terakhir saya berharap agar lebih ramai lagi anak-anak Tuhan mahu terlibat dalam apa-apa pelayanan trip misi. Dan doakan saya agar semangat dan roh saya terus menyala-nyala untuk melayani Tuhan.

HATI
Shalom ! Saya Masing Beti. Ini merupakan Trip Misi yang kedua saya dan kali ini kesaksian saya berkenaan dengan HATI. Saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan Yesus untuk segala kebaikan-Nya kerana kasih Yesus lah saya dapat melihat dengan lebih jelas apa yang Tuhan inginkan saya lakukan untuk Trip Misi kali ini.

Pada awalnya saya sedikit meragukan diri saya sendiri untuk menyertai trip misi kali ini kerana dalam masa yang sama saya memikirkan persiapan praktikal saya yang akan bermula pada 14 Ogos 2023. Apa yang saya risaukan, saya belum dapat kompeni untuk saya praktikal. Saya sudah cari tapi tidak ada kompeni yang ada projek dekat dengan USM dan ada kompeni yang tidak mengambil pelajar untuk praktikal. Akan tetapi, dalam masa yang sama saya percaya Tuhan pasti campur tangan. Tuhan Yesus itu baik!. Apa yang terjadi selepas itu, ada seorang rakan sekelas saya, dia suruh saya cuba untuk mohon dekat satu kompeni ni, dan Puji Tuhan urusan saya sangat dipermudahkan. Saya berjaya mendapatkan penempatan praktikal saya dimana tapak projeknya juga tidak jauh dari USM.

Lepas selesai masalah praktikal, baru saya rasa lega dan boleh fokus untuk pelayanan trip misi saya. Sepanjang minggu doa dan puasa, saya selalu melihat video di YouTube lebih-lebih lagi video berkenaan dengan Pengkhotbahan untuk saya menguatkan lagi saya punya Iman dan keyakinan dalam pelayanan saya kali ini. Apa yang paling mengejutkan saya apabila saya dapat menyedari video yang saya tonton di youtube, sangat bersangkut rapat dengan devosi hari pertama doa dan puasa kami. Ayat Firman Tuhan itu ada di 1 Samuel 16:7 TB. Tuhan melihat hati, Tuhan tidak melihat apa yang dilihat oleh manusia. Dan video yang saya tonton adalah soal hati. Saya tersentak dengan pertanyaan di dalam video itu iaitu "Di mana Tuhan Yesus saat ini di hati kamu ? Adakah kamu sungguh-sungguh mencintai Yesus dalam pelayanan mu ? Kamu tidak ada apa-apa tanpa Yesus di hati kamu" Setelah itu saya merenungkan hal itu, kerana saya rasa persiapan trip misi saya agak kurang. Saya berdoa dan menangis kerana saya dapat rasakan itu adalah mesej dari Tuhan untuk saya dalam trip misi kali ini. Saya percaya ini bukan satu kebetulan. Saya berdoa dan hati saya mulai sensitif saat saya menyebut "Jesus, I Love You So Much Jesus!" air mata mengalir tidak dapat saya kawal. Saya mulai merasakan kepenuhan dalam hati saya. Dan saya mulai yakin Tuhan mahu saya kali ini melayani dengan hati, meletakkan Tuhan Yesus sepenuhnya di hati. Dan hati yang saya rasakan begitu baru dari Tuhan. Hati yang sangat tenang, damai dan penuh kasih.

Tapi hati yang baru itu perlu diuji. Dan ujian terbesar adalah saat melayani di kampung terakhir tempat kami Team A melayani. Di kampung itu kami sepatunya ada melayani remaja dan kanak-kanak. Tapi yang ada datang ke gereja pada masa itu hanyalah anak-anak. Saya rasakan pelayanan kami di kampung itu waktu itu sangat kurang. Lawatan rumah ke rumah pun kurang mendapat sambutan. Rumah begitu banyak tapi kami hanya dapat masuk ke beberapa buah rumah sahaja. Dan masa melayani anak-anak di gereja saya dapat rasakan apa yang team saya rasakan adalah sama. Dari mula pelayanan kami bersama mereka masa menyanyi bersama mereka sangat susah untuk dikawal. Ada yang duduk, ada yang bergaduh. Mereka tidak fokus dengan team kami yang melayani di depan. Saat saya sedang merakam mereka, saya melihat ramai mereka mulai tidak mahu ikut bernyanyi bersama. Mereka mulai duduk ke kerusi di tepi. Perasaan saya waktu melihat itu sangat marah kepada mereka kerana tidak menghormati team saya yang sedang melayani di depan. Tapi, Puji Tuhan saya segera sedar akan tujuan saya dalam pelayanan saya kali ini. Saya mendekati mereka yang duduk itu dengan sabar dan lemah lembut saya meminta mereka untuk masuk semula untuk bernyanyi dan menari semula. Apa yang saya lakukan adalah, saya letakkan ketepi niat saya untuk menjadi media. Saya ikut mereka menyanyi dan menari. Puji Tuhan ! Mereka masih dapat dikawal. Hampir saja saya kalah dengan ujian ini. Ampun Tuhan! Ujian bukan sampai di situ, sepatutnya sesi untuk kanak-kanak sudah habis tapi apa yang terjadi mereka masuk semula ke gereja dan menganggu waktu rehat dan persiapan untuk pelayanan kami untuk waktu malam. Pada waktu petang itu saya dan seorang rakan sepelayanan saya, kami berdua cuba untuk melakukan lawatan rumah ke rumah untuk kali kedua. Tapi apa yang saya rasakan begitu sedih kerana kami dua dipenuhi keraguan untuk memasuki rumah-rumah orang asli di situ. Kami dua masih berusaha akhirnya dapat juga masuk satu rumah. Dan Puji Tuhan, di rumah itu sudah ada seorang Ibu yang sudah percaya Yesus. Setelah balik ke gereja, saya tengok masih ada lagi kanak-kanak itu di gereja walaupun hari sudah begitu petang. Saya sempat diganggu oleh mereka saat sedang menyiapkan lirik lagu Puji dan Sembah untuk Malam Pujian tapi Puji Tuhan kali ini saya rasa begitu tenang, saya layan sahaja apa yang mereka mahu. Singkat cerita, semasa Malam Pujian kami di kampung itu selesai, saya dan kumpulan saya dapat menyedari apa yang Tuhan mahu untuk pelayanan kami di kampung itu. Tuhan sebenarnya mahu kami memenangkan jiwa anak-anak di kampung itu. T

Apa yang saya dapat dari pelayanan kami di kampung itu ialah pelayanan dalam menginjil bukan sepenuhnya boleh dilakukan dengan usaha manusia. Tuhan sudah memilih dan meyediakan tanah ladang yang siap untuk ditabur benih dan juga dituai. Tuhan sudah menghantar anak-anak itu untuk kami layani dengan penuh kasih. Tapi kami hampir tidak melihat dan mengabaikan apa yang Tuhan maksudkan dalam pelayanan kami di kampung itu. Puji Tuhan! kami berhasil sebab Tuhan sentiasa mengingatkan untuk melayanilah dengan kerendahan hati, hati yang mengasihi.

Siapa dalam hatimu?
Shallom semua! Saya Bian dan saya sangat bersyukur atas kebaikan Tuhan yang terjadi dalam hidup saya dan khusus berkat kasihNya sepanjang Trip Misi di Kampung Orang Asli.

Wauu! Hebat ba Bapa kita! Yesus Kristus! Ini adalah kali pertama saya menyertai Trip Misi untuk orang Asli. Yah! Begitu luarbiasa pekerjaan Tuhan yang saya sendiri alami dari hari ke hari dalam waktu yang singkat di Trip Misi ini.

Salah satu nya adalah sewaktu saya datang ke rumah pertama semasa aktiviti kunjung-mengunjung rumah saya menemui seorang Bro dan kemudian lewat 5-10 minit bercerita kawannya Bro2 datang bersama untuk join perbualan.
Puji Tuhan mereka suda dimenangkan oleh Tuhan sebelumnya dan sepertinya kami seperti Paulus yang menghantar surat untuk menguatkan lagi iman mereka.

Apa yang terjadi adalah, sewaktu saya bertanya 'apa bahan doa kamu?' Mereka kurang faham penggunaan 'bahan doa' dan saya menggunakan ungkapan lain iaitu 'apa perkara yang kamu mahu doakan supaya terjadi dalam hidup kamu'. Kemudian, si bro katakan 'bantu saya dalam doa supaya saya berhenti merokok dan syukur saya suda berhenti minum (mabuk)'. Saya sebenarnya terkejut dengan perkara doanya dan bertanya kembali 'Puji Tuhan, kenapa kamu mau berhenti merokok?' dan si bro jawab 'Sebab ada Yesus dalam hati saya'.

Boommmmm! Hati saya begitu diteguhkan lagi dan waahhhh! Kata-kata si bro begitu simple tetapi sebenarnya itulah yang diperlukan oleh setiap kita! Saya sendiri dikuatkan lewat katanya yang simple itu. Se-simple itu Kasih Karunia Tuhan disimpulkan!
Seterusnya, saya menerangkan dia proses pembersihan paru-paru akibat merokok dan Puji Tuhan dia faham. Dan akhirnya saya katakan kepada dia 'sekali kamu benar-benar berhenti merokok, saya percaya kamu akan menjadi gemuk dalam fizikal dan bukan itu saja tapi dilimpahi Kasih Tuhan!' Ucap berkat buat setiap orang yang ditemui. Puji Tuhan!

Halleluyah! Secara peribadi, itulah jawaban doa saya dan sebab itulah juga yang memancarkan Yesus melalui hidup kita. Next cerita kita ngopi ya!

Terima kasih buat setiap ahli dalam team dan khusus buat Team Leader! Sebab mereka juga antara berkat yang nyata sepanjang Trip Misi! Saya percaya ada sesuatu dalam hati mereka yang mendorong setiap mereka untuk pergi bersama melakukan injil. Yesss! Siapakah dalam hatimu?

TUHAN AKAN SEDIAKAN, SESUAI DENGAN KEPERLUAN. (Brender)
Shalom, Tuhan itu sangat baik! Saya Brender, dan saya sangat bersyukur untuk penyertaan Tuhan sepanjang trip misi Orang Asli yang baru sahaja selesai bulan pada 13 Ogos ini.

Pada hari ke-3 pelayanan, team B akan melayani di sebuah Kampung di mana penduduk di kampung tersebut belum sepenuhnya adalah orang percaya. Ada di antara mereka mempunyai kepercayaan Bahai, dan ada juga yang belum menerima Kristus. Apabila kami tiba disana, memang rakan sepelayanan sudah bersemangat berapi-api untuk mengabarkan injil kepada golongan Bahai tersebut. Tetapi, atas nasihat Ps di kampung tersebut, beliau tidak menggalakkan kami untuk mengunjungi golongan tersebut kerana merisaukan keselamatan kami. Ps sarankan kami utk mengunjungi rumah orang-orang percaya terlebih dahulu untuk meneguhkan mereka. Dan untuk menghormati keputusan itu, kami harus akur.

Mendengar keputusan itu waktu itu, saya sedar ada  rakan kami yang agak kecewa kerana mereka punya kerinduan untuk menginjili golongan tersebut tetapi tidak kesampaian. Akhirnya, kami berpecah  dibawa ke rumah-rumah penduduk kampung yang sudah percaya untuk mendoakan dan meneguhkan mereka.

Tetapi, satu perkara yang saya sangat kagum akan pekerjaan Tuhan waktu itu. Setiap rumah orang percaya yang kami kunjungi, mereka adalah orang-orang yang tepat dan berkeperluan waktu itu.

Rumah pertama dan kedua yg kami kunjungi, mereka sedang sibuk memasak. Seperti sedang melakukan persiapan jamuan. Bila saya bertanya "Ibu masak untuk kenduri?" kemuadian mereka menjawab "Iya, ada jamuan makan untuk upacara pengebumian suami saya yg meninggal 6 hari yang lepas". Hati saya tersentak. Dan saya tahu saat itu, Tuhan membawa kami ke situ untuk menghibur dan menguatkan mereka. Rumah ketiga ialah rumah seorang ibu yang sedang sarat mengandung, dan saya percaya dia juga memerlukan bantuan doa menjelang waktu melahirkan sudah semakin dekat.

Kemudian rumah sebuah keluarga yang memang melayani di gereja, namun mereka punya seorang anak perempuan yang agak introvert. Mereka rindu melihat anak tersebut berjaya akan tetapi, dia terpaksa berhenti sekolah akibat masalah kesihatan dan masalah buli di sekolah.  Kami mendoakan mereka, dan memberi dorongan dan  berkongsi kepada mereka dan tentang identiti kita didalam Kristus sebagai orang-orang yang menang, ditebus dan berharga di mata Tuhan.

Tangisan syukur dan terharu di wajah mereka mengajar saya mengerti, walaupun hari tersebut kami tidak berkesempatan untuk menginjili Bahai, tapi Tuhan sediakan rumah-rumah yang tepat dan berkeperluan untuk mendengar khabar baik tentang Kasih Karunia Tuhan untuk mereka. Dan, setiap pelayanan tidak ada yang sia-sia, segala sesuatu harus dilakukan dengan kasih.

Tuhan Yesus Baik
Lebih Indah Dari Pelangi
Lebih Indah Dari Bintang Di Langit
Lebih Indah Dari Bunga di Taman
Oh Yesusku... ❤️
Shalom semua, Jeremiah aka Jerry.
Tuhan Yesus sangat baik dan merciful. Terima kasih atas Tuhan dan Epcc atas peluang ini untuk menginjil dan melayani orang asli di Tanjung Malim. Saya mendapat mempelajari banyak perkara dan mendapat keluarga seiman yang baru. Pertama sekali, saya bersyukur dan puji Tuhan sangat2 atas keluarga MT yang luar biasa dan penuh kasih sayang. Bonding kami seperti adik beradik sebenar yang menjadi blessing utama dan paling terbaik bagi saya oleh Tuhan pada tahun ini.
Seterusnya,sepanjang mission trip Tuhan telah mengiringi dan melindungi kami terutamanya dari aspek cuaca. Kami berdoa untuk hujan Tuhan memberikan hujan kami meminta untuk hujan berhenti dan Tuhan hentikan. HALLELUJAH. Minta saja dalam nama Kristus, Tuhan akan berikan kamu mengikut kehendaknya.

Ketiga, melayani kanak2 membuat saya berasa diberkati. Seperti Yesus menyayangi budak2 kecil, kami mendapat peluang untuk memgembirakan dan memberkati mereka semua.

Konklusinya, be a part of this MT is already a blessing for me. Tidak dapat banyak peluang untuk saya bercakap dan menginjil disebabkan masalah bahasa haha tetapi setiap minit dan saat di MT ini saya berasa sungguh gembira walaupon mata dan badan sungguh penat. Trip misi kali ini menjadi tempat belajar bagi saya daripada kakak2 dan abang2 saya. Saya berharap hubungan kami terus kekal dan Tuhan menggunakan kami semua dengan lebih luar biasa. Amen