Padlet Perkongsian Guru My First Skool by Noraini Binte Abu Bakar

MFS PCC0 - Cikgu Siti Payung
Papan permainan tema haiwan peliharaan ini dicipta untuk menyokong pembelajaran minggu ke lapan. Kanak-kanak sudah didedahkan kepada bunyi, tempat tinggal, dan makanan haiwan. Menerusi permainan ini, kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam tema haiwan peliharaan.

MFS PCC07 - Cikgu Herlina & Cikgu Nor
Kami reka aktiviti menghias kek hari lahir ini untuk tema

"Diri Saya." Aktiviti ini menyokong perbincangan mengenai umur dan bulan kelahiran kanak - kanak. Bahan-bahannya ialah: potongan gambar pelbagai kek, batang aiskrim, potongan foam pelbagai bentuk dan bunga.

WGC Cikgu Erfa

MFS JCC01 - Cikgu Ida
'Papan Cerita Kita' dipaparkan di sudut membaca (perpustakaan) dan memaparkan buku yang dibacakan minggu itu. Anak murid dapat mengimbas jalan cerita dengan menyusun gambaran yang disediakan.

Lokasi yang berdekatan dengan sudut membaca mengizinkan anak murid untuk mengambil buku yang dipaparkan untuk membuat rujukan.

Untuk peringkat tinggi atau anak murid yang gemar melukis, mereka juga boleh mengambil kertas lukis untuk lukiskan jalan cerita mereka. Semoga aktitviti ini boleh membangkitkan minat membaca.

(Bahan ini boleh digunakan sepanjang tahun kerana ianya boleh mengikut topik yang diketengahkan setiap minggu.)

CCK 03 - Cikgu Nina
Aktiviti ini untuk murid-murid Nurseri 2. Matlamatnya adalah untuk mereka mengenali huruf dan padankan huruf menggunakan sepit. Mereka boleh juga padankan huruf kecil kepada huruf besar sebagai aktiviti selanjutnya.

CCK 04 - Cikgu Huda
Aktiviti ini dicipta untuk peringkat Prasekolah 1 (K1), mengikut tema Penggal 1, tentang diri saya. Matlamatnya adalah untuk membolehkan murid-murid mengenali perbezaan jantina lelaki dan perempuan serta jantina mereka sendiri. Dalam aktiviti ini, mereka harus mengambil kad bergambar dari kotak dan letakkan ke dalam kategori yang betul. Bahan yang digunakan juga mudah didapati. Guru hanya perlu mencetak pelbagai gambar lelaki dan perempuan, kemudian potong dan tampal ke atas kadbod. Potong kadbod mengikut gambar dan sediakan 2 piring kertas dengan dinyatakan nama jantina.

MFS BPC - Cikgu Aini
Aktiviti ini untuk Tadika 2. Di setiap pin boling ada gambar tentang perayaan Tahun Baru Cina ataupun Hari Raya. Murid harus memilih bola boling yang ada perkataan-perkataan "Hari Raya Aidilfitri" ataupun "Tahun Baru Cina". Kemudian, mereka harus mencari gambar di pin boling yang berkenaan dengan perayaan yang dipilih. Mereka harus menyusun pin-pin boling dan melempar bola untuk menjatuhkan pin-pin boling ini.

Murid-murid boleh bermain secara berseorangan atau berteman. Mereka dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka tentang perayaan-perayaan ini dan guru boleh membimbing murid-murid untuk membuat ayat mudah berdasarkan gambar juga.

MFS YC 2 - Cikgu Zulaiha
Dengan aktiviti ini, murid - murid dapat membaca dan mengenal suku kata apabila bermain bersama kawan - kawan mereka.

CCK03 - Cikgu Ashilah
Murid-murid akan bermain permainan 'Ular Tangga'. Mereka akan membalingkan dadu dan pergi ke kotak yang betul. Kemudian, murid-murid harus membunyikan huruf vokal tersebut dan cuba memadankan gambar yang betul di kad gambar berdasarkan huruf vokal tersebut.

MFS TPC02 - Cikgu Warrah
Permainan ini direka untuk membina kemahiran foniks murid-murid prasekolah 1 dimana mereka akan mengenal bunyi-bunyi huruf A-Z. Selain itu, mereka harus memadankan kad gambar yang bermula dari huruf tersebut. Bukan hanya membina kemahiran foniks mereka sahaja, ia juga dapat membina kemahiran sosial dan emosi murid-murid.

MFS TMC-01 (Cikgu Diana & Cikgu Sya)
Permainan bahasa (Sukukata)

Di dalam aktiviti ini, murid-murid harus membuka dua penutup botol dan mengenalpasti setiap sukukata. Kemudian, mereka harus menggabungkan kedua-dua sukukata itu lalu membaca perkataan tersebut.

Mereka juga boleh menulis perkataan pada kad yang disediakan dan cuba membacanya semula di akhir permainan.

JW1 - Cikgu Ana
Untuk Penggal 1, murid-murid mengenal umur mereka melalui pengenalan aktiviti "berapakah umurmu?". Untuk tahap pertama, murid- murid harus memadankan jumlah bebola pom-pom ke dalam kertas cawan menurut nombor yang tertera di depan. Untuk tahap kedua pula, mereka harus memadankan jumlah batang aiskrim yang tepat menurut ejaan nombor. Jika murid-murid kurang pasti akan jawapan yang tepat, mereka boleh melihat jawapan yang tertera di bawah permukaan kertas cawan. Ini dapat menggalakkan pembelajaran secara berdikari.

YCC04 (Cg Ubaidah)
(Permainan kad bertemakan keluarga. Permainan ini berdasarkan permainan kad Happy Family)

Peringkat K2

Murid-murid akan:

Memahami dan mengikuti arahan/cara bermain yang merangkumi berbagai langkah.

Bertutur untuk bertanya atau membuat permintaan, contohnya, "Awak ada kad hijau? Boleh saya minta kad hijau?"

Bertolak ansur dan bergilir-gilir semasa bermain bersama kawan-kawan.

BLC -Cikgu Farisha
Peringkat K2

Permainan suku kata

Kanak-kanak harus menyebut nama objek yang tertera pada gambar dan cuba memadankan suku kata awalan yang betul dengan menggunakan sepit kayu yang disediakan.