KONSEP ASAS ISLAM by Mohd Norfaeezwan Buang

ISLAM
Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin.

Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

IMAN
Iman berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut.

Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.

PEMBAHAGIAN IMAN

Taqlid

Ilmi

A'yan

Haq

Hakikat

IHSAN
Ihsan ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat).
Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat.
Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata.

KONSEP AKIDAH
Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau menyimpul. Menurut Hasan al-Banna, akidah ialah hal yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa tenang, tidak bimbang dan bersih daripada prasangka. Akidah mampu melahirkan keyakinan yang kuat dan teguh dalam menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadat kepada Zat Yang Maha Berkuasa.

Akidah merupakan pokok dan di atasnya berdiri syariah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhan-Nya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (Surah Ibrahim: 24 – 25)

Asas akidah Islamiyyah ialah tauhid kepada Allah s.w.t. Tauhid ialah inti daripada Islam itu sendiri. Malah, sebahagian isi al-Qur’an membicarakan tentang tauhid, baik dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang Allah serta sifat-sifat-Nya dan juga di dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.

Bersumberkan daripada tauhid ini, lahirlah cabang-cabang lain yang berupa peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia, dan manusia dengan Tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan serta menanam ketauhidan terhadap Allah s.w.t. ke dalam hati setiap orang yang beriman. Tauhid kepada Allah s.w.t. dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:
- Tauhid Rububiyah
- Tauhid Uluhiyyah
- Tauhid Asma' wa Sifat

Tauhid rububiyyah

Tauhid rububiyyah bermakna mengakui bahawa Allah s.w.t. adalah pencipta bagi segala sesuatu dan tiada dua pencipta yang sebandingNya pada sifat dan perbuatan.

Ia juga bermaksud beriktikad bahawa Allah s.w.t. ialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memilikiNya, memberi rezeki makhluk-makhluk, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga.

Tauhid rububiyyah telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an yang bermaksud:
Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang membantah Ibrahim tentang Tuhannya (Rab) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku yang menghidupkan dan mematikan. Orang itu berkata: Aku dapat menghidupkan dan mematikan. Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim. (Surah al-Baqarah: 258)

Tauhid uluhiyyah

Beriman kepada tauhid uluhiyyah Allah bererti beriktiqad bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak dan patut disembah, dicintai dan dipatuhi. Ini bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku atas petunjuk dan perintah Allah semata-mata dan berkeyakinan bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang dicipta-Nya.

Beriman kepada tauhid uluhiyyah bermaksud menolak segala-galanya selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah La ilaha illallah. Maka atas sebab Tauhid Uluhiyyah inilah, maka Allah s.w.t. telah mengutuskan para rasul-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan tiada Kami mengutus seorang rasul sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidah ada ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu akan Aku.(Surah al-Anbiya’: 25)

Tauhid asma’ dan sifat

Tauhid asma’ dan sifat ialah mempercayai nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang agung mengikut apa yang disifatkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Dalil-dalil Tauhid Asma’ dan Sifat dapat dikesan di dalam al-Qur’an dan Sunnah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama ‘Ar-Rahman yang mana sahaja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka), kerana Allah mempunyai banyak nama serta mulia. (Surah al-Israa: 110)

Konsep aqidah seperti yang digambarkan dalam al-Qur’an adalah sebagai wadah acuan Allah s.w.t, di mana manusia dipinta supaya membentuk dirinya dan perjalanan hidupnya mengikut bentuk dan corak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh-Nya. Akidah yang benar dan kuat adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah dan mempunyai dalil-dalilnya. Umat Islam keseluruhannya wajib mempelajari dan mendalami ilmu akidah agar dapat menghindari perkara-perkara batil yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah SWT.

KONSEP SYARIAH
Secara etimologi, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar air yang digunakan untuk minuman. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

… untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau jalan yang terang … (Sural al-Maidah: 48)

Dari segi istilah, syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak. Namun dalam pengertian yang khusus, syariah merujuk kepada perintah Allah s.w.t. dari segi amaliyyah sahaja. Aspek amaliyyah merujuk kepada amalan dan aktiviti zahir manusia.

Syariah dalam pengertian yang khusus ini boleh pula dipecahkan kepada empat unsur utama.

Ibadat

- Aspek yang mengatur hubungan manusia dengan Allah s.w.t

Munakahat

- Aspek yang mengatur urusan kekeluargaan

Jinayat

- Aspek yang mengatur kesalahan-kesalahan jenayah, hukuman, dan kaedah perbicaraan.

Muamalat

- Aspek yang mengatur aktiviti kehidupan manusia dan hubungan sesama manusia dan alam sekitar.

KONSEP AKHLAK
Ilmu akhlak ialah ilmu yang membahaskan tentang tatanilai, hukum-hukum atau prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan serta mengenal pasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredaannya.

Akhlak Islam didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Dalam konteks inil, akhlak yang dikehendaki dalam Islam itu berbeza daripada konsep moral atau etika yang dicipta oleh manusia. Ini kerana kedua-duanya itu lebih menekankan kepada aspek tindakan dan tingkah laku lahiriah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum sesuatu kumpulan masyarakat pada sesuatu masa dan sesuatu tempat yang tertentu.

Akhlak Islam lebih bersifat menyeluruh dari segi luaran dan dalaman, zahir dan batin. Ia berasaskan kepada nilai-nilai mulia yang tetap, pasti dan tidak berubah-ubah serta bersumberkan kepada wahyu. Bagaimanapun, perubahan dan perbezaan dinamik masyarakat turut diambil kira dalam sistem akhlak Islam selagi ia tidak bercanggah dengan sumber wahyu.

Kedudukan akhlak dalam Islam

Akhlak merupakan satu dari komponen asas Islam selain akidah dan syariah.

Berbanding dengan komponen yang lain, akhlak boleh dianggap sebagai buah. Pegangan akidah yang sahih dan kuat disertai dengan penghayatan amaliyyah yang komited akan menghasilkan buah yang manis dan harum, dan begitu juga sebaliknya.

Akhlak berkait rapat dengan aspek kejiwaan dan dalaman manusia. Aspek dalaman merupakan asas bagi penilaian manusia di sisi Allah s.w.t. Ianya berkaitan mengenai hati dan juga yang berkaitan dengannya.

Pengutusan Rasulullah s.a.w. ke alam ini bertujuan untuk menanamkan kemuliaan akhlak daripada kalangan manusia yang sebelumnya hidup tanpa satu sistem akhlak yang adil, universal dan saksama.