Maklum balas sesi bilik darjah terbuka Sekolah Rendah Haig Girls by Nuruzzulfaa Rusli

Terima Kasih!
Salam Cikgu Hazirah! Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membuka kelas Cikgu untuk kami belajar dan menimba pengalaman yang bermakna. Saya rasa amat tertarik dengan cara cikgu menyeliakan penggunaan buku besar bersama para pelajar sebentar tadi. Juga penggunaan soalan secara bertahap dan berangkai sangat berkesan dari segi untuk mendapatkan respons pelajar dan membina interaksi yang bermakna bagi sesi penceritaan tersebut.  Aktiviti wordwall yang digunakan juga sangat menarik kerana pelajar sangat terlibat dalam ingin mempertingkatkan lagi pemahaman Bahasa Melayu mereka walaupun terdapat pelajar yang bukan merupakan pelajar jati bahasa Melayu.

Syabas saya ucapkan kepada cikgu kerana ini merupakan kelas yang sangat membuka mata saya kepada tuntutan dalam silibus baharu CITA yang masih agak merunsingkan dan mengelirukan. Moga usaha dan tenaga Cikgu sentiasa diberkati untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar cikgu. 💕

Salam Cikgu Sharifah,

Terima kasih sekali lagi kerana sudi membuka bilik darjah cikgu untuk kami. Saya teruja dengan cara cikgu mengendalikan kelas. Cikgu memastikan pelbagai kaedah digunakan seperti bacaan bersama-sama, pembelajaran kolaboratif, dan penggunaan ICT melalui kuiz di Wordwall. Saya juga suka bagaimana cikgu mencungkil pengetahuan sedia ada murid-murid dengan menanyakan soalan-soalan semasa sesi membaca. Penting untuk kita sentiasa mengaitkan pelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid-murid dan saya rasa cikgu telah melakukan ini dengan sangat baik. Paling penting sekali, saya dapat lihat bahawa murid-murid cikgu seronok berada di dalam kelas cikgu. Syabas cikgu! Semoga cikgu terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mendidik dengan penuh dedikasi. 💖

Assalamualaikum Cikgu Sharifah!

Saya ingin ucapkan terima kasih kerana telah membuka kelas Cikgu untuk kami sekelas 😊 Saya sangat suka jalan pengajaran Cikgu yang sangat berstruktur! Murid-murid Cikgu kelihatan sangat seronok semasa sesi bacaan Dunia Robot, aktiviti papan putih dan juga kuiz Wordwall. Saya dan rakan-rakan telah mempelajari pelbagai strategi pengajaran menggunakan syllabus CITA serta wadah-wadah yang boleh kami sisipkan semasa penilaian murid seperti Wordwall! InsyaAllah kami akan memanfaatkannya apabila mengajar di sekolah nanti 😊 Sekali lagi, terima kasih atas usaha Cikgu dan juga perkongsian yang sangat bernilai semasa sesi post-conference tadi! Selamat menunaikan ibadah puasa dalam sisa-sisa bulan Ramadan ini dan selamat hari raya (in advance) juga! 😆

Salam Cikgu Sharifah,

Terima kasih kerana memberi kami ruang dan peluang untuk menimba ilmu daripada Cikgu. Saya amat tertarik dengan cara Cikgu mengendalikan kelas dengan sangat teratur. Ianya dapat dikesan melalui kelakuan murid yang sangat berdikari dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Tambahan itu, mereka tidak takut atau gementar untuk memberikan respons terhadap setiap soalan yang diajukan oleh Cikgu. Saya juga suka cara Cikgu berinteraksi bersama mereka dan bagaimana Cikgu mengambil masa untuk mendengar pendapat mereka. Semasa kelas tadi, saya amat teruja apabila Cikgu memberi peluang kepada murid yang tidak tahu mengeja untuk melukis jawapan mereka. Ia mengingatkan saya akan pentingnya seorang guru untuk sentiasa fleksibel semasa mengajar dan juga menunjukkan cara bagaimana pelajaran boleh dibezakan untuk membantu murid. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang dikendalikan seperti Wordwall amat menarik untuk meningkatkan minat murid sambil mengukuhkan lagi pengetahuan mereka akan kandungan pelajaran. Saya berharap akan dapat memanfaatkan apa yang dipelajari semasa mengajar nanti. Terima kasih Cikgu Sharifah!

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sharifah kerana sudi membuka bilik darjah dan berkongsi teknik-teknik pengajaran yang bermanfaat. Perkongsian cikgu amat bermakna dan memberi inspirasi kepada saya. Semoga cikgu terus dikurniakan kesihatan dan kelapangan dalam mendidik anak-anak murid. Terima kasih sekali lagi!

Fatin
Salam Cikgu Hazirah,

Saya berasa amat teruja dengan cara Cikgu mengendalikan kelas.  Saya dapat melihat kepentingan membuat persediaan awal dari   bentuk soalan yang ingin diajukan mahupun aktiviti yang direka bagi meningkatkan pemahaman murid terhadap bacaan.

Terima kasih sekali lagi!

Salam Cikgu,

Terima kasih Cikgu kerana sudi berkongsi bilik darjah. Saya sangat menghargai segala ilmu dan pengalaman yang Cikgu sampaikan. Ilmu yang Cikgu kongsikan sememangnya banyak memberikan manfaat dan idea-idea baharu untuk saya cuba terapkan dalam kelas sendiri nanti. Terima kasih sekali lagi atas segala usaha dan dedikasi Cikgu dalam mengongsikan ilmu bersama kami. Saya doakan Cikgu sentiasa dirahmati, amin.

Salam Cikgu Sharifah,

Terima kasih diucapkan kerana sudi membuka ruang kelas buat pembelajaran kelas kami. Terima kasih juga kerana saya benar-benar dapat melihat usaha dan masa yang cikgu luangkan untuk merancang sesi pemerhatian ini. Syabas diucapkan kerana saya rasa kelas yang dijalankan sungguh baik dan menarik!

Saya juga teruja apabila mendapat tahu bahawa cikgu dahulunya pernah bermastautin di luar negara dan kini kembali ke Singapura untuk mengajar sekali lagi. Hal ini menunjukkan semangat dan minat cikgu dalam bidang pendidikan yang sangat saya kagumi.

Saya berdoa agar cikgu sentiasa dipermudahkan urusan, diberi keberkatan dalam setiap langkah, dan terus bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

Salam Cikgu!

Terima kasih Cikgu kerana sudi menerima kami untuk belajar dari cikgu ☺️ Cara Cikgu menyampaikan penceritaan tersebut telah memberi saya gambaran untuk mengendalikannya dalam keadaan kelas yang realistik (yang mana dalam masa penceritaan, guru juga harus menerima respons dan soalan-soalan dari murid 🤭)

Terima kasih sekali lagi Cikgu. Semoga Cikgu sentiasa dikurniakan kekuatan dalam perjuangan ini 🥰

Terima kasih!
Salam Cikgu Sharifah!

Jutaan terima kasih kepada Cikgu kerana telah membuka bilik darjah untuk kami belajar daripada Cikgu. Walaupun Cikgu berehat daripada mengajar untuk beberapa tahun, kemahiran Cikgu masih mantap!

Saya suka sekali bagaimana Cikgu telah memastikan keadaan dalam bilik darjah selamat untuk para murid memberikan respons. Saya juga lihat betapa Cikgu turut menggunakan teknik penceritaan yang menarik untuk menyampaikan cerita dalam Buku Besar!

Perkara-perkara ini sememangnya penting untuk menarik minat pelajar dalam membaca.

Terima kasih sekali lagi Cikgu!