IIP2003 - FIQH AL JINAYAT by El Najwa

Tak kenal maka tak cinta, dah kenal...?
Ahlan wasahlan ke padlet kami! Jangan malu-malu untuk scroll ke bawah :)

KHALIDAH
NAMA :  KHALIDAH MUNIRAH BINTI ISHAK

ASAL : SELANGOR

JABATAN : JABATAN SYARIAH DAN UNDANG- UNDANG

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2

KURSUS : FIQH AL- JINAYAT (IIP2003)

MUBASYARAH
Malaysia pernah dikejutkan dengan kes polemik iaitu kes pembunuhan Nur Anisah Abdul Wahab, 21 tahun pada 22 Mei lalu. Mangsa telah dibunuh dengan kejam di sekitar kebun kelapa sawit. Penjenayah telah menikam, mengelar perut mangsa yang dipercayai hamil dan telah membakar mangsa. Hubungan pembunuh dan mangsa adalah pasangan kekasih yang sudah menjalin hubungan selama setahun. Motif pembunuhan kerana tertuduh hendak menyembunyikan bukti kehamilan mangsa.

Sudah terang lagi bersuluh, kes ini merupakan jenayah jenis mubasyarah iaitu pembunuhan secara langsung. Penjenayah telah menikam mangsa dan telah mengelar perut mangsa menggunakan pisau.

Konklusinya, perbuatan jenayah ini adalah perlakuan jenayah mubasyarah.

TASABBUB
Perbuatan jenayah secara tasabbub adalah jenayah yang berlaku bukan dengan secara langsung dengan perantara iaitu ada sesuatu yang menjadi sebab berlakunya jenayah seperti pembunuhan yang menggunakan perantara racun.

Bagi kesalahan jenayah membunuh dengan bersebab, penjenayah dipertanggungjawabkan keatas jenayah yang dilakukannya.

Contoh kes yang dilampirkan,  berkenaan seorang wanita berusia 35 tahun di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana, Bangkok kerana disyaki menjadi pembunuh bersiri.

Menurut pembacaan kes ini, kematian mangsa berlaku selepas memakan pil yang diberi oleh pelaku.

Keluarga mangsa juga melaporkan wang tunai atau barang kemas hilang daripada jasad atau akaun bank si mati dengan jumlah yang lesap adalah antara 60,000 baht (RM7,820) hingga 300,000 baht (RM39,100).

Salah seorang mangsa yang terselamat berkata, dia berasa sesak dada dan hilang deria rasa pada tangannya selepas mengambil pil yang ditawarkan oleh Sararat di sebuah pusat beli-belah di Kanchanaburi.

Secara ringkasnya, kes ini menggunakan perantaraan pil yang boleh mengundang kepada kematian dengan bertujuan untuk membunuh dan mencuri duit dan barang kemas mangsanya. Oleh itu, si pelaku bertangguangjawab ke atas perbuatannya tersebut dan dikenakan hukuman takzir (hukuman pemerintah) keatasnya.

SYARAT
Perbuatan jenayah dari kategori Syarat adalah bermaksud segala perbuatan yang tidak secara langsung melahirkan

jenayah tetapi menjadi syarat kepada berlakunya jenayah tersebut iaitu kewujudan suatu benda telah digunakan sebagai alat bukan pada fungsi asalnya, yang menjadi punca kepada kematian seorang mangsa.

Berdasarkan contoh kes yang dinyatakan, seorang ibu yang masih berpantang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan. Norazwani Mohd Noh, 39, didakwa membunuh bayinya dengan membaling bayi itu dari tingkat 18, Block C, Flat Danau Kota, Jln 3/23D Off Jalan Genting Klang, Setapak di sini pada 8.11 pagi, 29 Februari lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang turut mempunyai seorang lagi anak berumur berumur lima tahun. Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan semula kes wanita itu yang tidak diwakili peguam sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa memberitahu pemberita bahawa tertuduh kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan kerana menghidap darah tinggi.

Kesimpulannya, kes ini merupakan contoh bagi jenis Syarat bagi perbuatan jenayah. Pembinaan rumah yang tinggi adalah bertujuan umum bagi meyediakan banyak tempat kediaman. Tetapi, pelaku menggunakan faktor ketinggian untuk membaling anaknya dari tingkat yang tinggi yang mengakibatkan kematian.

REFLEKSI PEMBELAJARAN M1 & M2
KONSEP PENJENAYAH DALAM ISLAM

Jenayah dalam Islam adalah kesalahan-kesalahan yang dinyatakan hukumannya dalam Al-Quran, As-Sunnah dan sebahagian daripada mahkamah.

Hukum melaksanakan hukuman jenayah dalam Islam adalah wajib.

Allah swt berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 178 :

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِى الْقَتْلٰىۗ اَلْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْاُنْثٰى

بِالْاُنْثٰىۗ

Maksudnya; Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang  yang mati dibunuh, iaitu: orang yang merdeka dengan orang yang merdeka, hamba dan perempuan dengan perempuan.

Asas yang menjadi asbab penjagaan daripada berlakunya sebarang kemudaratan adalah untuk menjaga lima perkara :

Agama

Diri (Individu)

Akal

Maruah atau keturunan

Harta

KATEGORI JENAYAH

Hukuman kesalahan jenayah terbahagi kepada tiga iaitu hudud, qisas dan takzir (hukuman pemerintah).

Hudud

Maksud : Hukuman hudud adalah keseksaan yang telah ditetapkan bentuk dan kadar hukumannya oleh syarak bagi menjaga hak Allah dan hak manusia yang lain. (Hak Allah lebih dominan)

Jenis kesalahan hukuman hudud:

Minum Arak

Mencuri

Qazaf

Zina

Merompak

Murtad

Pemberontak

Qisas

Maksud : Hukuman yang dikenakan adalah sama terhadap penjenayah dengan jenayah yang dilakukan. (Hak individu lebih dominan).

Bentuk jenayah : Membunuh atau mencederakan.

Takzir

Maksud : Hukuman bagi kesalahan selain hudud, qisas dan diyat.

Kesalahan yang melibatkan hak Allah dan hak individu dan skop yang lebih luas. Bergantung kepada pemerintah untuk menetukan sesebuah kesalahan dan hukumannya bagi kemaslahatan rakyat.

Kesalahan menjadi jenayah takzir apabila pemerintah memperuntukkan dengan hukuman tertentu bagi sesuatu kesalahan.

REFLEKSI PEMBELAJARAN M9 - NIAT JAHAT DAN BENTUK-BENTUKNYA
Niat jahat adalah elemen yang penting dalam menetapkan hukuman atas perbuatan jinayat yang dilakukan oleh si pelaku. Niat jahat membuktikkan seseorang itu telah melakukan jenayat dengan keadaan yang sedar dengan niat yang jahat. Namun, konsep niat jahat berbeza dengan elemen perbuatan jahat dalam melakukan jenayat.

Bentuk-bentuk niat jahat merangkumi tiga aspek iaitu:

1) Niat Am & Niat Khas

2) Niat Tertentu & Niat Tidak Tertentu

3) Niat Secara Langsung & Niat Secara Tidak Langsung

1) Niat Am & Niat Khas

Niat Am

Sengaja melakukan perbuatan jahat dan sedar akan perbuatannya adalah haram.

Merangkumi dalam setiap jenayah yang dilakukan oleh pelaku

Contoh : Mencederakan, memukul seseorang atau menggali lubang dengan sengaja untuk orang terjatuh ke dalamnya dan mati

Niat Khas

Sengaja melakukan perbuatan jahat dengan niat yang khusus dan sedar akan perbuatannya adalah haram

Perlu ada dalam perbuatan jenayah Hudud, Qisos dan Diyat

Contoh : Membunuh dengan sengaja - jika memenuhi niat am sahaja dan kematian mangsa. Maka, ia dikira sebagai Pembunuhan Serupa Sengaja

2) Niat Tertentu  & Niat Tidak Tertentu

Niat Tertentu

Sengaja melakukan perbuatan tertentu terhadap orang atau orang-orang yang tertentu

Jenis hasil : 1) Hasil Terhad - Menikam seseorang atau ramai orang dengan pisau

2) Hasil Tidak Terhad - Mengebom

Niat Tidak Tertentu

Sengaja melakukan perbuatan jenayah tertentu terhadap orang yang tidak tertentu  iaitu tidak diketahui kedudukannya sebelum jenayah dilakukan

Syarat :  pelaku tidak berniat pada orang tertentu

3) Niat Secara Langsung & Niat Secara Tidak Langsung

Niat Secara Langsung

Sengaja melakukan perbuatan jenayah dan sedar akan akibatnya dan berniat atas akibatnya

Contoh : Menembak orangs sesuka hati yang menyebabkan  berlaku kecederaan atau kematian

Niat Secara Tidak Langsung

Sengaja melakukan perbuatan jenayah haram dan dia tidak atas akibatnya atau tidak menjakakan kejadiannya

Contoh : Seorang ayah memukul anaknya untuk mendidik tetapi menyebabkan kecederaan atau kematian

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU 12
PERKARA YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU TERLEPAS DIKENAKAN JENAYAH

Laras Bahasa Undang-undang: Dalihan

Terdapat 4 faktor yang menyebabkan terlepasnya dikenakan jenayah:

~ Unsur paksaan

~ Dalam keadaan mabuk

~ Gila

~ Usia muda

1) Unsur paksaan

Melakukan sesuatu dengan ketakutan kerana dipaksa.

Fuqaha' sepakat tidak menerima penarikan jenayah yang melibatkan jenayah membunuh atau memotong anggota badan atau pukulan yang membinasakan.

2) Mabuk

Hilang akal disebabkan minum arak atau yang seangkatan dengannya.

Pendapat paling kuat adalah seseorang itu akan dilepaskan daripada disabitkan jenayah jika dia dipaksa minum sesuatu yang memabukkan atau dia tidak tahu sesuatu itu memabukkan atau jika seseorang itu minum ubat yang memabukkan dengan sebab rawatan.

3) Gila

Hilang kewarasan sehingga tidak mampu berfikir.

Gila sebelum dikenakan hukuman:

- Mazhab Syafie dan Hanbali: tidak mengubah keputusan mahkamah

- Mazhab Maliki dan Hanafi: akan mengubah keputusan mahkamah

4) Usia muda

Berkait dengan pengetahuan dan pilihan

Ada 3 jenis usia muda:

- Kanak-kanak yang belum mumayyiz

- Pengetahuan yang lemah, sudah mumayyiz

- Pengetahuan sempurna yang sudah baligh

PENGALAMAN AWAL
Pengalaman awal menempuhi kuliah IIP2003 - Fiqh Jinayat:

Kami bertiga merupakan pelajar daripada jurusan Syariah dan Undang-undang, sejujurnya kami sangat berminat dan tertunggu-tunggu untuk mempelajari subjek ini kerana ianya sangat berkait rapat dengan jurusan yang kami ambil. Tambahan, pensyarah iaitu Dr. Shahidra mengajar dalam mod dua hala bersama pelajar dengan mendengar jawapan dan pendapat serta melihat pengetahuan para pelajar. Sehubungan dengan itu, kami perlu fokus sewaktu kelas agar tiada sebarang input yang akan tertinggal. Topik pebelajaran subjek ini juga menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan penjenayah atau salah laku jenayah dimana kami dapat kaitkan dengan pembelajaran kami yang sebelumnya dalam subjek-subjek Syariah dan Undang-undang.

Kelas toturial subjek ini juga berkesan untuk menjelaskan lagi perbincangan di dalam kuliah dimana setiap pelajar mengikut kumpulan masing-masing akan membentangkan tajuk yang telah dipilih dan ditetapkan. Pensyarah kelas toturial kami juga banyak menjelaskan dan meluaskan pengetahuan kami berkenaan fiqh jinayat ini dengan megaitkan dengan undang-undang semasa di Malaysia. Banyak pengetahuan yang kami peroleh serta meningkatkan semangat kami untuk meneruskan kuliah pada minggu yang berikutnya.

PENGALAMAN MELAKSANAKAN TUGASAN BERKUMPULAN DAN REFLEKSI
Dalam menjalani sesi pembelajaran di bawah subjek Fiqh Al- Jinayat (IIP2003), kami perlu melaksanakan aktiviti dan tugasan secara individu dan berkumpulan. Tugasan secara berkumpulan adalah menfokuskan perbincangan bagi mencapai persefahaman antara semua ahli dan bijak dalam membahagikan tugasan kepada setiap ahli.

Tugasan secara berkumpulan membawa kepada kebaikan dan kelemahannya dalam menjalankan suatu kerja berdasarkan kepada apa yang dibiasakan oleh ahli kumpulan. Kerja secara berkumpulan membawa kepada kesukaran bagi menetapkan masa yang sesuai untuk membuat perjumpaan bagi membincangkan tugasan yang perlu dilaksanakan.

Kemudian, proses pembelajaran secara berkumpulan membuktikkan bahawa suatu tugasan mampu disiapkan dalam masa yang singkat  dengan adanya kerjasama antara semua ahli kumpulan. Apabila seorang daripada kami menghadapi masalah dalam memahami tugasan, ahli kumpulan yang lain bertanggungjawab memberi respon dan membantu menjelaskannya agar kerja dapat disediakan dengan lengkap dan tepat.

PENGALAMAN MELAKUKAN PENILAIAN KENDIRI DI MINGGU 14 & REFLEKSI
Seperti yang kita sedia maklum, minggu ke-14 merupakan  minggu terakhir pembelajaran sebelum melangkah ke minggu peperiksaan akhir sem. Pada minggu ini, kami telah menjalankan penilaian kendiri secara fizikal dan kami juga telah diminta untuk menilai portfolio dan memberikan markah kepada kumpulan lain. Kebanyakan dari kami membuat portfolio menggunakan medium e-padlet.

Kumpulan kami telah memilih e-padlet sebagai wadah merangkumkan portfolio. Pada pendapat kami, e-padlet amatlah wajar diteruskan kerana ianya memberikan lebih banyak output positif. Antaranya adalah, pelajar dapat menambah pengetahuan yang terlepas pandang berkaitan subjek yang dipelajari setiap minggu. Selain itu, reka bentuk padlet yang bervariasi corak dan warna menarik perhatian pelajar untuk membaca dan memahami secara terperinci kerana gaya penyampaian yang tidak seperti kertas kerja yang hanya bertemakan hitam putih sahaja. Perkara yang paling penting adalah pelajar dapat mengulangkaji secara tidak langsung secara kasar semasa menilai refleksi kumpulan lain.

Bagi penilaian kendiri pula, sudah pasti ianya dapat memberi amaran kepada pelajar untuk bersiap-siaga menghadam semua topik pembelajaran kerana peperiksaan sudah hampir dekat. Selain itu, penilaian kendiri berbentuk quiz ini memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang bentuk soalan yang akan keluar nanti dan sudah pastinya penilaian ini membuatkan para pelajar akan lebih mengulangkaji pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh.

PENGALAMAN KESELURUHAN MENGIKUTI KURSUS INI
"Fiqh jinayat ni sepatutnya pelajar jabatan Syariah Undang-undang je kena belajar. Kenapa jabatan lain pun kena belajar juga?" - anonymous

Ya, begitulah ayat yang kami dengari sewaktu awal-awal kelas dahulu. Mana tidaknya, kelas Fiqh Jinayah ini secara logiknya sudah pasti memberikan kelebihan buat pelajar daripada jabatan Syariah Undang-undang kerana berkait rapat dengan kos itu. Tetapi ianya tidak benar ya kawan-kawan! Fiqh jinayat adalah suatu ilmu yang sewajarnya dipelajari oleh semua mahasiswa kerana kelebihannya sangatlah banyak.

Secara tuntasnya berkenaan kursus ini, ianya sangatlah menarik untuk dipelajari kerana ianya berkait dengan hidup kita. Bayangkan jika keluar sesuatu isu polemik di dada-dada akhbar yang melibatkan jenayah, kita dengan bangganya dapat mengkategorikan kes itu sama ada ianya jenayah mubasyarah, tasabbub mahupun syarat. Menarik kan? Bukan itu sahaja, melalui kursus inilah kita dapat mengetahui banyak perkara melibatkan jenayah yang sebelum ini tidak pernah terfikir di minda kita.

Ingat, jenayah di mana-mana. Waspadalah sentiasa!

KHALIDAH - LEARNING STYLE
Berdasarkan keputusan My Learning Test, perkara yang saya dapat simpulkan adalah saya merupakan individu yang belajar secara Tactile (sentuhan) untuk menjadi produktif dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Menurut apa yang saya telah kaji daripada kaedah pembelajaran Tactile, saya mudah untuk mengingati sesuatu melalui pergerakan fizikal. Individu yang bersifat tactile adalah lebih cenderung untuk mengasingkan dan menyusun sesuatu dan sukar untuk mengingati apa yang didengar atau dilihat apabila melaksanakan perkara yang mudah. Ciri-ciri tersebut amat dekat dengan rutin harian saya. Saya dapat menambahbaik kaedah pembelajaran adalah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti yang melibatkan menyentuh, membina, menggerakkan sesuatu atau melukis. Berdasarkan kaedah yang dinyatakan, saya dapat mengaplikasikan kaedah belajar itu untuk lebih fokus dalam melakukan sesi pembelajaran.

KHALIDAH - IMPROVING STUDY HABITS
Berdasarkan pilihan yang saya telah lakukan pada form di atas, masih terdapat habit belajar yang saya belum aplikasikan di dalam rutin harian. Keputusan menunjukkan saya mempunyai habit belajar yang bagus tetapi masih terdapat beberapa habit yang belum dilaksanakan untuk mendapatkan kaedah pembelajaran yang produktif. Saya perlu melakukan perubahan dengan melaksanakan habit belajar yang baik untuk memahami subjek Fiqh Al- Jinayat dengan lebih baik.

KHALIDAH - WHAT KIND OF STUDENT?
Berdasarkan keputusan form 'What Kind Of Student Are You?' di atas, menunjukkan saya berada di peringkat yang baik sebagai pelajar dan saya mampu untuk menambahbaik lagi cara pengurusan pembelajaran saya, untuk meningkatkan kefahaman kendiri dalam memastikan saya mempunyai ciri-ciri pelajar yang cemerlang dan bersungguh- sungguh untuk berkorban dalam menimba ilmu.

ZARITH SOFEA
NAMA :  ZARITH SOFEA BINTI ARIFIN

ASAL : NEGERI SEMBILAN

JABATAN : JABATAN SYARIAH DAN UNDANG- UNDANG

NO. MATRIK : U2100132

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2

KURSUS : FIQH AL- JINAYAT (IIP2003)

ZARITH - LEARNING STYLE
Berdasarkan ujian di pautan education planner menunjukkan bahawa saya seorang pelajar yang cederung kepada auditori dan visual iaitu sukakan kepada pendengaran dan gambaran yang lebih jelas. Tidak dinafikan, apabila saya mendengar iaitu mendengar penjelasan pensyarah atau rakan-rakan dapat menambahkan lagi kefahaman saya dalam pelajaran. Tambahan, sekira adanya gambar rajah seperti slide pembentangan yang menarik dan bewarna dapat menambahkan lagi kefahaman dan daya ingatan saya dalam pembelajaran. Saya juga gemar membuat nota berdasarkan dapatan dalam kelas atau semasa saya mengulangkaji pembelajaran. Kebiasaannya nota yang saya buat akan menggunakan pen yang bermacam warna atau menggunakan highlighter yang bewarna bagi menarikkan lagi nota belajar saya. Disamping saya membuat nota, menghias dan mewarnakannya mudah bagi saya untuk mengingat isi-isi penting yang perlu dititikberatkan dan diingati.

ZARITH - IMPROVING STUDY HABITS
Setelah mendapat gambaran berkenaan cara pembelajaran saya, saya juga dapati beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan cara pembelajaran saya. Antaranya adalah saya perlu merancang pembelajaran yang lebih sistematik. Hal ini demikian kerana, saya mempunyai tanggungjawab yang lain sebagai mahasiswa iaitu menyertai Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM). Pembahagian masa dan perancangan jadual yang rapi perlu dilakukan agar tiada tugasan atau tanggungjawab saya diabaikan. Antara usaha yang perlu dilakukan adalah:

Menumpukan perhatian penuh ketika dalam kelas.

Menyediakan jadual waktu bagi mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan pelajaran.

Membuat perbincangan secara berkumpulan.

Tidak bertangguh dalam melaksanakan tugasan.

Semoga segalanya Allah permudahkan dalam usaha  menuntut ilmu dan Allah reda.

ZARITH - WHAT KIND OF STUDENT?
Secara ringkasnya, saya perlu tingkatkan usaha dan ulangkaji dengan lebih kerap dalam pembelajaran.

NAJWA
NAMA: NAJWA BINTI ROSLAN

ASAL: JOHOR

JABATAN: JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

NO MATRIK: U2100435

TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 2

KURSUS: FIQH AL-JINAYAT (IIP2003)

NAJWA - LEARNING STYLE
Setelah menjawab soalan di laman web Education Planner, keputusan menunjukkan bahawa saya seorang yang belajar secara kinestetik.

Untuk penerangan lebih lanjut, kinestetik adalah gaya pembelajaran yang melibatkan sentuhan, gerakan dan pergerakan. Pelajar kinestetik sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori.

Secara rumusnya, saya tidak boleh duduk diam ketika belajar. Saya akan membuat sesuatu gerakan contohnya menggerakkan tangan semasa sedang menerangkan sesuatu. Ketika mengulangkaji, saya cenderung untuk membuatkan sesuatu kajian itu lebih menarik dengan cara membayangkan nota itu di awangan mengikut imaginasi saya dan secara semulajadinya akan menggoyangkan tangan.

NAJWA - IMPROVING STUDY HABITS
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat berkenaan cara pembelajaran saya. Antaranya adalah tidak menjadi seorang yang procrastinate. Saya sudah menyediakan jadual yang sistematik namun gagal dipatuhi. Saya akan tambah baik perkara ini dengan mengikuti perancangan belajar yang telah disusun. Selain itu, saya perlu perbanyakkan membuat latihan atau quiz untuk persediaan diri.

NAJWA - WHAT KIND OF STUDENT?
Konklusi yang dapat dibuat adalah saya seorang pelajar yang terbaik namun sudah pasti masih ada kelompongan yang saya perlu atasi bagi memastikan prestasi cemerlang ini kekal meningkat dari hari ke hari.