KONSEP SEJARAH NASIONAL by CHAN JACKY

Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam bentuk penulisan pensejarahan. Dalam membicarakan persoalan objektiviti dan subjektiviti, permasalahan pertama yang perlu ditekankan adalah keterlibatan seseorang sejarawan terhadap penyelidikan atau kajiannya. Penulisan sejarah yang tulen ialah penulisan sejarah yang mempunyai pemisah mutlak antara pengkaji dan kajiannya.

1) Timbul Kesedaran
Apabila penulis tempatan mulai sedar akan kepentingan penulisan semula sejarah Malaysia, banyak kritikan dilemparkan kepada golongan penulis yang bersifat sentrik Eropah. Penulisan yang bersifat sentrik Eropah lebih mengutamakan penulisan tentang politik dan ekonomi sesebuah negeri berbanding dengan penulisan sentrik Malaysia yang berfokuskan kepada persoalan yang berkaitan dengan kemasyarakatan.

2) Kritikan terhadap Pensejarahan Tradisional
Penulisan sejarah moden sentrik Malaysia telah mengalami perubahan kerana kritikan pensejarahan tradisional yang banyak mengagungkan kaum kerabat golongan pembesar semata-mata. Contohnya, Ibrahim Yaakob berjaya mengangkat konsep "Melayu Raya" dalam bukunya yang bertajuk Melihat Tanah Air. Beliau telah mengkritik sikap golongan elit Melayu yang tidak mahu mengikut perkembangan perasaan orang Melayu pada ketika itu. Oleh itu, penulisan sejarah moden telah mengambil kira aspek luar daripada kempompong istana dengan memasukkan unsur ekonomi dan sosial dalam kalangan masyarakat (Khoo Kay Kim, 1980).

3) Sikap Berat Sebelah
Penulisan sentrik Malaysia banyak menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada perlakuan orang-orang tempatan berdasarkan fakta tempatan. Hasil tulisan adalah berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Kesemua peristiwa perjuangan oleh tokoh tempatan digelar sebagai penderhaka atau pemberontak oleh sejarawan Barat walaupun masyarakat tempatan melabelkan sebagai penjuang. Contohnya, Tok Janggut di Kelantan.

4) Kebangkitan Semangat Nasionalisme
Tujuan penulisan sejarah Malaysia dalam konsep nasional adalah untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. Penulisan sentrik Malaysia lebih mengagungkan perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang telah bangkit menentang penjajah dan sebagai wira memerdekakan negara.

5) Kesediaan Sumber Rujukan
Penulisan pensejarahan Malaysia adalah bersifat topikal, iaitu hanya menyentuh sesuatu tempoh atau kawasan tertentu sahaja. Rekod dan data berkaitan dengan aktiviti kolonial dikatakan lebih banyak dan mudah diperoleh berbanding dengan sumber tempatan yang terhad serta kurang nilai sejarahnya.

6) Sikap Kritis
Kewujudan sikap kritis ini telah menyebakan keinginan untuk menulis dan mencatatkan sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada sebenar yang berlaku. Contohnya, penulisan pada peringkat Praperang Dunia kedua yang bersifat sentrik Eropah muncul akibat kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan yang tujuannya untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran penjajah bagi menjamin kedudukan mereka di Tanah Melayu.

7) Perubahan Masyarakat, Ekonomi dan Politik
Perubahan masyarakat, ekonomi dan politik yang berlaku di Malaysi selepas Perang Dunia ke-2 telah membentuk satu perubahan besar salam pensejarahan Malaysia. Contohnya, perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika itu telah menjadikan sejarawan di Asia Tenggara meluaskan kajian mereka dan penyelidikan mereka kepada teknik penulisan barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden (Khoo Kay Kim, 1980).

8) Faktor Penjajah
Semangat nasionalisme yang kuat mula mula muncul dalam kalangan masyarakat tempatan untuk bangkit menentang penjajah dan keperluan membina negara bangsa berikutan kemerdekaan yang baru dicapai untuk mewujudkan penulisan yang bersifat nasional. Penulisan sejarah yang berkonsepkan nasional dan sentrik tempatan adalah lebih berorientasikan kepada budaya ketimuran, aktiviti kemasyarakatan tempatan dan tindakan orang tempatan terhadap kuasa pihak kolonial.