BATU BERSURAT TERENGGANU by

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Kedudukan geografi memainkan peranan yang penting bagi aktiviti ekonomi. Kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas. Sebahagian besar tamadun kawasan ini mempunyai pelabuhan maritime yang menjadi pelabuhan core dan tempat persinggahan perdagangan antarabangsa. Masyarakat kawasan Timur Laut ini dikenali sebagai saudagar, pelaut dan pembuat kapal yang handal.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Dalam BBT tercatat pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi di Terengganu yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, proses pendidikan dan perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya. Hanya selepas Islam benar-benar diterima ramai dan menjadi asas kehidupan masyarakat Melayu di Terenganu, barulah ianya dicatatkan pada BBT sebagai pengisytiharan dan peringatan tentang kedaulatan Islam di kawasan tersebut.

BUKU

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.

Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.

Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dancatatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara termasuklah Islam datang dari Tanah Arab, India dan China.

Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu.

Hubungan perdagangan dan politik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka dengan Maharaja China, Yung Lo (28 Oktober 1403M) merupakan  perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh Sultan Melaka di Tanah Melayu.