Ungkapan Cinta Akan Negara Sempena Bulan Kebangsaan 2025 by ting hea ling

"Malaysia bukan sekadar tempat berteduh,
tetapi jiwa yang aku junjung dan wariskan dengan kasih."

Ungkapan Cinta Akan Negara Sempena Bulan Kebangsaan 2025

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025, semua pensyarah IAB dijemput untuk menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengungkapkan rasa cinta akan negara melalui kata-kata yang indah dan bermakna.Sebagai melengkapkan penyertaan, pensyarah juga digalakkan melampirkan sekeping gambar peribadi atau bersama keluarga semasa menyambut Bulan Kebangsaan tahun sebelumnya. Gambar tersebut boleh memaparkan aktiviti atau suasana yang mencerminkan nilai-nilai kebangsaan dan kecintaan kepada tanah air.

UCAPAN CINTA BUAT NEGARAKU MALAYSIA

Karya: Muhammad Syafiq bin Mahfol, JKKJK, PPK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera
Salam Kemerdekaan ke-69: Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.

Tanah ini saksi air mata dan darah,
Dirintis pejuang, dibasuh jerih payah.
Malaysia bukan sekadar nama…
ia cinta, ia jiwa, ia pusaka.

Di bawah langit merdeka ini,
kita bernafas dalam aman dan damai,
kerana ada yang dahulu sanggup mati,
demi kita hari ini terus hidup berdiri.

Alhamdulillah…
Dengan penuh kesyukuran, kita junjung nikmat kemerdekaan ini
bukan sekadar bebas dari penjajahan fizikal,
tetapi bebas jiwa, merdeka akal,
menjadi bangsa yang bermaruah,
yang tahu asal usul, dan tahu erti jatidiri!

Malaysia MADANI bukan hanya slogan,
ia cerminan gagasan kasih dan harapan…
rakyat disantuni, disapa dengan ihsan,
dipimpin dengan adil, diangkat dengan ilmu dan iman.

Lihatlah desa dan kota kita,
yang hidup dengan denyut kebersamaan,
yang subur dengan semangat perpaduan…
dari sabah ke perlis, kita bukan serpihan,
kita satu tubuh, satu harapan, satu perjuangan.

Wahai anak watan,
jangan kita leka dalam nikmat ini,
kerana kemerdekaan tidak diwarisi semata,
ia perlu disemai, disirami, dan dijaga!

Ayuh…
Biar ombak cabaran mengganas,
kita tetap teguh mempertahan kedaulatan.
Biar langit diuji, bumi digoncang…
cinta kita pada Malaysia tidak akan goyah,
tidak akan punah!

Malaysia MADANI,
di sinilah impian dilakar,
di sinilah darah disatu,
di sinilah rakyat disantuni…
dalam adab, dalam rahmah,
dalam gagah mempertahankan tanah bertuah ini!

Dirgahayu Tanah Airku…
Malaysia, engkaulah cinta abadi
yang akan kami pertahan hingga ke hujung nyawa…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69…
Malaysia MADANI…Rakyat Disantuni, Negara Dijulang.

UNGKAPAN CINTA BUAT NEGARAKU YANG BERNAMA MALAYSIA

M – Merdeka

Merdeka 68 tahun adalah tanda kematangan bangsa. Dari tahun 1957 hingga hari ini, kita bukan sahaja merdeka daripada penjajahan, tetapi merdeka membina jati diri, merdeka menentukan haluan sendiri, dan merdeka mencipta masa depan yang lebih gemilang.

A – Amanah

Kemerdekaan ini adalah amanah. Amanah yang diwariskan oleh pejuang terdahulu untuk kita pelihara dengan setia. Amanah untuk memastikan tanah air ini terus aman, rakyatnya terus sejahtera, dan kehormatan negara tetap terjaga.

L – Luhur

Luhur budi rakyat Malaysia menjadi tiang seri peradaban bangsa. Dalam kepelbagaian kaum dan budaya, keluhuran inilah yang mengikat hati kita sebagai satu keluarga besar — keluarga Malaysia yang teguh bersatu.

A – Anugerah

Malaysia adalah anugerah Tuhan yang tiada gantinya. Tanahnya subur, lautnya luas, udaranya bebas. Di bumi ini kita dilahirkan, di bumi ini juga kita mengukir sejarah. Inilah tempat kita berpijak, inilah syurga dunia yang perlu kita syukuri.

Y – Yakin

68 tahun merdeka mengajar kita yakin bahawa selagi kita bersatu, tiada halangan yang mampu merobek jiwa bangsa. Dengan keyakinan dan kesatuan, Malaysia terus melangkah gagah di mata dunia.

S – Semangat

Semangat waja bangsa Malaysia membakar jiwa merdeka. Semangat yang diwarisi pejuang terdahulu kini menjadi api yang tidak pernah padam, mendorong kita untuk terus berusaha dan berkorban demi tanah air tercinta.

I – Ikhlas

Ikhlas berbakti adalah asas Malaysia Madani: Rakyat Disantuni. Di sinilah lahirnya kasih, di sinilah tumbuhnya keikhlasan, bila rakyat saling menjaga, saling menghormati, dan saling menyantuni tanpa mengira darjat dan perbezaan.

A – Abadi

Abadi cintaku padamu, Malaysia. Selama 68 tahun merdeka, cintaku tidak pernah pudar. Selagi hayat dikandung badan, selagi jiwa masih bernyawa, akan ku junjung amanahmu, akan ku semarakkan semangatmu, akan ku pertahankan maruahmu. Kerana engkaulah negaraku, tanah airku, cintaku yang kekal selamanya.

B. Hisyam Alias

Pejabat Pendaftar

Bint al-Samawi

Soneta Bulan Kebangsaan Malaysia Ke-68

Enam puluh lapan tahun bahtera merdeka,

Membelah lautan zaman yang penuh gelora,

Dibina atas keringat dan darah yang tertera,

Demi sebuah nusa yang kekal selamanya.

Walau berlainan hasrat dan impian yang ada,

Pelbagai warna kulit, bahasa, dan juga cara,

Bagaimana tenunan harmoni dapat terpelihara,

Agar tiada sengketa yang datang menerpa?

Kuncinya pada MADANI, falsafah yang murni,

Menjadi suluh dan panduan untuk kita bersama,

Di mana rakyat disantuni dengan penuh simpati;

Nilai Hormat dan Keyakinan mekar di sanubari,

Saling percaya tiada curiga ataupun dilema,

Membina bangsa sejahtera penuh wibawa.

JPeS, PDI. IAB Induk

Ungkapan Cinta untukmu Malaysia...

“NEGARAKU MALAYSIA: Merdeka, Aman, Luhur, Abadi.” Merdeka jiwa, Aman bersama, Luhur perpaduan, Asas kekuatan, Yakin maju, Sehati sejiwa, Inspirasi bangsa, Abadi Malaysia.

Di bawah naungan Jalur Gemilang yang berkibar megah, tersemat cinta kita pada bumi bertuah ini. Malaysia bukan sekadar nama, tetapi nadi yang berdenyut dalam setiap jiwa anak bangsanya. Dari perjuangan nenek moyang yang meredah onak dan duri, lahirlah sebuah kemerdekaan yang kita syukuri. Malaysia bukan sekadar sebuah nama, tetapi nadi yang mengalir dalam darah warganya – sebuah warisan yang lahir daripada pengorbanan dan perjuangan. Kini, pada Bulan Kebangsaan 2025, kita raikan erti kemerdekaan dengan semangat Malaysia MADANI – masyarakat yang berteraskan nilai keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, keyAkinan, Nilai hormat dan Ihsan. Di sinilah lahirnya kekuatan bangsa: berpadu dalam kasih, berpijak pada nilai, dan melangkah dengan harapan. Sesungguhnya, cinta akan negara bukan hanya pada kata, tetapi pada amal dan bakti.

Jalur Gemilang yang berkibar bukan sekadar bendera, tetapi lambang maruah, simbol perpaduan, dan nadi perjuangan. Marilah kita bersatu hati, menganyam kasih dalam perpaduan, menyalakan semangat dalam keberanian, dan menabur bakti demi tanah air tercinta. Malaysia, selamanya kau di hati – warisan dijaga, masa depan digenggam, kejayaan dijulang.

Che Rose, JAsPK

PPKP

UNGKAPAN CINTA BUAT NEGARAKU MALAYSIA

Nukilan : Dr. Noorul Khairien Abdul Malek.

JPen, P2P.

Aku cinta akan negaraku Malaysia dengan sepenuh jiwa, tanah bertuah yang diwarisi daripada titisan darah dan keringat pejuang kemerdekaan.

Harapanku agar kemerdekaan ini tidak sekadar menjadi sejarah, tetapi terus hidup dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Ayuh, rakyat Malaysia! Kita berpaut pada tali perpaduan yang teguh, menjulang kedaulatan negara dengan penuh maruah dalam era MADANI ini. Kekalkan keharmonian, kita nyah petualang negara!

Malaysia adalah cinta hati saya yang tidak pernah pudar, harapan yang sentiasa menyala, dan doa yang tidak pernah terhenti untuk pewaris negara.

Tuhanku

Berkatilah negaraku Malaysia

68 tahun usianya merdeka yang perlu disyukuri

Salam Kemerdekaan.

Dr.Airien

JPen, P2P

Malaysia,tanah air yang ku cinta,
Enam puluh lapan tahun Merdeka dengan penuh makna,
Jasa pejuang takkan dilupa,akan ku kenang sentiasa,
Warisan perjuangan mereka tetap membara terus  tersemat tersimpan didada.

Rakyat yang dinamik terus bersatu , terus  teguh berdiri,
Dalam harmoni kita pasti saling melengkapi,

Pelbagai bangsa dan budaya satu rumpun sehati sejiwa,
Malaysia Madani jadi panduan,
Kita sanjungi dengan penuh kesyukuran.

Ku hadiahkan cinta dan harapan,
Agar negaraku Malaysia terus maju dan aman,
Selamat Hari Merdeka, tanahku tercinta,
Dirgahayu Malaysia, tanah airku, tumpah darahku.

DR.MUAZA

JPPEP,PKP IAB INDUK 2025

Biar Jasadku Rebah, Cintaku Pada Tanah

Hasil Karya,

Dr. Hamsiah binti Juki

IAB Cawangan Genting Highlands

Air Takkan Punah

Biar jasadku rebah di bumi bertuah ini,
Namun semangatku takkan pernah mati.
Darah yang menitis di tanah pertiwi,
Menjadi saksi kasih yang abadi.

Tanah ini bukan sekadar bumi,
Tetapi nadi perjuangan yang suci.

Di sinilah akar jati diri tumbuh,
Disiram air pengorbanan yang tidak rapuh.

Biar angin berubah arah,
Biar zaman berputar indah,
Namun cintaku pada negara takkan punah,
Kerana di sanalah rohku beristirahat megah.

Anak watan tidak tunduk pada gentar,
Tidak goyah di badai cabar,
Kerana cinta kepada negara
adalah nyala api yang kekal membara.

Ayuh bangsaku,

Bangun dengan jiwa merdeka,
Pelihara maruah, junjung amanah,
Agar tanah air terus megah,
di bawah panji kasih dan setia
kerana biar jasadku rebah,
cintaku pada tanah air takkan punah.

UNGKAPAN CINTA UNTUK NEGARAKU MALAYSIA

Nukilan: Dr. Norhana binti Bakhary

JKBKu, IAB Bandar Enstek

Puisi Akrostik "MALAYSIA"

Megah berdiri Jalur Gemilang di langit biru,
Angin merdeka menyapu jiwa yang setia,
Lahir dari perjuangan nenek moyang kita,
Amanah yang dipikul di bahu generasi baru,
Yakin pada perpaduan berbilang bangsa,
Satu Malaysia, satu hati, satu destinasi,
Impian bersama untuk negara tercinta,
Abadi cinta ini hingga akhir masa.