POTENSI STRATEGI-STRATEGI PENCEGAHAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DAN PROSES RAWATAN/ TREATMENT PLAN DI DALAM SESI KAUNSELING, JIKA PELAJAR INI MERUPAKAN PELAJAR DI SEKOLAH ANDA by fatin syahida

Menurut Prozialeck, Jateen & Shridhar (2012) menyatakan daun ketum ini telah lama digunakan yang bertujuan perubatan ataupun menjadi amalan dalam aktiviti sosial masyarakat. Selain itu, perubatan tradisional yang berasaskan ketum ini juga digunakan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Misalnya kecacingan, cirit-birit, digunakan bagi menambahkan tenaga untuk bekerja dan sebagainya. Walaupun secara umumnya ketum mampu memberikan manfaat dari sudut perubatan, namun penggunaannya kini kian dilupakan oleh sebab kewujudan rawatan atau ubat-ubatan moden yang telah menjadi pengganti kepada perubatan yang berbentuk tradisional ini.

Kini, penggunaan ketum mula timbul kembali, namun begitu ia tidak dikenali sebagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan sebaliknya lebih sinonim dikaitkan dengan isu ketagihan dan penyalahgunaan. Hal ini disebabkan oleh gejala penyalahgunaan ketum ini semakin betambah dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan utara tanah air iaitu bagi negeri Kedah dan Perlis yang mana pokok ketum ini mudah tumbuh secara semulajadi. Kenyataan daripada Polis Kelantan itu sendiri mereka tidak menafikan gelaja penagihan ketum di negeri ini melibatkan ramai golongan pelajar memandang bekalan itu mudah didapati dari utara dan dibawa masuk ke negeri ini. Lebih merisaukan lagi isu penyalahgunaan ini telah melibatkan golongan pelajar yang bakal mencorakkan dan mewarisi bangsa Malaysia. Ketum juga telah diklasifikasikan antara harga yang paling murah dan mampu dimiliki dengan mudah. Jadi tidak pelik jika golongan pelajar sendiri mampu untuk membeli dan menjadikan ianya sebagai satu kepuasan diri. Contoh yang boleh diambil melalui keratn akhbar Harian Metro yang melaporkan “Tujuh pelajar disiasat tak hadir”.

Teori Ketagihan Berasaskan Pembelajaran Sosial

Pembelajaran Sosial
Prinsip pembelajaran sosial mengatakan seseorang individu itu akan mempelajari dan terpengaruh untuk melakukan sesuatu tindakan adalah disebabkan pemerhatiannya terhadap sesuatu perbuatan. Jika ia melihat bahawa dengan melakukan sesuatu perbuatan tersebut akan menyebabkan ia di hargai dan akan memberikan impak sosial kepadanya, seseorang individu tersebut akan cuba untuk melakukannya. Dengan kata lain, seseorang individu itu akan melakukan perkara yang sama dengan kumpulan sosialnya bagi mendapat tempat dalam kumpulan tersebut dan akan rasa lebih di hargai jika dia mampu untuk melakukan perkara yang sama.

CONTOH:
Dalam konteks penyalahgunaan dan ketagihan ketum ini, daripada pemerhatian sekiranya dengan melakukan aktiviti penyalahgunaan ketum, seseorang individu tersebut akan dapat berinteraksi, bergaul dan bersama dengan kumpulan sosialnya, maka dia akan berkeinginan untuk melakukan perbuatan yang serupa kerana mahu berinteraksi dan bergaul dengan kumpulan sosial. Alasan kepada keinginan ini mungkin berbeza mengikut individu. Antaranya adalah bertujuan untuk mendapat perhatian dan rasa dihargai oleh kumpulan sosialnya. Justeru itu, pembelajaran sosial ini dapat menjelaskan kepada kita kenapa seseorang remaja bertindak untuk mengambil air ketum dalam kumpulan.

Penyesuaian Operan
Prinsip penyesuaian operan pula menjelaskan keadaan seseorang itu apabila membuat pemerhatian adalah bertujuan untuk mendapatkan penyelesaian kepada tekanan atau stress dalam dirinya. Dengan membuat pemerhatian kepada perbuatan individu lain yang dilihat akan membawa kepada keadaan tenang, relaks, gembira dan mampu untuk mengurangkan tekanan lalu dia akan mencuba melakukan tindakan yang sama.

CONTOH:
Dalam konteks penyalahgunaan ketum, perbuatan mengambil bahan tersebut bermula dengan tujuan untuk menghilangkan rasa tekanan, stress atau pun untuk bergembira. Justeru itu, perkara ini akan dilakukan secara berulang sehingga menyebabkan timbulnya rasa ketagihan. Sekiranya tidak mendapatkan bahan tersebut akan menyebabkan ia berasa tertekan dan mudah berasa marah.

Penyesuaian Klasik
Penyesuaian klasik menjelaskan bahawa sesuatu perbuatan adalah merupakan tindak balas kepada stimuli yang mana dapat mencetuskan perbuatan yang semulajadi. Dari sudut ketagihan, seseorang individu tersebut akan terus mengambil air ketum sekiranya mengambil air ketum itu berkait dengan cara pengambilan dadah yang dibuat bersama-sama.

CONTOH:
Memadankan penyesuaian klasik dengan ketagihan ketum, di mana perbuatan sebelum dan selepas adalah saling berhubung antara satu sama lain, dapat dikatakan bahawa ketagihan ketum akan bermula apabila sesuatu perbuatan tersebut perlu dimulakan dengan pengambilan air ketum sebelum mengambil dadah dalam kumpulan sosial. Antara contoh penyesuaian klasik dari sudut penggunaan ketum, seperti keperluan untuk mengambil ketum sebelum mengambil dadah. Perbuatan tersebut akan berlarutan sehingga membawa padah dan keburukan.

STRATEGI DAN PERANCANGAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Strategi yang ingin saya jalankan adalah jika pelajar di sekolah saya terlibat dengan pengambilan air ketum ini adalah dengan cara saya akan mengambil pelajar yang terlibat untuk menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Sebelum itu, saya akan menjalankan sesi kaunseling kelompok terhadap pelajar yang berkenaan. Hal ini kerana berkemungkinan ahli kelompok ini mempunyai isu dalaman yang kita tidak ketahui. Jika ahli kelompok tidak mahu bercakap, saya merancang untuk meminta ahli kelompok menjawab ujian psikologi seperti Inventori Personaliti Sidek, Inventori Depression Anxiety Stress Scales (DASS), Inventori Kemurungan Beck, Inventori Personaliti Warna dan sebagainya yang dikira sesuai.

Selain itu, saya juga merancang untuk menggunakan kaedah “art-therapy. Hal ini demikian, tidak semua klien atau ahli kelompok ingin berkongsi isu pendaman mereka secara terbuka. Kemungkinan dengan lukisan ahli kelompok dapat menceritakan satu persatu pendaman mereka melalui warna atau bentuk sesuatu objek tersebut. Seperti yang kita tahu, kaunselor tidak boleh mendesak atau memaksa ahli kelompok untuk meluahkan dengan secara tidak rela. Hal ini kerana takut ahli kelompok meluahkan dengan cara yang tidak jujur dan cuba untuk menipu. Boleh jadi juga, jika kaunselor makin mendesak ahli kelompok akan menyimpan dendam kepada kaunselor oleh kerana ahli kelompok merasakan diri mereka masih lagi tidak dihargai oleh orang sekeliling. Disamping itu, sebelum menamatkan sesi kaunseling, saya akan cuba untuk melibatkan diri mereka sebagai fasilitator di dalam program AADK atau program-program yang berkaitan dengannya. Hal ini secara tidak langsung, mereka mula terjebak dengan kegiatan sekolah dan persekitaran positif di sekelilig mereka di samping mereka juga akan rasa dihargai oleh guru dan rakan-rakan yang lain.

Sudah terang lagi bersuluh, ketum merupakan salah satu bahan yang boleh menyebabkan kepada ketagihan dan jika dibiarkan ia boleh membawa padah kepada orang yang mengambilnya dalam kuantiti yang tidak sepatutnya, bukan sahaja dikalangan belia atau orang awam bahkan pelajar-pelajar juga telah menjadikan ketum itu sebagai satu bahan yang membawa kepada kepuasan diri. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah dan tidak mendapat nilai moral yang secukupnya. Oleh itu, kita hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membasmi kegiatan ketagihan ketum samada di kalangan pelajar atau orang awam.