BATU BERSURAT TERENGGANU by Nrhabibahzzn

PENGENALAN BATU BERSURAT TERENGGANU
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi. Penemuan oleh Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.

HUBUNGKAIT DENGAN UNDANG-UNDANG ISLAM
Undang-undang Syariah ialah undang-undang yang berdasarkan dua sumber pegangan manusia iaitu Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Isi kandungan batu bersurat ini adalah mengenai undang-undang seorang raja serta undang-undang merangkumi agama Islam sebagai agama rasmi beserta undang-undang berkaitan hutang dan muamalat, hukuman zina dan enggan membayar denda. Selain itu, ia turut mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka. Penemuan ini membuktikan bahawa agama Islam telah lama bertapak dan ajarannya telah diamalkan di Tanah Melayu.

Penemuan Batu Bersurat Terengganu (BBT) pada tahun 1898 menerangkan Islam sebagai agama rasmi  di Tanah Melayu, hukum-hukum Islam dan hukum jenayah dalam Islam yang dituliskan dalam tulisan Jawi. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. BBT merupakan teks perundangan Islam yang pertama  dan ia membawa kepada perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Pada zaman kesultanan melayu, undang-undang Islam telah dilaksanakan oleh institusi keadilan dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat,Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua  dan bertulisan Jawi ditemui buat kali pertama di  Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat, Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara.

Islam mula bertapak di Tanah Melayu dipercayai berlaku pada abad ke-7 masihi. Ada yang memberi pandangan bahawa agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Islam semakin berkembang dengan terbentuknya negara Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 masihi.

Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar sebelum abad ke-15 masihi. Pada 1292, ketika Marco Polo singgah di perlabuhan Perlak, beliau menyatakan bahawa telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan para penduduk tempatan oleh para pedagang Arab. Menurut beliau, Perlak merupakan satu-satunya negara Islam yang wujud di Kepulauan Melayu.

Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah di Samudera antara tahun 1345-1346 menyataan bahwa raja Samudera telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Negeri-negeri di sekeliling Samudera masih belum menjadi negara Islam. Pada 13-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir keseluruh Kepulauan Melayu. Islam semakin berkembang dengan meluas sehinggakan sebahagian besar penduduk beragama Islam.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Kerajaan Melaka yang merupakan salah satu kerajaan Islam Melayu di nusantara telah menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai, Kampar, Jawa, dan Siak. Selain itu, Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Pasai, China, Jawa, Siam, dan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ).

Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.

ARTIKEL SUMBANGAN LAIN
1. https://www.slideshare.net/HasanasihaIxora/titas-islam-dalam-tamadun-melayu

2. http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=2286

3.  https://www.slideshare.net/peningla/jurnal-aswara-jun-2010-20110209