PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1074 TUGASAN 2 by MARIA VIANNIE ANAK ABAS IPG-Pelajar

NAMA : MARIA VIANNIE ANAK ABAS

KUMPULAN : PPISMP OGOS 2025/JULAI 2030 BM SK2

NOMBOR KAD PENGENALAN : 070102130644

ANGKA GILIRAN : 2025042310037

NOMBOR MATRIKS : P250400335

SISTEM TULISAN PALLAWA
Sistem tulisan Pallawa berasal dari India dan dibawa ke Alam Melayu oleh penganut agama Hindu, khususnya ke kawasan seperti Srivijaya dan Palembang.

Sistem tulisan terawal dalam bahasa Melayu Kuno dan banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dari segi struktur dan kosa kata.

Berkembang di Jawa dan digunakan secara meluas untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.

Bahasa Sanskrit menjadi medium utama dalam pentadbiran dan penyebaran ilmu pengetahuan pada ketika itu.

Penggunaan tulisan ini terhad kepada golongan istanan kerana kekurangan kemudahan asas untuk mendidik orang lain membaca dan menulis.

Struktur tulisan Pallawa lebih kompleks kerana melibatkan simbol gabungan bunyi seperti -au, -ai, pa, ya, kha dan nya.

Bukti Penggunaan Sistem Tulisan Pallawa :

Bukti awal sistem tulisan Pallawa ditemui pada tiang batu persembahan yang dikenali sebagai Yupa. Tiang ini terletak di Muara Kaman, Kalimantan Timur, iaitu di kawasan pertemuan antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala.

Sistem tulisan Pallawa juga terdapat dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan abad ke-5.

Ini menunjukkan bahawa tulisan

tersebut telah digunakan dan berkembang di Nusantara.

Sebuah tugu yang mengandungi tulisan Pallawa telah dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1789. Tugu ini kini disimpan di Muzium Nasional Jakarta sebagai bukti sejarah awal sistem tulisan di rantau ini.

Sistem Tulisan Kawi
Sistem tulisan Kawi berasal daripada aksara Jawa Kuno, iaitu turunan daripada aksara Brahmi Pallava dan digunakan di Asia Tenggara sekitar abad ke-8 hingga abad ke-16.

Aksara Kawi digubah daripada huruf India Selatan dan ini mencerminkan pengaruh budaya India dalam sistem tulisan tempatan.

Merupakan kesinambungan daripada tulisan Pallawa dan digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit dan Jawa Kuno.

Berbeza dengan tulisan Jawi kerana lebih menekankan dan mementingkan suku kata berbanding huruf.

Aksara Kawi mengandungi sekitar 47 huruf namun sebahagian huruf yang bentuk dan penggunaannya kurang dikenal pasti.

Setiap huruf mewakili satu suku kata dengan vokal yang boleh diubah mengikut penggunaan tanda baca.

Bukti Penggunaan Sistem Tulisan Kawi :

Sistem tulisan Kawi telah digunakan dan dapat dibuktikan melalui penemuan batu bersurat di Joreng pada tahun 1179 Masihi, Tapanuli, Sumatera Utara.

Batu nisan orang Melayu iaitu Ahmad Majnun yang terletak di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan yang memaparkan tahun 1463 juga menggunakan sistem tulisan Kawi dan sistem tulisan Jawi.

Batu bersurat Padang Lawas terletak di Tapanuli, Sumatera Utara pada tahun 1213 Masihi juga merupakan bukti penemuan sistem tulisan Kawi yang telah digunakan oleh masyarakat dahulu.

Sistem Tulisan Jawi
Sistem tulisan Jawi mula digunakan sejak abad ke-10 dan dibawa oleh pedagang Arab beragama Islam ke Kepulauan Melayu.

Penyebaran Islam mendorong perkembangan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pedagang Arab menjalankan menjalankan aktiviti dakwah Islam yang menyebabkan penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium komunikasi di Tanah Melayu.

Menjelang abad ke-14, tulisan Jawi digunakan secara meluas di Tanah Melayu.

Mempunyai dua peringkat perkembangan sistem ejaan.

Dua peringkat perkembangan sistem ejaan :

Peringkat Pertama :

Menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya.

Baris (tanda vokal) dihilangkan, namun ejaan dan huruf asal dikekalkan.

Huruf saksi seperti alif, wau, dan ya diperkenalkan untuk membantu pembacaan.

Huruf saksi digunakan pada suku kata pertama dan kedua untuk memperjelas sebutan.

Peringkat kedua :

Berlaku perkembangan secara unsur dan spontan, berdasarkan kelaziman masyarakat, bukan berpandukan peraturan rasmi.

Pada abad ke-20, sistem ejaan Jawi mula dirangka secara formal oleh individu dan pertubuhan tertentu.

Bentuk ejaan yang lebih tersusun diperkenalkan bagi menyeragamkan penggunaan tulisan Jawi dalam konteks moden.

Bukti Penggunaan Sistem Tulisan Jawi

Penemuan batu bersurat Terengganu (1303 Masihi) yang dikenali sebagai bukti tertua penggunaan tulisan Jawi dalam dunia Melayu dan mengandungi teks dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf Arab yang telah diubah suai.

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 turut dijadikan sebagai bukti kerana menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Melayu yang ditulis menggunakan tulisan Jawi dan bahasa Inggeris.

Penemuan Syair Bidasari tulisan kira-kira pada 1300 hingga 1399 Masihi di Sumatera.

Sistem Ejaan Za'ba
Sistem ejaan rumi pertama yang disusun oleh orang Melayu pada tahun 1933, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua.

Sistem tulisan ejaan Za’ba mula disiarkan dalam sistem ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949.

Sistem ejaan ini bertujuan untuk memantapkan sistem ejaan rumi selepas kelemahan dalam sistem ejaan Wilkinson dikenal pasti.

Sistem ejaan ini dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris) dan terkenal sebelum wujudnya sistem ejaaan baharu.

Sistem ejaan ini telah disusun dan diperkemas dalam beberapa tahun serta telah dimuat dalam buku pedoman seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926).

Digunakan secara rasmi dalam kerajaan, sekolah, dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 1950-an namun telah digantikan dengan sistem ejaan baharu pada 16 Ogos 1972.

Ciri-ciri Utama Sistem Ejaan Za'ba :

Tidak menggunakan teori dan tekanan linguistik kerana hanya melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf Rumi yang digunakan dalam sistem ejaan Jawi bahasa Melayu.

Terdapat kekurangan huruf Jawi dan Rumi untuk melambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Tidak menggunakan sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana-mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.

Setiap perkataan yang dieja adalah berdasarkan bunyi, mempunyai tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai 'bunyi berkait" iaitu bunyi "ai", "au" dan "oi".

Grafem dan tanda-tanda baru telah digunakan untuk mencukupkannya, misalnya dalam rumi "ng", "ny", "ch", "kh", "sh", "th", "gh", "dha" dan "dz" serta tanda-tanda seperti ' .

Penggunaan partikel "pun" dalam sistem ejaan mesti dipisahkan.

Bukti Penggunaan Sistem Ejaan Za'ba :

Sistem Ejaan Za’ba digunakan dalam buku pedoman seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926).

Sistem Ejaan Za’ba digunakan dalam buku pedoman seperti Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941).

Sistem Ejaan Za’ba digunakan dalam buku pedoman seperti Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1949).

Sistem Ejaan Rumi Kongres
Sistem Ejaan Rumi Kongres diperkenalkan pada tahun 1957 hasil keputusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956).

Perkara ini dirumuskan atas dasar pengejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi.

Tujuannya adalah untuk menyatukan sistem ejaan bahasa Melayu yang sebelum ini terpisah-pisah.

Inisiatif ini datang daripada pejuang bahasa dan sasterawan Melayu bagi mewujudkan ejaan yang seragam dan mudah digunakan.

Ejaan ini juga bertujuan menaikkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas kemerdekaan.

Diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957 melalui risalah “Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu”.

Empat Dasar Pengejaan Rumi

Dasar Satu Fonem Satu Grafem

Setiap bunyi bahasa (fonem) diwakili dengan satu huruf tertentu dalam tulisan Rumi. Hal ini bagi mengelakkan kekeliruan serta menjadikan ejaan lebih mudah difahami. Contoh : bunyi /p/ hanya dilambangkan dengan p - padi.

Dasar Konsisten dan Seragam

Setiap perkataan perlu dieja dengan bentuk yang sama dalam semua keadaan tanpa variasi lain. Contoh : perkataan “rumah” dalam semua penulisan mesti dieja “rumah” bukan “ruma” atau “rumoh”.

Dasar Penggunaan Huruf Vokal dan Konsonan yang Jelas

Ejaan Rumi bahasa Melayu mengandungi lima huruf vokal, iaitu a,e,i,o dan u dan 21 huruf konsonan termasuk gabungan ng dan ny. Contoh : huruf vokal : api, emak, ikan, orang dan ular. huruf konsonan : kaki, gigi, buku, cawan dan pembaris.

Dasar Berdasarkan Sebutan Baku

Sistem ejaan ditentukan mengikut sebutan baku bahasa Melayu standard, bukan mengikut loghat atau dialek.

Contoh : Perkataan “air” dieja “air” bukan

“ayer”. Perkataan “makan” dieja “makan” bukan “makey” atau “makai”.

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu ialah panduan rasmi sistem ejaan rumi yang digunakan pada masa kini.

Sistem ini dikenali juga sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

Dirasmikan pada 16 Ogos 1972 oleh Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua.

Terhasil daripada perjanjian antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1967 untuk menyatukan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Dilaksanakan hasil kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sistem ini menggunakan 26 huruf abjad (A–Z) yang menjadi asas dalam penulisan bahasa Melayu standard.

Huruf Vokal :

1. Terdapat lima huruf vokal dalam bahasa Melayu, iaitu a, e, i, o, u.

2. Huruf e mempunyai dua jenis sebutan:

e taling – bunyi seperti dalam perkataan ekor, emak.

e pepet – bunyi seperti dalam perkataan besar, leher.

3. Vokal berfungsi menghasilkan bunyi utama dalam setiap suku kata.

Huruf konsonan :

1. Terdapat 21 huruf konsonan sejak tahun 1972. Huruf konsonan ialah huruf selain huruf vokal.

2. Terdapat 5 huruf gabungan konsonan iaitu gh, kh, ng, ny, sy. Contohnya, ghairah, akhir, nganga, nyanyi dan syarat.

3. Huruf o, v, dan x turut digunakan dalam perkataan pinjaman asing. Contohnya, radio, universiti dan xilofon.

Huruf Diftong :

1. Diftong ialah gabungan dua vokal yang menghasilkan satu bunyi dalam satu suku kata.

2. Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu:

ai – pandai, sungai, au – pulau, harimau,

oi – amboi, dodoi

Pejabat Karang Mengarang
Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Penubuhan ini dicadangkan oleh Pengetua MPSI, O.T. Dussek, dan tokoh bahasa terkenal, Za’ba.

Tujuan penubuhannya adalah untuk memperkukuh penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan guru.

Pejabat ini berperanan menghasilkan bahan ilmiah, buku, dan jurnal dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Selain itu, pejabat ini juga menganjurkan bengkel penulisan dan kursus penterjemahan untuk membina budaya penulisan yang berkualiti di kalangan masyarakat dan warga akademik. Pada tahun 1957, fungsi pejabat ini diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. Tujuannya ialah untuk memajukan dan memelihara bahasa Melayu melalui kajian, penulisan serta penyebaran ilmu agar bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa ilmu dan komunikasi.

PBmPB berperanan menyeragamkan ejaan dan istilah bahasa Melayu, mencipta perkataan baharu serta menggalakkan masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pertubuhan ini juga menjadi pusat pertemuan para cendekiawan Melayu bagi membincangkan perkembangan bahasa dan menulis karya ilmiah dalam tulisan Jawi dan rumi.

Antara karya penting yang lahir daripada tokoh PBmPB ialah “Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi”, yang menjadi contoh awal karya sastera dan sejarah dalam bahasa Melayu moden. Sumbangan PBmPB menjadi asas kepada perkembangan bahasa, sastera dan pendidikan Melayu, serta mendorong penubuhan badan bahasa selepasnya seperti Pejabat Karang Mengarang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

ASAS 50
ASAS 50 digerakkan oleh wartawan dan sasterawan Melayu di Singapura dan Tanah Melayu yang berhijrah, termasuk tokoh seperti Kamaluddin Muhammad, Usman Awang, Mohd Arif Ahmad, Abdul  Wahab  Muhammad, Asraf dan Hamzah.

Tujuan utama ASAS 50 ialah untuk memperluas dan mempertinggi kesusasteraan dan kebudayaan Melayu serta mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa menolak warisan lama. Selain itu, ASAS 50 ini juga bertujuan melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan pengarang.

ASAS 50 memperkenalkan dua konsep sastera utama iaitu “Seni untuk masyarakat” dan “Seni untuk seni”, di mana gerakan “Seni untuk masyarakat” lebih dominan melalui akhbar dan majalah seperti Utusan Melayu dan “Mastika”, manakala sebahagian pengikut “Seni untuk seni” keluar menubuhkan kumpulan baru.

Laporan Barnes
Jawatankuasa Pelajaran Melayu telah ditubuhkan oleh Kerajaan British dan pengerusi bagi jawatankuasa tersebut ialah L.J. Barnes.

Menegaskan bahasa Melayu hendaklah diberikan keutamaan dalam asas persekolahan berbanding bahasa Inggeris. Tujuan : Mencapai matlamat ke arah nasionaliti di Tanah Melayu.

Ditubuhkan pada tahun 1950 untuk menyemak dan memperbaiki kedudukan orang Melayu melalui sistem pendidikan, dengan mencadangkan penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris di sekolah agar masyarakat Melayu dapat meningkatkan taraf mereka.

Cadangan utama:

Penutupan sekolah vernakular dan penubuhan sekolah kebangsaan yang terbuka kepada semua kaum serta diajar oleh guru pelbagai keturunan.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar, manakala bahasa ibunda lain hanya diajar sebagai mata pelajaran tambahan.

Semua murid mendapat pendidikan percuma selama enam tahun, dan bahasa Inggeris digunakan di peringkat menengah.

Reaksi masyarakat:

Kesatuan Guru-Guru Melayu tidak bersetuju kerana mahukan bahasa Melayu diberi taraf utama.

Masyarakat Melayu dan Cina turut menentang kerana tidak berpuas hati dengan kedudukan bahasa masing-masing.

Kesannya, Laporan Barnes gagal dilaksanakan dan membawa kepada kemunculan Laporan Fenn-Wu.

Laporan Fenn-Wu
Penubuhan jawatankuasa: Ditubuhkan untuk mengaji pendidikan Cina di Tanah Melayu, diketuai oleh Dr. William P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.

Laporan ini wujud kerana kaum Cina berasa gusar budaya dan bahasa mereka akan hilang akibat penggunaan bahasa Melayu yang semakin dominan melalui cadangan Laporan Barnes.

Tujuan laporan: Mempertahankan kedudukan pendidikan masyarakat Cina serta memastikan bahasa dan budaya mereka tidak terhakis dalam sistem pendidikan Tanah Melayu.

Cadangan utama :

Pengekalan sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) serta sekolah Cina dengan sukatan pelajaran berasaskan negara China.

Selain itu, sekolah vernakular dicadangkan menggunakan tiga bahasa utama, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Tamil.

Laporan ini juga mencadangkan pengembangan sekolah vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di Tanah Melayu.

Reaksi dan kesan :

Menimbulkan perbezaan pendapat antara kaum Melayu dan Cina.

Orang Melayu tidak bersetuju kerana menganggap laporan ini memperkecilkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Akibatnya, pihak British menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat bagi menyeimbangkan cadangan Barnes dan Fenn-Wu, yang akhirnya membawa kepada Ordinan Pelajaran 1952.

Ordinan Pelajaran
Latar belakang penubuhan :

Ordinan Pelajaran 1952 digubal hasil daripada perbezaan pendapat antara Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu mengenai dasar pendidikan Tanah Melayu. Bagi mengkaji semula kedua-dua laporan itu, kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran, dan hasil kajian mereka diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada November 1951, seterusnya dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952.

Matlamat utama :

Ordinan ini bertujuan membentuk sistem pendidikan berorientasikan Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa rasmi persekutuan serta menyatukan murid pelbagai bangsa dalam satu sistem pendidikan.

Cadangan pelaksanaan:

Dua jenis sekolah rendah diwujudkan: sekolah bahasa Melayu dan sekolah bahasa Inggeris.

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid bagi satu kumpulan bahasa.

Bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris dan sekolah Melayu.

Cabaran dan kesimpulan:

Ordinan ini mendapat tentangan daripada Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) yang menuntut peningkatan taraf sekolah dan guru Melayu serta menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di semua peringkat.

Secara keseluruhan, Ordinan Pelajaran 1952 berusaha mengurangkan jurang perbezaan antara sistem persekolahan melalui penggunaan BM dan BI sebagai bahasa pengantar utama.

Ordinan ini kemudiannya dikaji semula pada 30 September 1955 oleh Jawatankuasa Razak.

Laporan Razak
Diperkenalkan oleh:

Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan pada 6 Mei 1956, sebagai permulaan sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu dan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961.

Tujuan:

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan bahasa pengantar di sekolah.

Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India.

Mengurangkan jurang antara kaum dan mewujudkan masyarakat bertoleransi, berdisiplin dan progresif.

Sistem pendidikan:

Sekolah rendah: Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan, bahasa Melayu & Inggeris sebagai mata pelajaran wajib, guru wajib mempunyai sijil dan latihan.

Sekolah menengah: Menengah rendah, menengah atas dan pra-universiti; Sekolah Menengah Kebangsaan terbuka kepada semua kaum, sukatan sama, peperiksaan CLE, Sijil Persekutuan Tanah Melayu, dan Sijil Tinggi Pelajaran.

Kesimpulan:

Laporan Razak menekankan perpaduan semua bangsa, mengurangkan sikap berpuak-puak, dan bersifat adil dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu.

Pengenalan Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bentuk bahasa Melayu yang digunakan sejak abad ke-19 hingga kini.

Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik.

Perkembangan bahasa ini berlaku seiring dengan kedatangan kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris ke Nusantara.

Bahasa Melayu Moden menerima pengaruh daripada bahasa Inggeris, tetapi tetap mengekalkan unsur bahasa Melayu lama seperti Sanskrit dan Arab.

Istilah baharu dari bahasa Inggeris diterima untuk menggambarkan ilmu dan konsep moden yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu klasik.

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

Sebelum Perang Dunia Kedua: Bahasa Melayu Moden mendapat kedudukan tinggi. Pegawai British diwajibkan mempelajari BM, dan ramai seperti Winstedt, Wilkinson, dan Shellabear menguasainya dengan cemerlang.

Selepas Perang Dunia Kedua: British menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikan. Pelajar Melayu dihantar ke England dan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan harian.

Selepas Kemerdekaan: Bahasa Melayu dikembalikan sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan) dan dijadikan bahasa pengantar pendidikan. Statusnya diperkukuh melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan penggunaan rasmi di mahkamah serta Dewan Undangan.

Cabaran terkini: Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sejak 2003 menimbulkan cabaran terhadap kedudukan BM di sekolah dan institusi tinggi.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
PENGENALAN DBP :

Sebuah jabatan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956.

Sejarah Penubuhan dan Lokasi Cawangan DBP :

Ditubuhkan pada: 22 Jun 1956, di Johor Bahru, Johor, sebagai Balai Pustaka.

Berpindah ke Kuala Lumpur: Pada tahun 1957, DBP berpindah ke ibu negara dan mula beroperasi di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa).

Bangunan Ibu Pejabat: Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

DBP kini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia untuk memperluas perkhidmatan dan memartabatkan bahasa Melayu:

Wilayah Utara (Bukit Mertajam, Pulau Pinang) - Ditubuhkan pada tahun 1999.

Wilayah Timur (Kota Bharu, Kelantan) - Ditubuhkan pada tahun 1999.

Wilayah Selatan (Johor Bahru, Johor) - Ditubuhkan pada tahun 2000.

Cawangan Sarawak (Kuching, Sarawak) - DBP mengambil alih peranan Borneo Literature Bureau (BLB) pada tahun 1977 dan membuka pejabat di Kuching.

Cawangan Sabah (Kota Kinabalu, Sabah) - DBP membuka pejabat di Kota Kinabalu pada tahun 1977.

Peranan DBP :

1. Membina dan Memperkaya Bahasa Kebangsaan

DBP bertanggungjawab untuk memperkaya bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi, melalui pembentukan istilah yang sesuai.

2. Membakukan Ejaan dan Pembentukan Istilah

DBP membakukan ejaan dan membentuk istilah dalam bahasa kebangsaan untuk memastikan penggunaan yang konsisten dan tepat.

3. Menerbitkan Bahan Kesusasteraan dan Ilmiah

DBP mencetak dan membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah, dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

4.Menggalakkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan

DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan meluas dalam pelbagai aspek kehidupan, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan
Penubuhan MBIM (1972) :

Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ditubuhkan oleh Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972.

Tujuan penubuhan : Memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan

peringkat serantau.

Penubuhan MABBIM (1985) :

Brunei Darussalam menyertai penubuhan

pakatan ini pada tahun 1985. MBIM sudah diperluaskanmenjadi Majlis

Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia(MABBIM).

Tujuan : Merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu atau

bahasa Indonesia di rantau ini.

Penyelarasan Bahasa Melayu :

Penyeragaman Pedoman Ejaan: Kerjasama ini menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan untuk memastikan konsistensi dalam penggunaan bahasa.

Penyeragaman Pedoman Pembentukan Istilah: Penyeragaman pedoman pembentukan istilah dilakukan untuk memastikan keseragaman dalam penggunaan istilah dalam bahasa Melayu.

Penyeragaman Istilah Ilmu Tinggi Peringkat Profesional: Kerjasama ini juga menghasilkan penyeragaman istilah-istilah ilmu tinggi peringkat profesional untuk memudahkan komunikasi dalam bidang akademik dan profesional.

Pendidikan :

Kekurangan Guru Bahasa Melayu: Terdapat kekurangan guru yang terlatih dalam bahasa Melayu, menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif dan berkualiti.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam IPTS: Beberapa institusi pengajian tinggi swasta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, mengurangkan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan tinggi.

Kekurangan Sumber Pendidikan dalam Bahasa Melayu: Terdapat kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu, menyukarkan proses pembelajaran.

Pengaruh Globalisasi terhadap Pendidikan: Globalisasi menyebabkan pengaruh budaya asing yang mengurangkan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan.

Pentadbiran Kerajaan

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pentadbiran: Terdapat penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan pentadbiran kerajaan, mengurangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Kekurangan Istilah Pentadbiran dalam Bahasa Melayu: Bahasa Melayu kekurangan istilah yang tepat untuk menggambarkan konsep-konsep pentadbiran, menyukarkan penggunaannya dalam sektor tersebut.

Kurangnya Penguatkuasaan Dasar Bahasa Kebangsaan: Kurangnya penguatkuasaan dasar bahasa kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan menyebabkan pengurangan penggunaan bahasa Melayu.

Kurangnya Latihan dalam Bahasa Melayu untuk Pegawai Awam: Pegawai awam kurang mendapat latihan dalam bahasa Melayu, menyebabkan kurangnya penguasaan bahasa

Kerancuan bahasa di media sosial

Penggunaan Bahasa Rojak: Pengguna media sosial sering menggunakan bahasa rojak, iaitu campuran antara bahasa Melayu dan bahasa asing, menyebabkan kerancuan bahasa.

Penggunaan Singkatan yang Tidak Tepat: Penggunaan singkatan yang tidak tepat dalam media sosial menyebabkan kesalahan dalam penggunaan bahasa.

Pengaruh Media Sosial terhadap Bahasa Seharian: Pengaruh media sosial menyebabkan perubahan dalam penggunaan bahasa seharian, mengurangkan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Kurangnya Kesedaran tentang Penggunaan Bahasa yang Betul: Kurangnya kesedaran dalam kalangan pengguna media sosial mengenai pentingnya penggunaan bahasa yang betul menyebabkan kerancuan bahasa.