Batu Bersurat Terengganu by Nadhirah Zain Khairi

Undang-undang syariah ialah undang-undang yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu ditulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi. Ia juga turut menyatakan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman yang boleh dijatuhkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Kita dapat lihat bagaimana Islam disebarkan di Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gujerat ,Arab dan Parsi telah membawa pengaruh yang besar. Para pedagang tersebut memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam dan mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara.  Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan luar pertama yang pernah dibuat oleh sultan di Tanah Melayu.  Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab untuk mencapai persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasakan ianya amat untuk menjalinkan pershubungan dua hala dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama dari Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.