Aktiviti 4.1 by Emelya

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka dijadikan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di Negeri-Negeri dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595M), Undang-Undang Kedah (1605M), Undang-Undang Johor (1789M) dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878M). Kedudukan Islam sebagai undang-undang negara (lex loci of the land) turut dikitiraf dalam kes Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR 128).

Sebelum kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya di semua sembilan Negeri-Negeri Melayu. Namun, kedudukan dan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini mula tergugat selepas Inggeris menduduki Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pengenalan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai common law di Negeri-Negeri Selat bermula dengan perisytiharan Piagam Keadilan Inggeris yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1807. Mahkamah Keadilan Inggeris yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan merupakan sebuah Mahkamah Tinggi awam yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua penduduk tempatan termasuk orang Islam yang tinggal di Negeri itu.

Pengenalan undang-undang Inggeris seperti Ordinan Kontrak, Kanun Keseksaan dan Enakmen Undang-Undang Sivil 1937 dan penubuhan mahkamah-mahkamah awam di Negeri-Negeri Melayu telah mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang sivil secara formal dan meluas di negara ini. Sementara itu, pelaksanaan undang-undang Islam pula hanya terhad kepada undang-undang diri dan kekeluargaan orang Islam sahaja. Undang-undang Inggeris turut mengatasi undang-undang Islam.

Inggeris juga campur tangan dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu walaupun ia bertentangan dengan perjanjian dengan Raja-Raja Melayu semasa menerima sistem Residen. Campur tangan tersebut adalah melalui penggubalan undang-undang berkaitan agama Islam dan penubuhan mahkamah oleh majlis negeri yang diketuai oleh Residen Inggeris. Undang-undang Islam yang digubal tersebut diberi nama sebagai “muhammedan” dan mahkamah yang ditubuhkan oleh Inggeris ini diberi nama “kathi court” (Mahkamah Kadi).

Mahkamah Kadi pada masa penjajahan Inggeris, berada dalam hierarki Mahkamah Persekutuan. Walau bagaimanapun, menjelang kemerdekaan, iaitu pada tahun 1948, Mahkamah Kadi telah dikeluarkan daripada hierarki Mahkamah Persekutuan melalui Akta Mahkamah Rendah 1948. Pada masa itu, taraf dan kedudukan Mahkamah Kadi adalah amat rendah.  Pada suatu ketika, ia lebih rendah daripada Mahkamah Majistret Kelas Tiga. Malah, di Negeri Kelantan pada tahun 1927-1930, Mahkamah Kadi diletakkan lebih rendah daripada Mahkamah Penggawa. Pada tahun 1948, Mahkamah Kadi diletakkan selepas Mahkamah Majistret Kelas Dua.

Dari segi bidang kuasa pula, ia lebih kurang sama seperti bidang kuasa mahkamah Syariah pada masa sekarang. Sebagai contoh, bidang kuasa mal dan jenayah yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Selangor 1952 (yang mana ia merupakan undang-undang Syariah yang disatukan daripada undang-undang yang digubal oleh Inggeris sebelum tahun 1952), adalah tidak berbeza dengan bidang kuasa mahkamah Syariah yang ada pada masa sekarang kecuali mengenai had hukuman jenayah. Pada ketika itu, had hukumannya ialah denda tidak melebihi 1000 ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan dan tiada peruntukan hukuman sebat. Had hukuman tersebut dikekalkan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] digubal dan dikuatkuasakan pada 1 April 1965.

Selepas merdeka, status Mahkamah Kadi sebagai mahkamah Negeri dikekalkan dan had hukuman jenayah terus dikekalkan sehingga tahun 1980-an. Istilah Kadi dan Mahkamah Kadi juga terus dikekalkan. Pentadbirannya pula diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Pada tahun 1984, peruntukan mengenai bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah tersebut telah dipinda. Menerusi pindaan itu, bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah dalam menjatuhkan sesuatu hukuman telah dinaikkan kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Tarikh kuat kuasa pindaan itu ialah pada 1 Januari 1984.

Antara usaha-usaha lain bagi meningkatkan kedudukan mahkamah Syariah ialah, pada tahun 1988, istilah “Muslim court” yang terdapat dalam Akta 355  dipinda kepada “Syariah court”, istilah “Muslim law” dipinda kepada “Islamic law” dan istilah  “Muslim religion” dpinda kepada “religion of Islam”.

Selanjutnya, bermula dengan Negeri Selangor pada tahun 1989, Negeri-Negeri telah menggubal undang-undang baru khususnya undang-undang jenayah Syariah bagi meningkatkan had hukuman jenayah Syariah selaras dengan had hukuman baru yang diberikan oleh Akta 355. Negeri-Negeri juga menggubal undang-undang pentadbiran agama Islam yang baru dengan mengadakan peruntukan yang membolehkan mahkamah Syariah dipisahkan daripada kuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Penjenamaan semula juga dibuat dengan menggantikan istilah Kadi dan Mahkamah Kadi kepada Hakim Syarie dan mahkamah Syariah serta memperuntukkan syarat-syarat khusus pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Selain daripada perubahan-perubahan tersebut dan transformasi dari sudut prasana, pembangunan fizikal dan sumber manusia, tiada perubahan berlaku dalam hierarki mahkamah Syariah. Ia masih lagi tiga peringkat sebagaimana tahun 1940an. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hanya boleh dirayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Ia tidak boleh dirayu lagi jika berlaku kesilapan dalam keputusan Mahkamah Rayuan Syariah. Selain itu, had hukuman bidang kuasa jenayah Syariah walaupun pernah ditingkatkan, namun peningkatan itu tidak ketara dan ia berlaku 32 tahun yang lalu.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Islam mula bertapak di Tanah Melayu dipercayai berlaku pada abad ke-7 masihi. Ada yang memberi pandangan bahawa agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Islam semakin berkembang dengan terbentuknya negara Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 masihi.

Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar sebelum abad ke-15 masihi. Pada 1292, ketika Marco Polo singgah di perlabuhan Perlak, beliau menyatakan bahawa telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan para penduduk tempatan oleh para pedagang Arab. Menurut beliau, Perlak merupakan satu-satunya negara Islam yang wujud di Kepulauan Melayu.

Ibn battutah, pengembara arab yang singgah di Samudera antara tahun 1345-1346 menyataan bahwa raja Samudera telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Negeri-negeri di sekeliling Samudera masih belum menjadi negara Islam. Pada 13-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir keseluruh Kepulauan Melayu. Islam semakin berkembang dengan meluas sehinggakan sebahagian besar penduduk beragama Islam.

Hubungan dan Jalinan Diplomatik dengan negara sekita
Kerajaan  Melaka yang merupakan salah satu kerajaan islam melayu di nusantara telah menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai,Kampar, Jawa, dan Siak. Selain itu, Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Pasai, China, Jawa, Siam, dan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ). Contohnya ialah kedatangan laksamana Chen ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk mengadakan hubungan diplomatik antara China dengan kerajaan Melaka pada waktu itu.

Sejarah Batu Bersurat

Perkembangan Islam di Nusantara

Batu Bersurat