BM4 (SJKC3) PISMP:TUTORIAL by Muhamad Fadzil

Tazkirah: Ibadat haji pelengkap kesempurnaan diri.

Safa dan Marwa sebagai saksi kecekalan dan tawakal Siti Hajar.
KUMPULAN 2
NUR SYAZANA
NURUL SYAHIRAH NASRUDDIN
NURUL ANIS ADIBAH
WAFA THAHIRAH

Peristiwa haji dalam lipatan sejarahnya yang panjang melibatkan pelbagai peristiwa dan pengajaran yang penting dalam kehidupan kita. Dalam ruangan ini kami akan berkongsi satu peristiwa haji yang perlu dihayati pengajarannya, iaitu peristiwa di Safa dan Marwa sebagai saksi kecekalan dan sifat tawakal Siti Hajar menjaga anaknya Ismail A.S.

Jauh sebelum perintah ibadah haji dilaksanakan, Bukit Safa dan Marwa telah menjadi saksi sejarah perjuangan seorang ibu bernama Siti Hajar dalam menyelamatkan anaknya Nabi Ismail A.S daripada kehausan. Setelah turun wahyu kepada Nabi Ibrahim A.S memerintahkan supaya baginda bersama-sama dengan anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Mekah yang ketika itu belum didiami manusia, malah hanya berupa lembah pasir, bukit-bukau yang tandus dan tiada air. Di tempat inilah, kedua-duanya ditinggalkan Ibrahim. Siti Hajar berasa sedih saat ditinggalkan begitu saja di tempat yang tak berpenghuni lalu bertanya kepada Ibrahim “Hendak ke manakah engkau Ibrahim?” “Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua di tempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab walau sepatah kata. Siti Hajar bertanya lagi, “Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Barulah Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Mendengar jawaban suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya menjadi tenteram. Ia percaya bahawa hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tiada manusia dan segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail A.S masih menyusu.

Kecintaan Ibrahim kepada Allah dan menuruti perintah-Nya, melebihi segalanya. Ia pun menyerahkan semuanya kepada Allah dan berdoa, ”Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berdekatan (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka, jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, 14: 37).

Sewaktu Nabi Ismail A.S dan ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air dengan berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa sebanyak tujuh kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwa, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya di bawah telapak kaki Nabi Ismail A.S. Air itu adalah air zam-zam. Siti Hajar kemudian mendengar suara malaikat Jibril A.S dan berkata kepadanya, “Jangan khuatir, di sini Baitullah (rumah Allah) dan anak ini (Nabi Ismail A.S) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah SWT tidak akan mensia-siakan hamba-Nya.”
Berdasarkan kisah ini, pengajaran yang dapat diambil ialah kita perlu taat pada perintah Allah kerana kita adalah hambanya. Kita perlu melaksanakan perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, berpuasa, menunaikan zakat dan sebagainya. Kita juga perlu bertaqwa kepada Allah kerana apabila kita bertaqwa, Allah akan membalas kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Melihat kisah Nabi Ismail dan Siti Hajar, ketaqwaan Siti Hajar dalam meyakini hikmah bagi ujian yang Allah turunkan telah membuatkan air zamzam timbul secara tidak disangka-sangka dari  kaki Nabi Ismail, yang akhirnya kekal hingga ke hari ini.Jika kita yakin dan bertaqwa kepada Allah S.W.T, nescaya Dia akan mengurniakan anugerah yang tidak disangka-sangka kepada kita. Yang penting kita harus yakin dan beriman kepadaNya. Kita juga perlu ikhlas dalam berkorban dalam apa jua. Pengorbanan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan anak dan isterinya dalam satu tempoh yang lama telah membuatkan berlakunya perkara-perkara lain seperti timbulnya air zamzam serta munculnya kota Mekah sehingga ia menjadi negeri yang subur, makmur dan didatangi orang dari setiap pelosok dunia. Begitu juga pengorbanan untuk menyembelih Nabi Ismail telah menyebabkan ibadah korban menjadi sesuatu yang dilakukan oleh umat Islam hingga ke hari ini. Jika kita melakukan pengorbanan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah, nescaya Allah pasti menyediakan hikmah terindah buat kita yang tidak kita sangkakan. Sebagai seorang muslim sejati, kita tidak akan lari daripada sebarang masalah dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT. Justeru, kita sewajarnya mencontohi sifat murni Siti Hajar. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Namun hal ini bukan beerti kita hanya perlu duduk tanpa bertindak, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan dengan tekad dan usaha dari hambanya. Ingat dan sentiasa semat di dalam jiwa bahawa andai kita berusaha Allah pasti akan menggantikannya dengan kejayaan pada masa yang tepat. :D

Pengajaran Daripada Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Siti Hajar
KUMPULAN 5
NUR SYAHIRAH ROZHAN
ENGKU NUR NABIHAH
ANIS SOLEHAH
AIRIEL FAREEZ

Apabila bercakap mengenai rukun Islam yang kelima, dua perkara yang pasti terlintas di fikiran kita adalah mengerjakan ibadah haji dan melakukan ibadah korban.

Apabila disebut sahaja mengenai korban, apa yang terlintas adalah aktiviti penyembelihan haiwan-haiwan ternakan seperti lembu yang sering dilakukan saban tahun.

Namun, dalam konteks kehidupan secara menyeluruh, SalamToday ingin mengajak para pembaca semua untuk berfikir sejenak mengenai erti pengorbanan yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan seharian pada hari ini.

Perkataan ‘berkorban’ atau ‘pengorbanan’ amat mudah untuk dituturkan, namun adakah terlalu mudah untuk kita lakukan?

Dengan pelbagai cabaran yang hebat serta gejala fitnah yang bermaharajalela pada masa kini, adakah hati kita cukup kuat untuk melakukan pengorbanan terhadap perkara-perkara atau orang yang kita sayang?

Bagi memahami erti sebenar pengorbanan dalam kehidupan seharian, marilah kita sama-sama menghayati kisah Nabi Ibrahim A.S. dan isterinya, Siti Hajar.

Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar

Siti Hajar ialah isteri kedua Nabi Ibrahim A.S, yang digambarkan sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang sabar, bijaksana, cantik, taat kepada perintah Allah dan suami serta tabah menghadapi ujian yang diturunkan.

Manakala Nabi Ibrahim pula merupakan seorang suami dan ayah yang amat taat kepada perintah Allah, redha dan tabah melakukan pengorbanan meskipun terpaksa mengorbankan orang yang disayanginya.

Kisah pengorbanan kedua-dua pasangan suami isteri ini amat besar impaknya sehingga ia menjadi titik tolak kepada ibadah haji dan korban yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.

Diriwayatkan kisah Nabi Ibrahim A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk meninggalkan Siti Hajar dan anak mereka yang masih kecil, Ismail (Nabi Ismail) di sebuah kawasan lembah yang tandus, gersang dan tiada seorang pun manusia.

Sebagai seorang nabi dan hamba Allah yang taat, Nabi Ibrahim lantas melaksanakan perintah tersebut meskipun di hatinya amat sedih kerana dia perlu meninggalkan dua orang yang amat dikasihinya.

Betapa sayunya hati seorang isteri apabila mendapati dirinya akan ditinggalkan oleh sang suami di kawasan yang tiada berpenghuni tanpa sebarang sebab.

Namun, disebabkan ketaatan hatinya kepada Allah, ketika Nabi Ibrahim berpaling hendak meninggalkannya, Siti Hajar bertanya kepada suaminya: “Adakah Allah yang memerintahkan kamu melakukannya?”

Lantas Nabi Ibrahim hanya menjawab “Benar.”

Dengan kekuatan dan keyakinan hatinya, Siti Hajar menjawab, “Jika begitu, Allah tidak akan mensia-siakan kami.”

Maka Nabi Ibrahim pun berangkat pergi meninggalkan isterinya yang terkontang-kanting dengan Ismail sambil berdoa supaya Allah memelihara dan menjaga anak serta isterinya.

Sejurus ditinggalkan, Siti Hajar memerhatikan kawasan sekeliling. Tiada sumber air atau makanan, yang ada hanyalah tanah tandus. Tiada para sufi atau kabilah yang lalu-lalang untuk meminta bantuan.

Yang ada hanyalah keyakinannya kepada Allah S.W.T. , keimanan hatinya yang kuat, ketaatannya kepada suami serta kasih sayangnya terhadap anaknya.

Selepas itu, diriwayatkan bahawa sebekas kurma dan sekantung air yang dijadikan bekalan untuk Siti Hajar dan anaknya akhirnya kehabisan, dan Ismail mula menangis meminta makanan.

Dek  rasa kasih seorang ibu, Siti Hajar berlari-lari dari bukit Safaa ke Marwah sebanyak tujuh kali pusingan untuk mencari air atau kalau-kalau terserempak dengan kelibat manusia untuk meminta bantuan.

Dengan kuasa Allah, akhirnya muncullah air dari tumit kaki Ismail, yang kemudiannya menjadi air zamzam yang tidak terputus bekalannya sehingga ke hari ini.

Sejak itu, kawasan lembah tersebut mula didatangi oleh orang ramai yang akhirnya menjadi sebuah perkampungan dan dikenali sebagai Mekah pada hari ini.

Selain kisah tersebut, kita juga perlu mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana taat kepada perintah Allah, sedangkan itu hanya merupakan satu ujian daripada Allah.

Sekali lagi ketaatan dan keimanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar diuji apabila kedua-dua merelakan perkara tersebut kerana yakin dengan kekuasaan Allah.

Akhirnya, Allah menggantikan Ismail dengan seekor binatang sembelihan yang lain. Maka, terlepaslah Siti Hajar dan Nabi Ibrahim dalam ujian yang amat besar yang Allah turunkan.

Pengajaran Yang Boleh Diaplikasikan Dalam Kehidupan Hari Ini

Berdasarkan kisah di atas, terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan disesuaikan dengan kehidupan kita dalam zaman serba moden ini.

1. Ketaatan seorang isteri terhadap suami

Siti Hajar amat mempercayai suaminya dan tidak berfikir perkara yang negatif atas tindakan suaminya yang meninggalkannya di kawasan yang tiada berpenghuni. Sebaliknya, dia percaya bahawa itu semua adalah suruhan Allah dan ada hikmah di sebalik ujian tersebut.

Dalam kehidupan kita pada hari ini, jika kita diuji sedemikian, adakah kita akan berprasangka buruk terhadap suami? Adakah kita akan mempersoalkan segala tindakan suami kita dan tidak redha dengan ujian yang Allah turunkan? Tepuk dada, tanyalah selera.

2. Ketaatan seorang hamba Allah

Sebagai hamba Allah, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar taat kepada perintahNya. Baginda menurut suruhan Allah meskipun terpaksa meninggalkan kedua-dua orang yang amat disayanginya. Selain itu, Baginda juga sanggup untuk menyembelih anaknya yang amat dikasihinya kerana taat kepada perintah Allah.

Sebaliknya, jika kita diuji untuk melakukan pengorbanan yang melibatkan orang yang kita sayang, adakah kita sanggup melakukan pengorbanan tersebut? Adakah kita sanggup mengorbankan harta, pangkat, kedudukan dan orang yang kita sayang demi agama?

3. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

Tindakan Siti Hajar yang berlari-lari sebanyak tujuh pusingan dari Bukit Safaa ke Marwah demi untuk mencari sumber air bagi memberi minum kepada anaknya, Ismail. Betapa kentalnya hati seorang ibu demi untuk anaknya yang menangis kelaparan.

Jika anak kita menangis kelaparan dan kita tidak mempunyai sebarang makanan atau minuman di rumah, adakah kita sanggup berkorban dengan penuh kesukaran dalam mencari sumber makanan dan minuman untuk anak tersebut?

4. Ketaqwaan kepada Allah akan dikurniakan kebaikan

Ketaqwaan Siti Hajar dalam meyakini hikmah bagi ujian yang Allah turunkan telah membuatkan air zamzam timbul secara tidak disangka-sangka dari  kaki Nabi Ismail, yang akhirnya kekal sehingga ke hari ini.

Jika kita yakin dan bertaqwa kepada Allah S.W.T, nescaya Dia akan mengurniakan anugerah yang tidak disangka-sangka kepada kita. Yang penting kita harus yakin dan beriman kepadanNya.

5. Pengorbanan yang ikhlas akhirnya membawa kebaikan

Pengorbanan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan anak dan isterinya dalam satu tempoh yang lama telah membuatkan berlakunya perkara-perkara lain seperti timbulnya air zamzam serta munculnya kota Mekah sehingga ia menjadi negeri yang subur, makmur dan didatangi orang dari setiap pelosok dunia. Begitu juga pengorbanan untuk menyembelih Nabi Ismail telah menyebabkan ibadah korban menjadi sesuatu yang dilakukan oleh umat Islam hingga ke hari ini.

Jika kita melakukan pengorbanan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah, nescaya Allah pasti menyediakan hikmah terindah buat kita yang tidak kita sangkakan.

KISAH NABI IBRAHIM AS DAN SITI HAJAR AS
KUMPULAN 4:

1) NURUSSYIFA'

2) AIFAA NAJLAA

3) ASYRANI ARDINI

4) SITI NUR AMIRAH

📍 Haji adalah rukun Islam kelima. Bagi mereka yang berkemampuan dari segi fizikal dengan kewangan yang kukuh, mereka wajib untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima ini.

📍 Apabila bercakap mengenai rukun Islam yang kelima, dua perkara yang pasti terlintas di fikiran kita adalah mengerjakan ibadah haji dan melakukan ibadah korban.

📍 Apabila disebut sahaja mengenai korban, apa yang terlintas adalah aktiviti penyembelihan haiwan-haiwan ternakan seperti lembu yang sering dilakukan saban tahun.

✨KISAH NABI IBRAHIM AS DAN SITI HAJAR AS

🌸 Kisah Nabi Ibrahim AS banyak dicatatkan dalam al-Quran termasuk sirah antara paling mencabar apabila wahyu Allah SWT memerintahkan Baginda mengorbankan puteranya, Nabi Ismail AS.

🌸 Di sebalik ibrah atau pengajaran bagaimana Nabi Ibrahim AS menerima dan melaksanakan arahan itu dengan redha, kita juga wajar mengenang dan mencontohi individu penting yang turut berkorban, iaitu Hajar AS yang melaksanakan peranan sebagai isteri dan ibu kepada pesuruh Allah SWT.

🌸 Nama Hajar tidak disebut secara harfiah dalam al-Quran, tetapi ayat kisahnya tetap diungkapkan dalam doa Nabi Ibrahim AS: “Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya aku menempatkan sebahagian zuriat keturunanku di sebuah lembah (Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakan rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Ibrahim: 37)

🌸 Doa itu menjadi sumber kekuatan Hajar apabila ditinggalkan bersama Nabi Ismail AS yang masih kecil. Allah SWT memakbulkannya dan kemunculan air istimewa, iaitu Zamzam yang dikenang sempena perjuangan Hajar yang redha ditinggalkan di bumi gersang Makkah. Malah, larian Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah dan sebaliknya menjadi antara rukun penting dalam ibadat haji.

🌸 “Adakah Allah SWT yang memerintahkan tuan melakukannya?” Soalan itu menjadi kemuncak penerimaan Hajar kepada keputusan diambil Nabi Ibrahim AS. Baginda tidak marah, sebaliknya bersikap rasional dengan bersangka baik terhadap suaminya. Tiada isteri sanggup ditinggalkan begitu sahaja, apatah lagi dengan anak masih bayi.

🌸 Namun, Hajar meletakkan kebergantungan hidup semata-mata kepada Allah SWT. Baginda percaya, jika ia perintah Allah SWT, maka Tuhan sahaja yang akan mencipta kesenangan di sebalik kesusahan kerana bantuan-Nya akan sentiasa tiba apabila putus segala pengharapan kepada manusia.

🌸 Keimanan Hajar diuji lagi apabila Nabi Ibrahim AS mendapat perintah mengorbankan anak tunggal mereka. Namun, Hajar sentiasa percaya suaminya tidak akan membuat suatu keputusan di luar kemahuan sekiranya tiada penggerak lebih agung berbanding wahyu.

🌸 Malah, jawapan Nabi Ismail AS memberi kekuatan luar biasa kepada Nabi Ibrahim AS dan Hajar untuk melaksanakan perintah itu. Nabi Ismail AS bersabda dalam firman Allah SWT: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang sabar.” (Al-Saffat: 102)

🌸 Hati ibu pasti bagai dirobek apabila anaknya perlu dikorbankan. Sekali lagi, Hajar meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT dan ujian berkenaan akhirnya bertukar menjadi iktibar gembira. Tempat Nabi Ismail AS ditukar kepada kibas, manakala daging kambing itu yang dikorbankan diagihkan kepada penduduk di sekitar Tanah Haram.

🌸 Firman Allah SWT menjelaskan perintah itu sebagai ujian nyata dan Dia akan membalas usaha mereka dalam mengerjakan kebaikan serta kesabaran.

🌸 Wanita yang bernama Hajar itu meninggalkan impak besar dalam aspek ibadat dan sejarah. Setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita perlu mengambil ibrah kisah itu terhadap kesusahan dilalui dengan ketabahan dan kesabaran yang diamalkan, manakala pengorbanan Baginda tidak boleh dijual-beli.

🌸 Hajar berkorban bukan semata-mata status sebagai isteri dan ibu kepada rasul. Ini kerana sirah merakam ada isteri nabi yang tidak beriman dan mengingkari perintah Tuhan serta suami. Sebaliknya, Hajar berkorban kerana Baginda percaya semua kesusahan hanya akan berakhir dengan kesenangan sekiranya mempunyai keimanan tinggi kepada Allah SWT.

🌸 Iman bukan sekadar ucapan di bibir, tetapi meyakini dalam hati, mengucapkan dengan lisan dan menterjemahkannya dengan tindakan. Iman akan meningkat dengan ketaatan kepada Tuhan dan setiap ketaatan pasti akan diuji dengan pengorbanan.

🌸 Pengorbanan tidak memerlukan status tertentu. Ia bukan hanya dengan berlari di atas padang pasir sahaja, malah berjalan di dalam dewan berhawa dingin tetap memerlukan pengorbanan. Namun, hanya pengorbanan berpanjikan nama Tuhan sahaja akan diberi balasan dan ganjaran. Nilai pengorbanan di sisi Allah SWT sangat besar kerana hanya orang terpilih yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan sebarang balasan.

🌸 Biarpun Nabi Ismail AS yang dipilih menjadi ‘korban’, berkat ketabahan Hajar menjaga anak sejak kecil dengan penuh kesukaran adalah pengorbanan yang tiada tolak tandingnya. Beruntunglah Hajar kerana tidak mengeluh, malah redha dengan ketetapan dan ujian Tuhan. Beruntunglah Hajar kerana hingga kini namanya dikenang di atas pengorbanan Baginda sebagai isteri dan ibu.

🌸 Justeru, berlapang dadalah dengan ujian dan kesukaran. Bertahanlah selagi mampu untuk melakukan pengorbanan untuk kebaikan mendatang. Seseorang dimuliakan bukan disebabkan apa dimilikinya, sebaliknya pengorbanannya untuk memberikan manfaat kepada orang lain.

Ibadat Haji Pelengkap Kesempurnaan Diri
KUMPULAN 1
1. Asmiza binti Yusoff
2. Najmi Khari bin Hanafiah
2. Khairul Bariah binti Ismail
3. Umi Balqiz binti Zamri

Kelahiran Nabi Ismail AS menjadi petanda sejarah besar dalam ibadah umat Islam iaitu perintah untuk menunaikan haji dan korban bagi yang mampu.

Nabi Ismail AS merupakan putera nabi Ibrahim AS dengan Siti Hajar. Sejak kelahirannya ada banyak tanda-tanda kenabian yang diberikan oleh Allah SWT.

Allah berfirman dalam Q.S Maryam ayat 54 sebagai berikut,

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِسْمَٰعِيلَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صَادِقَ ٱلْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا

Artinya: "Dan ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi."

ALLAH SWT telah menjadikan ibadah haji sebagai ibadah yang istimewa kerana semua amalannya berbentuk pengisian rohani. Memakai ihram contohnya membawa kita kembali ke alam fitrah iaitu membebaskan diri daripada belenggu keduniaan.

Berihram juga mengingatkan jemaah haji kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim serta keikhlasan mereka melafazkan talbiah yang bermaksud: "Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah aku penuhi panggilan-Mu. Aku penuhi panggilan-Mu yang tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya pujian dan nikmat serta kerajaan adalah milik-Mu".

Makna lafaz talbiah menggambarkan keluhuran hati hujjaj yang melaksanakan ibadah haji di tanah haram. Kata-kata dilafazkan menggambarkan mereka seumpama makhluk yang baru dilahirkan semula, berhati suci, bersih, untuk taat dan beribadah kepada Allah serta menyesali perbuatan salah dilakukan sebelum ini.

Rukun Islam kelima ini diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan merupakan latihan untuk melaksanakan prinsip Islam yang lain seperti mencari keredaan Allah SWT kerana jemaah haji melakukan pengorbanan meninggalkan negara, harta serta ahli keluarga.

Selain itu, Allah SWT mengingatkan umat Islam yang menunaikan haji sentiasa tabah dan sabar menghadapi cabaran sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah, termasuk berdepan faktor cuaca, kesesakan serta ketidakselesaan disebabkan jumlah jemaah yang ramai.

Ia juga menerapkan nilai persamaan yang dikongsi jemaah memakai pakaian ihram tidak berjahit, berada di tempat sama, melakukan rukun ibadah yang tidak membezakan darjat. Keadaan itu secara tidak langsung mewujudkan satu semangat yang dikongsi semua jiwa hamba Allah SWT yang berniat melakukan ibadah kerana mengharapkan reda Tuhannya.

Kumpulan 3
1) Najwa Nabila
2) Noor Shahirah
3) Zakiah
4) Siti Khadijah

Pengorbanan Siti Hajar Isteri Nabi Ibrahim

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

“Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?”

Nabi Ibrahim menjawab: “Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu…”

Siti Hajar bertanya lagi: “Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini… Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?”

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: “Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku… ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah.”

Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: “Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan.” Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.Ditabahkan hatinya dengan berkata:

“Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini.”

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. “Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami,” kata Siti Hajar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali. Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, “Zami, zami, zami..” yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, “Berkumpullah untuk anakku.”

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

Ismail dibesarkan oleh ibunya Siti hajar di Mekkah. Nabi Ibrahim yang tinggal di Palestina rutin berkunjung ke Mekkah. Hingga Ismail menginjak usia remaja, Nabi Ibrahim menyampaikan bahwa ia mengalami mimpi buruk.

Nabi Ibrahim mengatakan bahwa Allah memerintahkannya untuk menyembelih Ismail. Ibrahim lalu meminta pendapat Ismail.

"Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!" kata Ibrahim. Lantas, dengan gagah berani, Ismail meminta Ayahnya untuk melakukan perintah Allah itu.

"Hai bapakku, kerjakan lah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar," kata Ismail. Percakapan ini terdapat dalam Al-quran surat As-Saffat ayat 102.

Dengan penuh ketaatan, Ibrahim melaksanakan perintah Allah. Ismail meminta ayahnya untuk mengikatnya dengan tali dan menajamkan pisau agar tidak meronta dan kesakitan saat disembelih. Ismail juga meminta agar pakaiannya diberikan kepada Siti Hajar sebagai kenang-kenangan. Sebelum penyembelihan, Ismail dan Ibrahim berpelukan penuh haru. Ibrahim pun memulai proses penyembelihan dengan menyebut nama Allah. Namun, pisau tajam yang digunakannya ternyata tidak mampu  menyembelih Ismail.

Ismail pun meminta ayahnya untuk menyembelihnya tanpa melihat wajahnya. Namun, pisau Ibrahim tidak mampu menyembelih sang anak. Saat itu, Allah berfirman bahwa perintahnya merupakan ujian keimanan untuk Ibrahim dan Ismail. Allah lalu mengirimkan seekor kambing untuk disembelih, pengganti Nabi Ismail. "Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar," bunyi terjemahan surat Ash-Shaffat ayat 107.

Peristiwa penyembelihan ini merupakan asal mula ibadah korban yang disunatkan atau sangat dianjurkan bagi orang yang mampu di hari raya Aidiladha.Saat Ismail beranjak dewasa, ia bersama ayahnya kembali mendapat perintah dari Allah untuk membangun Ka'bah di dekat sumur Zamzam. Ismail dan Ibrahim membangun Ka'bah dengan penuh doa. Allah lalu mengajarkan Nabi Ibrahim dan Ismail beribadah di Baitullah, yang kemudian menjadi asal mula ibadah haji yang terus dijalankan dari Umat Nabi Ibrahim hingga Nabi Muhammad SAW.

Keteladanan berbakti kepada orang tua menjadi hikmah penting yang dapat dipelajari dari kisah Nabi Ismail AS. "Nabi Ismail adalah anak yang sangat berbakti pada orang tuanya. Jika ingin mencari contoh keteladanan, contohilah Nabi Ismail.

UMI BALQIS BINTI ZAMRI

AIFAA NAJLAA BINTI ROSLAN

NUR SYAHIRAH BINTI ROZHAN

NUR SYAZANA BINTI ABDUL HAMID

NUR SYAHIRAH BINTI NASRUDIN

SITI NUR AMIRAH BINTI AZMIN

ASMIZA BINTI YUSOFF

NURUSSYIFA' BINTI MOHD HAIRI

KUMPULAN 4
Ahli Kumpulan:
1. Nurussyifa' binti Mohd Hairi
2. Umi Balqis binti Zamri
3. Asmiza binti Yusof
4. Siti Nur Amirah binti Azmin
5. Najmi Khairi bin Hanafiah

KUMPULAN 2
AHLI KUMPULAN:

- AIFAA NAJLA BINTI ROSLAN
- ANIS SOLEHAH BINTI KHAIRULANUAR
- ENGKU NUR NABIHAH BINTI TUAN SANUSI ASMADI
- NOOR SHAHIRAH BINTI ROSLAN
- NUR SYAHIRAH BINTI NASRUDIN