Remake of CERPEN LEGASI TAPAI UBI - 3 ITQAN (19.2) by MARDHIAH BINTI MUHAMMAD Moe
Uzma
Pada pendapat saya,cerpen Legasi Tapai Ubi ini sangat memberi pengajaran kepada kita terutamanya dalam kalangan remaja masa kini.Pengajaran yang dapat diambil daripada cerpen ini adalah kita hendaklah tabah menghadapi susah payah dalam kehidupan kerana itu merupakan permulaan bagi sesebuah kejayaan.Hal ini dapat dilihat dari kisah Parjo yang hidup susah pada masa dahulu dan tabah dalam menghadapi kekurangan yang ada padanya namun dia tetap berusaha sehingga berjaya.Dia seorang anak yang menghargai jasa ibu bapanya dan berusaha keras untuk membalas jasa mereka.Hal ini perlu dititikberatkan anak muda pada zaman sekarang agar sentiasa menghargai ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita.Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa berusaha keras dalam melakukan sesuatu perkara agar masa depan yang kita impikan dapat menjadi kenyataan.
Siti Darsah
Pada pendapat saya, cerpen Legasi Tapai Ubi ini mempunyai banyak pengajaran  yang dapat kita terapkan dalam kehidupan. Antaranya, kita perlulah bersungguh-sungguh semasa membuat tugasan agar tugasan tersebut dapat dilakukan dengan sempurna. Sebagai contoh , kita hendaklah melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan besungguh-sungguh agar tugasan tersebut dapat dihantar dengan baik. Selain itu, kita hendaklah tabah dalam mengharungi susah payah kehidupan seperti Parjo. Sebagai contoh, pandemik covid-19 yang telah melanda seluruh negara telah memberikan mimpi buruk terhadap semua penduduk dunia. Hal ini kerana mereka kehilangan pekerjaan dan sumber kewangan. Kita janganlah berputus asa dalam mengharungi masalah ini sebaliknya memikirkan penyelesaian kepada masalah ini. Akhir sekali, kita haruslah menghargai jasa ibu bapa seperti yang dilakukan oleh Parjo. Kita sering mendengar bahawa anak-anak sekarang tidak menghargai jasa ibu bapa mereka terutamnya kepada mereka yang telah berjaya dalam kehidupan . Namun hal ini haruslah  tidak dianggap remeh kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka tidak ternilai harganya, Kesimpulanya, cerpen ini memberikan banyak pengajaran kepada kita untuk menghadapi dunia serba moden ini yang penuh dengan halangan dan ujian.
Dania Afrina ^^
Pada pendapat saya, cerpen Legasi Tapai Ubi ini mengandungi banyak nilai murni yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian seperti, bersyukur, menghormati ibu bapa dan merendah diri. Di dalam cerpen ini juga terkandung maklumat tentang sains disebalik tapai ubi. Hal itu dapat menambah ilmu pengetahuan para pembaca sekali gus memberi kesedaran tentang kanser yang amat berbahaya. Parjo juga merupakan contoh untuk remaja lain supaya tidak malu dengan ibu bapanya yang hanya menjual tapai ubi malah berbangga dengan perniagaan mereka.
Adieb Iqbal
Pada pendapat saya, cerpen Legasi Tapai Ubi ini mengandungi pelbagai pelajaran dan nilai murni contohnya bersyukur dan kerajinan. Selain itu, saya juga pelajari bahawa kita perlulah melaksanakan tanggungjawab saya terhadap keluarga. Di dalam cerpen ini juga mengandungi maklumat tentang tapai ubi seperti ia dapat merawat penyakit kanser. Hal ini akan menambahkan ilmu kita tentang tapai ubi. Kita juga perlu mencontohi sikap Parjo yang tidak malu menolong ibu bapanya menjual tapai ubi dan berbangga apabila mereka telah berjaya dalam perniagaan mereka.
Haikal Syabill
Pada pendapat saya, cerpen Legasi Tapai Ubi ini memberikan banyak pengajaran serta terkandung nilai-nilai yang patut kita ikuti.Antara nilai yang terkandung di dalam cerpen ini adalah nilai kesyukuran dan nilai hormat-menghormati.Selain itu,cerpen ini juga mengajar pembaca untuk sentias berbakti untuk keluarga mereka.Fi samping itu,terdapat unsur sains dia dalam cerpen ini seperti tapai ubi boleh merawat penyakit kanser.Hal ini dapat menambahkan pengetahun kepada pembaca cerpen ini.Seterusnya kita hendaklah mencontohi sikap Parjo yang tidak malu untuk membantu keluarganya.Kesimpulannya,cerpen ini mendatangkan banyak kebaikan serta faedah kepada pembacanya
Aisyah Nabilah
Pada pendapat saya, Cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh ini memberikan banyak nilai-nilai moral dan pengajaran yang dapat kita terapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Diantaranya, janganlah kita memandang rendah ataupun malu dengan sesuatu itu walaupun kecil nilainya  bagi kita. Seperti Parjo yang akhirnya sedar  betapa hebatnya tapai ubi ini sehingga dapat menyelamatkan nyawa ramai orang. Jadinya janganlah menggangap perkara sekecil itupun tidak membawa kelebihan kepada diri  dan masyarakat serta  apatah lagi  perkara lain sekalipun. Tambahan lagi, kita perlulah ada nilai bersungguh-sungguh dan semangat dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Contohnya, usahlah kita berkata jemu ketika guru berikan tugasan dan cubalah kita yakinkan diri serta bersemangat untuk siapkannya dan kalau secara tiba-tiba tugasan yang diberi dapat menarik minat kita untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut , kita tidak tahu bukan? Jadinya , cuba dahulu mana kita tahu , bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Akhir sekali, marilah kita berbakti kepada kepada orang tua kita. Hal ini kerana tanpa usaha mereka dalam mendidik dan menjaga kebajikan kita, siapalah kita yang berjaya  sekarang ini tanpa titik peluh mereka dalam membentuk anak yang dapat berbakti kepada masyarakat dan agama. Justeru itu, benarlah bukti yang menunjukkan Cerpen Legasi Tapai Ubi ini dapat melahirkan sedikit demi sedikit masyarakat yang lebih berkualiti dan cemerlang pada hari muka.
Najihah Amanina :D
Pada pendapat saya, cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh ini banyak menekankan nilai moral, terutamanya dari segi kesyukuran, sifat ingat tahu, merendahkan diri serta bersungguh-sungguh dalam melakukan perkerjaan. Misalnya, biarlah sesuatu perkara itu tidak selaras dengan zaman yang penuh teknologi sekarang, namun ia dapat menjadi sesuatu yang memanfaatkan semua pihak. Dalam cerpen ini telah menunjukkan sifat watak utama iaitu Parjo yang pada mulanya jemu menjual tapai ubi. Namun begitu, dia akhirnya mengerti kepentingan tapai ubi dalam kajiannya ketika di universiti. Sebagai remaja muda di abad ke-21, sesungguhnya kita wajarlah tidak malu dengan legasi atau tradisi yang diturunkan dari nenek moyang kita. Sebaliknya, kita mestilah memanfaatkan perkara tersebut sebaik mungkin agar dapat memajukan negara di samping mengekalkan warisan tradisional.
Selain itu, kita seharusnya menghargai segala titik peluh mereka. Disebabkan oleh kerja mereka, kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan serta minuman sehinggalah kita mampu membeli semua itu menggunakan duit kita sendiri.
Tambahan lagi, kita perlulah berusaha untuk mencipta masa depan yang cerah. Sebagusnya, kita boleh mencontohi sikap Parjo di mana dia mengekalkan fikirannya positif tanpa menghiraukan segala dugaan yang tiba. Dia bermula daripada seorang yang membantu ibu bapanya menjual tapai ubi kepada seorang pensyarah perubatan di universiti.
Tuntasnya, selepas hari yang buruk sudah tentu akan ada hari yang lebih baik. Jadi, kita tidak boleh berhenti berusaha hanya kerana dugaan yang ditimpa amat sukar untuk ditangani.