Tamadun Islam. Activiti 4.1 by Xinyi Yew

Latar Belakang tentang Batu Bersurat Terengganu(BBT)
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,[1] (ada berpendapat 1899)

Pada tahun 1902, Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sesampainya di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar batu bersurat ini dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya dan ditulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Batu Bersurat Terengganu(BBT)

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Batu Bersurat Terengganu secara terang-terangan membuktikan bahawa Terengganu sebagai tempat terawal di Tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh serta menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara sekitar seperti negara China melalui perdagangan.

Pertemuan batu bersurat di Terengganu telah membuktikan Kuala Berang adalah pelabuhan yang dikunjungi oleh pedagang-pedagang Islam dari luar. Sejarah Geo-Politik masyarakat kawasan Timur Laut merangkumi tamadun kerajaan dan negara kota yang lama dan terkenal, seperti empayar Champa, China, Terengganu dan Kelantan. Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas.

Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat,Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua  dan bertulisan Jawi ditemui buat kali pertama di  Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi. Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi  keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah syariah . Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariaah di negara ini  telah dimulakan pada abad ke 14.

Dalam BBT tercatat pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi di Terengganu yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, proses pendidikan dan perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya.[1] Hanya selepas Islam benar-benar diterima ramai dan menjadi asas kehidupan masyarakat Melayu di Terenganu, barulah ianya dicatatkan pada BBT sebagai pengisytiharan dan peringatan tentang kedaulatan Islam di kawasan tersebut.  Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam.[2] Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.[3]

[1] D.G. E. Hall (1968), A History Of South East Asia, London : St. Martins Press, h. 255.  [2] M.B. Hooker (1976), The Terengganu In Malayan Legal History, dalam JMBRAS, v. XLIX, part 2, h. 127-131.[3] Abdul kadir Muhammad (1996), Sejarah Penulisan Hukum Islam Di Malaysia, Kuala lumpur : DBP, h. 4

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir  samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan  bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.