Remake of Remake of My artistic wall by hanifah jambari

(HARITH) Kenapa perlu dan pentingnya industri dengan PTV (Pendidikan Teknikal dan Vokasional)
Pada masa kini bidang kemahiran memainkan peranan penting dalam peningkatan ekonomi. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan pelajar dengan mementingkan kemahiran dalam pendidikan. Pentingnya Industri kepada pendidikan adalah industri menjadi tempat untuk para pelajar meningkatkan lagi kemahiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Industri merupakan role model kepada sistem pendidikan. Pentingnya Pendidikan teknik dan vokasional kepada industri adalah melahirkan pelajar yang berkemahiran yang boleh bekerja diindustri setelah tamat pendidikan.

Nama Saya Iqmal Hakim =D
Pada pendapat saya, pendidikan teknik vokasional sangat penting bagi memastikan keperluan industri dalam menyediakan pelbagai bentuk kemahiran. Sebagai contoh, industri pembuatan kek semestinya memerlukan pekerja yang mahir dalam membuat kek. Jadi disitulah pendidikan teknik vokasional memainkan peranan dalam membentuk pelajarnya agar mempunyai kemahiran yang tinggi.

Industri juga memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan pendidikan teknikal. Jika semua graduan mahu bekerja di dalam pejabat, Siapakah yang mahu bekerja di dalam industri ? Tambahan pula, beberapa kajian mendapati bahawa graduan pendidikan teknik lebih memenuhi keperluan industri kerana kemahiran yang dimiliki.

DAING
Antara kepentingan industri ialah dapat memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Seperti sedia maklum, PTV dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional. Oleh hal demikian, pihak industri dan PTV mempunyai kebergantungan antara satu sama lain. Pembangunan kedua-dua ini dapat menyumbang kepada sektor ekonomi di negara.

Fitri Hakimi
Pada pendapat saya, pendidikan dan latihan merupakan perkara yang penting serta memberi banyak faedah terutama kepada pekerja-pekerja yang berkerja di industri kerana bagi persediaan mereka dalam menghadapi cabaran kemajuan sains dan teknologi. Di samping, menyediakan pendidikan asas untuk pelajar  melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi serta melalui  program pendidikan  teknik dan vokasional ini juga mampu mengeluarkan tenaga pekerja yang terlatih serta berpengetahuan teknikal.

✪ Ismail ✪
Membantu meluaskan bidang pekerjaan yang sesorang individu dapat bekerja sebagai. Ini akan dapat membantu dalam mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia. Justeru, ekonomi negara juga dapat ditingkatkan.

Syahril
Pada pandangan saya, industri kian hari makin berkembang pesat dengan teknologi yang ditemui dan dikaji oleh para saintis/ilmuwan dunia. Maka, PTV memainkan peranan penting terhadap sesuatu bidang yang berkembang seiring dengan peredaran masa. Lebih khusus kepada bidang-bidang seperti automotif, pertanian, elektrik-elektronik, mekatronik, mekanikal dan sebagainya. Oleh itu, institusi yang ada di serata dunia perlu melahirkan graduan yang serba boleh dan tahu akan teknologi di dunia. Serta, institusi di dunia juga hendaklah dapat melahirkan bakal pendidik yang berprofil tinggi bagi memastikan ilmu yang disampaikan oleh mereka kepada generasi muda jelas. Pendidikan sangat memainkan peranan penting dalam setiap revolusi yang berlaku pada industri.

Norsyahira Ilyani
Dunia yang sedang membangun dan berkembang pesat pada masa kini memerlukan pelbagai bentuk kemahiran dan tenaga manusia. Institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan individu yang mahir dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang dan aspek. Kerana itulah wujud pelbagai program pendidikan berkaitan teknik dan vokasional di Malaysia. Pendidikan teknik dan vokasional ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang teknikal dan industri seperti automotif, elektrik dan elektronik, mekanikal dan sebagainya. Dengan itu, para pelajar akan lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan kerana pembelajarannya sangat berkait dengan keadaan sebenar pekerjaan. Selain itu, ianya juga dapat memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar yang berminat. Akhir sekali, ianya dapat melahirkan pelbagai sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.

NUR A'FRA
Pada pendapat saya, PTV dan industri sememangnya berhubung antara satu sama lain. Hal ini kerana PTV khusus melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang yang sememangnya berkait rapat dengan industri. Industri dan PTV adalah penting dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman serta menambah kemahiran yang lebih meluas mengenai sesuatu bidang kemahiran. Oleh itu, dengan kemahiran ada, graduan dapat memenuhi kriteria yang diperlukan dan dapat menempatkan diri dalam industri kini.

Naz
Sejajar dengan pembangunan teknologi masa kini, industri dan PTV mempermainkan peranan yang penting selaras dengan IR4.0.  Oleh itu, untuk melahirkan lebih ramai lagi pakar, PTV  dan industri perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mendapatkan  hasil yang berkualiti. Industri menjadikan sebagai tempat untuk pelajar-pelajar baru merasai suasana dan mengenalpasti masalah yang berlaku. Sehubungan dengan itu, gabungan antara  ahli pemikir dari pihak pendidikan akan dapat memberi impak kepada industri dalam penambahbaikan dalam industri tersebut.

WAN NURBALQIS
Pada pendapat saya, pendidikan TVET amat penting kerana ia melahirkan para graduan yang berkemahiran tinggi dalam perbagai bidang, teknik dan vokasional khususnya. Seiring dengan zaman pembagunan teknologi ini, industri lebih tertumu pada graduan yang mempunyai kemahiran dan bukan hanya fokus kepada tahap pencapaian akademik sahaja.

NURAISYAH ALIA
Pada pandangan saya, industri sekarang ini  lebih tertumpu kepada  dunia teknologi dimana ia memerlukan seseorang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengembangkannyai. Oleh itu, pendidikan teknikal dan vokasional menjadi satu keperluan bagi sesebuah negara agar teknologi semakin berkembang dan sesuai dengan peredaran masa. Disamping itu juga, kemahiran amat penting pada hari ini kerana pembuatan teknologi sekarang memerlukan kemahiran yang tinggi dan bukan sahaja bergantung kepada intelektual.

NURUL AZLYNIE
Pada pendapat saya, kepentingan industri dan pendidikan teknikal dan vokasional amat penting untuk memperkasa bidang kemahiran dalam negara kita. Antara kepentingan untuk industri ialah dapat memberi peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan institusi latihan industri yang ditubuhkan oleh kerajaan. Industri juga dapat memberi pelbagai pengalaman kepada pekerja yang mana pekerja dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka semasa berada dalam industri. Manakala kepentingan untuk pendidikan teknikal dan vokasional ialah dapat melahirkan generasi baru yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi. Seterusnya, kerajaan Malaysia telah mewujudkan pendidikan teknikal dan vokasional untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk menceburi bidang kemahiran yang diminati mereka.

NORUL RAHIMI
Pada pandangan saya, kenapa perlu dan pentingnya industri dengan PTV (pendidikan teknikal dan vokasional) adalah menyumbang perkembangan ekonomi dan sosial dalam matlamat masyarakat yang berdaya saing. Perkembangan masyarakat kini berjurus ke arah revolusi industri 4.0 . Maka PTV perlu melaksanakan pembelajaran dan latihan yang sejajar dengan pasaran kini. Jika pendidikan Teknikal dan Vokasional masih di tapuk ke belakang, maka perindustrian negara masih lemah dan kurang berdaya saing. Apa yang paling penting adalah dapat melahirkan insan untuk kehidupan bekerja yang memuaskan.

AINA FATIHAH
Pada pandangan saya, pendidikan teknikal dan vokasional amat penting bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran bagi menerajui industri yang ada di Malaysia. Selaras dengan Revolusi Industri 4.0, individu perlu mempunyai kemahiran dalam industri. Sebagai contoh, industri elektrik dan elektronik. PTV menawarkan kursus kemahiran elektrik dan elektronik. Apabila kursus ini ditawarkan, ia membantu pelajar untuk memperoleh kemahiran kerja-kerja elektrik dan elektronik. Apabila pelajar memasuki industri dan mula bekerja, mereka telah mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri. Selain itu, ia juga dapat memberi persediaan yang lebih kepada pelajar apabila mereka bekerja dalam industri. Jadi, industri dan PTV amat berkait rapat antara satu sama lain.

PROZITA
Pada pendapat saya, saling kebergantungan antara Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dengan industri menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia yang berstatus sedang membangun. Dengan adanya PTV, pelajar-pelajar dapat meningkatkan kemahiran teknikal dalam pelbagai bidang sekali gus dapat memasarkan diri dalam pekerjaan industri. Warga Malaysia diberi peluang dan platform untuk memahirkan diri dalam bidang teknik dan vokasional dengan suasana sebenar di dalam industri. Justeru itu, seiring dengan kemajuan ICT pada abad Ke-21 dan revolusi yang berlaku, kemahiran teknik dan vokasional telah menyumbang ke arah peningkatan kualiti taraf hidup manusia dalam pelbagai aspek.

NURUL IZZAH 🌸
Pada pendapat saya, kepentingan industri dengan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) yang sedia ada di Malaysia amatlah penting bagi membangunkan negara kita selaras dengan negara-negara maju yang lain. Bertepatan dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 di mana ia memerlukan kemahiran tenaga pekerja yang mahir dalam bidang kemahiran menjadikan produk lepasan PTV sangat diperlukan di negara kita. Sistem PTV menyediakan dan memperlengkapkan individu dengan kemahiran yang tinggi seperti yang diingini oleh industri di mana industri menyediakan peluang pekerjaan yang lebih cerah kepada pelajar PTV. Dalam memenuhi hasrat industri dalam melahirkan graduan yang kompeten, institusi-institusi awam serta swasta perlulah memastikan kemahiran yang diajarkan perlulah berkualiti secara menyeluruh. Maka, jelaslah bahawa industri serta PTV penting dan berkait antara satu sama lain.

VID REVOLUSI INDUSTRI
REVOLUSI INDUSTRI TELEFON
Iqmal Hakim
Nazifuddin
Harith Aslah
Daing Haziq Haikal

https://youtu.be/CEPCr5kGK7Q

REFLEKSI
1) Penggunaan bahasa yang kurang tepat dalam video kami. Seharusnya kami menggunakan bahasa dan perkataan yang lebih mudah difahami.
2) Kami tidak membezakan teknologi yang digunakan dalam 3G dan 4G. Seharusnya kami menyatakan mengapa 3G dan 4G berbeza antara satu sama lain.

VIDEO REVOLUSI INDUSTRI
MESIN PERCETAKAN

AINA FATIHAH BINTI ABDULLAH
PROZITA BINTI PINDAH
NURUL AZLYNIE BINTI ROSLY
NORSYAHIRA ILYANI BINTI AZMI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MALEK

https://youtu.be/1N7za4qH4H4

REFLEKSI:

Refleksi seterika
-	Strength : video yang menarik dan kreatif. Isi video yang menarik, dilengkapi gambar-gambar dan video mengenai seterika. Cara penyampaian di dalam video juga bagus dan menerapkan pelbagai info mengenai seterika bermula dari revolusi 1.0 hingga 4.0. Video yang tidak boring dan penuh dengan warna-warni menarik perhatian.
-	Improvement : ahli kumpulan mungkin boleh memperbetulkan cara penyampaian ketika pembentangan di dalam kelas supaya lebih jelas dan faham.

Refleksi telefon
-	Strength : video yang dilakukan menarik dan penerangan yang jelas mengenai revolusi berkaitan telefon.
-	Improvement : ahli kumpulan mungkin boleh memperbetulkan penggunaan bahasa dan cara penyampaian ketika pembentangan di dalam kelas. Untuk video pula, boleh sertakan gambar atau video supaya dapat memudahkan penonton untuk lebih faham berkaitan revolusi telefon. Video juga perlu ditambah dengan penerangan yang ringkas tetapi padat.

Refleksi kereta
-	Strength : Pembentangan di dalam kelas yang bagus dan jelas serta penggunaan ayat yang baik dan mudah difahami. Untuk video yang dihasilkan pula, info berkaitan revolusi telefon ditulis lengkap dalam power point serta cara penyampaian yang jelas dan baik.
-	Improvement : ahli kumpulan mungkin boleh memperbetulkan penggunaan ayat dan cara penyampaian supaya pembentangan yang dilakukan lebih jelas di dalam kelas. Mereka juga boleh memendekkan info yang dijelaskan tetapi maksud yang mudah difahami

VIDEO REVOLUSI INDUSTRI
INDUSTRI KERETA

-Rahimi
-Syahril
-Fitri Hakimi
-Ismail

https://youtu.be/FK0ZFz6HDH4

REFLEKSI

Terjadi perubahan proses manufaktur daripada tenaga manusia ke mesin.

Pengeluaran atau penghasilan kereta dapat dibuat dengan kadar yang banyak serta menunjukkan peningkatan yang drastik serta berkos murah.

Memberi impak kepada manusia kerana penghasilan kereta yang banyak memerlukan tenaga pekerja yang banyak sehingga mereka perlu bekerja hingga ke lewat malam.

Perkembangan teknologi telah berlaku dengan pesat dalam masa yang singkat.

VIDEO REVOLUSI IRON (SETERIKA)
Nama ahli kumpulan :
1.  Aisyah
2. Afra
3. Izzah
4. Balqis

REFLEKSI

1) Revolusi Mesin Cetak
- Strength pembentangan kumpulan ini adalah pada pembentang yg telah menerangkan info penting yg lengkap tentang tajuk mereka seperti sejarah penciptaan, gambar², dan bagaimana fungsi mesin yg ada dlm setiap revolusi industri. Namun, pembentang perlu meringkaskan lagi video mereka kerana terlalu banyak tulisan yg dimasukkan.

2) Industri Revolusi Kereta
Strength-perbentangn teknologi kereta sangat bagus dan bersesuaian dengan setiap perkembangan industri yang berlaku. Penggunaan ayat semasa perbentangan juga bagus. Tetapi setiap point yg ditunjukkan perlu diperbaiki dengan menggunakan ayat yang ringkas dan tidak terlalu panjang. Selain itu, penggunaan bahasa untuk pembentangan perlu diseragamkan.

3) Revolusi telefon
Strength - Pembentangan tentang revolusi telefon agak menarik namun boleh diperbaiki dengan isi yang jelas dan disertakan dengan sedikit gambar revolusi telefon

SPPE3022- NOTA INDUSTRI DAN PTV
SILA RUJUK NOTA YANG DIBERIKAN

SEJARAH REVOLUSI INDUSTRI
Dr H.