DRM2- TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA by HAZWANI BT. UBAIDILLAH (PUO)

SOALAN:
Sani merupakan anak sulung dan telah bekerja. Dia mempunyai 2 orang adik yang masih bersekolah. Bapanya telah meninggal dunia, ibunya mengalami masalah kesihatan. Sebagai seorang abang Sani perlu bertanggungjawab terhadap kedua-dua orang adik dan ibunya.

Apakah yang perlu Sani lakukan untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai anak terhadap ahli keluarganya.

SOALAN:
Ahmad mempunyai 2 orang adik perempuan belajar lepasan ijazah, Dia hanya sebagai seorang kerani disalah sebuah syarikat. Kedua-dua adik perempuannya tidak mahu menjaga ibunya yang telah uzur kerana menyatakan bahawa Ahmad lebih utama menjaga ibunya.

Dalam situasi ini, anda diminta menjelaskan tentang isu ini. Adakah benar anak lelaki sahaja yang perlu bertanggungjawab kepada kedua ibubapanya? Apakah tanggungjawab sebenar anak lelaki dan perempuan terhadap ibubapa?

SOALAN :
Kamal merupakan anak tunggal kepada Pak Kassim dan Mak Salmah. Kedua-dua orang tuanya telah berusia. Dia telah banyak kali mengajak ibu dan ayahnya tinggal bersamanya dibandar, namun kedua ibubapanya tidak mahu mengikutinya.

Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, apakah yang perlu Kamal lakukan untuk menjalankan kewajipannya terhadap ibubapanya yang telah berusia.

SOALAN:
Saleh dan Karmila telah kematian ibubapanya akibat kemalangan. Mereka rasa bersalah disebabkan tidak dapat menjaga kedua ibubapanya sewaktu hidup. Mereka memerlukan seseorang untuk membantu mereka untuk meneruskan bakti terhadap kedua ibubapanya yang telah meninggal.

Anda diminta untuk berkongsi kepada Saleh dan Karmila , apakah tanggungjawab anak terhadap ibubapa yang telah meninggal.

SOALAN :
Aminah ditugaskan untuk mengajar pelajarnya tentang kewajipan anak-anak terhadap ibubapa. Aminah mendapati terdapat 2 keadaan kewajipan anak-anak terhadap ibubapa iaitu semasa ibubapa masih hidup dan setelah kematian ibubapa.

Anda dikehendaki mencari bahan berkaitan untuk dikongsi bersama.

JAWAPAN:
1. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab yang menyara adik dan ibunya, Sani perlulah menyediakan tempat tinggal serta memberikan makanan dan minuman kepada ibu dan adik-adiknya kerana mereka tidak mampu untuk bekerja dan mencari wang

2. Sebagai seorang anak ,Sani mestilah membantu ibu dan adiknya mengikut apa yang dia termampu . Seorang anak dibesarkan oleh ibu bapanya dari dua belah tapak kaki sebesar tapak tangan dewasa sehingga dia sudah mampu untuk berdikari sendiri atau sudah bekerja . Oleh itu, wajar jika anak membantu apa yang mereka termampu untuk kehidupan ibu bapa sama ada dari segi kewangan, bakti dan lain-lain.

3. Sebagai seorang anak , Sani mestilah berbudi bahasa dan menghormati keluarganya  .  Sikap mereka akan mula berubah menjadi lebih sensitif apabila meningkat usia . Sebagai anak, kita perlu sentiasa bersabar dan bermuhasabah diri agar kita sentiasa menghormati mereka.

4. Sebagai seorang anak , Sani mestilah belajar dangan bersungguh-sungguh. Anak yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan dapat mengharumkan nama keluarga. Ibu bapa akan berasa bahagia dan berpuas hati ketika anak mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran.  Oleh itu , sebagai anak perlulah belajar bersungguh sungguh kerana ianya juga salah satu tanggungjawab sebagai anak .

5. Sebagai seorang abang dan anak sulung dalam keluarganya , Sani bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada Ibu dan adik-adiknya yang masih bersekolah . Sani juga hendaklah memberikan pendidikan yang terbaik kepada adik-adiknya mengikut kemampuannya . Selain itu , Sani hendaklah menyediakan rawatan yang terbaik untuk ibunya yang mengalami masalah kesihatan .

6. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab, Sani hendaklah menyediakan kelengkapan persekolahan adik-adiknya seperti pakaian sekolah Dan kelengkapan menulis agar mereka mendapat keselesaan ketika mereka belajar. Sani juga boleh menyediakan sarapan ringkas kepada adik-beradiknya Sebagai alas perut sebelum mereka pergi ke sekolah.

7. Sebagai seorang anak pula, Sani hendaklah menyediakan kelengkapan harian ibunya yang sakit, contohnya dia membeli ubat-ubatan yang diperlukan oleh ibunya.  Tidak lupa juga, Sani hendaklah sentiasa memerhatikan kondisi kesihatan ibunya dengan membawa ibunya ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Sani juga boleh membantu ibunya melakukan beberapa aktiviti kemas rumah contohnya menjemur pakaian sebelum dia keluar bekerja. Di samping itu juga, Sani boleh mengurut badan ibunya yang sakit setelah pulang bekerja.

JAWAPAN:
1) Tidak benar . Menjaga ibu dan ayah bukanlah kewajipan kepada anak lelaki sahaja malah ia menjadi tanggungjawab kepada semua anak termasuklah perempuan. Tidak ada sesiapa yang terlepas walaupun perempuan itu telah berkahwin, maka jika ibu ayah sedang sakit, semua anak-anaknya bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah tidak kisah sama ada dia anak perempuan atau anak lelaki, telah berkahwin atau pun belum.

2) Tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan juga adalah dengan meringankan bebanan dan mempermudahkan urusan ibu bapa yang sudah tua. Anak - anak mestilah membantu kedua-dua ibu bapa mereka selagi terdaya dan sebaik mungkin.

3) Selain itu, anak-anak perlu mengambil berat terhadap ibu bapa. walaupun sibuk dengan kerjaya, anak-anak perlu berusaha menyeimbangkan diantara kerjaya dan keluarga. Sesekali anak-anak haruslah bertanya khabar melalui telefon dan menjenguk mereka pada waktu cuti dan hari perayaan.

JAWAPAN:
1) Kamal perlulah sentiasa menjenguk kedua ibu bapanya pada masa lapang.
2) Kamal hendaklah memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya untuk mereka membeli keperluan mereka sewaktu ketidakberadaannya di sana.
3) Kamal haruslah sentiasa menghubungi dan bertanya khabar tentang kedua-dua ibu bapanya serta sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka

JAWAPAN:
Muhammad hasziq bin haszree: sebagai seorang anak, kita haruslah mengambil berat akan kubur ibubapa selepas mereka meninggal. Sebagai contoh kita haruslah sentiasa meziarahi kubur meraka sekurang-kurang nya sebulan 2 kali dan kerap memberikan al-fatihah kepada kedua ibubapa. Dengan ini ternyatalah tanggunjawab anak selepas ibubapa yang sudah meninggal.

2) Menyelesaikan hutang kedua ibu bapa jika ada kerana hutang wajib dibayar dan sesiapa yang tidak menyelesaikan hutang di dunia akan bertemu Allah SWT sebagai seorang pencuri.

3) Mohon keampunan untuk ibu dan ayah. Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai anak dengan meminta keampunan untuk mereka kerana meraka tidak lagi berkemampuan untuk meminta ampun. Sesungguhnya mereka adalah orang yang menjaga kita sejak kita kecil dan menghadapi segala cabaran untuk membesarkan kita .

4) Sebagai seorang anak,kita perlulah meneruskan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan dan saudara-mara mereka.

JAWAPAN:
Kewajipan anak semasa ibubapa masih hidup
- sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan/ajaran ibu bapa.
- hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika berturur dengan ibu bapa. jangan sesekali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT
- sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibu bapa
- menolong ibu bapa serta meringankan beban mereka
- memastikan mereka sentiasa dalam keadan sihat serta menjaga keselamatan ibu bapa
- memberi wang kepada ibu bapa
- menjaga ibubapa ketika mereka sedang sakit
- sentiasa berkunjung & bertanya khabar kepada ibubapa apabila sudah berkahwin.
- menyahut panggilan mereka ketika dipanggil.
- segerakan membuat perkara yang disuruh oleh ibubapa.
- jangan bermasam muka kepada mereka
- Tunaikan kewajipan sebagai muslim supaya ibu bapa tidak menanggung dosa
- Jangan menderhaka kepada ibubapa

Kewajipan anak ketika ibubapa sudah meninggal dunia
-mendoakan kedua ibubapa
-berkunjung kerumah sahabat ibubapa
-bersedekah keatas kedua ibubapa kita
-menyelesaikan hutang kedua ibubapa sekiranya ada
-menjaga hubungan silaturrahim antara keluarga ibu dan ayah
-menjaga nama baik kedua ibubapa walaupun telah meninggal dunia
- menyedekahkan bacaan Al Qur'an kepada ibubapa

SOALAN:
Karim merupakan anak tunggal kepada Pak Judin dan Mak Jah. Kedua-dua orang tuanya telah berusia. Dia telah banyak kali mengajak ibu dan ayahnya tinggal bersamanya dibandar, namun kedua ibubapanya tidak mahu mengikutinya.

Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, apakah yang perlu Kamal lakukan untuk menjalankan kewajipannya terhadap ibubapanya yang telah berusia.

JAWAPAN:
1. Kamal akan bercakap dengan ibu bapanya dalam nada yang lemah lembut dan menerangkan sebab dalam berpindah bersama untuk menjaga kesihatan dan keselamatan mereka berdua.
2. Kalau Ibu bapa Kamal tidak ingin mengikuti berpindah dia akan duduk bersama mereka untuk menjaga menunaikan tanggungjawab dia sebagai anak.
3. Memberikan nafkah kepada ibu bapa untuk membantu kewangan mereka dalam membeli barang keperluan dan barang keinginan.
4.Memberikan kasih sayang kepada ibu bapa dengan sentiasa melayan mereka dengan penuh kasih sayang.
5. Mentaati segala perintah ibu bapa kerana merupakan sebuah kewajipan yang perlu diikuti selagi tak bertentangan dengan ajaran islam.