TUTORIAL MINGGU 15/1 by RBT0622 Lim Sheau Chin

SOALAN
Bincangkan isu moral tentang bencana alam seperti banjir besar di seluruh negara dari aspek pengurusan dan kepimpinan negara dalam menyelesai masalah yang berlaku.

Malaysia menghadapi tiga bencana alam utama, iaitu banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Umumnya, hujan lebat dibawa angin monsun timur laut adalah faktor semula jadi utama menyebabkan berlaku bencana banjir. (Haliza A.R., 2021, Februari 3)

Rajah 1: Aspek kesiapsiagaan komuniti tempatan terhadap risiko bencana seperti banjir adalah penting bagi mengelakkan kadar kehilangan nyawa dan harta benda tinggi.

2.0 Faktor Menyebabkan Bencana Alam
Aktiviti pembalakan

Aktiviti pembalakan merupakan penyumbang ekonomi negara. Namun begitu, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Memandangkan  kemerosotan  alam  sekitar  secara  global berlaku  secara  berterusan,  maka  amatlah wajar isu alam sekitar diberi keutamaanagar manusia lebih bertanggungjawab dan positif terhadap alam sekitar  supaya  mereka  boleh  bertindak  mengurangkan  masalah  alam  sekitar. (Ahmad, M. Z., dan Saidin, N.,2016)

Aktiviti pembangunan yang tidak terancang

Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu (Chan T.K, 2008, Disember 7). Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Pembakaran terbuka

Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

3.0 Langkah Mengatasi Isu Bencana Alam

Penggubalan dasar berkenaan masalah bencana alam

Langkah utama mengatasi banjir adalah dengan mempunyai dasar, perancangan dan pelan tindakan mengurangkan risiko banjir yang mantap. Pelan ini perlu diintegrasi dengan pelan pembangunan sosial dan ekonomi supaya dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan. Contohnya, komuniti setempat mengaplikasikan dan memperkukuh sepenuhnya Pelan Pengurusan Bencana alam bagi menghindari proses hakisan tebing dan kemusnahan penempatan penduduk. (Pudjiastuti, S. R., 2019). Tindakan ini bukan sahaja bertujuan menghalang berlakunya bencana, tetapi mengurangkan kesan bencana terhadap kawasan penempatan, harta benda dan nyawa penduduk melalui penyelarasan terhadap bentuk bencana di kawasan berkenaan.

Pelaksanaan program tentang menyayangi alam sekitar

Program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) membabitkan semua peringkat masyarakat perlu diperkukuh untuk meningkatkan kesedaran, adaptasi dan mitigasi banjir serta pemuliharaan sumber asli dalam menebat bencana banjir. Pengetahuan dan kesedaran lebih baik kalangan komuniti akan membawa kepada perubahan pemikiran, tingkah laku dan tabiat. Tambahan pula, faktor pengetahuan dan kesedaran terhadap sesuatu aspek bencana menjadi asas dalam membentuk tindakan adaptasi komuniti terhadap sesuatu bencana. Usaha berterusan perlu dilaksana untuk meningkatkan kesedaran, membina keupayaan dan memperkasa kumpulan berkenaan bagi mengambil langkah awal dalam menghadapi bencana.

4.0 Pengurusan Dan Kepimpinan Negara Dalam Menyelesai Masalah Banjir
Pada mulanya, pengurusan banjir tertumpu kepada keperluan mendesak seperti melaksanakan bantuan banjir dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir untuk menangani masalah disebabkan pembangunan yang pesat. Kaedah bukan struktur diperkenalkan seperti Manual Saliran Mesra Alam. Sejak 2001, manual ini merupakan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.

Sejak alaf baru, Jawatankuasa Bantuan Bencana Pusat telah mengambil kira pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan-struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.

Pada tahun 1972, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Bencana Pusat (JPS) di mana fungsinya adalah untuk menyelaraskan operasi bantuan banjir diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan maksud mencegah kehilangan nyawa dan mengurangkan kerosakan akibat banjir.

JPS merupakan ahli jawatankuasa dan pertubuhan ini adalah berdasarkan Prosedur No.29 yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Selain itu, JPS juga menerbitkan Pekeliling No.2/2003-"Guidelines for Management of Flood Disaster during the Monsoon Season and Flash Floods" bagi menyelaraskan persediaan operasi banjir di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Menurut Wikipedia (n.d.), “Agensi Pengurusan Bencana Negara (Inggeris) National Disaster Management Agency (atau NADMA) merupakan sebuah agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia. NADMA berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana.”

5.0 Kesimpulan
Bencana alam yang menimpa kita saban hari, berpunca dari sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar . Kesannya, satu masyarakat itu yang menimpa padahnya. Kita sepatutnya lebih menyayangi alam sekitar kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam hidup kita seharian . Apabila kita menjaga kepentingan terhadap alam sekitar, kesejahteraan dan keselamatan hidup kita akan lebih terjamin. masyarakat juga harus diberi kesedaran berterusan bahawa bencana alam seperti banjir sering kali berlaku tanpa diduga, justeru adalah amat penting menjaga dan menghargai alam semula jadi melalui interaksi lestari dalam segala aspek kehidupan.

Rujukan
Chan Tak Kong. (2008, Disember 7). Tanah runtuh bukit antarabangsa: sepintas. MStar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2008/12/07/tanah-runtuh-bukit-antarabangsa-sepintas

Haliza Abdul Rahman. (2021, Februari 3). Isu perubahan iklim, risiko bencana perlu diberi perhatian. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/02/782503/isu-perubahan-iklim-risiko-bencana-perlu-diberi-perhatian

Mohammad Zohir Ahmad & Noorazlina Saidin. (2016). Pengetahuan tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi. Geografi, 4(2), 1-8. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/1928

Rahayu Pudjiastuti. (2019). Mengantisipasi Dampak Bencana Alam. Jurnal Ilmu Pendidikan (JIP) STKIP Kusuma Negara Jakarta, 10(2), 1-14.http://jurnal.stkipkusumanegara.ac.id/index.php/jip/article/view/60

Wikipedia (n.d.). Agensi Pengurusan Bencana Negara. https://ms.wikipedia.org/wiki/Agensi_Pengurusan_Bencana_Negara