TUGASAN INDIVIDU by SYAQIRAH BINTI ABDULLAH

MAKSUD PEMBELAJARAN KOPERATIF
Maksud pembelajaran koperatif adalah bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan.

Ianya merupakan satu proses membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat khusus atau untuk mendapatkan satu hasil akhir yang berkaitan dengan isi kandungan mata pelajaran yang dipelajari.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOPERATIF
(Maklumat Tambahan)
Ini merupakan maklumat tambahan yang saya masukkan di dalam padlet ini sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai aktiviti atau kaedah yang saya pilih berkaitan dengan pendekatan pembelajaran koperatif.

K- Keep with the group
I - Include everyone
S- Share ideas and feeling
S- Stay on task
E- Encourage other
S- Six inch voice

Youtube ( Syaqirah Abdullah ):
- Ciri-ciri pembelajaran koperatif

Untuk penerangan yang lebih lanjut, boleh lihat video ini. Terima Kasih

AKTIVITI ATAU KAEDAH YANG DIPILIH YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Kaedah atau aktiviti yang dipilih adalah JIGSAW.
Kaedah JIGSAW merupakan antara kaedah yang digunakan dalam sesi pembelajaran secara koperatif.
Cara-caranya :

1. Pelajar di dalam kelas diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Dalam kumpulan kecil tersebut, mereka akan dibahagikan kepada nombor tertentu iaitu 1,2,3 dan 4

3. Guru akan memberi 4 topik untuk dibincangkan oleh pelajar-pelajar. Mereka perlu mencari maklumat secara terperinci.

4. Daripada nombor nombor yang sudah di agihkan, para pelajar akan bergerak kepada kumpulan "topik"  yang diberi oleh guru.

5.Apabila  perbincangan topik selesai, mereka akan kembali kepada kumpulan asal.

6. Dalam kumpulan asal, mereka akan menerangkan kepada rakan-rakan kumpulan mereka berkaitan apa yang mereka sudah pelajari. Penerangan yang dibuat haruslah jelas dan mudah di fahami

7. Kesimpulannya, mereka dapat menguasai 4 topik dengan baik. InsyaAllah, Alhamdulillah

You Tube (Syaqirah Abdullah):
- Pendekatan Pembelajaran Koperatif (KAEDAH JIGSAW)
Situasi di dalam video ini adalah, saya merupakan guru bagi subjek Pengajian Perniagaan Tingkatan 6. Saya memberi 4 topik untuk diagihkan kepada para pelajar. Kesemua topik ini terdapat di dalam buku Pengajian Perniagaan penggal 2 bab 1. Topiknya adalah :

1. kepentingan Pengurusan
2. Fungsi Pengurusan
3. Konsep Kecekapan dan Keberkesanan
4. Peranan pengurus

Jumlah pelajar di dalam kelas adalah seramai 28 orang. Mereka diagihkan kepada kumpulan kecil iaitu sebanyak 7 kumpulan. 1 kumpulan mempunyai 4 orang ahli.

Untuk penerangan yang lebih lanjut, boleh lihat video ini. Terima Kasih.

KESIMPULAN UNTUK KAEDAH JIGSAW
Kaedah JIGSAW amat bagus untuk perkembangan minda pelajar agar lebih aktif dan cerdas. Hal ini kerana, mereka perlu berbincang berkaitan dengan topik yang diberi dengan lebih mendalam. Kaedah ini membolehkan mereka mencurahkan idea mereka sebanyak mungkin.Terima Kasih

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Info Tambahan:

Kelebihannya adalah :

1. Setiap ahli dalam kumpulan sentiasa berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran bagi mencapai kejayaan mahupun matlamat mereka.

2. Dapat menyemaikan semangat muhibbah. Dapat merapatkan jurang antara etnik, kaum, bangsa mahupun agama.

3. Dari segi sosial pula, pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan.

4. Dapat meningkatkan keyakinan diri.

PERBEZAAN MINAT DAN KECENDERUNGAN
Perbezaan minat dan kecenderungan boleh mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar seseorang murid.

Secara umumnya, ramai mengetahui, minat setiap orang adalah berbeza. Jika dikaitkan dengan proses pembelajaran, minat dan kecenderungan setiap pelajar adalah perbeza. Contohnya, dapat diperkatakan di sini, tidak semua pelajar minat dengan ke semua subjek yang dipelajarinya.

Hal ini akan menjadikan, para pelajar yang mempelajari subjek yang mereka tidak minat, akan menjadikan mereka kurang bermotivasi. Berbeza pula, jika mereka belajar subjek yang mereka gemari, mereka akan lebih bermotivasi, aktif dan bersemangat untuk belajar. Sebagai contoh, keputusan peperiksaan Ahmad bagi subjek seni adalah lebih baik daripada subjek sains. Hal ini kerana, Ahmad lebih gemar mempelajari subjek seni berbanding sains.

Oleh itu, penting bagi para pelajar mengetahui minat mereka untuk menjamin masa hadapan yang lebih baik. Untuk mengetahui minat dan kecenderungan yang bersesuaian, para pelajar boleh berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor akan membantu para pelajar dengan menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kecenderungan individu untuk dijawab oleh pelajar.

KAEDAH UNTUK MEMOTIVASIKAN MURID SAYA YANG BERBEZA MINAT DAN KECENDERUNGAN
Kaedah yang saya gunakan untuk memotivasikan pelajar saya adalah dengan memberi ganjaran.

Ganjaran itu meluas, pelbagai ganjaran yang yang besesuaian mengikut keadaan yang boleh diberikan oleh guru kepada pelajar. Contoh ganjaran adalah, ganjaran makanan, hadiah, wang dan pelbagai lagi. Hal ini kerana, menjadi seorang guru yang disegani, disayangi murid adalah penting, ianya bertujuan supaya pelajar akan lebih cenderung untuk belajar sesuatu yang mereka kurang minat.

Perkara seperti ini sering terjadi. Contoh yang saya berikan adalah berkait dengan diri sendiri. Suatu ketika dahulu, saya bukan seorang pelajar yang minat dengan subjek matematik, tetapi apabila saya melangkah ke darjah 4, terdapat seorang guru matematik yang sangat bagus serta ceria orangnya. Ianya menjadikan saya seronok untuk belajar serta jatuh cinta dengan subjek tersebut.

Oleh itu, dapat dikaitkan disini, pentingnya seseorang guru menunjukkan contoh atau tauladan yang baik supaya perkara yang baik ini dapat memberi aura yang positif kepada para pelajar. Aura positif ini akan menjadikan semangat belajar para pelajar lebih tinggi. Semangat belajar yang tinggi, akan menambahkan minat para pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kejayaan.

Senario situasi ini adalah: Saya merupakan guru kelas sekolah menengah, yang mana saya akan memberi nasihat kepada pelajar yang saya kenali mengenai permasalahan yang dia hadapi. Permasalahan tersebut mengenai kes liwat ke atasnya yang dilakukan oleh pelajar yang lebih berusia darinya. Dalam pada masa yang sama, saya akan menguruskan permasalahannya dengan sebaik mungkin.

Cara-cara yang saya lakukan dalam menguruskan permasalahan ini adalah:
1. Pertama sekali, walaupun saya bukan seorang guru kaunseling, saya juga perlu memegang prinsip kerahsiaan. Iaitu tidak menceritakan hal nya kepada pihak yang tidak berkepentingan. Hal ini adalah bertujuan untuk menjaga hubungan baik secara dua hala.

2. Seterusnya, saya akan berjumpa dengan pelajar tersebut dan mendengar permasalahannya dengan teliti dan saya perlu menunjukkan minat untuk mendengar permasalan pelajar saya tersebut.

3. Setelah saya mendengar ke semua luahan perasaan pelajar saya tersebut, soalan pertama yang saya akan tanya adalah "siapa yang melakukan hal ini kepada kamu?" setelah pelajar saya tersebut memberi tahu siapa yang memperlakukan dia begitu saya akan mula menasihatinya.

4. Saya akan menasihatinya dan menerangkan bahawasanya perbuatan tersebut adalah salah disisi agama mahupun undang-undang. Hal ini kerana, perbuatan liwat ini akan didakwa mengikut seksyen 377A kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Tujuan saya perkatakan sebegini bukan untuk menakut-nakutkannya, ianya bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada dia walaupun saya tahu ini bukan kesalahannya. Saya juga akan memberi tahu kepada dia, "Jika kamu menyesal akan perbuatan ini, jangan ulanginya mahpun terjebak dengan hal yang seangkatan dengan nya".

5. Setelah selesai menasihatinya, saya akan berjumpa dengn guru disiplin dan guru kaunseling untuk berceritakan hal ini serta mencari jalan penyelesaian supaya hal seperti ini tidak berlaku lagi ke atas pelajar lain dan ianya juga adalah bagi mengelakkan perkara yang tidak bermoral ini terus berleluasa.

6. Saya akan memberitahu guru disiplin dan guru kaunseling supaya mereka memanggil pelajar yang telah meliwat pelajar saya. Saya berharap mereka dapat membantu dan menyelesaikan permasalahn ini mengikut cara masing-masing yang bersesuaian

7. Seterusnya, saya akan mengbungi ibu bapa pelajar yang telah diliwat dan menceritakan hal yang sebenar.

8. Walaupun saya memegang prinsip etika kerahsiaan, saya juga perlu mengambil tindakan yang wajar dengan memberi tahu perkara ini kepada ibu bapanya. Hal ini kerana, perkara yang berlaku adalah amat berat dan mencemarkan maruah seseoarang.

9. Saya juga akan menasihati ibu bapa pelajar tersebut supaya menasihatinya dengan baik tanpa menggunakan kekerasan walaupun sememangnya perkara tersebut merupakan kesalahan berat.

10. Tujuan saya memberi tahu ibu bapa nya adalah kerana, nasihat ibu bapa adalah berbeza dengan nasihat saya sebagai seorang guru. Hal ini kerana, ibu bapa lebih arif dengan perihal anak-anak mereka. Ianya bermaksud, ibu bapa lebih mengenali tingkah laku pelajar tersebut berbanding dengan saya.

Pengisian video ini adalah berkaitan dengan harapan saya terhadap diri saya sebagai seorang pendidik dan harapan saya terhadap sistem pendidikan negara.

Terima kasih Cikgu Muslim di atas ilmu yang dicurahkan sepanjang sem ini 💙