PERBINCANGAN ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA by Nurul Nailah

NURUL MIESYA HANNIE RAHANI (157266)
Isu pembelajaran dalam talian sememangnya cukup sinonim untuk para pelajar pada masa ini ekoran daripada pandemik Covid-19. Oleh itu, kita sebagai guru perlulah menjadi pembimbing kepada murid dan sentiasa memberikan mereka dorongan serta kata-kata semangat untuk mengekalkan motivasi mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pelajar akan hilang motivasi dan tertekan akibat masalah seperti ketiadaan internet atau peranti elektronik yang sesuai. Sebagai seorang guru juga, kita perlulah menggunakan pelbagai kaedah yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar kekal bersemangat dan bermotivasi untuk belajar walaupun secara dalam talian.

Bagi isu buli pula, kita sebagai guru perlulah sentiasa peka terhadap gejala buli di sekolah dan tidak memandang enteng akan masalah tersebut. Guru juga perlulah mengambil tindakan segera untuk membanteras gejala buli ini sebelum ia berleluasa di sekolah.

NUR'AIN SYAFIQA BT ROSDI (156329)
Terdapat pelbagai isu pendidikan di Malaysi, terutama ketika pandemik Covid-19 sekarang. Isu pembelajaran atas talian sering kali timbul sama ada dari golongan guru mahupun dari kalangan pelajar itu sendiri. Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang sangat berbeza berbanding sebelum ini. Namun, kita perlulah mengharungi segala cabaran tersebut demi memperoleh pendidikan yang berkualiti.

Bagi isu buli pula, isu negatif ini sememangnya isu yang hampir setiap tahun menjadi perbualan hangat di mana-mana negara. Isu buli memberi pengaruh yang sangat besar dan akn menjejaskan prestasi serta kesihatan mental dan fizikal pelajar sekiranya tiada tindakan segera daripada mana-mana pihak untuk mengawalnya. Oleh itu, isu buli perlu dibendung agar dapat mewujudkan suasana sekolah yang positif dan aman serta dapat menjaga nama baik institusi pendidikan di Malaysia.

Terima kasih🙃

MELIA ANAK GENDAL (157686)
Isu pendidikan yang dipilih dan dirungkaikan oleh saudari berdua sememangnya sangat hangat sebelum dan selepas wabak covid-19 melanda. Isu berkaitan dengan sahsiah pelajar iaitu gejala buli sering diperkatakan dari dahulu hinggalah sekarang,seakan-akan tiada titik noktah. Boleh dikatakan hampir setiap hari isu buli ini menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Gejala buli ini bukan sahaja memberikan impak negatif kepada mangsa buli bahkan juga memberi impak kepada sistem pendidikan itu sendiri. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita mesti peka terhadap gejala buli ini dan bersama mengatasi gejala buli ini agar dapat mewujudkan suasana sekolah yang sifar buli. Isu pendidikan yang kedua pula ialah isu pembelajaran dalam talian. Isu ini tidak asing lagi dalam sistem pendidikan kita sejak Covid-19 melanda dunia kerana kelas secara bersemuka tidak dibenarkan untuk mengurangkan penularan wabak. Pembelajaran dalam talian ini merupakan sesuatu perkara yang baharu dan perubahan yang positif dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana telah memberikan impak positif terhadap keberkesanan pembelajaran. Namun begitu, pembelajaran dalam talian akan memberikan impak negatif jika tidak digunakan secara berhemah. Oleh itu, sebagai bakal guru, pentingnya untuk kita memberikan panduan penggunaan gajet dengan betul serta menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar supaya mereka menggunakan teknologi digital dengan betul.

ROSDINA AINA BT RIDZUAN (158099)
Semejak pandamik Covid-19 melanda, isu pembelajaran atas talian kini tidak asing lagi didengari. Para pelajar dan guru perlu menjalankan pengajaran dan pembelajaran (Pdp) secara atas talian kerana sekolah terpaksa ditutup. Pada mulanya, pembelajaran secara atas talian atau dipanggil pengajaran dan pembelajaran di rumah (Pdpr) ini agak sukar dijalankan kerana kebayakan pelajar tidak terbiasa dengan keadaan tersebut. Namun begitu, lama-kelamaan situasi ini telah menjadi kebiasaan kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan bahawa Pdpr ini telah meninggalkan kesan negatif terhadap para pelajar. Antaranya, pelajar sukar untuk fokus dek kerana mempunyai masalah internet, kesihatan mata akan mula terjejas dan pelajar akan bermalas-malasan.

Bagi isu buli pula, memang kita tidak dapat nafikan bahawa isu ini telah terjadi sejak dahulu lagi. Isu buli ini sukar untuk ditangani kerana sikap pelajar itu sendiri yang cepat memberontak, namun faktor persekitarannya juga turut menyumbang kepada isu ini terus berlaku. Contohnya, keadaan keluarganya yang sering bergaduh, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi. Jika kita lihat pada musim padamik ini, isu buli ini masih lagi berlaku walaupun pembelajaran sudah dijalankan secara atas talian. Para pelajar kini tidak membuli secara fizikal, akan tetapi mereka membuli secara mental melalui aplikasi-aplikasi tertentu yang mampu menyebabkan sesorang tertekan. Oleh itu,sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa mengambil berat tentang para pelajar walaupun kini tidak berjumpa secara bersemuka.

NUR AFIQAH BINTI RAZAK (156851)
Isu pendidikan mula mendapat perhatian massa terutamanya apabila sesi persekolahan bermula dengan pendekatan PdPR secara dalam talian ekoran pandemik COVID-19. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya para pelajar dan guru. Hal ini demikian kerana pembelajaran secara dalam talian agak mencabar lebih-lebih lagi pelajar luar bandar yang mempunyai akses internet yang terhad dan ketiadaan peranti elektronik untuk belajar. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk mengikuti kelas yang diadakan. Namun begitu, terdapat segelintir guru mengambil inisiatif dengan bertindak mengepos bahan pembelajaran kepada pelajar yang mempunyai masalah internet bagi mengelakkan para pelajar mereka ketinggalan dalam pembelajaran.

Seterusnya, isu buli di sekolah yang berlarutan sejak sekian lama perlu ditangani menerusi pendekatan tuntas dan menyeluruh. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pelajar sekolah menganggap perbuatan membuli pelajar lain sebagai tradisi seperti pukul-memukul, sepak terajang,ejek-mengejek dan sebagainya. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai impak negatif terutamanya kepada mangsa pembuli di mana mereka berasa trauma untuk ke sekolah, hilang semangat untuk belajar, perubahan tingkah laku dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak tidak wajar hanya bercakap mengenai hukuman dan pelaporan serta pemantauan semata-mata sebaliknya mengambil tindakan yang lebih tegas dan rasional agar hukuman yang dikenakan kepada pembuli itu setimpal dengan perbuatan mereka.

NURUL ANIS BINTI MOHD FISOL (156173)
Melalui topik yang dibentangkan, saya dapat mengetahui tentang isu pendidikan yang berlaku di negara kita seperti isu pembelajaran atas talian, isu buli, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Isu pendidikan ini penting untuk diketahui oleh pendidik kerana guru juga memainkan peranan dalam mengatasi isu-isu tersebut. Guru perlulah sentiasa bersedia dalam berhadapan isu pendidikan di Malaysia. Contohnya, dalam isu pembelajaran atas talian, guru hendaklah bijak menyelesaikan cabaran pelajar yang tidak memiliki akses dan peranti elektronik untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian dengan menyediakan bahan-bahan tersebut agar pelajar yang terjejas boleh mengambil bahan-bahan tersebut di sekolah. Keadaan ini membolehkan pelajar tersebut tidak tercicir dalam pembelajaran. Selain itu, isu buli yang ditekankan oleh pembentang juga perlu diberikan perhatian oleh para guru. Hal ini demikian kerana isu buli ini dapat memberikan impak yang negatif bagi mangsa buli yang menyebabkan pelajar yang dibuli berasa takut dan trauma. Jadi, pihak sekolah dan guru-guru hendaklah bekerjasama dalam menangani isu ini daripada berleluasa di sekolah. Secara keseluruhannya, guru memiliki tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul. Seorang guru perlulah memberikan komitmen yang terbaik dalam mendidik generasi kini agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti pada masa hadapan. Tuntasnya, isu pendidikan ini perlu diatasi dengan bantuan kerjasama oleh semua pihak agar dapat mencapai matlamat pendidikan yang telah ditetapkan.

NURUL ATHIRAH BT MOHD ZAILANI (157354)
Mengenai topik yang telah dibentangkan, kita dapat mengetahui pelbagai isu pendidikan terutamanya isu pembelajaran atas talian dan gejala buli. Seperti yang kita tahu, isu pembelajaran dalam talian kini menjadi topik yang hangat di negara kita. Hal ini berlaku disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang memerlukan para pelajar dan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian kerana sekolah terpaksa ditutup. Untuk para pelajar yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, mereka merasakan pembelajaran dalam talian memberikan cabaran yang besar untuk mereka kerana capaian internet yang rendah menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan sukar untuk mengikuti proses PdP. Oleh itu, pihak sekolah serta para guru perlu mengambil tindakan dengan menghantar barang kepada para pelajar yang berlaku kekangan.

Seterusnya, isu gejala buli ini tidak asing lagi negara kita, hari ke hari kita sentiasa dengar dalam media massa berlakunya buli di sekolah-sekolah. Seperti yang kita lihat pembentangan tadi, terdapat dua jenis buli iaitu buli fizikal seperti menumbuk, sepak dan buli mental pula seperti mengejek. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dan memberi impak yang negatif kepada mangsa buli menyebabkan mereka takut untuk datang ke sekolah. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani isu gejala buli daripada terus berleluasa

NURUL NATASHA FATIHAH BINTI MOHD ABDULLAH (158040)
Isu pendidikan di Malaysia merupakan tajuk yang hangat diperkatakan sekarang. Jadi, melalui pembentangan saudari Nailah dan Afifah, saya dapat mengetahui pelbagai isu. Sebagai contoh, isu buli dan pembelajaran atas talian. Buli adalah perkara yang perlu dielakkan dan dihapuskan dalam kehidupan anak-anak pelajar. Umum kita tahu bahawa buli ialah kejadian mengasari seseorang yang lemah untuk memdapatkan kepuasan diri. Di sini, kita dapat lihat bahawa guru merupakan salah seorang individu utama yang berperanan menghalang gejala buli ini dari terus berlaku dan memberikan kesan yang negatif. Contohnya, sentiasa mengambil serius tentang perkara ini, adakan kempen jauhi buli dan banyak lagi. Bagi isu pembelajaran secara atas talian pula, ia merupakan isu yang tidak asing lagi bagi negara kita sekarang memandangkan negara kita masih bergelut dengan wabak Covid-19. Impaknya, kebanyakkan  institusi pendidikan telah ditutup dan berlaku penggiliran pembelajaran. Pilihan utama untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran adalah melalui pengajarn secara atas talian. Namun, timbul pelbagai cabaran utuk meneruskan pembelajaran ini. Kebanyakan pelajar adalah berasal dari keluarga b40 yang tidak mempunyai keperluan yang cukup untuk mengakses bahan pembelajaran. Bukan itu sahaja, kebanyakan pelajar tidak mempunyai telefon pintar, mempunyai masalah capaian Internet dan mereka tidak terlalu arif menggunakan aplikasi terkini. Kesannya, berlakulah keciciran dalam pembelajaran. Akhir kalam, isu yang diketengahkan oleh pembentang perlulah diatasi dan ditangani dengan kadar yang segera agar dapat mencapai matlamat pendidikan seiring dengan Fal;safah Pendidikan Negara.

NUR AYUMI BINTI DARAMAN (157863)
Pada era globalisasi ini, isu pembelajaran dalam talian tidak asing lagi pada dunia hari ini lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda wabak COVID-19. Pembelajaran dalam talian merupakan satu platform yang penting agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran oleh sebab sekolah-sekolah ditutup untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Hal ini demikian kerana guru akan mengajar murid-murid dalam talian menggunakan aplikasi Webex,WhatApps, dan Telegram. Hal ini menyebabkan murid harus memiliki peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer untuk mengikut pembelajaran. Jika murid yang ibu bapanya berkemampuan tidak akan menimbulkan sebarang masalah, tetapi hal ini telah menimbulkan kekangan terhadap murid yang tinggal di luar bandar untuk mengikuti PdPr. Hal ini demikian kerana kebanyakan murid yang tinggal di luar bandar adalah terdiri daripada golongan B40 yang menyebabkan sukar untuk mereka memiliki peranti elektronik serta jaringan internet yang baik. Selain itu, pembelajaran dalam talian ini jauh berbeza dengan pembelajaran bersemuka di sekolah. Hal ini juga menyebabkan murid hilang semangat untuk mengikut PdPr dalam talian oleh sebab kerana perlu menghadap peranti elektronik sahaja sekali gus menyukarkan murid untuk mengikut proses PdPr. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah memandang serius isu ini agar isu keciciran murid di negara kita dapat dibendung.

Selain itu, isu buli di sekolah semakin berleluasa di negara kita. Isu buli sama ada secara fizikal mahupun mental sentiasa menjadi-jadi. Hal ini telah menjadi kebiasaan walaupun isu ini merupakan isu negatif. Malahan, murid sekarang bangga dengan perbuatan negatifnya seperti merekod perbuatan buli fizikal dan memuat naik dalam youtube. Jika isu ini tidak dipandang serius sudah tentu generasi akan datang rosak. Oleh itu, pihak berkenaan haruslah mengambil langkah untuk mengurangkan isu buli di sekolah agar generasi akan datang dapat menjadi peneraju negara yang berwibawa.