IIP2002 - E-PORTFOLIO WAN KHAIRIN IMAN by WAN KHAIRIN IMAN WAN MOHAMAD PAKRI

About Me :
Wan Khairin Iman binti Wan Mohamad Pakri is currently a student at Department of Syariah and Law, University of Malaya. She recently completed her foundation studies in Islamic Studies at the Academy of Islamic Studies, University of Malaya in 2023. Wan Khairin Iman attended Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin , Klang and managed to get 11 A’s in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Now, Wan Khairin Iman has actively been organizing numerous programs as a committee member of Exco Hal Ehwal Wanita, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam (PMAPIUM) session 2023/2024 and also one of committee member of Syariah and Law Society (SALSOC) session 2023/2024.

As Wan Khairin Iman grows older, her dreams of becoming a lawyer becomes clearer as she now got to further her studies in Syariah and Law course. The quotes that Wan Khairin Iman’s believe and hold up until now is “There are no mistakes in life, only lessons”. She believed that this quote helps her to not be in a long grief whenever she felts like she is making a bad decision and helps her think that everything happened for a reason.

Reflective question to ask yourself:
1) What is your strength?

: One of my strengths is that I can easily adapt with new things such as surroundings, people, tasks and responsibilities. As I entered degree life, I tend to go out of my comfort zone and experience a lot of things that I have never did before. After a while, I started to realize that I can do a lot of things easily than I thought after I learn about it.

2) What is your weakness?

: One of my weaknesses is that I am not a brave person and is likely a shy person. For some cases, it would take me to gather some strength when I need to do something in front of new people such as interviews or public speaking.

3) Areas for improvement

: After I identified my weakness, I believe that the key for me to improve myself are I need to engage myself with a lot of people that are strangers to me in order for me not to always rely on my friends. I also need to put a mindset that being brave for a good purpose is a must.

REFLEKSI 1 : KONSEP HARTA DAN PEMILIKAN
KONSEP HARTA :
Setelah mempelajari bab harta, saya mudah memahami konsep harta ini dengan melihat kepada takrif dari segi bahasa nya iaitu harta sebagai apa yang dimiliki oleh manusia dari perkara-perkara yang ada disekililingnya. Manakala, berlaku khilaf antara fuqaha-fuqaha berkaitan dengan takrif harta dari segi istilah. Imam Hanafi menyatakan hart aitu perlu benda yang berupa objek material, faedah atau manfaat tanpa fizikal barang tidak diiktiraf sebagai harta. Namun, jumhur ulama’ mengiktiraf kedua-dua bentuk iaitu benda yang berbentuk material dan manfaat turut dikira sebagai harta.

Para fuqaha turut membahagikan harta kepada beberapa bahagian iaitu :

Mal Mutaqawwim dan Ghair Mutaqawwim

: Mal Mutaqawwim ialah harta yang boleh diambil manfaatnya menurut syara’ atau semua harta yang baik jenisnya maupun cara memperoleh dan penggunaanya. Manakala, mal ghair mutaqaqqim ialah harta yang tidak boleh diambil manfaatnya, baik jenisnya, cara memperolehnya maupun cara penggunaanya.

Mal Mithli dan Mal Qimi

: Harta yang ada persamaannya dalam kesatuan-kesatuannya, dalam arti dapat berdiri sebagiannya di tempat yang lain tanpa ada perbedaan yang perlu dinilai. Manakala, Mal Qimi pula adalah harta yang tidak mempunyai persamaan tetapi ada perbezaan menurut kebiasaan antara kesatuannya pada nilai.

Mal Istihlak dan Mal Isti’mal

: Mal istihlak adalah sesuatu yang tidak dapat diambil kegunaan dan manfaatnya, kecuali dengan menggunakan dan merosakkan zatnya. Manakala, mal isti’mal adalah harta yang dapat digunakan berulang kali tanpa rosak zatnya.

Mal Manqul dan Mal Ghair al-Manqul

: Mal Manqul adalah sesuatu yang dapat dipindahkan dan diubah dari tempat satu ketempat yang lain, baik tetap pada bentuk dan keadaan semula ataupun berubah bentuk dan keadaannya dengan perpindahan dan perubahan tersebut. Manakala, Mal Ghair Al-Manqul ( Mal Al-‘Aqar ) ialah segala sesuatu yang tetap (harta tetap), yang tidak mungkin dipindahkan dan diubah kedudukannya dari satu tempat ke tempat yang lain.

Harta Tunai ( Nuqud ) dan Tawaran ( ‘Arudh )

: Harta tunai ( Nuqud ) ialah apa yang diterima umum sebagai medium pertukaran dan ukuran nilai barang dan perkhidmatan. Manakala, Tawaran ( ‘Arudh ) ialah harta yang bukan berupa wang tunai yang merupakan sebahagian daripada harta berdasarkan kepelbagaian jenis dan bentuknya seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, hartanah dan semua jenis harta.

Harta Zahir dan Harta Batin

: Harta Zahir ialah harta yang boleh diketahui, dikenali dan dihitung. Harta Zahir juga bermaksud harta yang jelas kelihatan bentuknya. Manakala, harta batin pula adalah harta yang boleh dan dibenarkan kerahsiaannya dari pengetahuan orang ramai.

Mal Nami dan Mahl Ghair Nami

: Mal nami ialah harta yang berkembang. Mal Nami bermaksud harta yang berkembang, meningkat dan bertambah atau menjadi semakin banyak. Manakala Mal Ghair Nami pula bermaksud harta yang tidak berkembang atau bertambah iaitu harta yang diambil oleh individu bagi tujuan kegunaan peribadi.

KONSEP PEMILIKAN :

Secara ringkas, saya memahami pemilikan dengan maksud istilahnya iaitu Al-Milkiyyah atau pemilikan bermaksud hubungan antara individu dengan harta yang menjadikan seseorang itu sahaja yang berhak ke atas sesuatu harta tersebut yang tidak dikongsi dengan orang lain. Dalam hal ini, pemilik harta tersebut mampu untuk berbelanja, bertindak dan menguruskan harta itu dengan cara atau jalan yang dibenarkan oleh syarak.

Terdapat beberapa lafaz yang berkaitan dengan pemilikan ini iaitu yang pertama adalah Al-Ibahah yang bermaksud keizinan. Dalam kata lain, Al-Ibahah bermaksud keizinan membuat sesuatu tindakan apa yang disukai oleh pemilik. Kedua, terdapat lafaz Al-Ikhtisas yang bermaksud pengkhususan.

Didalam konsep pemilikan ini, saya turut mempelajari terdapat dua jenis pemilikan , iaitu pemilikan sempurna dan pemilikan tidak sempurna. Pemilikan sempurna bermaksud seseorang itu atau pemilik harta tersebut memiliki fizikal dan manfaat harta tersebut. Manakala pemilikan tidak sempurna bermaksud pemilik harta tersebut hanya memiliki salah satu iaitu sama ada memiliki fizikal harta tersebut atau hanya manfaat harta tersebut.

Terdapat juga sebab-sebab perolehan pemilikan bagi pemilikan sempurna iaitu memperoleh dengan cara diizinkan, kontrak pemindahan milik hartanah, pewarisan daripada harta yang ditinggalkan dan latar belakang individu yang layak menerimanya. Manakala, sebab-sebab perolehan pemilikan bagi pemilikan tidak sempurna adalah manfaat dari kemudahan awam,memanfaatkan pemilikan-pemilikan persendirian, kontrak memindahkan hak milik yang bermanfaat, manfaat pusaka  klausa manfaat dalam kontrak pampasan dan tempoh yang lama dibiarkan kerana kejahilan disebabkan oleh kebenaran.

REFLEKSI 2 : RUKUN DAN SYARAT AKAD
RUKUN-RUKUN AKAD

Rukun akad yang pertama ialah sighah akad.

: Sighah akad pada istilah fiqh ialah lafaz dan ungkapan yang membentuk akad. Para Fuqaha berbeza pandangan dalam memberi definisi bagi ijab dan kabul. Golongan al-Hanafiah berpendapat bahawa ijab adalah apa sahaja yang terzahir dahulu dari salah satu pihak berakad, dan kabul adalah apa sahaja yang terzahir kemudian dari pihak kedua yang berakad kerana penerimaan berlaku berdasarkan dari ijab pihak pertama.

Adapun majoriti para Fuqaha dari kalangan al-Malikiah, al-Syafi'iah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa ijab adalah apa yang terzahir daripada pihak yang mempunyai pemilikan sama ada ia dizahirkan dahulu atau dizahirkan kemudian. Adapun kabul, apa yang terzahir daripada pihak yang akan memiliki hak pemilikan sebagai bukti penerimaannya daripada ijab pihak lain walaupun ia dizahirkan dahulu daripada ijab. Pendapat yang rajih dalam memberi definisi ijab dan kabul adalah pendapat al-Hanafiah.

Sighah akad juga boleh terdiri daripada ungkapan,perbuatan dan diam.

Rukun akad yang kedua ialah dua pihak yang berakad.

: Individu yang berakad perlulah mempunyai ciri-ciri Al-Ahliyyah (kelayakan) . Ciri ini adalah sifat yang ditetapkan oleh syara' pada seseorang yang menjadikannya layak untuk diberi tanggungjawab dalam hak- hak dan perkara-perkara wajib dan layak pada perbuatan dan tindakannya untuk diterima.

Jenis Al-Ahliyyah terbahagi kepada dua iaitu Ahliah al-wujub أهلية الوجوب dan : Ahliah al-Ada’ أهلية الأداء .

1.     أهلية الوجوب

1.         أهلية الوجوب الناقصة (dalam kandungan – sebelum kelahiran)

2.         أهلية الوجوب الكاملة (daripada lahir sehingga mumayyiz)

2.     أهلية الأداء

1.     أهلية الأداء الناقصة ( mumayyiz sehingga baligh )

2.     أهلية الأداء التامة ( bermula daripada umur baligh sehingga kematian )

Rukun akad ketiga adalah subjek akad.

: Akad tidak akan wujud melainkan dengannya. Di dalam Akad Mu'awadat (pertukaran dua item), subjek akad adalah dua item pertukaran yang terdiri daripada barang dan wang dalam akad jual beli dan manfaat serta upah dalam akad sewa. Di dalam Akad Tabarru'at (sumbangan), subjek akad adalah suatu yang ingin disumbang, manfaat atau selainnya. Berdasarkan ini, item yang ditukar atau suatu yang disumbang dan 'Iwad (wang gantian) termasuk dalam subjek akad. Oleh itu, rukun ini merangkumi dua perkara iaitu: item yang ditukar atau suatu yang disumbang dan 'Iwad (wang gantian).

SYARAT-SYARAT UMUM AKAD

Antara syarat akad adalah pertama, ijab masih kekal sah selepas ia dilafazkan. Kedua, kehendak pihak berakad bebas daripada aib (kecacatan).

Antara aib-aib (kecacatan) tersebut ialah :

1.     Ikrah (paksaan)

2.     Ghalat (kesilapan)

3.     Tadlis (penipuan)

4.     Ghabn (penyelewengan)

Ketiga, Qabul adalah selari dengan ijab. Keempat, Qabul hendaklah bersambung dengan Ijab. Kelima, akad mestilah akad yang memberi faedah. Keenam, syarat-syarat khusus akad mestilah dipenuhi.

REFLEKSI 3 : KECACATAN AKAD
Terdapat beberapa kecacatan akad yang saya telah pelajari iaitu :

Ikrah (paksaan)

: Ikrah pada bahasa ialah membebani seseorang dengan perkara yang tidak disukainya. Dan ikrah pada istilah pula ialah "mewajibkan dan memaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai seseorang pada tabiat asalnya dan pada syara', dan ia terpaksa didahulukan dari ketidakrelaan bagi menolak sesuatu yang lebih buruk berlaku ke atas dirinya.

Para Fuqaha telah membahagikan kesan paksaan dalam akad kepada dua bahagian:

Bahagian pertama : Akad yang tidak boleh dibatalkan dan gurauan tidak memberi kesan padanya seperti akad nikah, talak. Bahagian kedua: Akad yang boleh dibatalkan dan gurauan yang memberi kesan padanya seperti akad jual beli, sewa, wasiat.

Ghalat (kesilapan)

: Ghalat pada bahasa ialah jauh dari kebenaran. Dikatakan: Dia tersalah dalam menyatakannya; jika dia menyalahi apa yang betul. Ghalat pada istilah pula ialah sangkaan yang ada di dalam fikiran yang beranggapan bahawa perkara itu begini sedangkan ia bukanlah begitu.

Dalam keadaan ghalat pada zat, akad tidak sah kerana perbezaan jenis menjadikan subjek akad itu seakan tidak wujud dan akad pada barang yang tidak wujud adalah terbatal. Adapun dalam keadaan ghalat pada sifat, ia perlu dipisahkan antara dua perkara: subjek akad ada di dalam majlis akad dan subjek akad tiada di dalam majlis akad.

Tadlis (Penipuan)

: Apabila dia menyorokkan aib barang daripada pembeli dan menyembunyikan. Para Fuqaha bersepakat bahawa tadlis dengan sesuatu yang di dalamnya ada helah untuk memperdaya pihak berakad yang lain memberi kesan pada kelaziman (kelangsungan) akad. Pihak yang ditipu memiliki hak khiyar untuk meneruskan akad atau membatalkannya

Ghabn (penyelewangan item pertukaran)

: Ghabn pada bahasa adalah daripada seseorang yang menyeleweng dalam jual dan beli; apabila dia mengurangkan sesuatu dalam jual beli itu. Dari segi istilah, para Fuqaha ialah mengurangkan pada salah satu dari dua item pertukaran di mana salah satunya itu akan jadi lebih sedikit dari kadar yang sepatutnya menyamai item pertukaran lain ketika berakad

Para Fuqaha bersepakat bahawa ghabn yang banyak memberi kesan pada akad harta awam seperti wakaf dan harta Baitulmal. Akad seumpama ini dengan sendiri akan terbatal dan tertolak

MIND MAP 1 : REASONS FOR THE POSSESSION

MIND MAP 2 : SHUF'AH (PRE-EMPTION)

PENGALAMAN MENGGUNAKAN E-PADLETS
Sepanjang melaksanakan e-portfolio Fiqh Al-Muamalat ini, saya memperolehi pelbagai maklumat baharu berkaitan dengan pelaksanaan tugasan dengan kaedah e-portfolio. Platform yang digunakan iaitu E-Padlets ini dapat membantu ramai daripada kalangan mahasiswa dalam mengulangkaji pelajaran serta membantu mereka dalam menghasilkan nota-nota pelajaran yang efektif.

Seperti yang kita ketahui, pada abad ke-21 ini, pembelajaran buku yang memiliki ayat huraian yang panjang dilihat semakin kurang efektif disebabkan ramai daripada kalangan pelajar tidak gemar membaca dan lebih tertarik akan huraian yang lebih padat dan jelas sahaja.

Oleh itu, saya melihat bahawa pembelajaran menggunakan e-portfolio seperti yang boleh di akses melalui E-Padlets, Google Sites dan lain-lain adalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang terbaik untuk generasi baharu.

Setelah menyelesaikan Kolum 1, 2, 3, dan juga 4, saya mendapati bahawa e-portfolio ini telah membantu saya dalam memahami bahagian-bahgain di dalam tajuk tersebut yang dahulunya tidak berapa jelas kepada saya. Namun, setelah melaksanakan e-portfolio ini, saya pasti bukan hanya saya sahaja yang mendapat gambaran jelas mengenai sebuah topik tersebut, namun mereka yang boleh mengakses E-Padlets saya ini juga turut boleh memahami nya juga.

Akhir sekali, pembelajaran secara e-portfolio ini juga bukanlah merupakan satu perkara baharu yang sukar bagi saya. Pada awalnya, e-portfolio ini kelihatan sukar, namun setelah saya kemaskini bahan-bahan pembelajaran di E-Padlets, proses pembelajaran itu kelihatan lebih teratur dan mudah bagi setiap mahasiswa untuk melihat bahan-bahan pembelajaran yang terdapat di E-Padlets ini.