TEKNOLOGI HIJAU: Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar by

Definisi Teknologi Hijau
Menurut Zaini (2011), teknologi hijau merujuk kepada teknologi alam sekitar yang mengaplikasikan sains alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi serta membendung kesan negatif aktiviti manusia. Teknologi juga boleh ditakrifkan sebagai pelbagai produk, perkhidmatan dan proses yang memanfaatkan bahan-bahan yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yanag dapat mengurangkan penggunaan sumber semula jadi, pelepasan dan bahan buangan berbahaya (Rosnani, 2008).

Pengenalan terhadap teknologi hijau adalah penyelesaian terbaik dalam memenuhi tenaga yanag semakin meningkat dalam kekangan kemerosotan alam sekitar. Menurut Wan Nazri Zulkfli et al. (2012)Teknologi turut memaikan peranan penting dalam pembangunan mampan dan turut digunakan dalam pemprosesan sumber semula jadi untuk keperluan manusia bagi meningkatkan kualiti hidup.

Konsep Teknologi Hijau
Konsep teknologi Hijau merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Ia meminimumkan degrasi persekitaran.

Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar.

Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.

Menjimatkan tenaga dan sumber asli.

Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Pandangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meyakini teknologi hijau dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan. Teknologi hijau juga berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam. Di Malaysia, sejak Dasar Teknologi Hijau Negara di lancarkan pada tahun 2009, sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tenaga, teknologi hijau dan air. Kemudian, Malaysian Green Technology Corporation ditubuhkan sebagai penggerak dan pelaksana kepada KeTTHA bagi memandu usaha membangunkan dan mempromosi teknologi hijau di Malaysia.

Pencemaran Air
Isu utama alam sekitar yang saya pilih ialah isu pencemaran air akibat daripada aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan oleh manusia. Isu ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Salah satunya adalah daripada sikap manusia itu sendiri yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya. Menurut Berita Harian Metro (2021), hanya 53 peratus lembangan sungai di Malaysia dikelaskan sebagai sungai bersih, manakala 42 peratus adalah sungai tercemar dan bakinya dikategorikan sebagai tercemar teruk.

Pembuangan Sampah Sarap ke Dalam Sungai
Seterusnya, Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai turut memberikan kesan yang buruk kepada sungai apabila semua sisa buangan domestik dan sampah sarap dibuang ke dalamnya. Bahan-bahan terbuang dan plastik sampah akan terapung pada permukaan sungai malah warna air sungai akan turut bertukar kepada kehijau-hijauan dan kehitam-hitaman daripada warna yang asal iaitu warna jernih.

Aktiviti Pertanian yang Menggunakan Bahan Kimia
Selain itu, penggunaan bahan  kimia dalam sektor pertanian juga merupakan salah satu cabaran yang besar dalam mengurangkan pencemaran air. Penggunaan bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian akan memberikan impak yang negetif kepada alam sekitar seperti pencemaran punca air bersih. Petani-petani seharusnya sedar akan keburukan yang akan dihadapi sekiranya penggunaan bahan kimia terus digunakan tanpa had.

Pembuangan Sisa-sisa daripada Kilang
Perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja juga merupakan salah satu cabaran yang perlu kita hadapi. Masalah pembuangan sisa-sisa daripada kilang yang dibina berhampiran sungai akan dialirkan terus ke dalam sungai untuk melupuskan sisa buangan dengan cara yang lebih mudah tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal dihadapi kelak. Ini dilakukan bagi menjimatkan kos pelupusan sisa tersebut. Sikap pengusaha kilang yang terbabit dapat diibaratkan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.” Bahan kimia dan sisa toksik yang terdapat daripada sisa-sisa kilang tersebut akan mencemarkan sungai. Perbuatan ini juga akan merendahkan kualiti air dan menyebabkan hidupan-hidupan akuatik di dalam air mati.

Perbandingan Status Kualiti Sungai
Pada tahun 2021, kualiti air sungai Malaysia dilihat semakin baik apabila didapati 75% daripada lembangan sungai dikategorikan sebagai bersih hasil pemantauan Jabatan Alam Sekitar negara. Menurut tinjauan menyeluruh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)pada tahun 2022 ada juga memperincikan tinjauan terhadap 144 lembangan sungai utama di Malaysia itu menunjukkan sekitar 20.1 % sungai dikategorikan sederhanatercemar, diikuti 4.9% pula dikategorikan tercemar.

Perbandingan Kualiti Air Sungai Berdasarkan Sub-Indeks BOD (2008-2020)
Berdasarkan sub-indeks BOD, 352 sungai yang dikategori sebagai bersih pada tahun 2020 pada rajah di atas. Bilangan sungai yang tercemar dari segi sub-indeks BOD telah menurun daripada 289 pada tahun 2019 kepada 84 sungai pada tahun 2020. Peningkatan kualiti air sungai dari segi sub-indeks BOD ini adalah disebabkan oleh pengurangan pelepasan bahan buangan yang bersifat organik daripada pelbagai punca seperti air sisa industri, serta aktiviti komersil dan domestik.

Rumusan berdasarkan dua jenis perbandingan status kualiti air di Malaysia
Berdasarkan perbandingan yang dapat dilihat, pada tahun 2020 dan 2021 tidak berlaku pencemaran air yang terlalu ketara berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Hal ini dikatakan demikian kerana berlaku Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Aktiviti-aktiviti harian yang sepatutnya dilakukan oleh setiap orang terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Perkara ini memberikan kesan yang positif kepada alam sekitar kerana tidak berlaku sebarang pencemaran yang disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri. Manakala  sebelum tahun 2020 dan 2021,  peningkatan pencemaran sungai dikatakan agak tercemar dan tidak bersih. Hal ini disebabkan aktiviti manusia yang tidak terkawal.

Kondensasi Air Mesra Alam
Bagi mengatasi isu yang dinyatakan di atas iaitu pencemaran air di negara kita, saya telah mencadangkan satu produk teknologi hijau yang diberi nama Kondensasi Air Mesra Alam Penggunaan pencuci mesra alam ini memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

Bahan-bahan yang Diperlukan untuk Menghasilkan Kondensasi Air Mesra Alam
Kertas Lutsinar

Bekas

Straw

Air (air laut, air sungai, dan sebagainya)

Kotak

Batang aiskrim

Kadbot hitam

Contoh Kondensasi Air Mesra Alam

Kebaikan Kondensasi Air Mesra Alam
Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperoleh melalui produk ini.

Produk ini selamat digunakan kerana tiada bahan yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar. Produk ini juga tidak menggunakan sebarang tenaga elektirik kerana produk ini hanya menggunakan cahaya matahari yang merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Selain itu, produk ini juga dikatakan boleh menjimatkan penggunaan air dan elektrik. Kos yang digunakan pula hanya Rm 23.1 sahaja. Penggunaan kotak kitar semula juga digunakan bagi menjimatkan kos dan memelihara alam.

Kebaikan Produk:

Mesra alam

Murah

Tiada bahan kimia

Bahan yang digunakan sedikit

Mudah dihasilkan

Kelemahan Kondensasi Air Mesra Alam
Keburukan yang dapat dikenalpasti berkaitan produk ini memerlukan iklim yang lembab. Produk ini mungkin kurang efektif atau tidak sesuai digunakan di kawasan yang memiliki iklim kering atau kelembapan udara yang rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana proses kondensasi memerluka kelembapan yang mencukupi untuk menghasilkan air.

Keburukan Produk:

Mengambil Masa

Berfungsi pada waktu siang

Jisim yang berat

Mudah pecah

Kuantiti air yang sedikit

Prinsip Tanggungjawab Bagi Setiap Individu
Sebagai seorang individu atau rakyat yang tinggal atau duduk di tempat yang sama, kita seharusnya sentiasa bertanggungjawab bagi menjamin keharmonian alam sekitar. Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degrasi alam sekitar yang berlaku disebabkan perbuatannya sendiri. Contohnya, apabila seseorang membuang sampah ke dalam sungai, perbuatan ini seolah-olah seseorang itu cuba meracuni orang yang mendiami tempat tersebut. Hidupan akuatik yang berada di dalam sungai tersebut juga akan mati. Perkara ini akan memberikan kesan buruk kepada para nelayan untuk mencari rezeki. Menurut Ismail et al. (2010), sungai merupakan sumber alam yang penting dari segi sumbangannya kepada kehidupan manusia dan pembangunan negara. Hal ini kerana sungai adalah nadi sumber semula jadi yang membekalkan air bagi keperluan domestik, bekalan air pertanian, industri, pengairan, dan penjanaan tenaga hidro elektrik.

Prinsip Mencintai Persekitaran
Nilai ini melibatkan seseorang untuk sentiasa mengenali alam sekeliling agar dapat mempunyai rasa cinta terhadap persekitaran tersebut.  Prinsip ini melibatkan kesedaran akan kepentingan dalam menjaga dan memelihara alam sekitar untuk kebaikan bersama.  Menurut Kasnoon (2013), kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut, aktiviti kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit merupakan antara punca utama pencemaran sungai berlaku. Berdasarkan kenyataan yang dinyatakan oleh Kasnoon (2013) tersebut, setiap individu seharusnya sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar kerana sikap kurang peka segelintir individu ini akan memberikan banyak kesan buruk kepada alam sekitar malah sistem hidupan akuatik juga akan turut terganggu. Oleh itu, setiap orang seharusnya mempunyai perasaan cinta akan persekitaran agar persekitaran kita akan sentiasa dapat dijaga dengan baik.

Prinsip Kehidupan Seimbang
Nilai-nilai alam sekitar dalam prinsip kehidupan seimbang ini juga penting.  Perkara-perkara yang terbaik di dalam hidup bukan sahaja kebendaan, perasaan kebahagian perlu diambil kira namun keseimbangan alam juga merupakan keutamaan yang penting bagi mewujudkan kehidupan yang seimbang.  Nilai ini mendidik kita supaya sentiasa menjaga sumber alam dan mempertahankan alam untuk kelangsungan bagi masa akan datang.  Penggunaan tenaga tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, bahan api fosil dan sebagainya seharusnya dikurangkan bagi menjamin keseimbangan alam. Contohnya, penggunaan solar yang memerlukan tenaga daripada cahaya matahari akan membantu dalam memastikan keseimbangan alam terjamin.

Kekurangan Air di Malaysia
Masalah kekurangan air di Malaysia juga merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak. Masalah ini banyak memberi kesan buruk kepada penduduk setempat.Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan air dalam urusan harian dalam kehidupan harian merupakan satu keperluan. Menurut Ilah Hafiz Aziz (2023), satu daripada empat orang atau 2 billion orang kekurangan air minuman selamat. Beliau juga menyatakan bahasa 5 billion penduduk dunia dijangka alami masalah kekurangan bekalan air, menjelang 2050. Permintaan air global diunjurkan meningkat sebanayak 55 peratus menjelang 2050 (Ilah Hafiz Aziz, 2023).

Gangguan Bekalan Elektrik di Malaysia
Berdasarkan pautan di atas, kita dapat lihat bahawa gangguan tenaga elektrik di Malaysia boleh menganggu aktiviti harian manusia.

Penutup
Jelaslah bahawa teknologi hijau memainkan peranan yang penting demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Hal ini kerana, ia dapat mengatasi isu alam sekitar yang sering berlaku dengan cara mengaplikasikan produk teknologi hijau dalam kehidupan. Contohnya, berdasarkan isu pencemaran air yang saya bincangkan di bahagian atas. Bagi menangani masalah tersebut, pihak kerajaan hendaklah mengetatkan penguasaan undang-undang agar tidak berlaku pencemaran air sehingga menyebabkan krisis air atau kekurangan air dalam kehidupan harian. Pihak kerajaan juga boleh mengenakan denda yang setimpal kepada pesalah yang membuang sampah merata-rata ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan produk Kondensasi Air ini akan membantu dalam meningkatkan pengeluaran air dengan mudah tanpa memerlukan kos yang tinggi dan produk ini juga mesra alam serta selamat digunakan dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai sikap bertimbang rasa terhadap alam sekitar, kita seharusnya menjaga alam sekitar tanpa melakukan sebarang kerosakan yang menyebabkan berlakunya pencemaran yang membahayakan kehidupan.

Isu yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Penggunaan air merupakan salah satu keperluan yang utama dan diperlukan oleh semua benda hidup seperti manusia dan tumbuh-tumbuhan. Masalah di IPG Kampus Pulau Pinang yang boleh dilihat ialah masalah kekurangan air. Pelajar IPGKPP tidak dapat menggunakan air secukupnya kerana kekurangan air.  Air juga digunakan untuk mengurus diri seperti mandi, gosok gigi, cuci muka dan sebagainya. Namun apabila berlaku isu ini, maka proses pengurusan diri tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, produk Kondensasi air merupakan salah satu cara untuk mendapatkan sumber air agar dapat digunakan oleh semua pelajar.  Penggunaan produk Kondensasi Air ini dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik di IPG Kampus Pulau Pinang kerana produk ini tidak perlu menggunakan sebarang tenaga tidak boleh diperbaharui.

Kolej Kediaman Tidak Mempunyai Air
Baru-baru ini iaitu pada 23 Januari 2024, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pernah mengalami masalah kekurangan air dan isu ini mengambil masa selama tiga hari. Perkara ini telah memberi kesan kepada pelajar untuk menguruskan diri dan menyebabkan pelajar terpaksa pulang ke rumah masing untuk mengelakkan pelajar berada dalam masalah kerana tiada air.

Ketiadaan Air di IPGKPP ketika semua pelajar masih di rumah (cuti semester)
Seterusnya, pada 29 Disember 2023. Semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang tidak dapat pulang ke rumah dan terpaksa melangsungkan kuliah secara atas talian namun bagi pelajar yang terlibat dengan praktikum tidak dapat menetap di rumah kerana perlu menjalani praktikum di sekolah. Masalah ini berlaku disebabkan terdapat beberapa tempat di Pulau Pinang mengalami ganggu bekalan air. Isu ini telah menyekat proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dan pensyarah kerana semua pelajar terpaksa melaksanakan kuliah secara atas talian di rumah.

Prinsip Etika Melebihi Hukum
Dalam melindungi dan memastikan alam atau bumi terus wujud, kita seharusnya menjaga alam sekitar lebih daripada apa yang diminta oleh undang-undang. Sebagai individu yang bertanggunggjawab kita seharusnya sentiasa memastikan persekitaran alam sentiasa bersih dan harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana persekitaran merupakan tempat tinggal didiami oleh setiap individu.  Selain itu, setiap orang perlulah bertanggungjawab agar generasi masa hadapan dapat hidup dengan persekitaran yang baik. Menurut Norshahida Akma Alias (2019), yang berlaku ke atas alam sekitar bergantung kepada tahap pengetahuan individu terhadap alam sekitar. Oleh itu, seseorang itu perlulah sentiasa mempunyai pengetahuan berkaitan penjagaan alam sekitar agar mereka mampu untuk menangani isu ini dan lebih cenderung untuk menjadi individu yang lebih bertanggungjawab.

Langkah-langkah Penggunaan
Proses ini menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu matahari dan ia amat menjimatkan tenaga elektrik. Ini Protaip ini membantu dalam memelihara alam sekitar kerana dapat membantu dalam meingkatkan penggunaan air yang mencukupi.

Rujukan Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau