Just be yourself by

contoh tokoh kerje khusus sejarah f1
Salasilah keluarga bermaksud asal usul keturunan sesebuah keluarga. Carta salasilah keluarga bapa saya (Sila rujuk mukasurat 7) bermula daripada Tuan Azam Bin Tuan Baharu (lahir pada 31.12.1945) iaitu datuk saya dan Kamariah Binti Ismail (Lahir pada 06.01.1954) iaitu nenek saya. Mereka berasal daripada kampung yang sama iaitu Kuala Pueh, Kuala Berang,Terengganu.

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 1968 . Mereka mencari pendapatan dengan bekerja sebagai petani serta menoreh getah di kebun orang kampung .

Kerja harian mereka meletihkan dan ganjarannya pula cukup ala kadar tetapi datuk dan nenek tetap berbangga dengan kerja mereka. Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan sebelas orang anak, iaitu Sayed Zainal Bin Tuan Azam (ayah saya) yang dilahirkan pada 26 November 1969, Syarifah Aminah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 30 Jun 1971, Syed Ahmad Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 13 Oktober 1973,Syarifah Fatimah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 17 September 1976 , Syarifah Azliha Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 21 Januari 1979,Syarifah Ramlah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 26 Ogos 1981,Syarifah Sapura Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 17 April 1984 , Syed Raimi Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 13 Ogos 1986 , Syed Khusairi Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 7 Januari 1989, Tuan Hannah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 10 Julai 1991 dan Tuan Syahrul Adha Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 21 Mei 1994.

Hasil penat lelah bekerja setiap hari, telah menampakkan hasilnya. Datuk berjaya memberi semua anak-anaknya pendidikan yang sewajarnya sehingga mereka boleh berdikari.Sembilan daripada anak datuk saya telah menamatkan sesi persekolahan dan mendapat kerja.

Kebanyakkannya bekerja sebagai guru. Enam orang daripada mereka telah mendirikan rumah tangga. Bapa saya yang merupakan anak sulung telah berkahwin dengan Ghirwiza Binti Masor pada 22 Februari 1997 dan telah mempunyai tiga orang anak iaitu saya , adik lelaki dan adik perempuan saya. .Bapa saya kini bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kabota ,Tawau , Sabah.