KEBAIKAN INDUSTRI DESA by Laisa Syafiqah

PENDAHULUAN
Industri desa dapat ditakrifkan sebagai perusahaan yang bertempat di desa,diusahakan oleh masyarakat desa bagi menghasilkan barang-barang tradisional yang mudah.Industri ini mungkin diusahakan secara individu ,berkumpulan melalui koperasi atau syarikat perkilangan . Lazimnya,industri desa diusahakan dalam skala yang kecil ,menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan dengan kemahiran bersifat tradisonal serta hanya memerlukan pelaburan yang rendah tetapi menghasilkan pulangan yang cepat . Industri ini seperti kraftangan yang termasuklah anyaman,ukiran,sulaman serta perusahaan memproses atau membuat makanan seperti keropok , kicap dan sos cili.

ISI 1
Salah satu kebaikan industri desa ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar . sebagai contoh,kilang membuat kerepek ,sos tomato ,kraf tangan dan lain-lain lagi . Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain.Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil mereka di pasar malam,pasar tani serta di karnoval-karnival jualan . Walaupun keuntungan penjualannya tidaklah seberapa , namun sikap gigih dan rajin mereka boleh mendapat perhatian para pengguna . Oleh hal yang demikian ,jelaslah bahawa industri desa ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk diluar bandar

ISI 2
Industri desa juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung . Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya . Pengusaha memerlukan pekerja yang ramai .Sebagai contoh, kilang membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan,memasak,membungkus serta memasarkan produk mereka . Sekurang-kurangnya kilang tersebut memerlukan antara 15 hingga 20 orang pekerja uuntuk menjalankan operasinya . Dalam usaha untuk menimumkan kos serta meningkatkan produktiviti sudah tentu pengusaha akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat tempatan . Jelaslah bahawa industri desa ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah membantu negara mengurangkan masalah pengangguran

ISI 3
Pembinaan industri desa di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan . Kita sedia maklum bahawa  industri ini memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka . Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian , perikanan , atau perhutanan . Kilang membuat keropok memerlukan hasil tangkapan laut , manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi , keladi , pisang , jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung ini sukar untuk dipasarkan , kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri desa . Tuntasnya , industri ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita .

ISI 4
Menjadi pusat tarikan pelancong luar . Hal ini dikatakan demikian kerana di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama . Kewujudan industri ini dapat meningkatkan sektor perlancongan di negara kita . Kebanyakkan para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang . Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia . Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar , pasu bunga , ukiran , labu sayong , batik , songket , tikar , bakul , barangan hutan dan lain-lain . Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara . Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang kelak . Jelaslah bahawa , perkara ini bukan sahaja akan meingkatkan imej negara sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat meingkatkan ekonomi negara menerusi sektor perlancongan

PENUTUP
Jelaslah bahawa , terdapat banyak kebaikan industri desa kepada masyarakat dan negara kita . Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja . Kita perlu gigih meningkatkan kualiti industri ini kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia . Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan barangan industri ini , maka secara tidak langsung jati negara telah terserlah . Oleh hal yang demikian , semua pihak terutamanya pihak kerajaan,swasta,masyarakat,individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini . Dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan industri ini . Harapan agar barangan keluaran industri desa ini mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa .