TITAS AKTIVITI 4.1 by AiDa NaSiR

BATU BERSURAT TERENGGANU

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282. Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu. Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Pertama, BBT boleh dianggap warisan karya ulamak Melayu-Islam yang perlu dipelihara sepenuhnya, memandangkan ianya mengandungi segala butiran terpenting tentang pemikiran dan pemahaman keIslaman yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisi. Sepatutnya, BBT perlu terus dikaji agar segala intipati terpenting yang terkandung di dalamnya dapat dilestarikan pemakaiannya dalam konteks semasa. Kedua, BBT secara langsung mengandungi maklumat tentang hukum Islam sejati yang disesuaikan dengan kehendak zamannya. Ianya digubal berasaskan pemahaman yang mendalam tentang sifat hukum Islam yang syumul hasil daripada maklumat dan bantuan yang terkandung di dalam ilmu usul al-fiqh. Boleh dikatakan agak mustahil sekali BBT ini dapat digubal tanpa pengetahuan yang mendalam dalam bidang ilmu usul al-fiqh. Hal ini boleh dilihat daripada keterangan tentang struktur sumber hukum Islam, elemen kodifikasi, pengakuan terhadap adat tempatan, konsep jenayah Islam dan kuasa pemerintah Islam di dalam menguatkuasakan sesuatu peraturan yang bermanafaat bagi kelangsungan umat Melayu-Islam. Ketiga, BBT mempunyai pelbagai pengaruh dan implikasi yang berpanjangan dalam soal yang berkaitan dengan sejarah perkembangan hukum Islam di Terengganu di zaman yang terkemudian. Asas utama penetapan pelaksanaan perundangan Islam yang diletakkan oleh BBT kemudiannya telah melahirkan pelbagai pengaruh utama, seperti penetapan teori bahawa negeri Terengganu merupakan tempat yang paling awal di tanah Melayu yang menerima ajaran Islam. Penerimaan Islam ini bukan dibuat secara kosong semata-mata bahkan turut dilaksanakan secara holistik di dalam masyarakat Terengganu. Ianya boleh dijadikan sebagai precedent utama bagi membuktikan bagaimana hukum Islam pernah dijalankan sebelum pemakaian sistem perundangan barat diperkenalkan dengan kedatangan kuasa penjajah British. Keempat, pemankin utama yang mewujudkan BBT di Terengganu, 148 Jurnal Fiqh, No. 7 (2010) 107-148 iaitu institusi pendidikan Islam masih lagi memainkan peranannya yang dominan di dalam menyebarkan konsep intelektualisme Islam sejati dalam masyarakat, bahkan dalam banyak keadaan ianya telah mencetuskan kesedaran pendidikan yang lebih meluas untuk konteks zaman moden ini. Kelima, usaha mengkaji intipati terpenting daripada BBT perlu diteruskan oleh pengkaji Melayu-Islam yang lain, dan usaha ini perlu mendapat dokongan sepenuhnya daripada pihak kerajaan, IPTA Islam dan agensi yang berkaitan dengan pelestarian artifak klasik seperti muzium itu sendiri.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja China Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu. Laksamana Ying Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan perdagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut Parameswara Sultan Iskandar Syah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi menggelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Bapa Melaka yang kebanyakannya beragama Islam