Husna dan kumpulan by FARIDATUL ASMAWI

MELALUI AKHBAR UTUSAN
Dr. H. Tabrani Rab berkata
"Melakalah yang sebenarnya telah meletakkan asas transformasi bahasa Melayu daripada suatu bahasa kecil menjadi bahasa komunikasi perdagangan, ilmu dan diplomatik yang besar dan dengan itu memberikan tiang-tiang besar untuk perkembangannya menjadi bahasa Melayu seperti yang kita kenal hari ini"

Pada peringkat awal dicatat: Tidak lama selepas wujudnya koloni Singapura pada tahun 1819, orang Melayu menjadi golongan minoriti di pelabuhan yang dikuasai oleh Inggeris. Walaupun pada peringkat minoriti, peratus Melayu kekal pada peringkat global 15 peratus sejak abad ke-19, Singapura melaksanakan peranan penting dalam perkembangan intelek Melayu dan kecergasannya.

Menurut kedua penulis makalah berkenaan, keduanya sarjana bukan Melayu Timothy P. Barnard dan Jan van der Putten - punca kecergasan masyarakat Melayu itu ialah kewartawanan. Pelbagai kedai sepanjang jalan-jalan di Kampung Glam berupa tempat-

tempat percetakan akhbar-akhbar dan majalah sejak 1870-an, demikian disebut.

Isu Bahasa Melayu menjadi alat dalam perjuangan terhadap feudalisme golongan elit, pihak-pihak penjajah dan majoriti golongan asing dalam masyarakat serta berkaitan dengan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia, kerana, bahasa Melayu bakal menjadi bahasa utama Malaya yang merdeka.

Para wartawan dan pelbagai golongan dari bidang-bidang lain sepakat dalam keyakinan mereka kepada bahasa dan kesenian Melayu bagi mengisi kemerdekaan. Walau pun ramai pihak membicarakan isu-isu pokok di Singapura dan Malaysia, tumpuan utama mereka ialah bahasa dan budaya.

Diwarisi dari pelbagai debat di antara para wartawan Indonesia, Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura ialah kedudukan bahasa Melayu yang begitu penting sekali �seperti kesan halilintar yang menyedarkan orang Melayu selama-lamanya.�

Menurut kedua penulis, gerakan sastera dan nasionalisme Melayu muncul di Singapura pada tahun 1950-an yang berasal dari pelbagai perkembangan di Indonesia dan politik Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dan selamanya.

Di Indonesia gerakan anti-penjajahan mempunyai talian dengan hala tuju sastera pada tahun 1930-an. Lalu muncul gerakan Pujangga Baru oleh para penulis muda seperti Sutan Takdir Al Syahbana, Armin Pane dan Amir Hamzah. Karya dan ideologi para penulis Pujangga Baru itu mempengaruhi para penulis di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk para guru pelatih Sultan Idris Training College (STTC).

Aktivis

Ramai guru-guru menjadi aktivis politik budaya di Singapura dari 1930-an hingga 1950-an. Kegiatan-kegiatan sastera dari Indonesia itu menyeberangi Selat Melaka. Antara yang aktif ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Burhanuddin al-Helmy. Mereka menganggap Tenggara Asia sebagai Melayu Raya yang telah dibelah bagi oleh penjajah Inggeris dan Belanda.

Ibrahim Yaakob kemudian menguasai akhbar Warta Melayu dan apabila Jepun menyerang, maka antara yang mengalukan mereka ialah Ibrahim. Bersama Dr. Burhanuddin adanya, beliau mengharapkan penyatuan antara Indonesia dan Malaya.

Dunia kewartawanan di Singapura selepas tamat perang menyaksikan penerbitan pelbagai akhbar. Yang utama ialah kumpulan Utusan Melayu yang juga menerbitkan majalah Mastika dan Utusan Zaman. Antara penulis-penulisnya ialah Abdul Rahim Kajai, Samad Ismail, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan Keris Mas.

Satu lagi kumpulan diketuai oleh Harun Aminurrashid dari STTC yang dibuang ke Brunei kerana kegiatan nasionalisnya. Kumpulan ketiga diketuai oleh Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus yang sebelumnya wartawan Utusan Melayu.

Menjelang 1950, menurut kedua penulis lagi, para penulis muda kian meningkat keinginan mereka untuk melakukan modernisasi dari segi bahasa dan kandungannya. Antara mereka ialah Asraf, Rohaizad, Roomai Noor dan Jamil Sulong. Mereka berpendapat bahasa pihak penjajah telah menganiayai dan menindas orang Melayu. Maka lahir kemudiannya ialah ASAS 50.

Pada Kongres Pertama Bahasa dan Sastera Melayu tahun 1952, tumpuan perbincangan ialah penulisan yang mencerminkan keinginan untuk menggunakan politik, masyarakat dan budaya bagi memupuk keyakinan pada diri sendiri dan semangat kebangsaan.

Antara cara untuk mencapai matlamat ialah mengutamakan tulisan rumi, iaitu cadangan para penulis muda ASAS 50. Menurut yang empunya cerita Samad Ismail diperintah oleh ayahnya supaya membaca akhbar-akhbar Melayu, bukan buku-buku cerita detektif yang dibeli olehnya setiap minggu. Kajai pula dikatakan lebih senang bercakap dalam bahasa Inggeris.

Turut disebut dalam makalah ialah nama-

nama Jamil Sulong, Omar Rojik, Abdullah Hussain dan P. Ramlee dengan filemnya Penarik Becha. Populariti filem-filem Melayu dianggap meningkatkan bilangan penulis-penulis skrip dan pengarah-pengarah Melayu menggantikan pengarah-pengarah dari Calcutta dan Bombay.

Kongres Bahasa Melayu ketiga pada tahun 1956 memperteguh cita-cita dan aspirasi para aktivis Melayu. Antara para peserta ialah Zubir Said yang kemudian menggubah lagu kebangsaan, Majulah Singapura. Ia diperdengarkan secara rasmi pada 3 Disember 1959 ketika pertabalan Yusof Ishak sebagai Yang Di Pertua Negara.

Ia dinyanyikan oleh kumpulan dari pelbagai bangsa. Bahawa mereka menyanyi lagu Melayu untuk menyambut pengasas akhbar Utusan Melayu menjadi ketua negara dianggap sebagai sesuatu yang simbolik kerana memenuhi matlamat penting para wartawan Melayu dari tahun 1950-an.

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan yang rasmi, dan rakyat mempelajarinya di sekolah-sekolah serta menyanyikannya sebagai lagu kebangsaan demikian dicatat. Sebagaimana disebut oleh Profesor Ismail Hussein: �Bahasa Melayu selepas perang menjadi bahawa kebangsaan Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.�

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_14.htm&arc=hive#ixzz4tfm4yMh9
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEMBALIKAN BAHASA MELAYU DI NUSANTARA
Usaha memperkukuhkan bahasa Melayu di Nusantara perlu dipertingkatkan melalui kursus bahasa seperti dilakukan sebelum dan selepas kemerdekaan negara-negara di dunia Melayu, kata Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, di samping itu, kepakaran mengenai bahasa Melayu perlu berada di wilayah Nusantara dan bukannya di Leiden, Belanda dan Hamburg, Jerman atau di negara-negara lain.

“Kelas-kelas asuhan bahasa seperti sebelum dan selepas kemerdekaan di negara-negara di Nusantara juga amat wajar dipertimbangkan dan seharusnya semua negara yang bertiangserikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia perlu berusaha gigih berjuang menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai bahasa ilmu sekalipun bahasa Inggeris telah mendahului dalam hal ini.

"Penggunaan peribahasa, perumpamaan, pepatah-petitih, bahasa indah, persajakan, pantun, seloka, gurindam dan lain-lain harus diambil berat oleh sistem pendidikan masing-masing di samping mengeratkan lagi jaringan antara universiti-universiti di rantau serumpun ini," katanya.

Rais berkata, demikian ketika membentangkan kertas kerja bersempena Dialog Bahasa Melayu Nusantara: Integrasi Teknologi dan Bahasa anjuran bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) di UBD di sini pada Rabu.

Turut menjadi ahli panel pada dialog itu ialah Naib Canselor UMT Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, dan Pengarah PusatPendidikan Berterusan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD Dr Yabit Alas, sementara pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD Pengiran Dr Mohamed Pengiran Damit, selaku moderator.

Dialog itu dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Darussalam Pehin Udana Khatib Datuk Paduka Seri Setia Ustaz Awang Badaruddin Pengarah Datuk Paduka Othman.

Rais turut menegaskan kerjasama peristilahan serantau perlu diperjuangkan kembali, dan dengan kemudahan internet, ia kini lebih mudah diadakan dan dipertingkatkan.

"Kerap kedengaran hujah bahawa bahasa Melayu-bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris sama-sama dimajukan dan elok didengar tetapi realitinya tidak begitu.

"Dalam hal ini kita harus tahniahkan Brunei kerana masih bertulisan jawi. Nama jalan, nama bangunan, nama taman dan lain-lain masih membudayakan bahasa Melayu dan skrip jawi," katanya.

Rais berkata, banyak tempat dan resam sekarang di kawasan Nusantara khususnya, nama Melayu pun sudah keciciran kerana kelemahan proses pembudayaan bahasa Melayu.

Bangsa dan bahasa Melayu di Nusantara
Tanpa kehormatan bangsa, tanpa digniti bangsa, tidak akan ada kebanggaan berbangsa dan bangsa itu akan lenyap dengan sendirinya - Catatan sejarawan Asia

Kesinambungan dunia Melayu terus mendapat perhatian para sejarawan, gembong politik dan pelbagai pihak lain setelah dan manakala mengalami proses perubahan sosial dan cabaran demi cabaran serta perubahan sikap berikutannya.

Menarik perhatian kini ialah ulasan dan analisa politik dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan India berikutan pilihan raya umum pada bulan Mac lalu dan juga pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang membawa kemenangan kepada Barack Obama dari golongan minoriti untuk jawatan Presiden.

Seperti telahpun dicatat, tamadun dunia Melayu meliputi gugusan kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Antara catatan penting itu ialah:

1400: Lahirnya Melaka oleh Parameswara

1409: Laksamana Cheng Ho dari negara China mengadakan hubungan diplomatik.
1410: Maharaja China dari Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka.

1446: Wujudnya Kesultanan Melaka yang kemudian menjadi pusat perkembangan agama Islam di rantau Asia Tenggara.

1511: Portugis menawan Melaka

1641: Belanda menawan Melaka

1824: Inggeris memperoleh Melaka dari Belanda melalui satu perjanjian

Diulangi: Portugis memerintah dari 1511 hingga 1641, Belanda dari 1641 hingga 1824 dan Inggeris dari 1824 hingga 1957. Turut ditakluki ialah India dan China.

Juga disebut bahawa selama penjajahan kuasa-kuasa Barat itu, orang Melayu terus dan tetap beragama Islam. Beberapa penulis Portugis menyebut betapa agama Islam diajar dipelbagai masjid, surau dan madrasah, rumah para pembesar negeri serta juga istana, oleh orang Melayu. Dalam pada itu pengembang-pengembang agama lain cuba bertapak tetapi tidak ada orang Melayu menyertai mereka.

Turut memperteguh pendirian Melayu ialah bahasa mereka yang juga dipanggil bahasa Jawi. Hal ini disebut, antara lainnya oleh Profesor Dr. Teuku Haji Ibrahim Alfian dari Universiti Gajah Mada atas mauduk Sejarah Dan Jati Diri Rumpunan Melayu (Indonesia).

Lalu beliau mencatat hal-hal berikut:
Mengunjungi Jan Huygen Van Linschoten, seorang petugas Belanda pada abad ke-16 berkunjung ke Nusantara dan menyaksikan betapa bahasa Melayu terkenal di dunia Timur dan dianggap orang bahasa yang baik �.... siapa di Hindia (Indonesia) tidak tahu bahasa ini, dia tidak boleh mengikut, seperti pada kita bahasa Perancis.�

Ada banyak pakar dan tokoh sama ada pribumi mahupun asing yang telah mengemukakan pendapat mereka mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa yang diperlukan untuk penduduk di kepulauan Nusantara pada masa depan.
S. Surya Ningrat yang kemudian terkenal dengan nama Ki Hajar Dewantara mengemukakan di negara Belanda (tahun 1916) bahawa kedudukan bahasa Melayu adalah lebih daripada bahasa-bahasa daerah lain untuk kemajuan bangsa Indonesia.

Muhammad Yamin dalam pidatonya dalam bahasa Belanda dalam Kongres Pemuda Indonesia pertama pada tahun 1926 menyatakan: �Kepandaian bahasa Melayu akan memberi kesempatan kepada siapa sekalipun untuk bergaul dengan bangsa Jawa, Sunda, Melayu dan Arab, yang setiap hari menjadi teman berbicara....

Dalam ekonomi perdagangan dan dalam dunia politik, bahasa Melayu mendapat kedudukan pertama.
Bahasa Melayu atau Jawi yang terjelma inilah yang diangkat oleh para pemimpin pergerakan nasional Indonesia menjadi bahasa Indonesia yang akhirnya setelah proklamasi kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 menjadi bahasa negara Indonesia.� Demikian antara catatan Profesor Ibrahim Alfian.

Dalam sebuah buku lain mengenai sejarah Indonesia dinyatakan hal berikut: �Belanda menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Belanda sendiri atau bahasa Portugis, manakala berbicara dengan orang-orang Indonesia di pasar, dalam rundingan-rundingan dengan pihak istana, di tempat-tempat kerja, dalam acara-acara agama dan dalam pelbagai buku.�

Berkaitan dengan tamadun dunia Melayu dan kesinambungannya ialah buku berjudul The Population of Malaysia oleh Profesor Saw Swee Hock yang telah berkhidmat di Universiti Malaya, Universiti Hong Kong dan Universiti Singapura.

Buku diterbitkan oleh Institut Pengkajian Asia Tenggara, Singapura (2007). Antara lain pada bahagian akhirnya disebut: Bilangan warga Bumiputera dijangka meningkat dari 65.9 peratus pada tahun 2005 hingga 72.1 peratus pada tahun 2035. Bilangan warga Cina akan menurun daripada satu suku (25.3 peratus) kepada satu perlima (20.0 peratus) pada waktu yang sama. Bilangan warga India juga akan menurun dari 7.5 peratus kepada 6.6 peratus.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz4tfpvAlhA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tahniah!
Sweg