My fancy wall by Nurain Najwa A. Rahman

Kedatangan Islam dan Cara Penyebarannya
Kedatangan Islam dan cara penyebarannya di kalangan golongan bangsawan dan rakyat umumnya, ialah dengan cara damai, melalui perdagangan dan dakwah yang dilakukan para pedagang, mubaligh-mubaligh atau orang-orang alim.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Batu bersurat di Terengganu sangat berkait rapat dengan undang-undang syariah Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan tafsiran dari ayat-ayat yang terdapat pada batu tersebut. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Masyarakat Melayu-Islam agak progresif di Terengganu suatu masa dahulu dan dikenali sebagai sebagai masyarakat maritime yang berdaya maju. Masyarakat Timur Laut ini bersifat kosmopolitan dari pelbagai rumpun teras Melayu. Proses migrasi kerap berlaku di antara masyarakat di kawasan Timur Laut ini membabitkan migrasi masyarakat di Terengganu dan Kelantan ke kawasan Thailand dan Kemboja. Hal ini telah memperkayakan lagi bentuk budaya dan bahasa kawasan terbabit. Hasil kajian terkini yang dilakukan oleh Yusuf Liu Baojun mendapati ramai masyarakat Islam di kawasan Yunan China dikesan berasal daripada Terengganu dan Kelantan.

Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas. Sebahagian besar tamadun kawasan ini mempunyai pelabuhan maritime yang menjadi pelabuhan core dan tempat persinggahan perdagangan antarabangsa. Masyarakat kawasan Timur Laut ini dikenali sebagai saudagar, pelaut dan pembuat kapal yang handal. Saki baki industri membuat kapal ini masih lagi kekal hingga sekarang di Terengganu dan selatan Thailand.

Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu. Hubungan diplomatik memang wujud antara kerajaan British di India dengan pedagang British yang menjadi orang tengahnya.

Berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.

PENEMUAN BATU BERSURAT DI TERENGGANU
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.