SEJARAH 4 BESTARI ( SEJARAH TEMPAT TINGGAL SAYA) by ZALIHA BINTI GHANI Moe

TUGASAN SEJARAH
TARIKH : 11 JUN 2020
ARAHAN :
1. Murid perlu menceritakan sejarah dan keistimewaan tempat tinggal masing-masing secara ringkas ( dalam tapak padlet ini)

2. Murid boleh masukkan gambar tempat tinggal .

3. Murid tidak dibenarkan menyalin atau meniru tugasan murid lain.

4. Tugasan yang dibuat ada penilaian oleh guru.

5. Murid boleh rujuk Buku Teks Sejarah Tahun 4 muka surat 44 hingga 51.

Sejarah Tempat Tinggal Saya - Adra Massara
Saya tinggal di No. 14, Jalan Obo 5, 40400 Shah Alam,Selangor. Suatu ketika dahulu, Shah Alam merupakan ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam Dan Batu Tiga muka membangun setelah British membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda, Klang. Shah Alam mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Selangor. Tempat tinggal saya juga berhampiran dengan Klang Bandar Diraja yang penuh dengan warisan sejarah. Sejarah penubuhan Klang dipercayai lebuh awal dari penubuhan Melaka. Klang merupakan jajahan takluk kerajaan Srivijaya  dan Majapahit. Perkataan Klang bermaksud gudang yang mengatakan Klang merupakan sebuah pelabuhan terpenting, suatu ketika dulu.Hubungan ekonomi Dan budaya masyarakatnya dengan dunia luar berkembang. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan Gendang Gangsa Dong S'on Di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat Dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng Gangsa Di Klang.Di kawasan Tempat Tinggal saya terdapat sekolah, klinik, pasaraya dan taman permainan.

Sejarah Tempat Tinggal Saya
Aniq Razeemi Bin Ridhwan
Saya tinggal di Bandar Saujana Putra No 85, Jalan SP 7/5, Bandar Saujana Putra. Bandar Saujana Putra atau dikenali sebagai BSP yang terletak di lokasi yang berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan kejiranan utama USJ, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan Puchong, Bandar Saujana Putra adalah merupakan model kehidupan masyarakat dengan rumah-rumah yang berkualiti dengan harga berpatutan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sekolah, kedai-kedai, balai polis dan taman-taman. Pasar raya besar dan hospital juga dalam perancangan. Sebelum ini, BSP merupakan sebuah lombong dan juga tanah hutan berpaya. Tempat ini diasaskan pada tahun 2003 dan pendudukan BSP bermula pada tahun 2006. Nama sebelum bagi Bandar Saujana Putra ialah Mukim Tanjung 12.
Keistimewaan tempat tinggal saya ialah mempunyai komuniti yang berbilang kaum. Komunitinya  yang  sangat aktif dengan mengadakan pelbagai program telah anjurkan seperti Pertandingan Bowling, Pertandingan Badminton, Program Kayuhan Berbasikal, Sambutan Hari Kebangsaan, Program Perarakan Maulidur Rasul, Program Gotong-royong dan lain- lain lagi. Saya juga mempunyai jiran-jiran yang baik dan peramah. Pada masa lapang, kami bermain bersama-sama.

Sejarah Tempat Tinggal Saya
Nama saya Muhammad Danish Iqbal b. Md Nizan Ismadi. Saya tinggl di  No. 15,Sp 7/21, Bandar Saujana Putra,Jenjarom,Kuala Langat,Selangor. Saya tinggal sejak tahun 2013. Dahulunya kawasan rumah saya adalah hutan. Kini kawasan tersebut telah menjadi kawasan perumahan yang kian maju. Antara kemudahan yang terdapat di kawasan tempat tinggal saya adalah surau-surau, kemudahan pengangkutan awam seperti bas,Klinik kesihatan untuk orang ramai.Kawasan perumahan rumah saya juga mempunya taman rekreasi dimana penduduk boleh beriadah setiap petang. Antara bandar komersil yang terdekat dengan Bandar Saujana Putra ialah Subang Jaya.Akhir sekali saya dan keluarga suka tinggal di Bandar Saujana Putra kerana penduduk yang berbilang bangsa dan sikap kemesyarakatan yang harmoni.

Sejarah tempat tinggal saya
Nama saya Muhammad Hazeem bin Mohd Haffizul. Saya tinggal bersama ibubapa saya di No 34A Jln SP 4/21, Bandar Saujana Putra 42610 Jenjarom Selangor semenjak hujung tahun 2014.
Saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai tempat tinggal saya dan keistimewaannya. Bandar Saujana Putra (BSP) merupakan bandar yang terletak bersebelahan dengan kejiranan utama yang lain seperti USJ, Alam Megah, Putra Heights, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam, Puchong, Rimbayu, Jenjarom dan Banting. Bandar Saujana Putra dihubungkan dengan bandar-bandar di atas melalui Lebuhraya ELITE dan lebuhraya SKVE (South Klang Valley Expressway).
Nama lama bagi Bandar Saujana Putra adalah Mukim Tanjong 12. Bandar Saujana Putra terletak di daerah Kuala Langat di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Bandar Saujana Putra telah dibuka pada tahun 2003 dan penempatan pertama penduduk bermula pada tahun 2006. Tempat tinggal yang saya duduki sekarang merupakan tapak ladang kelapa sawit dan lombong. Sebelum susur keluar/masuk Lebuhraya Elite dan Lebuhraya SKVE dibuka, penduduk berulang alik keluar menggunakan jalan lama melalui Puchong.
Selepas tahun 2008, Bandar Saujana Putra mula berkembang pesat dengan menyaksikan pelbagai jenis kediaman mula dibuka seperti umah teres 1 dan 2 tingkat, rumah bandar dan kondominium. Buat masa sekarang terdapat lebih kurang 30,000 orang yang tinggal di Bandar Saujana Putra bermula dr SP1 sehingga SP10.
Antara kemudahan yang terdapat di Bandar Saujana Putra adalah sekolah tadika swasta dan kerajaan, kedai-kedai runcit, kedai serbaneka, surau, klinik kesihatan, gerai dan restoran, balai polis, pejabat majlis daerah dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan kesemua kemudahan ini senang untuk dikunjungi sama
ada menggunakan kenderaan seperti kereta, motor, basikal dan berjalan kaki.
Antara keistimewaan lain adalah kebanyakan restoran/gerai makanan yang terdapat di Bandar Saujana Putra ada menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Setiap tempat di dalam Bandar Saujana Putra tidaklah melibatkan jarak yang jauh seperti bandar-bandar lain
Demikianlah serba sedikit latar belakang dan keistimewaan tempat tinggal saya.

Sejarah Tempat Tinggal Saya
Hai kawan-kawan, saya Qisya Zara binti Hirman.Saya tinggal di Bandar Saujana Putra yang beralamat di No. 45, Jalan SP 7/7. Saya berpindah ke sini semasa saya berumur 2 tahun iaitu pada tahun 2012.
Saya mencari maklumat di dalam internet mengenai sejarah  Bandar Saujana Putra. Sejarah awal Bandar Saujana Putra merupakan sebuah kawasan lombong dan juga tanah hutan berpaya. Tempat ini telah diasaskan oleh Pemaju LBS Property pada tahun 2003 dan mula mempunyai penduduk pada tahun 2006.
Bandar Saujana Putra atau singkatannya BSP . Terletak berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Kejiranan bandar utama yang berdekatan dengan BSP ialah Putra Heights, USJ, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan Puchong.
Di BSP mempunyai pelbagai rumah-rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan  mengikut taraf hidup yang sesuai dengan sesebuah keluarga. Contohnya rumah pangsapuri, kondominium, teres dan rumah berkembar. Rumah yang dibeli oleh ibu bapa saya sangat strategik kerana mengadap Hutan Simpan Kuala Langat. Setiap pagi saya akan menghirup udara segar dengan melakukan aktiviti berjoging dan berbasikal di hadapan rumah saya.
Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan yang boleh didapati termasuklah kedai runcit, kedai makan, restoran makanan segera, kedai gunting rambut, stesen minyak, bank, balai polis, surau-surau, klinik-klinik dan taman-taman yang menarik. Sekolah rendah agama swasta juga terdapat banyak di BSP. Di sini juga terdapat Universiti Mahsa  dan Sekolah Antarabangsa Mahsa. Di  dalam universiti dan sekolah tersebut mempunyai kemudahan kolam renang bagi penduduk BSP yang ingin beriadah bersama keluarga dengan bayaran RM5 dan juga terdapat gelanggang badminton bagi yang suka melakukan aktiviti sukan 'indoor'.

Segala kemudahan yang disediakan dan kejiranan yang baik membuatkan saya rasa gembira tinggal di sini.

SEJARAH TEMPAT TINGGAL
Saya Muhammad Handzollah Fansuri bin zaini.Saya tinggal di Lot 90596 Kg Kuala Sungai Baru.Saya dan keluarga baru 2 tahun tinggal di situ.Kawasan tempat tinggal saya adalah persikataran kampung.Tempat  tinggal saya berhampiran dengan stesen LRT Putra Height , yang mana LRT merupakan satu sistem pengangkutan awam yang di gunakan oleh masyarakat untuk pergi ke tempat kerja dan lain- lain.Di kawasan tempat tinggal saya terdapat kemudahan surau untuk ummat islam menjalani ibadah solat, pusat membeli belah seperti giant, kedai-kedai makan, bank dan sebagainya.Saya suka tinggal di situ kerana persikatarannya harmoni dan aman.Begitulah serba ringkas sejarah tempat tinggal saya sekarang.

SEJARAH TEMPAT TINGGAL SAYA

Nama saya ialah Mohamad Harith Irfan bin Zulhelmi. Saya tinggal di No.1 Jalan SP8/16,Bandar Saujana Putra. Saya membesar di sini kerana ibu dan ayah saya sudah berpindah ke Bandar Saujana Putra pada tahun 2007. Bandar Saujana Putra terletak di daerah Kuala Langat di mana asal usul tempat ini ialah kawasan perlombongan biji timah pada zaman dahulu. Bandar Saujana Putra dimajukan untuk dijadikan kawasan kediaman pada sekitar tahun 2004. Pada masa kini Bandar Saujana Putra mempunyai banyak kemudahan seperti kedai, balai polis, stesen minyak, taman permainan dan sekolah yang sedang dalam pembinaan. Penduduk yang tinggal di Bandar Saujana Putra merupakan penduduk yang berbilang bangsa dan hidup dalam suasana harmoni. Saya sangat suka tinggal di sini kerana suasananya tidak terlalu sibuk dan agak menenangkan.

SEJARAH TEMPAT TINGGAL SAYA
Nama saya Hafiz Adha bin Kemaruzaman.Saya tinggal di No 1 Jln Klarinet 2, 33/16b Taman Alam Indah Shah Alam Selangor. Keluarga saya mula tinggal di sini pada tahun 2009.
Pada mulanya kawasan ini merupakan kawasan hutan dan sering ditenggelami air apabila hujan lebat kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan Sungai Klang.Apabila kawasan ini dibangunkan sedikit sebanyak masalah ini dapat di atasi.
Kawasan ini juga mula dibuka pada tahun 1998 melibatkan penempatan penduduk rumah flat.Kemudian kawasan ini terus bertambah bilangan penduduknya dengan pembinaan rumah teres setingkat dan dua tingkat.
Taman Alam Indah mempunyai pelbagai kemudahan seperti  kedai runcit, restoran,klinik,stesen minyak,tadika,surau,taman permainan  dan banyak lagi kemudahan yang lain.
Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan kawasan maju yang lain seperti USJ, Putra Height, Puchong ,Subang Jaya dan Putrajaya.
Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina, Melayu, India dan Iban. Saya suka tinggal di sini kerana semua hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

SEJARAH TEMPAT TINGGAL SAYA.
Nama saya ialah M.Aiman Darwisy bin Saimi. Saya tinggal di Bandar Saujana Putra.  Alamat rumah saya ialah No 32, Jalan SP 7/2 Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom Selangor. Ayah saya membeli rumah tersebut pada tahun 2009.
Bandar Saujana Putra terletak di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat. Bandar Saujana Putra sebuah kawasan baru yang dibuka sekitar tahun 2004 dan berjiran dengan Putra Height.
Di kawasan ini dahulu terdapat banyak lombang bijih timah tetapi sekarang sudah berubah menjadi sebuah kawasan perumahan yang sangat strategik.
Banyak kemudahan yang terdapat di sini seperti bank, pasar raya, stesen minyak, restoran makanan segera, taman permainan, klinik, Universiti MAHSA dan sebagainya.
Penduduk yang tinggal di sini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India.
Saya sangat seonok tinggal di Bandar Saujana Putra.

SEJARAH TEMPAT TINGGAL SAYA.
Nama saya Nur Anis Haziqah Binti Mohd Zulmajidi. Saya tinggal di Bandar Saujana Putra  beralamat No 79 Jalan SP 4/11 42610 Jejarom, Selangor. Saya tinggal di Bandar Saujana Putra pada 2015.

Saya berpindah di Bandar Saujana Putra kerana ayah saya mendapat kerja di Subang Jaya.

Di Bandar Saujana Putra mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Bandar Saujana Putra atau dikenali sebagai BSP terletak di lokasi yang berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan kejiranan utama USJ, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan Puchong. Bandar Saujana Putra adalah merupakan model kehidupan masyarakat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kedai, Balai Polis dan taman-taman. BSP merupakan sebuah lombong dan juga tanah hutan berpaya . Tempat ini di asaskan pada tahun 2006. Nama sebelum bagi Bandar Saujana Putra adalah Mukim Tanjung 12.

Di Bandar Saujana Putra kami hidup berbilang kaum. Penduduk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Pada hari perayaan  kami  menyambut bersama mereka. Di sini  mempunyai  taman permainan yang sangat cantik. setiap petang saya bermain bersama kawan-kawan saya.

Saya rasa gembira tinggal di Bandar Saujana Putra.

SEJARAH TEMPAT
TINGGAL SAYA

Nama saya Nur Dalia Arisya Binti Zabri
Saya tinggal di Putra Heights  beralamat
No. A-1-28 PANGSAPURI SERI MUTIARA
JLN PUTRA INDAH 9/1C PUTRA HEIGHTS
47650 SUBANG JAYA SELANGOR
Saya tinggal di Putra Heights pada tahun
2012  Saya berpindah di Putra Heights
Kerana ibu Dan ayah Saya bekerja disekitar kawasan
berdekatan Putra Heights.
Di Putra Heights mempunyai pelbagai kaum
Iaitu Melayu , India Dan cina .
Putra Heights terletak di lokasi yang berdekatan
Dengan bandar bandar utama seperti
Subang Jaya dan shah  Alam ,bersebelahan
Dengan kejiranan utama iaitu Alam megah
,BSP Dan puchong .
Putra Heights adalah merupakan model kehidupan
Masyarakat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
Seperti kedai ,balai polis Dan taman -taman.
Di putra height kami hidup berbilang kaum  penduduk
Saling tolong menolong di antara satu sama lain
Pada Hari perayaan kami menyambut bersama
Mereka .Di sisni mempunyai taman permainan
Yang sangat cantik .setiap petang Saya
Bermain bersama adik beradik
Saya Dan kawan kawan
Saya rasa gembira tinggal di Putra Heights

SEJARAH TEMPAT TINGGAL SAYA.
Nama saya Muhammad Ryyanshah Hakimi Bin Yusrizal. Saya tinggal di alamat Lot 32/4 Jalan Ikan Keli 3,Kampung Bukit Lanchong 40400 Shah Alam Selangor. Saya sudah menetap disini semenjak tahun 2010 lagi iaitu 10 tahun yang lalu . Kampung Bukit Lanchong merupakan sebuah kampung kecil terletak di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Kampung ini terletak diantara Puchong, UEP Subang Jaya (USJ), Putra Heights, Alam Megah (HICOM), Kota Kemuning dan Bandar Saujana Putra.
Dahulunya kawasan rumah saya adalah kawasan hutan ,namun kini kawasan tersebut telah menjadi kawasan perkampungan yang sangat meriah dengan penduduk dan kian pesat membangun. Di antara kemudahan yang terdapat di kawasan tempat tinggal saya adalah surau-surau, dewan orang ramai ,sekolah sekolah  dan pelbagai kedai juga telah dibina disini .Kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan LRT turut disediakan untuk semua penduduk sekitarnya .Kawasan perumahan rumah saya juga turut mempunyai padang permainan awam dimana semua penduduk boleh melakukan aktiviti sukan seperti perlawanan bola sepak atau sepak takraw di kalangan penduduk kampung. Antara perkara yang  turut menarik bagi saya disini adalah keunikan nama kawasan atau lorong  yang telah diberikan dengan menggunakan nama nama ikan air tawar yang terdapat di Malaysia. Di antara nama nama tersebut ialah Ikan Keli, Ikan Lampam,Ikan Haruan dan banyak lagi.
Saya dan keluarga juga turut sangat seronok dan gembira tinggal di kampung Bukit Lanchong ini adalah kerana semua penduduk disini sangatla mesra dan bermuafakat. Semangat kejiranan, keharmonian tetangga dan perpaduan masyarakat juga turut terpelihara dan telah terbina di kalangan penduduk kampung disini  setelah sekian lama.
Sekian terima kasih.

SEJARAH TEMPAT TINGGAL SAYA
Nama saya Arissa Suri Irdina binti Afizi.
Saya tinggal di Shah Alam alamat rumah saya ialah No.48,Jalan Sungai manau,27/76 Taman Alam Megah,Seksyen 27 40400 Selangor Darul Ehsan
Dulu rumah ini dimiliki oleh Pakcik Azmi.

Rumah ini asalnya rumah jenis teres satu tingkat ,kemudian Pakcik Azmi telah mengubahsuai menjadikan teres dua tingkat.Pada suatu hari ibu hari ibu bapa saya telah diberitahu oleh jiran saya yang mengatakan Pakcik Azmi ingin menjual rumahnya kerana ingin membeli rumah baru di tempat lain.Pada masa itu ibu bapa saya hanya menyewa rumah dan belum memiliki rumah sendiri lagi.Pada ketika itu saya masih berumur tiga tahun apabila ibu bapa saya mendengar apa yang dicakapkan oleh jiran saya,ibu bapa saya terus menjumpa dengan Pakcik Azmi ibu bapa saya berbincang dengan Pakcik Azmi berkenaan dengan harga rumah yang ditetapkan oleh Pakcik Azmi.Akhirnya Pakcik Azmi bersetuju untuk menjualnya dengan harga yang berpatutan.Pada keesokan harinya ibu bapa saya menghubungi pihak bank dan peguam untuk urusan pembelian rumah Pakcik Azmi.Dalam masa satu bulan urusan dengn pihak bank dan peguam telah selesai ibu bapa saya amat gembira gembira kerana urusan membeli rumah telah berjaya.Setalah itu Pakcik Azmi telah mengosongkan rumahnya kemudia ibu bapa saya telah mengupah tukang rumah untuk mengubahsuai bahagian dapur dan ruang tamu.bahagian dalam rumah juga dicat dengan warna baharu.Ibu bapa saya telah membeli sedikit perabut untuk rumah baharu saya.Setelah kerja mengubahsuai siap ibu bapa saya berpindah dari rumah sewa ke rumah yang baharu.Kami menyusun perabut fi rumah baharu dengan kemas dan cantidan cantik kerja kerja pemindahan tersebut telah mengambil masa dalam satu hari kami kepenatan tetapi kami gembira kerana dapat berpindah rumah yang baharu.Pada malam itu kami makan malam yang enak enak dan mahal pada yang dibelanjakan oleh ibu bapa saya sempena berpindah rumah yang baharu.Yang kami duduki sekarang ini hanya beberapa lorong sahaja dari rumah lama sebab itulah ibu bapa saya berusaha bersungguh sungguh untuk mendapakan rumah ini kerana berdekatan dengan kemudahan dan prasalana seperti sekolah,stesen minyak,pasaranya,bengkel dan masjid.Jiran jiran rumah baharu saya pun baik baik belaka.Saya sanagat gembira tinggal di rumah baharu ini dan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan tempat tinggal yang baik untuk kami sekeluarga.

Sejarah Tempat Tinggal Saya
Nama saya Nur Alya Syahmina Bt Che Ambak saya tinggal di Shah Alam alamat rumah saya 25 Jln Kancung Laut 28/20 Sekysen 28 Tmn Alam Megah 40400 Shah Alam . Shah Alam pada suatu hari dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Renggan . Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan Shah Alam dirujuk dengan nama Batu Tiga . Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran selangor setelah kuala lumpur dijadikan wilayah perseketuan pada 1 Februari 1974 , pada 7 Disember 1978 atas perkenan DYMM sultan selangor , Shah Alam diistiharkan sebagai ibu negeri selangor . Nama Shah Alam sendiri adalah pilihan dan perkenan Baginda sekian terima kasih