Karya Bahasa Melayu by SMK TATAU

GENERASI IMPIAN BANGSA oleh Shara Shalom
Kini, telah lahir sebuah generasi,

Datangnya membawa tangisan bahagia,

Membawa berjuta harapan,

Membawa berjuta impian.

Dahulu, ramai moyang menyatakan harapan,

Ramai pahlawan menyuarakan impian,

Ya, kini semua impian dan harapan,

Telah direalisasikan oleh generasi impian bangsa,

Malaysia, Malaysia, wahai Malaysia,

Merdekamu kini kerana generasi ini,

Majumu kini kerana sebuah impian,

Sebuah impian yang tersemat di dada.

Lihatlah Malaysia,

Generasi impian bangsa sedang gah berdiri,

Berbanggalah dan bersuka citalah Malaysia,

Kerana generasi impian bangsa sedang megah berdiri.

LAUNGAN BAHASA MALAYISA oleh Shara Shalom
Merdeka, merdeka, merdeka,

Laungan itu laungan bahagia,

Laungan yang penuh kebebasan,

Laungan yang membawa suka cita.

31 Ogos tarikh merdeka,

Malaysia melaungkan merdeka,

Yang bergema di seluruh Malaysia,

Ya, Malaysia telah merdeka.

Pandanglah anak bangsanya,

Pandanglah par pahlawannya,

Yang berdiri melaungkan merdeka,

Hanya untukmu Malaysia tercinta.

Dalam karya menyanjung merdeka,

Seluruh dunia menginginkan bahagia,

Malaysia dikau telah merdeka,

Merdeka yang membawa suka cita.

CIKGU oleh Shara Shalom
Cikgu,

Ajaranmu membawa cahaya di masa depan,

Ajaranmu membawa senyuman di masa akan datang,

Cikgu, tak dapatku balas jasamu,

Hanya doa yang mampu aku kirimkan.

Cikgu,

Lelahmu tak mampu aku hitung,

Pengorbananmu tak mampu aku ungkapkan,

Tiada kata yang mampu aku gambarkan,

Untuk ucapan kasih dari anak didikmu.

Cikgu,

Peritnya rasa rotanmu,

Namun anak didikmu mengerti,

Bukan untuk dirimu tapi,

Untuk anak bansa yang engkau bentuk.

Cikgu,

Hanya sajak yang mampu aku coretkan,

Hanya menggunakan dakwat yang tidak bernyawa,

Tetapi kasihmu bagaikan cahaya,

Yang ingin anak didikmu berdiri di depan dunia.

IBU oleh Shara Shalom
Ibu,

Wujudnya aku kerana dirimu,

Membesarnya aku kini kerana adamu,

Ibu, engkaulah ratu hatiku.

Ibu,

Haruskah aku ragu dengan kasihmu,

Haruskah aku persoalkan teguranmu,

Ibu, maafkanlah seorang insan kerdil ini.

Ibu,

Ya, puterimu, puteramu mengerti saat ini,

Segala yang engkau lakukan bukan untukmu,

Tapi untuk anakmu yang engkau kasihi.

Ibu,

Hanya doa yang mampu aku kirimkan,

Namun, bukan dunia yang aku kejarkan,

Tapi kasihmu dan bersamamu yang anakmu dambakan.

SAHABAT oleh Shara Shalom
Sahabat,

Mungkin di sini kita mengumpulkan kenangan,

Mungkin di sini kita saling memerlukan,

Mungkin di sini kita saling melindungi,

Sahabat engkaulah yang tercipta bagiku.

Sahabat,

Andai tamatnya kisah kita di sini,

Jangan sesekali lupakan memori bersama,

Kerana di sini mengajar erti usaha dan erti persahabatan,

Memori bersamamu akan tersemat di sini.

Sahabat,

Kini sebati apabila bersama,

Kerja rumah, kelas tambahan, sukan,

Segalanya kita lakukan bersama tanpa,

Menyedari itu memori yang terindah.

Sahabat,

Perginya dikau membawa haluanmu,

Perginya daku membawa haluan ku,

Sahabat, memori di sini bukan,

Hanya untukku tetapi untukmu jua.

AYAH oleh Shara Shalom
Ayah,

Hadirnya aku kerana dirimu,

Baiknya aku kerana acuanmu,

Ayah, di sini hanya terlukis tulisan,

Yang berjuta maknanya.

Ayah,

Andai berjaya anakmu ini,

Berdirilah, peganglah tangan anakmu ini,

Kerana bukan hanya dahulu, kelmarin, dan kini,

Anakmu memeerlukanmu tetapi untuk sepanjang hayat ini.

Ayah,

Setitik peluhmu penuh makna,

Engkau membawa berjuta pengorbanan,

Membawa berjuta harapan,

Untuk anak-anakmu yang tersayang,

Ayah,

Akanku tuliskan sajak ini,

Akanku kirimkan doa bahagia,

Ayah, semoga dikau bahgia hingga hujung hayatmu.

DI PADANG ILMU oleh Niclas Anak Emba (3A)
Di padang ilmu,

kita mestilah tangkas berlari

menuju hala

ke benua luas terbuka

mencari kunci kehidupan.

Di padang ilmu,

jangan sekali lupa

pesan ayah bonda

jangan alpa mencari harta

jangan leka mengejar cita-cita

ayah kata bonda pesan

perlu banyak tenaga

perlu banyak kerja

perlu banyak tumpuan

perlu banyak perhatian

perlu banyak usaha

perlu banyak berdoa

pesan ayah bonda lagi

ikhlaskan hati sucikan diri

mengangkat pekerti menggenggam ilmu

bukan mudah diperoleh.

Di padang ilmu

semerbak harum kembang di minda

sisip di hati penuh yakin

pasti ilmu penuh di dada

pasti mewangi taman kejayaan.

Di padang ilmu

kita mencanai aduan penuh iltizam

untuk nanti dirangkul jaya

memeluk erat harapan keluarga

biar berdiri di mata dunia.

ILMU oleh Sundai Anak Chemong (3A)
Di tepi paya kerbau dituntun,

kerbaunya dua seberang jeti,

bukan hamba pandai berpantun,

bak cuma luahan hati.

Duduk berdua di taman bunga,

asyik bercumbu bermain mata,

minat membaca tiada ruginya,

memberi ilmu sepanjang masa.

Memancing tioman di pinggir hutan,

sekilas melihat si anak tenggiri,

ilmu bukan barang dagangan,

ilmu dituntut sampai ke mati.

Cantik nian anak Tok Adup,

Selalu ditanya ramai pemuda,

miskin bukan penghalang hidup,

asalkan usaha dilipat ganda.

Sungguh wangi hai bunga kiambang,

dibeli olehnya si jejaka muda,

ingin menjadi insan cemerlang,

bijak bicara ilmu di dada.

Asyik menonton berita terkini,

sampai terlelap si anak mata,

saya berpantun berakhir di sini,

salah silap maaf dipinta.

KESAN-KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT TERHADAP PELAJAR oleh Monica Nyuring (5C)
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang mampu menggunakan telefon bimbit tetapi kini dalam kehidupan yang bertunjangkan materialistik, semua lapisan masyarakat boleh memilikinya termasuk golongan pelajar. Jika diperhalus, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sebenarnya mendatangkan impak yang pelbagai kepada mereka.

Impak positif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ialah mereka boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarga mereka. Khususnya bagi pelajar yang tinggal di asrama, mendengar suara ibu bapa sudah pasti membuatkan jiwa mereka lebih tenang sekiranya mereka merindui ahli keluarga mereka. Mereka juga boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka kerana ahli keluarga ialah insan yang paling dekat dan memahami diri mereka. Secara tidak langsung, sudah pasti ibu bapa dan ahli keluarga mereka memberikan kata-kata nasihat dan motivasi kepada mereka untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

Selain itu, telefon bimbit juga membolehkan pelajar untuk saling berkongsi maklumat dan hal-hal berkaitan dengan pelajaran antara satu sama lain. Sebagai contoh, rakan-rakan rapat boleh dihubungi dengan segera sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah untuk bertanyakan perkembangan pelajaran pada hari tersebut. Mereka boleh meminta senarai tugasan yang diberikan oelh guru mereka daripada rakan-rakan mereka. Secaea tidak langsung, Segala perkara penting yang disampaikan oleh guru ketika mereka tidak hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera memlalui penggunaan telefon bimbit. Hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan pelbagai impak negatif. Hakikatnya, pelajar perlu mengurangkan penggunaan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit akan menggalakkan pembaziran. Keadaan ini terjadi kerana keinginan mereka untuk memiliki telefon bimbit apabila melihat rakan-rakan mereka yang lain memiliki telefon bimbit. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan rakan-rakan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah juga akan meningkatkan kes kecurian di sekolah. Pelajar-pelajar sekolah sering menjadikan telefon bimbit sebagai lambang status diri mereka. Oleh itu, kebanykan pelajar suka membeli telefon bimbit yang mahal. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang panjang tangan akan mengambil kesempatan ini untuk mencuri demi kepentingan diri mereka atau mungkin disebabkan mereka berasa iri hati dengan rakan-rakan yang mampu memiliki telefon bimbit. Lebih membimbangkan lagi apabila terdapat pelajar yang sanggup memeras ugut pelajar-pelajar yang lebih muda daripada mereka. Keadaan ini akan meningkatkan kes buli dan seterusnya membebankan guru-guru di sekolah.

Selain itu, pembelajaaran di dalam kelas juga akan terganggu jika pelajar dibenarkan membawa telefon bombit ke sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar kini gemar menghantar pesanan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) malah berbual dengan rakan-rakan mereka di alam maya. Keadaan ini bertambah buruk apabila telefon bimbit dijadikan sebagai alat untuk meniru semasa peperiksaan. Pelajar akan saling bertukar jawapan melalui SMS sesama rakan-rakan mereka. Lebih-lebih lagi, nota-nota ringkas boleh disimpan dalam bentuk gambar dalam telefon bimbit dan digunakan untuk meniru semasa peperiksaan. Maka, pembelajaran melalui sistem peperiksaan hanya sia-sia jika pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.

Penggunaan telefon bimbit juga boleh menjejaskan kesihatan pelajar. Telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa menjawab telefon dan akan menggeanggu fungsi saraf otak. Mengikut kajian terbarudaripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat menyebabkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena sel-sel otak untuk masa yang lama akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Oleh hal yang demikian, pelajar tidak sepatutnya menggunakan telefon bimbit.

Secara kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dala kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak implikasi negatif daripada implikasi positif. Pelajar seharusnya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.