Sesi Refleksi Kendiri by MAZLAN BIN JUNAIDI IPG-Pensyarah

DAYANG ASMIDA (BM1822)
Setelah mempelajari kursus ini, saya faham akan struktur kurikulum sejarah sekolah rendah dan komponen-kompone dalam DSKP sejarah. Antara komponen yang membezakan sejarah dengan mata pelajaran lain adalah terdapatnya Elemen Kemahiran Pengetahuan Sejarah (EKPS) dan nilai kewarganegaraan yang dinilai dalam kurikulum murid. Hal ini penting untuk memastikan pengetahuan sejarah dapat diaplikasikan murid dalam kehidupan dunia nyata dan bukan hanya sekadar penghafalan fakta semata-mata. Saya juga tahu tentang penilaian-penilaian PBD yang penting dalam mata pelajaran sejarah dan PBD ini mengambil kira pelaksanaan kerja lapangan murid.

Refleksi diri setelah mempelajari kursus SJHK3223 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
Kursus SJHK3233 membantu saya memahami kepentingan mengintegrasikan unsur tempatan dan kebangsaan dalam kurikulum sejarah untuk membentuk identiti dan patriotisme murid. Ia juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dalam menggalakkan pemikiran kritis melalui pendekatan kreatif. Selain itu, saya sedar cabaran melaksanakan kurikulum ini memerlukan strategi fleksibel bagi menarik minat murid terhadap sejarah.

IFFYVIVIAN AGNES ANAK AMAN PISMP BM1822
Sepanjang saya menjalani kursus SJHK3233, saya telah memahami dengan lebih mendalam tentang konsep, objektif, dan pelaksanaan kurikulum Sejarah di sekolah rendah. Kursus ini mengasah kemahiran saya dalam merancang pengajaran yang relevan, kreatif, dan berpandukan standard kurikulum kebangsaan terutamanya EKNS & PBD. Saya juga belajar betapa pentingnya menerapkan nilai patriotisme dan identiti nasional dalam pengajaran agar murid-murid lebih menghargai sejarah negara.

Pengalaman menganalisis dokumen kurikulum serta merancang aktiviti pembelajaran membantu saya meningkatkan kemahiran pedagogi dan kesedaran terhadap keperluan pelajar pelbagai latar belakang. Melalui perbincangan dan tugasan, saya dapat melihat kepentingan menyampaikan sejarah dengan pendekatan yang menarik dan interaktif untuk memastikan pembelajaran yang bermakna. Secara keseluruhan, kursus ini memberi impak positif kepada pemahaman dan kemampuan saya sebagai bakal pendidik sejarah yang berkesan.

FATHULLAH NUR ALEEYA BINTI BOLASAN (BM1822)
Kursus ini memperkenalkan latar belakang, rasional dan objektif kurikulum Sejarah dalam KSSR. Kursus ini turut memperkenalkan Kemahiran Pemikiran Sejarah, elemen merentas kurikulum dan kaitannya dengan kehidupan. Kursus ini juga menerangkan DSKP yang merangkumi matlamat, organisasi kandungan, pentaksiran bilik darjah dan tahap penguasaan pelajar. Kandungan mata pelajaran meliputi topik seperti Zaman Air Batu, tokoh Melaka, perjuangan kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia. Selain itu, penerapan nilai kewarganegaraan dan sivik ditekankan untuk membentuk pelajar yang patriotik dan bertanggungjawab. Kursus ini turut memfokuskan peranan ketua panitia dalam pengurusan kurikulum dan ciri-ciri guru berkesan seperti kreatif, adil, berilmu dan mampu memupuk semangat kekitaan melalui pengajaran yang bermakna.

CHRISTIN HELEN (1822)
Pembelajaran berkaitan kursus SJHK 3233 ini menyediakan saya dengan ilmu dan pengetahuan yang penting dalam memahami dan menghayati perlaksanaan kurikulum sejarah yang berkesan dan bermakna. Berikutan itu, saya telah didedahkan dengan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS) yang merupakan aspek penting yang perlu diterapkan dalam pembelajaran sejarah bagi memberi pemahaman kepada murid untuk membina jati diri sebagai rakyat Malaysia. Malahan itu, saya juga mempelajari tentang kepentingan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dintegrasikan sepanjang pembelajaran murid sama ada melalui kaedah formatif mahupun sumatif dan seterusnya guru dapat memperbaiki kaedah dan strategi pengajaran .

Refleksi Kendiri
Setelah mempelajari kursus SJHK3233 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah, saya telah memahami secara mendalam tentang Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah bagi Tahun 4, 5 dan 6. DSKP Sejarah penting untuk mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, kursus ini juga memberi kesadaran kepada saya betapa pentingnya nilai-nilai patriotisme diterapkan dalam sesi PdP bagi menanam semangat cinta akan negara. Kesimpulannya, kursus ini harus dipelajari oleh siswa-siswi guru bagi memperkukuhkan jati diri dan perasaan bangga akan tanah air dalam diri pelajar.

CLYRENCE PETER (BM1822)
Setelah mempelajari kursus SJHK3223 ini, saya telah mendapat pelbagai input-input yang baharu. Saya juga memahami akan struktur kurikulum subjek Sejarah Sekolah Rendah serta saya juga mampu merungkai komponen-komponen yang ada dalam DSKP Sejarah. Selain itu dalam subjek ini juga saya mengetahui berkenaan topik-topik dan tema yang dipelajari oleh murid tahap dua , mempelajari pentaksiran dalam mata pelajaran Sejarah seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), penerapan Kemahiran pemikiran Sejarah (KPS) dan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik, pengurusan kurikulum yang baik dan juga langkah  menjadi guru Sejarah yang berkesan. Secara keseluruhannya, segala pemerolehan ilmu ini mampu membimbing untuk menjadi seorang guru sejarah yang berkesan

SJHK3223 - FEDERICA ANAK FRANKISTANT (PSV1822)
Setelah mempelajari kursus ini, saya dapat memahami dan mengetahui tentang kandungan DSKP Sejarah Sekolah Rendah serta kurikulum sejarah dengan lebih menyeluruh. Dalam DSKP Sejarah, penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik (EKNS) dijadikan sebagai elemen penting yang mesti ditulis dalam RPH. Selain itu, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) juga merupakan satu elemen yang penting dalam pendidikan sejarah yang memberikan asas yang perlu dikuasai oleh murid membolehkan murid melihat sesuatu peristiwa masyarakat secara empati.   Seterusnya, saya juga mendapat pengetahuan baharu tentang jenis pentaksiran dan cara pentaksiran dilaksanakan dalam kurikulum sejarah di sekolah rendah serta mengenali peranan guru panitia sejarah dengan lebih mendalam. Misalnya, mengetahui cara pelaksanaan pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merangkumi pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif serta mengenali 6 tahap penguasaan dalam PDP sejarah. Kesimpulannya, saya harap dapat menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari daripada kursus ini untuk kegunaan pengajaran sejarah di sekolah pada masa akan datang.

HOSSANNA EVELYN ANAK ALBERT ARIT (PISMP BM1822)
Setelah menyelesaikan kursus SJHK3233 iaitu Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah ini, saya mendapati banyak ilmu & pengetahuan berkaitan kurikulum subjek Sejarah di sekolah rendah. Misalnya, saya berpeluang untuk merungkai DSKP kurikulum Sejarah sekolah rendah dengan teliti serta mampu mengaitkannya dengan sesi PdP. Saya juga mempelajari bahawa dimensi elemen kewarganegaraan yang terkandung dalam DSKP sejarah juga amat penting untuk diterapkan kepada murid-murid. Bukan itu sahaja, melalui kursus ini juga saya mampu mengetahui topik-topik yang terkandung dalam Sejarah sekolah rendah sama ada pada Tahun 4, 5 dan 6. Dengan itu, saya dapat membuat persediaan ke atas diri sendiri sekiranya mengajar atau praktikum di sekolah kelak.

FLOREA CLARA ANAK BANYANG
Kursus SJHK3233 (Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah) telah memberikan saya pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepentingan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah. Melalui kursus ini, saya memahami bahawa kurikulum sejarah sekolah rendah dirancang untuk membantu murid mengenali asas sejarah, menghargai warisan budaya, dan membentuk identiti nasional sejak usia muda. Saya telah mempelajari bahawa pengajaran sejarah bukan sekadar menyampaikan fakta dan tarikh, tetapi melibatkan pendekatan yang lebih dinamik dan interaktif. Antara strategi pengajaran yang saya pelajari adalah kaedah bercerita, simulasi, pembelajaran berasaskan inkuiri, dan aktiviti projek. Pendekatan ini mampu menarik minat murid terhadap sejarah sambil membantu mereka memahami konsep seperti kronologi, sebab dan akibat, serta peranan tokoh penting dalam sejarah. Selain itu, saya juga diberi pendedahan tentang penggunaan pelbagai bahan pembelajaran seperti peta, dokumen sejarah, gambar, dan artifak untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Melalui kursus ini, saya turut memahami pentingnya penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran sejarah. Nilai seperti cinta akan negara, menghormati pengorbanan generasi terdahulu, dan semangat perpaduan boleh dipupuk melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif, seperti perbincangan kumpulan atau kajian kes. Kesimpulannya, kursus SJHK3233 telah melengkapkan saya dengan pengetahuan, pemahaman, dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar sejarah dengan berkesan di sekolah rendah.

DEBORAH OPHELIA ANAK KELLY (BM1822)
Selepas mempelajari kursus SJHK3233 ini, saya mengetahui bahawa kurikulum sejarah sekolah rendah ini dapat dilihat melalui DSKP. Justeru, saya mengetahui bahawa mata pelajaran sejarah ini mempunyai Elemen Kemahiran Pengetahuan Sejarah (EKPS) dan nilai kewarganegaraan. Aspek EKPS amat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dan nilai perpaduan dalam kalangan murid. Bukan itu sahaja, saya juga mengetahui bahawa mata pelajaran Sejarah  Sekolah Rendah mempunyai Pentaksiran Bilik Darjah yang penting bagi menilai tahap penguasaan murid dalam kurikulum Sejarah. Justeru, PBD ini boleh dinilai secara sumatif dan formatif. Oleh itu, kursus ini amat penting bagi saya menjalankan PdP Sejarah di sekolah nanti.

Dayangku Wanieda (BM1822)
Selepas mempelajari kursus ini, saya mengetahui bahawa subjek Sejarah adalah berpandukan DSKP yang telah diberikan oleh KPM. Namun, terdapat elemen tambahan iaitu elemen kemahiran pengetahuan sejarah dan nilai kewarganegaraan yang ditambah berbanding dengan DSKP subjek lain. Perkara ini sevara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah negara. Saya juga belajar perihal PBD iaitu Pentaksiran Bilik Darjah yang mampu meniali tahap kemampuan murid di sekolah kelak.

Refleksi kendiri
Kursus SJHK 3233 telah memberikan impak yang mendalam terhadap kefahaman dan perspektif saya tentang kurikulum sejarah sekolah rendah. Melalui kursus ini, saya memperoleh pandangan yang lebih jelas mengenai tujuan dan peranan sejarah dalam pembentukan jati diri murid, serta cara mengimplementasikan pengajaran sejarah yang relevan, menarik, dan berkesan. Saya kini lebih memahami bahawa kurikulum sejarah di sekolah rendah bukan sekadar menyampaikan fakta sejarah, tetapi berperanan penting dalam membentuk murid menjadi warganegara yang bersemangat patriotik dan mempunyai kesedaran sejarah. Elemen seperti peristiwa penting dalam sejarah tempatan dan nasional, serta nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap kisah, memberikan asas yang kukuh kepada murid untuk memahami asal usul, identiti, dan perpaduan masyarakat kita.

Pengajaran sejarah juga bertujuan untuk memupuk pemikiran kritis dan analitis dalam kalangan murid. Saya menyedari bahawa melalui pembelajaran sejarah, murid dapat mengembangkan kemahiran untuk memahami hubungan sebab dan akibat dalam sesuatu peristiwa, serta menerapkan pengajaran daripada sejarah dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai bakal guru, saya menyedari bahawa tanggungjawab saya bukan sekadar menyampaikan isi kandungan kurikulum, tetapi juga untuk memastikan pembelajaran sejarah dapat membina murid yang lebih memahami jati diri dan sejarah tanah air mereka. Saya berhasrat untuk menjadikan sejarah subjek yang hidup dan relevan, di mana murid dapat melihat kepentingannya dalam kehidupan mereka.

Saya juga bertekad untuk menjadi seorang guru yang reflektif, sentiasa mencari cara untuk memperbaiki pendekatan pengajaran saya berdasarkan keperluan dan minat murid. Kursus ini telah memberikan saya alat dan inspirasi untuk melakukan inovasi dalam pengajaran sejarah.

Refleksi: Menjadi Guru Sejarah yang Terbaik dalam PdP

Sepanjang kursus ini, saya semakin memahami bahawa menjadi guru Sejarah yang terbaik bukan hanya tentang menyampaikan fakta dan peristiwa sejarah, tetapi juga tentang membina minat, pemahaman, dan penghayatan murid terhadap perjalanan masa lampau. Sejarah adalah subjek yang kaya dengan cerita dan pelajaran kehidupan, dan tugas saya sebagai pendidik adalah untuk menghidupkan cerita-cerita ini agar murid dapat melihat relevansi sejarah dalam kehidupan mereka. Melalui pendekatan pedagogi yang kreatif seperti penggunaan teknologi, sumber primer, dan pembelajaran berasaskan projek, saya percaya saya boleh membantu murid membina hubungan emosi dan intelektual dengan peristiwa sejarah yang mereka pelajari.

Selain itu, saya menyedari pentingnya memahami keperluan dan latar belakang murid saya. Strategi seperti soal jawab terbuka, diskusi interaktif, dan kajian kes memberi peluang kepada murid untuk menganalisis dan menilai sejarah secara kritis. Sebagai guru, saya juga perlu menunjukkan nilai-nilai seperti keadilan, empati, dan kesediaan untuk mendengar perspektif murid, agar PdP saya bukan sahaja mencerminkan kandungan yang berkualiti, tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam proses pembelajaran. Dengan komitmen untuk terus belajar dan berkembang, saya berazam untuk menjadi guru Sejarah yang bukan sahaja mengajar tetapi juga memberi inspirasi.

BRITNIEYSHA LOVENA ANAK BENICK (PSV1822)
Sepanjang  mempelajari kursus SJHK3233, saya telah memahami asas pedagogi yang digunakan untuk menyampaikan ilmu sejarah secara bermakna. Kursus ini turut mendedahkan cara bagaimana merungkai komponen - komponen yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta menggunakan pendekatan seperti inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, dan elemen nilai moral untuk membentuk kefahaman sejarah yang mendalam. Selain itu, saya juga belajar bagaimana merancang dan melaksanakan aktiviti yang kreatif dan interaktif, seperti peta konsep, permainan sejarah, dan simulasi peristiwa bersejarah untuk memupuk minat pelajar. Seterusnya, saya juga mempelajari cara untuk menilai keberkesanan pengajaran melalui pelbagai bentuk pentaksiran yang sekaligus memastikan pelajar bukan sahaja memahami fakta sejarah tetapi juga menghayati nilai dan pengajaran di sebalik peristiwa bersejarah.

EFYSCIA LEE (BM1822)
Melalui kursus ini, saya telah mempelajari aspek-aspek yang penting dalam DSKP Sejarah Tahun 4, 5 dan 6 termasuklah matlamat & objektif kurikulum Sejarah, kandungan kurikulum Sejarah, Kemahiran pemikiran Sejarah, organisasi kurikulum sejarah, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Sejarah. Selain itu, saya juga diberi pendedahan  mengenai topik-topik pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 4, 5 dan 6, yang mana topik pembelajaran adalah berbeza bagi setiap tahun 4, 5 dan 6. Di samping itu, saya juga belajar tentang pentaksiran dalam mata pelajaran Sejarah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik serta pengurusan kurikulum Sejarah. Selanjutnya, saya juga belajar cara-cara untuk menjadi seorang guru Sejarha yang berkesan melalui kursus kerana kursus ini menekankan beberapa ciri-ciri guru Sejarah yang berkesan yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada bakal guru Sejarah.

CATHERINE ANAK TAYAN (BM1822)
Dalam kursus ini, saya mampu memahami perkara asas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk Kurikulum Sejarah. Misalnya , saya memahami elemen merentas kurikulum yang diterapkan dalam subjek Sejarah dan kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara. Bukan itu sahaja, kursus ini mendedahkan tentang DSKP Sejarah Sekolah Rendah yang perlu difahami untuk setiap guru mata pelajaran Sejarah agar matlamat dan objektif pembelajaran tercapai. Saya turut mengetahui setiap topik yang terkandung dalam buku teks Sejarah untuk Tahun 4, 5 dan 6. Kursus ini juga mengajar cara untuk menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan tahap kognitif mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Hal yang paling utama yang saya faham melalui kursus ini adalah tentang penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Perkara ini amat penting untuk memupuk nilai cinta akan negara dalam diri murid. Seterusnya, kursus ini meningkatkan pengetahuan saya tentang pengurusan kurikulum dan ciri-ciri guru Sejarah berkesan. Dengan itu, saya mungkin dapat mengaplikasikan setiap pengetahuan yang diperoleh untuk mengajar murid-murid semasa di sekolah kelak.

EVELYN JENA ANAK JILAN (BM1822)
Selepas mempelajari kursus ini, saya dapat mempelajari tentang kurikulum sejarah sekolah rendah. Seterusnya, saya dapat memahami kepentingan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah. Subjek ini penting agar dapat memupuk semangat cinta akan negara dan menyemai semangat patriotisme dalam diri murid. Di samping itu, saya dapat mempelajari tentang elemen merentas kurikulum yang diterapkan dalam subjek Sejarah. Kursus ini dapat memberikan banyak manfaat dan kursus ini juga penting bagi saya agar dapat dijadikan panduan semasa mengajar Sejarah nanti.

Sepanjang sem ini, saya telah mempelajari berkenaan kurikulum Sejarah yang merangkumi objektif kurikulum, kandungan kurikulum, elemen merentas kurikulum, elemen nilai tambah, kemahiran abad ke-21 dan kemahiran berfikir. Selain itu, saya juga telah diperkenalkan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang menjadi rujukan bagi semua guru bagi mengajar subjek berdasarkan topik yang telah ditetapkan. Dalam DSKP, terdapat matlamat dan objektif mata pelajaran sejarah, kerangka kurikulum, fokus, organisasi, pengajaran dan pembelajaran sejarah tahun 4, 5 dan 6, pentaksiran bilik darjah dan banyak lagi. Sepanjang kursus ini juga, saya belajar teknik dan kaedah yang digunakan dalam sesi PdP bagi memperlajari murid tahun 4, 5 dan 6 berdasarkan buku teks Sejarah. Saya juga belajar berkenaan pengurusan kurikulum seperti peranan ketua panatia, pengurusan mesyuarat panatia dan perancangan panatia. Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari Kurikulum Sejarah, DSKP, mata pelajaran Sejarah, penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik, pengurusan kurikulum dan guru Sejarah berkesan.