Aliran Pemikiran Akidah: Murjiah by khairul naim

Murjiah: Definisi bahasa & istilah
1. Irja': tunda atau melewatkan.
Menunda persoalan atau menyerahkan penentuan siapa benar dan salah, berdosa atau kafir ke hari perhitungan (kiamat) kelak.

2.  Menjadikan sesuatu ke posisi belakang iaitu kurang penting.
Hanya iman yang menentukan mu'min atau kafirnya seseorang dan bukannya amal perbuatan.

3. Memberi pengharapan.
Memberi harapan kepada pelaku dosa besar untuk mendapat rahmat Allah apabila berpendapat mereka bukan kafir dan tidak kekal dalam neraka.

4. Menangguhkan hukuman untuk pelaku dosa besar sehingga hari kiamat.

Sejarah Perkembangan
Sebahagian berpandangan aliran ini timbul berkait persoalan khilafah khusus setelah pembunuhan 'Uthman r.a.

Mereka mengambil sikap neutral untuk tidak terlibat dengan perselisihan yang berlaku.

Sewaktu perang terjadi mereka mengambil sikap pasif dan menangguhkan hukum tentang apa yang terjadi pada hari Kiamat kelak. Antaranya Sa'ad ibn Abi Waqqas, Abu Bakrah, 'Abdullah ibn 'Umar dan 'Imran ibn al-Husayn.

Selepas beberapa masa ia menjadi aliran akidah sewaktu kemuncak perdebatan megenai pelaku dosa besar.

Mereka menetapkan dosa tidak membahayakan iman.

Doktrin
1. Dosa tidak merosakkan keimanan sebagaimana ketaatan tidak beri manfaat kepada kekufuran.

2. Persoalan kedudukan pendosa diserahkan kepada Allah Kiamat kelak.

3. Iman adalah pengakuan, pembenaran, keyakinan dan ma'rifah; perbuatan tidak merosakkan iman kerana ia terpisah dari amal.

4. Mereka selanjutnya pergi lebih ekstrim apabila beranggapan keimanan hanya keyakinan hati. Jika seseorang nyatakan kekafiran dengan lidah, sembah berhala atau salib dan lain-lain, kemudiannya mati seperti itu, dia tetap mu'min yang imannya sempurna di sisi Allah.

5. Melampaui batas dalam melecehkan amal perbuatan, meniadakan dosa serta menafikan balasan dosa di akhirat.

6. Pengakuan hati satu-satunya rukun iman, menolak unsur keimanan, serta perbuatan soleh dan maksiat.

Aliran: al-Yunusiyyah
Pengikut Yunus ibn 'Aun al-Numayri.

Iman ialah mengenal dan cinta pada Allah, tunduk padaNya dan tinggalkan sikap besar diri.

Sesiapa yang punyai ciri ini dia seorang mukmin.

Ketaatan yang lain tidak termasuk dalam iman, dan meninggalkannya juga tidak akan diseksa sekiranya imannya ikhlas.

Mereka menganologikan seperti Iblis yang hanya mengenal Allah tetapi membesar diri padaNya. (al-Baqarah: 34)

Orang mukmin masuk syurga dengan keikhlasan dan kecintaan, bukannya dengan amalan dan ketaatan.

Aliran: al-'Ubaidiyyah
Pengikut 'Ubaid al-Muktaib.

Dosa selain syirik akan diampunkan tanpa syak. Apabila seseorang mati dalam Tauhid maka dosa dan kejahatannya tidak memudaratkannya.

Allah dalam bentuk rupa manusia, bersandarkan sabda Nabi: "Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dalam 'rupa' al-Rahman."

Aliran: al-Ghassaniyyah
Pengikut Ghusan al-Kufi.

Iman ialah mengenal Allah dan Rasul memperakui apa yang diturunkan secara umum dan bukannya terperinci.

Iman tidak bertambah dan berkurang. Jika seseorang katakan: "Saya ketahui Allah fardhukan haji ke Kaabah tetapi saya tak ketahui di manakah Kaabah, boleh jadi di India," - maka dia tetap mukmin.

Aliran: al-Thaubaniyyah
Pengikut Abu Thauban al-Murji'i.

Iman ialah mengakui Allah, para Rasul dan setiap yang harus dilakukan menurut akal. Apa yang harus ditinggalkan menurut akal bukannya iman.

Melewatkan kesemua amal dari iman.

Ghilan al-Dimasyqi: semua takdir baik atau buruk dari manusia.

Jika ALlah ampunkan seseorang yang lakukan maksiat pada hari Kiamat, maka Dia turut ampunkan semua orang mukmin yang berdosa sepertinya.

Jika Allah keluarkan seseorang dari neraka maka Dia turut mengeluarkan orang yang sama sepertinya.

Aliran: al-Salihiyyah
Pengikut Abu al-Hasan al-Salihi.

Solat bukan ibadah kepada Allah, ibadah ialah iman kepadaNya.

Solat, haji zakat dan puasa hanya menggambarkan kepatuhan dan bukannya ibadah.