Little Explorers Academy (G8) by NURFATIN SABRINA SHAHRASNI

VISI
Menjadi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang inovatif dan berfokus kepada penerokaan, kreativiti, dan pembelajaran holistik bagi melahirkan generasi yang ingin tahu, berdikari, dan berdaya saing di peringkat global.

MISI
1. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, menyeronokkan, dan menggalakkan eksplorasi.

2. Menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan permainan untuk membangunkan kemahiran kognitif, sosial, dan emosi.

3. Mengintegrasikan elemen STEM, seni, dan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak.

4. Mendidik kanak-kanak untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan berdikari dalam menyelesaikan masalah.

5. Mewujudkan hubungan erat antara pendidik, ibu bapa, dan komuniti bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

OBJEKTIF
1. Membantu kanak-kanak membina asas pembelajaran melalui penerokaan dan pengalaman dunia sebenar.

2. Menggalakkan perkembangan daya imaginasi, kreativiti, dan kemahiran penyelesaian masalah.

3. Membentuk kanak-kanak yang yakin diri, komunikatif, dan mempunyai empati terhadap orang lain.

4. Memastikan setiap kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang inklusif dan sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

5. Mempersiapkan kanak-kanak dengan kemahiran abad ke-21, termasuk literasi digital dan kemahiran interpersonal.

KELAYAKAN DAN KEPERLUAN STAFF TADIKA
1. Kelayakan Pendidikan Guru Tadika :

Sijil/Diploma/ Ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education):

Boleh diambil oleh mana-mana institusi yang diiktiraf seperti kolej, universiti atau institusi latihan yang menawarkan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Bagi mereka yang lebih tertumpu kepada latihan praktikal, SKM dalam pendidikan awal kanak-kanak juga diterima. Ini memberikan pengetahuan mengenai pembelajaran secara hands-on dan pendekatan yang lebih praktikal.

Sijil atau Kursus Pendek dalam Pendidikan Kanak-Kanak: Ini termasuk kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan pengetahuan asas dalam mendidik kanak-kanak prasekolah.

Kelayakan untuk pembantu tadika

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan SPM dengan beberapa mata pelajaran lulus.

Pengalaman dalam Penjagaan Kanak-Kanak:

penjaga kanak-kanak atau pembantu tadika sangat digalakkan. Pengalaman ini membantu staff memahami keperluan perkembangan kanak-kanak dengan lebih baik.

Keperluan Kemahiran :

Kemahiran Komunikasi yang Baik: Guru tadika atau pembantu perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan kanak-kanak, ibu bapa, dan rakan sekerja.

Kreatif :

Guru tadika perlu kreatif dalam merancang aktiviti yang sesuai dan menarik untuk perkembangan kanak-kanak.

Kemahiran Pengurusan Kelas: Mengendalikan kumpulan kanak-kanak yang aktif memerlukan kemahiran dalam menguruskan kelas dengan berkesan.

Keperluan Peribadi:

Staff tadika perlu memiliki sifat sabar, penyayang, jujur, dan beretika dalam menangani kanak-kanak. Sikap positif dan komitmen terhadap perkembangan kanak-kanak adalah faktor utama yang mempengaruhi kualiti pengajaran.

Strategi pemasaran
Cara mempromosikan tadika Little Explorer Academy:

Menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok untuk memperkenalkan tadika kepada ibu bapa.

Guru mengadakan pameran dan hari terbuka supaya ibu bapa boleh melihat sendiri suasana pembelajaran.

Menjalin kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan dan organisasi pendidikan untuk memperluaskan pengaruh tadika.

Berkongsi testimoni ibu bapa sedia ada di media sosial untuk meyakinkan ibu bapa baharu.

METHOD/PENDEKATAN PENGAJARAN KREATIF
1) Pendekatan Berpusatkan Kanak-Kanak (Child-Centered Approach): Pendekatan ini menekankan peranan kanak-kanak sebagai pusat dalam proses pembelajaran. Aktiviti dan pengajaran dirancang berdasarkan minat, keperluan, dan kemampuan kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka dan belajar mengikut kelajuan mereka sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang menyenangkan.

2) Pendekatan Pembelajaran Aktif (Active Learning Approach): Dalam pendekatan ini, kanak-kanak terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Mereka tidak hanya menerima maklumat secara pasif, tetapi turut berinteraksi, berfikir, dan mengaplikasikan pengetahuan melalui permainan, eksperimen, dan pengalaman praktikal.

3) Pendekatan Integrasi Kurikulum (Integrated Curriculum Approach)

Pendekatan ini menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan memberi tumpuan kepada pengajaran secara holistik. Kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai topik dan aktiviti yang merangkumi aspek bahasa, matematik, seni, sains, dan lain-lain, yang disampaikan dalam satu rangkaian pengalaman pembelajaran yang saling berkaitan. Pendekatan ini membantu kanak-kanak memahami hubungan antara pelbagai konsep dan dunia sekitar mereka.

4) Pendekatan Bermain (Play-Based Learning): Bermain adalah elemen utama dalam pengajaran pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan ini melibatkan penggunaan permainan sebagai alat pembelajaran untuk mengembangkan kemahiran sosial, fizikal, emosi, dan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang untuk belajar melalui bermain, sama ada dengan mainan atau aktiviti luar yang kreatif.

Pendekatan terhadap kanak-kanak
1) Suasana Pembelajaran yang Inklusif

Tadika perlu menyediakan suasana yang mesra dan sesuai untuk semua kanak-kanak, termasuk mereka yang mempunyai kesukaran dalam pembelajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai untuk setiap subjek seperti kad bergambar atau lagu interaktif untuk membantu mereka memahami pelajaran dengan lebih mudah.

2) Bimbingan Secara Individu

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, guru perlu memberi perhatian khas kepada mereka yang menghadapi kesukaran. Contohnya, jika seorang kanak-kanak lambat mengenal huruf, guru boleh mengajarnya secara bersemuka menggunakan kaedah fonik dengan kad imbasan atau permainan teka huruf.

3) Meningkatkan Keyakinan Diri kanak-kanak

Guru boleh mengadakan aktiviti seperti bercerita, bermain peranan, dan seni boleh membantu kanak-kanak lebih yakin untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Sebagai contoh, sesi lakonan berdasarkan cerita dongeng membolehkan mereka berani bercakap di hadapan rakan-rakan, manakala aktiviti melukis memberi mereka ruang untuk meluahkan perasaan dan idea dengan bebas.

4) Memberikan Pujian dan Ganjaran

Guru perlu memberikan pujian dan ganjaran untuk mendorong kanak-kanak berkelakuan baik dan berusaha lebih dalam pembelajaran. Contohnya, jika seorang murid berjaya menyelesaikan tugasan dengan baik, guru boleh memuji usahanya atau memberikan pelekat bintang sebagai penghargaan. Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk terus belajar dan berusaha.

Kerjasama antara ibu bapa dan guru
1. Komunikasi Dua Hala yang Berkesan

Guru dan ibu bapa perlu berkomunikasi secara terbuka melalui pelbagai saluran seperti aplikasi sekolah, e-mel, atau mesyuarat dalam talian.Contohnya, dengan penggunaan aplikasi seperti WhatsApp atau Google Classroom memudahkan guru untuk menyampaikan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa dan membolehkan ibu bapa mendapatkan maklumat tentang perkembangan anak mereka dengan lebih cepat.

2. Penglibatan Ibu Bapa dalam Aktiviti Pembelajaran

Guru perlu menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pelbagai aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh pihak tadika.Ibu bapa boleh menyertai aktiviti sekolah seperti hari terbuka, bacaan bersama, atau projek kreatif secara dalam talian.Contohnya, sekolah boleh mengadakan sesi membaca secara dalam talian di mana ibu bapa membaca buku bersama anak-anak mereka.

3. Beri Sokongan Pembelajaran di Rumah

Ibu bapa boleh membantu anak-anak mengulang kaji atau menerapkan pembelajaran secara tidak formal di rumah.Contohnya, ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka menggunakan aplikasi pendidikan interaktif atau bermain permainan pembelajaran.

4. Menjaga Kesejahteraan dan Perkembangan Emosi Kanak-Kanak

Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk memantau kesejahteraan emosi kanak-kanak, terutama dalam menghadapi cabaran hidup seperti perubahan sosial dan pelbagai lagi.Contohnya, ibu bapa boleh berkongsi maklumat dengan guru tentang perubahan tingkah laku anak di rumah agar guru dapat mengambil tindakan yang seterusnya bagi membantu kanak-kanak menangani masalah yang mereka hadapi.

Berdasarkan perancangan ini mengikut keperluan dan kehendak KSPK 2026
1) Mengikut kurikulum yg diperkenalkan dapat meningkatkan pengukuhan pembelajaran kanak-kanak dalam pembelajaran tadika mengikut pembelajaran yang baru mengikut silibus baru.

2) Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran guru yg berilmu pengetahuan lebih untuk mengajar di tadika supaya dapat membentuk kanak-kanak yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.

3) Melalui kspk 2026 ini dapat memberikan input yang lebih kepada para guru untuk menangani cabaran pada masa akan datang melalui bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai garis panduan kspk 2026

4) Pembukaan pusat tadika yang berasaskan kspk ini dapat memberikan kesan yg baik kerana mengikut garis panduan di dalam kspk apabila ditetapkan dan garis panduan tersebut dapat menjadikan sesebuah perusahaan tadika tersebut lebih berkembang pesat dan maju.