PIMK 3023 by PI1 Ahmad Faris B Mohd Yusoff

Banding beza antara metodologi Ibn Abbas dan Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran berserta contoh-contoh.
Metodologi Penulisan Ibn Kathir dalam tafsir

1.3 Metodologi Penulisan Ibn Kathir
Secara keseluruhannya ada 3 perkara penting yang menjadi asas metodologi Ibn Kathir dalam tafsirnya iaitu pergantungan kepada sumber yang ma’thur, penerangan tentang Israiliyyat dan penjelasan tentang hukum.[1]

1.3.1 Sumber Yang Ma’thur
Apabila mentafsirkan sesuatu ayat, Ibn Kathir akan merujuk kepada sumber yang ma’thur. Sumber ma’thur( tafsir bil ma’thur) ialah penafsiran al-Quran yang bersandar kepada riwayat-riwayat yang sahih menurut urutan yang telah disebutkan di dalam syarat-syarat seorang ahli tafsir iaitu tafsir al-Quran dengan al-Quran, dengan sunnah, pendapat sahabat dan tabiin.[2]Ringkasnya tafsir bil ma’thur ada 4 jenis iaitu:[3]
a) mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran
Contohnya apabila Ibnu Kathir mentafsirkan Istiazah dan menjelaskan hukumnya semasa mentafsirkan surah al-Fatihah, beliau menyebut ayat yang memerintahkan orang mukmin supaya memohon perlindungan dari Allah SWT dari surah al-a’raf yang mentafsirkan makna isti’azah itu.[4]
واما ينزغنك من الشيطان نزغ فاستعذ بالله انه سميع عليم
)Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan Maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.(

b)      mentafsirkan al-Quran dengan sunnah
Jika tidak didapati keterangan daripada ayat al-Quran, maka Ibn Kathir akan mentafsirkannya berdasarkan hadis yang sahih. Contohnya semasa menafsirkan ayat 284 surah al-Baqarah:[5]

لله ما في السموت وما في الأرض وان تبدوا ما في أنفسكم أو تحفوه يحاسبكم به الله فيغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء ولله علي كل شيء قدير
(Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

Semasa mentafsirkan ayat ini, Ibnu Kathir menyebut hadith-hadith ketika turunnya ayat ini yang menunjukkan ianya sangat berat bagi sahabat kerana Allah memberitahu bahawa Dia(Allah) akan menghitung lintasan hati mereka. Walaubagaimanapun lintasan di hati tidak akan dihukum sehinggalah ialah dizahirkan dalam bentuk perbuatan. Di antara hadis berkenaan ialah:

1)      (Sesungguhnya Allah tidak menghukum umatku dalam perkara yang terlintas dihati selagi mana tidak dilakukan atau diperkatakan-Bukhari)

2)      (Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu keburukan maka ia tidak akan ditulis, dan sekiranya dilakukan maka dicatat satu keburukan, Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan maka akan ditulis satu kebaikan, sekiranya dilakukan maka dicatat sepuluh kebaikan-Muslim)

c)      mentafsirkan al-Quran dengan pendapat sahabat.
Apabila tidak terdapat keterangan daripada al-Quran dan hadis, beliau akan merujuk kepada pendapat para sahabat. Ini kerana para sahabat merupakan orang yang adil dan mereka merupakan orang yang paling mengetahui tentang keadaan wahyu semasa ianya diturunkan. Ini berdasarkan kata-kata IbnuMas’ud: Demi  Allah  tidak suatu ayat itu turun kecuali aku tahu bagi siapa ayat itu turun dan di mana turunnya. Dan, jika ada seseorang yang lebih mengetahui dariku mengenai kitab Allah, pastilah aku akan mendatanginya.
Contohnya seperti tafsiran beliau untuk ayat 10 surah al-Baqarah berkenaan dengan orang munafik. Firman Allah SWT:[6]
في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون
( Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta)
Ibnu Kathir semasa mentafsirkan ayat ini menyebut beberapa tafsiran yang diberikan oleh sahabat dan tabiin. Di antaranya tafsiran dari Ibnu Abbas, Ibnu Masud dan beberapa sahabat nabi yang lain bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah dalam hati mereka (orang munafik) ada perasaan syak lalu Allah menambah syak mereka. Beliau juga menyebut pendapat para sahabat dan tabiin yang lain di dalam menafsirkan ayat ini

d)     merujuk kepada pendapat tabiin
Cara ini merupakan cara terakhir dalam menafsirkan al-Quran dengan metode bil ma’thur. Ibn Kathir berpendapat tafsiran tabiin dapat diterima apabila mereka tidak berselisih pendapat mengenai sesuatu perkara. Jika mereka berselisih pendapat terhadap sesuatu tafsiran, maka pendapat tersebut hendaklah diteliti terlebih dahulu dengan merujuk kepada kaedah bahasa al-Quran atau sunnah atau merujuk kepada keumuman bahasa arab atau pendapat para sahabat untuk menentukan kebenarannya.[7]

1.3.2 Penjelasan Tentang Israiliyat
Beliau juga menjelaskan dalam tafsirnya riwayat-riwayat Israiliyyat dan memberikan pendapatnya berkaitan riwayat itu. Contohnya semasa menafsirkan kisah lembu betina, selepas beliau mengemukakan riwayat-riwayat berkaitan lembu betina beliau menegaskan bahawa riwayat ini diambil daripada kitab-kitab Bani Israel. Ia merupakan riwayat yang harus untuk kita menukilkannya namun kita tidak sekali-kali membenarkannya dan tidak juga menolaknya. Justeru itu, kita tidak berpegang dengannya kecuali apa yang bersamaan dengan al-Quran dan sunnah[8]

1.3.3 Perbincangan Hukum Feqh
Selain itu, Ibn Kathir juga turut membicarakan masalah feqh. Apabila beliau mentafsirkan ayat yang berkaitan dengan hukum, beliau akan menyebut pandangan para ulama disertai dengan dalil masing-masing. Kemudian beliau akan mentarjihkan pendapat itu berdasarkan dalil yang paling mantap. Sebagai contohnya semasa beliau mentafsirkan ayat 185 al-baqarah, jika kamu dapat melihatnya maka berpuasalah. Beliau menyebut 4 masalah yang berkaitan dengan ayat ini. Kemudian beliau menyebutkan pandangan para ulama tentangnya berserta dalil mereka.[9]

Abdullah Ibnu Abbas atau yang lebih dikenal dengan sebutan Ibnu Abbas menjadi salah satu nama yang paling populer dalam menafsirkan wahyu Allah yakni al-Qur’an. Kemampuan yang ia miliki telah diakui oleh berbagai kalangan, terutama kalangan para sahabat Nabi yang cukup senior seperti Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib. Langkah-langkah Ibnu Abbas dalam penafsiran al-Qur’an pun menjadi salah satu model yang mengilhami model-model penafsiran era berikutnya. Kota suci Makkah menjadi awal perkembangan pemikiran Ibnu Abbas yang juga menghasilkan ulama’-ulama’ baru seperti Said bin Jubair dan Mujahid bin Jabr.6 Karena tingkat keilmuan yang sangat luas, Ibnu Abbas pun menjadi imam dalam bidang tafsir, hadis, fiqih, dan syair. Atha’ pernah berkata, “aku tidak pernah melihat satu majelis yang lebih mulia daripada majelis Ibnu Abbas. Dia orang yang paling banyak mengetahui fiqih dan paling besar rasa takutnya. Ahli Qur’an ada bersamanya dan ahli syair ada bersamanya. Dia memberikan ilmu kepada mereka dari lembah yang luas.” Mujahid berkata, “Ibnu Abbas disebut dengan al-bahr (laut) karena ilmunya yang luas.”7 Husain al-Dzahabi menyatakan bahwa pengetahuan Ibnu Abbas tentang bahasa dan sastra Arab kuno sangat tinggi dan luas, hal ini merupakan tameng bagi mereka yang meragukan tafsir ibnu Abbas yang seolah jauh dari makna tekstual namun sebenarnya Ibnu abbas sebagaimana yang dijelaskan oleh Mana’ al-Khattan bahwa ia dalam menafsiri suatu lafad tidaklah dengan babi buta karena Abbas tidaklah orang yang kosong akan pengetahuan mengenai imu kebahasaan. Ibnu Abbas merupakan peletak dasar dari teori penafsiran yang banyak mengilhami model-model penafsiran era berikutnya. Pemikirannya diyakini sebagai salah satu model penafsiran yang paling akurat, baik bagi kalangan mufassir bil ma’tsur maupun kalangan mufassir bi al-ra’yi. Bahkan secara tradisional beliau dipercaya sebagai salah seorang tokoh yang telah berhasil menanamkan embrio Hermeneutika al-Qur’an.8 Bagi kelompok bi al-ma’tsur (penafsiran melalui tradisi) Ibnu Abbas telah memberikan panduan penafsiran al-Qur’an terbaik, dengan membiarkan al-Qur’an saling menjelaskan keterkaitan yang saling berhubungan antara satu ayat dengan ayat lainnya. Sebab penafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an sendirilah yang memiliki validitas kebenarannya yang paling kuat. Bila tidak ditemukan penjelasan tersebut dari al-Qur’an, maka beliau merujuk kepada hadits Nabi yang sahih. Kedudukan hadits yang merupakan penjelas bagi al-Qur’an juga diyakini sebagai salah satu alternatif untuk menyingkap makna-makna yang cukup sulit untuk dipahami. Kedua cara yang ditempuh oleh Ibnu Abbas tersebut pada akhirnya menjadi standar baku bagi kelompok penafsir al-Qur’an bi al-ma’tsur untuk masa selanjutnya. Kelompok mufassir bi al Ra’yi (Penafsiran melalui nalar) juga memperoleh inspirasi penafsiran dari metode yang telah digagas oleh Ibnu Abbas. Bagi Ibnu Abbas, bila keterangan sebuah makna ayat tidak ia temukan di dalam al-Qur’an atau dari hadits Nabi, maka beliau berupaya untuk merujuknya kepada syair-syair Arab kuno ataupun percakapan-percakapan Arab Badui yang memiliki tingkat kemurnian bahasa yang tinggi. “Keluarnya” Ibnu dari lingkaran al-Qur’an dan Hadits Nabi tersebut adalah sebuah keberanian dan merupakan ijtihad dalam bentuk lain. Dan tentunya keberanian untuk melakukan ijtihad bukanlah keberanian yang bersifat apriori, namun dilandasai oleh niat dan keinginan yang kuat untuk menyingkap makna-makna terdalam dari al-Qur’an. Seperti yang diceritakan sendiri oleh Ibnu Abbas, bahwa beliau tidak pernah tahu arti dari kata fathiru al-samawaat sampai suatu ketika beliau mendengar dua orang Arab Badui tengah bertikai masalah sebuah sumur. Salah seorang dari Arab Badui mengatakan : ana Fathortuha (aku yang membuatnya). Dengan adanya percakapan tersebut, barulah beliau mengetahui maksud dari kata : Faatirun. Bahkan beliau tidak segan-segan untuk mencari sumber penafsiran dari kalangan ahli kitab yang telah memeluk agama Islam, baik dari kalangan Yahudi seperti Abdullah bin Salam maupun dari kalangan Nasrani seperti Ibnu Juraij. Namun sebagaimana yang dikatakan oleh Husain az-Zahabi, bahwa eksplanasi tersebut hanya berkaitan dengan pambahasan yang sangat terbatas dan adanya kecocokan sejarah antara al-Qur’an dan kitab-kitab samawi lainnya. Akan tetapi jika berseberangan dengan keterangan al-Qur’an atau bahkan bertentangan dengan syari’at Islam, menurut Az-Zahabi, Ibnu Abbas tidak mempergunakan penafsiran ahli kitab. Keberanian Ibnu Abbas untuk mencari sumber-sumber penafsiran dari selain al-Qur’an dan hadits nabi menjadi inspirasi penting bagi kalangan ahlu al-ra’yi untuk juga memaksimalkan penggunaan akal fikiran sebagai salah satu alternatif penafsiran al Qur’an. Secara eksplisit terungkap, Ibnu Abbas memiliki kecenderungan untuk menggunakan akal fikiran yang jernih dalam menafsirkan ayat al Qur’an. Tidak melulu beliau menggunakan standar baku penafsiran ayat dengan ayat lainnya, atau ayat dengan hadits Nabi. Beliau berani berijtihad, dan diakui oleh kalangan sahabat.9 Meskipun Ibnu Abbas telah memulai upaya penafsiran menggunakan rasio, namun pemikirannya-pemikiran tafsirnya belum dibukukan dalam bentuk kitab tafsir yang sistematis. Untuk mengetahui bentuk pemikiran beliau, masih harus menggunakan sistem periwayatan. Hal itu disebabkan oleh belum berkembangnya sistem tulis menulis dengan baik pada saat itu. Untuk mengetahui pemikiran tafsir ibnu Abbas, para ulama telah menetapkan jalur periwayatan yang akurat dan memiliki tingkat kebenaran maksimal. Imam As-Suyuthi mengatakan “Pemikiran-pemikiran” Ibnu Abbas dalam bidang tafsir memiliki jalur periwayatan yang sangat banyak. Dan riwayat yang paling baik adalah melalui jalur Ali bin Abi Thalhah al Hasyimi dari Ibnu Abbas. Bahkan jalur periwayatan ini telah diakui oleh Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya apabila meriwayatkan hadits dari Ibnu Abbas. Namun meskipun begitu, masih ada sebagian kelompok yang meragukan periwayatan langsung Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu Abbas. Kelompok ini beranggapan bahwa Ali Bin Abi Thalhah tidaklah mendengar langsung dari Ibnu Abbas, akan tetapi meriwayatkan pemikiran Ibnu Abbas melalui perantaraan Mujahid atau Said bin Jabir.

BIOGRAFI PENULIS KITAB AL MUNIR
BIOGRAFI PENULIS KITAB TAFSIR AL-MUNIR

Nama pengarang Tafsir al-Munir adalah Prof. Dr. Wahbah bin Mushthafaaz-Zuhaili Abu ‘Ubadah. Ia dilahirkan di kawasan Dir `Athiyah pada tanggal 6 Mac 1932 dari keuda ibu bapa yang terkenal dengan kesolehan dan ketaqwaannya. Ayahnya, Musthafaaz-Zuhaili, adalah seorang penghafal Alquran dan banyak melakukan kajian terhadap kandungan AL-Quran. Ibunya bernama Fathimah binti Musthafa Sa`dah, dikenal dengan seseorang yang kuat berpegang teguh pada ajaran agama.

Lazimnya anak-anak pada saat itu, Wahbah yang masih kecil belajar Alquran dan menghafalnya dalam waktu yang singkat. Setelah menamatkan sekolah rendah, ayahnya mengesyurkan kepada Wahbah untuk melanjutkan pelajaran di Damsyik. Pada tahun 1946, Wahbah pindah ke Damsyik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Tsanawiyah dan Aliyah. Setelah itu, Wahbah melanjutkan ke kolej dan mendapat gelaran sarjana mudanya di jurusan Ilmu-ilmu Syari`ah di Syria.

Dalam menuntut ilmu, Wahbah tidak hanya menuntut ilmu di negaranya sahaja. Beliau terus mencari universiti yang lebih baik. Untuk itu, beliau berpindah ke Mesir, dan mengikuti pengajian di dua universiti sekaligus: Universiti Al-Azhar, jurusan Syari`ah dan Bahasa Arab; dan Universiti Ain Syams, jurusan Hukum. Setelah tamat pengajian di dua universiti tersebut, Wahbah meneruskan pada tahap  berikutnya, program magister Universitas Cairo, jurusan Hukum Islam. Hanya dalam masa dua tahun, Wahbah menamatkan program sarjananya dengan tajuk tesis adz-Dzara’i` fi as-Siyasahasy-Syar`iyyahwa al-Fiqh al-Islamiy.

Semangat menuntut ilmu Wahbah tidak hanya sampai di situ, beliau melanjutkan pendidikannya sampai ke peringkat kedoktoran . Dengan tajuk penelitian Atsar al-Harb fi al-Fiqh al-Islamiy: perasaan Muqaranatan, beliau berjaya menamatkan program kedoktoran pada tahun 1963. Majlis sidang pada saat itu terdiri daripada ulama terkenal, Syaikh Muhammad Abu Zahrah, dan Dr. Muhammad Hafizh Ghanim (Menteri Pendidikan Tinggi pada saat itu). Majlis sidang bersepakat untuk menganugerahkan Wahbah pangkat “Sangat Memuaskan” (Syarafula), dan mengesyorkan agar ijazahnya ini dicetak dan dihantar ke universiti di luar negara. Untuk menjadi sarjana pelbagai ilmu, perlulah mempunyai banyak guru. Begitu juga dengan Wahbah.

HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DHAIFHUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DHAIF
Para ulama berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. Ringkasnya ada tiga golongan:

GOLONGAN PERTAMA Hadis dhaif TIDAK BOLEH DIGUNAKAN walaupun untuk tarqib (galakan),tarhib (menakut-nakutkan),fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat IMAM BUKHARI dan MUSLIM yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain.

GOLONGAN KEDUA Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat IMAM AHMAD, IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM. Kata Imam Ahmad: " Hadis dahif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang."

GOLONGAN KETIGA Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan panangan ini ialah IMAM NAWAWI dan AL-HAFIZ IBNU HAJAR.

Hadis Riwayah
Pengertian Hadis Riwayah

more_vertical

Suatu pengetahuan yang disandarkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W secara khusus sama ada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku.

Sejarah Pertumbuhan dan Penulisannya

Zaman Rasulullah

more_vertical

-Segala perkataan, perbuatan dan taqrir baginda merupakan pengakuan pengajaran.
-Apa jua yang disampaikan oleh Rasulullah adalah benar kerana baginda ma’sum.
-Para sahabat menghafal hadis-hadis Rasulullah kerana masyarakat arab pada masa itu buta huruf dan mempunyai daya ingatan yang kuat.

Zaman Sahabat

more_vertical

-Selepas Rasulullah wafat kebanyakan para sahabat yang masih tidak melaksanakan penulisan dan pembukuan secara formal.
-Namun ada dikalangan para sahabat yang pandai menulis. -Bermula kegiatan para sahabat dalam penulisan dengan cara mengajar serta mempelajari

Zaman Tabi’en

Zaman Tabi’en

more_vertical

-Kemunculan hadis palsu disebabkan pengikut-pengikut mazhab seperti Syiah, Mu’tazilah dan khawarij.
-Kekurangan penghafaz hadis yg berpindah ke negeri lain atau mati syahid.
-Timbul inisiatif ulama’ hadis untuk menyelidik hadis
-Khalifah Umar b. Abdul Aziz mengarahkan Muhammad b. Hazam (Gabenor Madinah) untuk mengumpul dan mencatat hadis daripada Huffaz seperti ‘Amrah bt abd Rahman.
- Usaha diteruskan oleh Ahmad b. Muslim b. Syihab AzZahri untuk mengumpul, membukukan dan mengedar ke seluruh pelusuk negara2 Islam.

Zaman Tabien

Zaman Tabien

more_vertical

-Usaha berterusan hingga Zaman Bani Abbasiyyah - Abu Jaafar Al-Mansur
-Usaha diteruskan oleh Ahmad b. Muslim b. Syihab AzZahri iaitu mengumpul, membukukan dan mengedar ke seluruh pelusuk negara2 Islam.
-Beliau mengarahkan Imam Malik b. Anas menyusun buku hadis - Hasilnya- Kitab “Al-Muwatta”
-Awal kurun ketiga berlaku ledakan pembukuan hadis.
-Kitab-kitab tersebut dikenali sebagai “Sunan As-sittah”

SUMBER TAFSIR BI AL-MA`THUR
1. AL-QURAN

more_vertical

al-Quran secara mutl

al-Quran secara mutlak merupakan Masdar paling atas dalam senarai tafsir al-Quran al-Karim. Ini kerana huraian Sahib al-Kalam terhadap kalam-Nya sudah tentu lebih menepati kebenaran jika hendak dibandingkan dengan ulasan-ulasan orang lain terhadapnya. Allah swt menyebut bahawa Dia telah menurunkan kitab-Nya itu dalam Bahasa Arab.Bahkan Dia mensifatkannya pula sebagai Bahasa Arab yang terang

more_vertical

"Keduanya berkata, y

"Keduanya berkata, ya tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, jika engkan tidak ampuni kesalahan kami dan tidak engkau kasihi kami tentulah kami orang yang menigi" QS. Al-A'raf: 23.

2. HADIS

Menurut susunan disi

Menurut susunan disiplin pengajian klasik Tafsir al-Qur'an bi al-Hadith merupakan sumber yang kedua bagi Tafsir bi al-Ma'thur.Dimana perbincangan mengenainya tidaklah melibatkan perbezaan antara al-Hadith dan Sunnah. Dengan lain-lain pengertian al-Hadith di sini mencakupi sama al-Sunnah. Bagaimana para al-Mufassirun memulakan step Tafsir al-Qur'an menerusi bentuk ini? la boleh dikatakan bermula dengan mereka mula menghimpun riwayat-riwayat yang diriwayatkan daripada Nabi saw. Riwayat-riwayat itu pula melalui beberapa marhalah.

3. SAHABAT

Setelah Rasulullah S

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul SAW tetapi pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir iaitu Khulafa al-Rasyidun, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubayy bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abu Musa al-Asyari dan Abdullah bin al-Zubayr.

Ciri-ciri tafsir al-quran di zaman Sahabat

Ciri-ciri tafsir al-quran di zaman Sahabat

i. Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci
ii. Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
iii. Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.
iv. Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul (Sebab turun sesuatu ayat)
v. Periwayatan sahabat daripada ahli kitab. Ia terbahagi kepada dua pandangan.

4. TABIIN

Tabiin merupakan gen

Tabiin merupakan generasi kedua dalam sejarah pentafsiran al-Quran kerana mereka golongan yang bertemu secara langsung dengan para sahabat. Pada peringkat ini ulasan terhadap sesuatu ayat mula ditulis dan dibukukan. Pada zaman ini perbezaan banyak dijumpai berbanding zaman sahabat. Pada terdapat tiga kumpulan besar pengajian tafsir.
Sesungguhnya tafsir, para sahabat yang telah menyaksikan wa

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
ZAMAN RASULULLAH

Semasa tafsir pada zaman Rasulullah, tujuan Nabi Muhammad diutuskan adalah bagi menyempurnakan segala syariat yang telah dimulakan para nabi terdahulu.  Perutusan baginda melalui al quran mewajibkan baginda menghafaz setiap kalimah yang diturunkan dan kemudian menerangkankan kepada umatnya.  Al-Quran telah diturunkan dalam bahasa Arab sehingga majoriti daripada orang Arab memahami maksud dari ayat-ayat al-Quran.  Malah, banyak di antara mereka yang masuk Islam setelah mendengar bacaan al-Quran dan mengetahui kebenarannya.  Akan tetapi tidak semua sahabat mengetahui makna yang terkandung dalam al-Quran, antara satu dengan yang lainnya sangat berbeza dalam memahami isi dan kandungan al-Quran.  Sebagai orang yang paling mengetahui makna al-Quran, Rasulullah selalu memberikan penjelasan kepada sahabatnya, sebagaimana firman Allah, "keterangan-keterangan (mu’jizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan." (QS. 16:44).

more_vertical

ZAMAN SAHABAT

ZAMAN SAHABAT

Mengenai tafsir pada Zaman Sahabat pula, memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa arab ketika itu memang mahir dan mempunyai mutu penguasaan bahasa yang tinggi hasil daripada perkembangan syair yang hebat.  Maka para sahabat telah menetapkan tiga kaedah atau metodologi dalam menafsirkan al quran.
(1) Menafsirkan Al Quran dengan Al Quran itu sendiri
(2) Menafsirkan Al Quran dengan sunnah rasulullah
(3) Menafsirkan Al quran berdasarkan fahaman dan ijtihad mereka sendiri.
Diantara tokoh mufassir pada masa ini adalah: Khulafa' AR- Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali), Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas'ud, Ubay bin Ka'ab, Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair dan Aisyah. Namun yang paling banyak menafsirkan Al Quran dari mereka adalah Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud dan Abdullah bin Abbas yang mendapatkan doa dari Rasulullah.

Penafsiran sahabat yang didapatkan dari Rasulullah kedudukannya sama dengan Hadist Marfu'. Atau paling kurang adalah Mauquf.

more_vertical

ZAMAN TABI'IN

ZAMAN TABI'IN

Semasa tafsir Pada Zaman Tabi'in, kaedah penafsiran yang digunakan pada masa ini tidak jauh berbeza dengan masa sahabat, kerana para tabi'in mengambil tafsir dari mereka. Jajahan islam yang semakin meluas  menyebabkan al quran semakin sukar difahami.  Maka, penjelasan terhadap al quran amat perlu dan tafsiran oleh tabien terpaksa dilakukan disamping ulamak mula bertaburan di wilayah islam dan mempunya ramai murid yang belajar dengan mereka.  Maka, muncul beberapa madrasah untuk kajian ilmu tafsir di antaranya:
(1) Madrasah Makkah atau Madrasah Ibnu Abbas yang melahirkan mufassir terkenal seperti Mujahid bin Jubair, Said bin Jubair, Ikrimah Maula ibnu Abbas, Towus Al-Yamany dan 'Atho' bin Abi Robah.
(2) Madrasah Madinah atau Madrasah Ubay bin Ka'ab, yang menghasilkan pakar tafsir seperti Zaid bin Aslam, Abul 'Aliyah dan Muhammad bin Ka'ab Al-Qurodli
(3) Madrasah Iraq atau Madrasah Ibnu Mas'ud, diantara murid-muridnya yang terkenal adalah Al-Qomah bin Qois, Hasan Al-Basry dan Qotadah bin Di'amah As-Sadusy.