MOHD SALEHUDDIN & YONG MUN SEN by Feerananudomi@gmail.com Domi

TOKOH 1: MOHD SALEHUDDIN
BIODATA PELUKIS 1
Mohd Salehuddin dilahirkan pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Senior Cambrigde pada tahun 1934 dari Victoria Institution, Kuala Lumpur. Mohamed Salehuddin dikenali sebagai pelukis yang menghasilkan karya 'Membeli-belah di Kampung'. penglibatan awal karier beliau bermula sebagai seorang penulis dan wartawan sebelum beliau mula menghasilkan karya lukisan untuk jualan. beliau menggunakan nama Mohamed Salehuddin ketika menghasilkan novel Seteru Dunia. Nama sebenar beliau adalah Ismail bin Abdul Jalal dan apabila kad pengenalan diperkenalkan pada 1950 di Singapura, beliau memasukkan nama Mohamed Salehuddin sebagai nama beliau dan kekal dengan penggunaan nama tersebut.

DAIJ Karya Mohd Salehuddin
1. DESKRIPSI
Media yang digunakan adalah cat minyak. Dalam karya beliau mengambarkan lima karekter figura manusia yang mempunyai pelbagai bangsa. Seterusnya, dalam karya tersebut penjual sedang menimbang barang jualannya. Ada seorang figura perempuan (pembeli) bersama budak kecil yang memakai baju merah sedang bermain dengan beras yang berada di dalam guni. Kedudukan figura bangsa India menunjukkan dia sedang berjalan menghala ke kawasan kedai tersebut. Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah bersaiz kecil yang agak jauh dari kedai.

2. ANALISIS
Teknik yang digunakan adalah teknik glazing. Contohnya, penggunaan warna yang cerah dan berkilat pada tubuh figura penjual dan kain pembeli. Warna yang digunakan memberi pengaruh terhadap jalinan, ruang, kesan, dan kontra. Contohnya, penggunaan warna gelap pada penghujung gunung menampakan jarak dan laluan di kawasan tersebut. Warna yang sejuk pada permukaan langit untuk memberi suasana yang terang. Dengan penggunaan ton warna yang berkesan dapat menghasilkan terang gelap dihadapan dan dibelakang dan ini menampakan penchayaan dan menghasilkan bayang-bayang pada figura, bangunan kedai dan kadar banding antara depan dan belakang. Penggunaan garisan  halus dan tebal menampakkan bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai dengan saiz yang kecil berbanding dengan penggunaan garisan tebal pada almari kedai di depan. Penggunaan garisan tebal dan warna yang kontra diantara tubuh figura penjual dapat mengambarkan jalinan tampak. Penggunaan warna merah pada baju budak perempuan menampakkan penegasan dalam karya. Susunan dan reka objek berjaya menimbulkan ilusi yang baik. contohnya, penggunaan warna gelap di depan dan warna cerah di belakang menimbulkan kesan ruang iaitu jarak dihadapan dan belakang. Pada masa yang sama, ianya telah menghasilkan kesan perspektif. Perbezaan saiz figura disudut kiri(penjual), tengah-tengah (pembeli dan seorang lelaki bersongkok) dan kanan (seorang lelaki berbangsa India), susunan objek di dalam karya menghasilkan keseimbangan tidak simetri.

3. INTERPRETASI
Karya catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi masyarakat pada masa itu. Karakter dalam lukisan menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian kaum di Malaysia. Dalam karya ini terdapat seorang wanita yang masih muda dengan anak perempuannya membeli belah di sebuah kedai cina. seorang lelaki india pula dapat dilihat dibahagian belakang karya. Kedai tersebut dimiliki oleh peniaga cina yang berlatarbelakangkan rumah masyarakat melayu yang memberi bayangan terdapat sebuah kampung melayu di bahagian belakang kedai. Sekitar tahun 1950an masyarakat cina merupakan masyarakat yang biasa berniaga. Masyarakat melayu pula merupakan golongan nelayan dan masyarakat india pula kebiasaannya adalah penoreh getah. Dalam tafsiran Redza Piyadasa tentang karya seni itu, beliau mengulas mengenai lukisan-lukisan seni halus dan juga hubungan antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Menarik pada lukisan ini adalah ia dihasilkan pada tahun 1959, sebelum berlakunya rusuhan kaum pada 1969 dan kemudiannya diikuti dengan penubuhan Dasar Ekonomi Baru yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membetulkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera yang lain.

4. JUDGEMENT/PENILAIAN
Terdapat 4 kategori penilaian iaitu realisme, ekspresionsme, formalisme, dan instrumentalism. Untuk karya Mohd Salehuddin, penilaian yang akan digunakan ialah ekspresionisme, yang bersifat subjektif, penilaian keindahan dan juga menyangkut isi dan makna. Karya seni tidak lahir begitu saja, selalu berkaitan berdasarkan pengalaman-pengalaman yang pernah dirasakan sebagai sumber potensial, yang dimaknai sebagai pengalaman estetik. Hasil karya sebagai representasi dari persembahan seperti karya Mohd Salehuddin ini menggambarkan perbezaan status ekonomi orang Melayu, India dan orang Cina. Keadaan ekonomi pada tahun 1950an dimana pada ketika itu orang melayu kebanyakannya adalah nelayan dan petani,manakala cina adalah pengusaha sebuah perniagaan kecil-kecilan seperti menjual beras yang terdapat dalam karya tersebut. Manakala orang India pula penoreh getah. Melalui penilaian ini dapatlah kita lihat hubungan antara melayu dan juga bangsa lain iaitu dapat mengeratkan hubungan silahturahim dengan pelbagai budaya.

Membeli Belah Di Kampung
1959
Mohd Salehuddin
Cat Minyak atas kanvas
89.5 x 76.57 cm
Koleksi Balai Seni Negara

TOKOH 2: YONG MUN SEN
BIODATA PELUKIS 2
Nama kelahiran adalah Yon Yen Lang kemudian beliau menukar kepada Yong Mun Sen pada tahun 1922. Beliau lahir pada 10 Januari 1896 di Kuching, Sarawak dan meninggal pada 1962. Beliau dikenali sebagai "Bapa Cat Air Malaysia". Walaupun dilatih dalam bidang lukisan berus formal cina dan kaligrafi di Kwangtung, China, beliau tertarik pada cat air kemudian cat minyak. Beliau berpindah di Pulau Pinang pada tahun 1920 dan menetap di sana sepanjang hayatnya. Beliau merupakan pengasas Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura(1938). Karyanya banyak diinspirasi terutama daripada alam dan manusia.

DAIJ Karya Yong Mun Sen
Meneliti hasil karya seniman Yong Mun Sen yang dihasilkan pada tahun 1960 bertajuk "Rumah Atap Di Tepi Laut", beliau memperlihatkan kepakaran mengolah cat air secara terus di atas permukaan kertas dalam situasi sebenar. Karya ini dihasilkan dalam bentuk landskap cat air yang berukuran 48.7 x 62.1 cm dalam era aliran impressionisme. Subjek dominan pada karya landskap ini tertumpu kepada rumah atap yang dilukis di tepi laut.

Karya landskap ini juga memaparkan tiga figura wanita. Dua figura wanita sedang di beranda rumah sedang berbicara dan seorang lagi sedang berjalan menuju ke arah rumah tersebut untuk turut serta. Ini melambangkan hubungan masyarakat tempatan yang erat dan harmoni serta amalan kunjung mengunjung yang sentiasa diamalkan mereka. Terdapat juga objek lain yang dilukis seperti perahu yang merupakan pengangkutan bagi para nelayan untuk menangkap ikan di laut. Secara tidak langsung, karya ini juga memaparkan pekerjaan dominan masyarakat tempatan yang tinggal di tepi laut iaitu nelayan.

Terdapat unsur seni jalinan tampak pada karya. Contohnya, jalinan pada atap rumah, pokok dan permukaan tanah. Jalinan ini timbul apabila kesan menggunakan kertas cat air disapukan dengan teknik basah atas basah. Dari sudut stail, kematangan pengkarya dapat dihayati menerusi kespontanan sapuan berus dan teknik basah(wash) yang mampu merakamkan kesan cahaya menerusi warna-warna spontan dan segar. Kelembutan stail dalam cat air yang merakamkan keindahan alam tempatan itu mencerminkan latar belakang masyarakat tempatan yang hidup penuh harmonis dilingkungi suasana persekitaran alam permai sebelum melangkah  ke arus era kemodenan.

Dalam penggunaan warna, pengkarya menggunakan warna yang harmoni kerana landskap ini menjurus kepada alam semula jadi. Warna hijau iaitu warna sekunder lebih banyak digunakan pada alam semula jadi. Warna rumah lebih kepada warna neutral yang menunjukkan identiti rumah atap tersebut. Dari segi penggunaan ruang, terdapat ruang dalam seperti ruang di bahagian bawah kolong rumah dan kawasan beranda. Manakala ruang cetek seperti laut dan tanah.

Seterusnya, prinsip rekaan iaitu kadar banding juga terdapat dalam karya iaitu jarak antara sesuatu objek. Contohnya, jarak antara pokok kelapa dan rumah atap, laut dan rumah atap serta perahu dengan rumah atap. Kadar banding yang baik mewujudkan perspektif yang baik. Kesatuan juga dapat ditunjukkan dalam penggunaan warna dalam karya ini.

Konklusinya, Karya ini jelas memfokuskan kepada rumah atap sesuai dan selaras dengan tajuk yang diberikan iaitu "Rumah Atap Di Tepi Laut". Karya ini memaparkan keadaan alam semula jadi dan masyarakat semata-mata. Karya landskap cat air ini juga memaparkan keindahan dan keharmonian alam secara umum dan tidak mempunyai maksud tersirat yang terlalu mendalam. Oleh itu, pengkarya berjaya menghasilkan karya dengan baik dan mudah difahami oleh audiens dan masyarakat sekeliling.

Rumah Atap Di Tepi Laut
1960
Yong Mun Sen
Cat Air
48.7 x 62.1 cm